Thursday, June 21, 2012

Strawberry Moist Chiffon Cake

السلام عليكم....


Heheee... resepi tertunggak lagi la, kali ni try wat strawberry moist chiffon cake, ni kes nak habiskan strawberry yg ada 3 bekas lagi dlm fridge, hubby i suka beli buah byk2, klu dia singgah castle market, skali borong 3-4 plastik buah, sbb murah sgt2 berbanding beli di supermarket. Kebelakangan ni pulak si Aiman sukaaaa mkn 'stobeyi- beyi' ... hahahaa, dia suka sebut guna ayat sendiri tp i sukeee sbb super duper cute! So abah kesayangan dia ni beli la 'stobeyi' tiap2 minggu.. hahahha, mamanye pon suke sbb ble try byk resepi, arini ada satu lagi resepi 'stobeyi', dlm fridge lagi, xtouch up lagi, tunggguuuuuuu.... hihihiii. Ok, berbalik pada resepi ni, i da try byk kali mmg sedap, moist, gebu, klu ikut resepi kena letak dlm 6-7 biji, tp i nak rasa lebih mengancam, i letak 12-15 biji.. hahaaaa, nasib ok, sj try & error.. tp kali ni i terrrrsilap, i nak habiskan buah 'stobeyi' sampe 2 kotak (1 kotak lagi bagi budak tecit tu mkn), so i blend & amik puree saja... alamak! i terlupa kek ni adalah kek chiffon, bkn kek biasa (cam kek butter), so puree (yg sememangnya ada jus/ liquid) mmg xbole letak byk, sbb kek akan terlalu lembab & lambat masak esc di bahagian tgh kek, then tekstur da xjadi ringan & gebu malah jadi berat (sbb kandungan air) tp tetap lembut.. huuuwaaaaaaaa, nasib ada yg suka, Aqil mkn xhengat dunia, hahhaaa, dia kata 'bun'.. erkk, itu la memandai sgt, padan muka sendiri! Pepun ampun maaf pd cik Mat sbb memandai tukar tp xmenjadi ponn, pepun resepi di bawah adalah asli tanpa perubahan, try la mmg marbeles!

Klu perasan kek agak berat & lembab ..iskk

BAHAN A :
4 kuning telur gred "B"
25 gram gula halus
50 ml minyak jagung
50 ml susu segar
100 g tepung naik sendiri
1 camca teh strawberry emulco
BAHAN B :
4 putih telur gred 'B'
60g gula halus
Secubit cream tartar @ 4-5 titik jus lemon
BAHAN C :
6-7 biji strawberry didadu
Strawberry segar utk hiasan
Panaskan oven pd suhu 175C, sediakan tin chiffon bersaiz 9 inci, x perlu sapu mentega. Ketepikan. Dalam satu bekas, masukkan telur kuning bersama gula, kacau hingga sebati & gula larut, masukkan semu bahan A, kacau rata & ketepikan. Dlm mangkuk pemutar yg kering & bersih, putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula & cream tartar & terus putar pada kelajuan yg tinggi hingga kental (bila mangkuk adunan diterbalikkan, putih telur tidak jatuh). Bahan B.... cedok 1/3 putih telur tadi & gaul dlm adunan no 2 dgn kaedah kaup balik. Masukkan baki putih telur & gaul rata, pastikan guna teknik kaup balik. Masukkan strawberry yg didadu tadi & kacau rata. Tuang dlm tin chiffon & bakar selama 1jam- 1 jam 10 minit @ hingga masak. Bila masak kek akan sedikit mengecut dibahagian tepi. Keluarkan dr oven, terbalikkan atas jaringan & biar sejuk dlm keadaan terbalik. Bila sejuk, sisip tepi kek dgn spatula besi @ pisau, keluarkan kek & sisip juga bahagian bawah kek. Terbalikkan dlm pinggan yg sesuai, klu suka hias dgn strawberry segar atasnya....

Pepun yg jadi, i mesti make up cun2 dulu kek ni, hahaha, i loike!

