Sunday, November 28, 2010

Nasi Tomato & Ayam Ros


Suhu kat luar mencecah -10C, snow yg turun semalam pun da beku jd ais ketul..huhu td i nak buang sampah kat luar tu jenuh nak buka penutup tong sampah, da beku gan ais. Snow turun tengah malam nanti, siang2 xturun pun. So arini buka heater satu rumah, rasa warm so i pon cepat2 la g masak, klu xbuka nak jejak dapur pun takut, sejukkk tapak kaki, jari jemari ber'ais je..hehe. Menu sempena pertama kali melihat snow adalah nasi tomato...wallaaa, fav i nih! Kikiki..satu rumah bau wangiii je, ada org tu tgh study kat bilik atas pun bole turun bawah jenguk i kat dapur..haha

BAHAN :
(NASI TOMATO)

Beras Basmathi(5cawan) - cuci & tos
Air(5cawan)
Minyak + Butter 2sudu
Tomato 4biji(diced, i guna dlm tin)
Susu cair 1/2tin
Daun pandan
Garam
Bawang putih/merah/halia(hiris) + bunga lawang/kulit kayu manis/bunga cengkih (TUMIS)


First, tumis BAHAN YG HIGHLITE dgn minyak + butter hingga kuning dan naik bau (guna periuk rice cooker). Then, masukkan susu cair, diced tomato, garam dan gaul rata. Masukkan air(5cawan) dan biarkan mendidih. Masukkan beras & daun pandan dan alihkan periuk kedalam tempat rice cooker dan biarkan masak. Apabila nasi telah masak, kacau rata tapi jangan sampai hancur..Siap:)

BAHAN :
(AYAM ROS)

Peha ayam @ any part (cuci & tos)
Serbuk kunyit
Serbuk cili + air (pes cili)
Bawang merah + Halia + Bawang putih + Serai (kisar)
Tomato diced (i guna dlm tin)
Sos tomato 4sudu
Tomato (hiris)
Garam
Gula

First, gaul ayam dgn serbuk kunyit + garam, goreng hingga kekuningan. Then, tumis bahan yg dikisar hingga naik bau, masukkan pes cili + tomato diced + sos tomato. Tambah garam & gula (tambah gula jika ingin kurangkan pedas). Kemudian, masukkan ayam yg digoreng tadi dan gaul, last skali masukkan tomato yg dihiris. Hidang bersama nasi tomato:)

4 comments:

Lady of Leisure said...

kami tau ayam ros dengan nasi tomato ni memang fav ampa kan hehehe... sama lah kita, kalau pi kenduri memang cari nasi tomato dengan ayam ros ni dulu hehe..

mamma olyn said...

ya btol!!hehehe, kmi masak 7 cawan nasi, satu hari ja makan habis..haha..erk byk tuuu

Anonymous said...

Wahhhh...7 cwn nasi oyln masak. mesti sedap ni. mesti aiman yg makan byk kan...k isti

Mamma Olyn ♥ said...

hehee..btol2 k.isti, Aqil & Aiman sama naik, lps masak dlm kol 11pagi trus makan sorang semangkuk then tghari makan lagi, malam dinner skali lagi..satu hari kami semua makan nasi tomato, puas ati licin seperiuk...hahaha