Baked Pasta with Chicken Mushroom

السلام عليكم....


Ok, ni satu lagi resepi yg i reka khas utk two kiddo, & mmg da jadi fav lunch/ dinner! hehee.. Sila la cuba, mmg sedap!

BAHAN :

Pasta (rotini/ penne/ fusilli/ bowtie) -i guna penne, tp i suka tricolor rotini, lebih berkhasiat ada spinach/ carrot
Ayam dada ( rebus & cincang isi ayam)
Carrot/ brokoli - dadu
Mushroom soup - 1 tin
Garam/ lada putih & hitam
Daun bawang - cincang
Bawang putih - cincang
Mayonis
Butter/ olive oil
Grated cheese (cheddar/ parmesan @ mozarella)
Breadcrumb




Rebus pasta hingga lembut, toskan. Rebus ayam & simpan air rebusan, cincang/ carik isi ayam. Then panaskan minyak/ butter, tumis bawang putih + daun bawang & isi ayam. Masukkan garam & lada hitam/putih. Gaul hingga sebati. Tutup api. Tuang mushroom soup dlm satu bekas bersih, masukkan air rebusan ayam (agak2, jg terlalu cair) & mayonis, kacau rata.Then sapu butter pada bekas tahan panas, masukkan pasta, ratakan. Then masukkan 1/2 adunan sup tadi, masukkan isi ayam & ratakan. Kemudian masukkan selebih adunan sup & tekan2 supaya mampat & sekata. Kemudian masukkan sayur carrot/brokoli, ratakan. Last skali tabur breadcrumb hingga rata di permukaan & tabur grated cheese. Bakar selama 30-35 minit pada suhu 200C @ sehingga permukaan agak perang.. siap!

Jemput makan semua... nyummm!

Pau KACANG MERAH...

السلام عليكم....


Ni lak menu petang semalam.. ngheee, terrrr rajin lak wat pau, xsangka Aqil sukaaaa sgt! Sebelum ni penah wat pau sekaya tp dia xmakan, dia xsuka sekaya kot... hehee, i ni kena kreatif tau nak make sure dorg mkn semu jenis makanan, kekdg tukar2 musim wat menu western, simple tp kenyang, ada yg dorg reject tp ada yg dorg sukaaa sgt cth pasta bake with mushroom chicken/ spaghetti bolognese/ cheese baked rice/jacket potato & beans, nnti i share resepi tu i reka sendiri dari selera two kiddo ni, sampe tercipta resepi khas utk dorg.. ngheeee. Ok, berbalik pd resepi pau yg senang ni, thanks zeera utk resepi senang ni, tp i ada tambah bread improver & ubah sikit cara buat inti..  xpayah guna tepung pau pon xpe, still sedap & gebu, guna tepung gandum pon jadi tauuu.. hehee, jom tgk resepi k:))...

BAHAN :

Bahan Doh ( 15 - 20 biji ) -
500 gm tepung gandum
1 1/2 sudu teh yis
1/2 cawan gula pasir
1/4 cawan minyak jagung
1 1/4 cawan air suam
Bread improver 1 sudu teh ~














Bahan Inti -
2 genggam kacang hitam / merah ~ i guna kacang merah dlm tin (2 tin)
6 sudu gula pasir ~ i tambah gula merah
Daun pandan
Sedikit minyak

Cara-cara Inti : Rebus kacang dan gula sehingga lembut. Sejukkan & blend agak halus. Masak semula atas api + daun pandan, setelah air agak kering, masukkan sedikit minyak. Rebus sehingga air kering. Sejukkan.
Larutkan gula dengan air suam. Dalam mangkuk lain, satukan tepung, yis dan minyak jagung. Tuangkan air gula tadi sedikit demi sedikit sambil sebatikan adunan sehingga menjadi doh yang lembut. Bahagikan doh kepada 15-20 bebola kecil. Letakkan di atas dulang yang ditaburi tepung. Biarkan doh selama 10 minit. Bulat-bulatkan doh, leperkan dan isikan inti. Tutupkan, bulat-bulatkan dan lapiskan dengan kertas minyak/ daun pisang yang telah dipotong kecil mengikut saiz doh. Buatlah sehingga habis. Selepas itu biarkan doh pau menaik sekali ganda (kira-kira 40 minit). Panaskan periuk kukus. Kukus kuih pau selama 10 minit.
* Ada tips klu nak putihkan pau, masa panaskan air kukusan tu, masukkan satu sudu cuka, so pau jadi putih gebu.. hehhe, tp i x try pon, cuba la:)


Bihun goreng TOMYAM paling sedap!

السلام عليكم....


Arini ada kesempatan nak share resepi bihun yg simple & best, kena la gan tekak i sefamili! Sebelum ni i penah try wat bihun grg tomyam ni tp xmenjadi, bau tomyam tu xmengancam, cheeewahhh salahkan resepi plak! hahaa, tp resepi ni mmg da best, semua secukup rasa, masam manis tomyam, wangi daun limau purut, balance! Mmg diakui sedap sbb aqil biasanya xmakan bihun, tp kali ni dia makan betambah2, suke! Tq pd tuan empunya resepi (K.liza), sy kongsikan disini pula ya:)....



BAHAN :

1 bungkus Bihun - rendam, bila lembut, toskan 
300gm udang 
200gm isi ayam 
3 ulas bawang putih - diketuk 
5 ulas bawang merah - dikisar 
2 batang serai - diketuk sedikit 
2 kiub perencah tomyam (maggi/knorr) ~ i guna pes tomyam
cili api - bagi yg mahukan lebih rasa pedas 
5 s/b cili mesin 
1 biji telur ~ i xletak 
3 helai daun limau purut - dicarik2kan 
Kobis - di potong pjg (halus) 
Carrot - dipotong pjg (spt btg mancis) 
2 biji tomato - dihiris nipis2 
1 mangkuk air - jika ingin mi basah lebihkan sukatan air 
Daun saderi ~ i xletak


Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan serai hingga wangi. Masukkan ayam dan kacau. Masukkan pula bawang merah yg telah dikisar dan perencah tomyam dan cili mesin. Goreng sehingga pecah minyak. Masukkan udang dan gorenglah sekejap baru masukkan telur. Masukkan air, garam dan gula secukup rasa. Untuk mendapatkan rasa yg lebih sedap bolehlah dibuat stok udang dengan merebus kepala dan kulit udang yg telah dibersihkan. Masak hingga mendidih dan masukkan sayur2an (kobis, carrot dan tomato yg telah dipotong). Masukkan juga daun limau purut yg telah dicarik2kan. Bila sayuran dah agak lembut, masukkan mihun tadi dan goreng hingga ramuan sebati dan mi menjadi lembut (Jika ingin mi yg basah lebihkan air/stok udang). Hidangkan ke dalam pinggan dan taburkan dengan daun saderi yg telah dihiris halus


* Bestnyaaaa... arini dpt beli tembikai merah, fav i tauuuu!! da lama teringin, ni baru kesempatan nak beli, Aqil sukaaaa sgt, tp Aiman xsuka.. hehehe, xpe mama mkn gan abg Aqil, manis & juicy! p/s sebiji tembikai merah saiz sederhana kecil camni RM15 sebiji! hmmm



Slruuupppp.. selebihnya nak wat jus tembikai!


Chicken POX !

السلام عليكم.... 

                                   

Ni al kisah si Aqil dpt demam campak utk pertama kali dlm hidupnya.. hehhee, tp yg best nya Aqil ni relax je, xcam org sakit pon, dia mmg susah dpt sakit, demam pun jarang, alhamdulillah senang mama & abahnye..ngheee. Kmi detect dia ada campak sehari selepas program satay feast, tetiba ja ada bintik2 penuh muka & badan, suspen gak sbb time tu public holiday, so mmg kebanyakan surgery (@pun klinik , sini xde walk in clinic, semu kena wat appointment dulu, then GP/Doc consult pehtu kena beli ubat yg disarankan di farmasi pulak...huh). So kmi decide trus g A&E di Sheffield Children Hospital, heheeee, lg pantas, even ramai patient time tu, biasa la A&E mmg sentiasa sibuk, kmi tunggu lebih kurang 2 jam juga sebelum doktor dtg cek aqil, tp dorg bagi kami duduk dlm private room, owhhhh sgt privacy... hahhhaa, nasib ada bw bekal snack/ ipad/ books utk two kiddo, lgpun toys pon byk dlm bilik tu, so mmg xboring:)...  






Ni da masuk 2 jam, ha semu toys dia da stat susun atas katil tu... hahahhaa

Cute :P

Mama da boring... so amik gambar alat2 yg ada dlm bilik ni:)

Setelah 2jam, dpt consult & terus dpt ubat.. yg syioknye doc masuk bilik terus tanya Aqil, wat happen to u Aqil? ... dgn bangganya dia terus buka cerita ada 'bubble' kat badan/ muka dia, 'and its pop!', pehtu dia cete mama suruh minum sup byk2 supaya cepat lega, pehtu siap selit lagi cete Thomas the Tank Engine, pehtu masuk cete Jack & The Bean Stalk! huwaaaaa, doc tu tekun sungguh dgr sampe nak tersembur gelak guling2, muahahhaaa, aqil...aqil...Tp aqil senang mkn ubat, siap mintak nak lagi so cepat la lega anak mama.. hehe

Lepas 2jam lebih dok di hospital, so hubby ajak g lepak & makan2 kat Subway, kat Sheffield ada 2 jeee Subway HALAL.. hehhe,

 \
Nyummm... sweet onion chicken teriyaki + italian herb bread 

Orang yg pantang nampak makanan.. hahaha, utk baby mama Cheese Meatball ye


Bisik kat abah.. 'i want more'... hmm

Cheekyyyyyy!!

:P

Lepas makan, singgah jap ALDI beli brg dapur, baby mama la yg paling suka! Sebab dia suka nyopingggg.. haahaha, Si Aqil cam biasa xmo tgk kamera, dia suruh i simpan kamera dlm poket.. hahaaa, sabo jela!


Dan selepas seminggu Aqil xg sekolah sbb kena kuarantin, baby mama Aiman pula terkena chicken pox.. huhu, skang still ada lagi & dlm proses recovery, tp syukur sbb dia xdemam panas memandangkan cuaca pun kejap cerah panas & kejap hujan sejuk.. huhu, get well soon dear!


Satay Feast 2012

السلام عليكم....


Alrite, terlewat lagi update entry weekend... huhu, cam biasa sibuk gan aktiviti harian disini, cukup2 je 24jam, paling sempat pon online fb.. ngheee, nak update blog nak kena piki gak nak tulis apa kan? hehe... ok lah, sejak masuk musim summer ni mmg byk aktiviti luar, tp tak semu kmi sempat join, tgk keadaan & masa hubby i la, klu dia bz mmg xjoin la.. So 2 minggu lps, ada program satay feast kawasan city & firth park sj, kawasan lain (tinsley/ darnall) ada aktiviti lain & buat secara berasingan:).. Kebetulan cuaca xelok hari tu, so kmi tukar ke tempat yg ada bumbung di High Hazel Park, ada playground & padang yg luas, tp xbole la anak2 nak main lari2 di padang sbb hujan, angin kuat & sgt sejuk... huhuhu, memasing sibuk dok kerumun kat tong bbq nak panaskan badan.. hehe, i pon sampe lewat sbb hujan & jalan sesak. Utk potluck kali ni i bawa chocolate moist cake ja (seperti gambar diatas ye), itu yg sempat wat, deco pon simple dimple je.. hehe, xsangka laku time2 hujan camtu, licin tinggal cake board je.. ngheee. Untuk perapan satay ayam & daging, kami buat beramai2 gotong royong di salah satu rumah jiran di city, tp kmi xjoin sbb wat time malam, two kiddo da tido da..huhu. Ok la, jom layan pic yg xberapa nak clear sgt sbb cuaca yg mendung & sejuk, nak amik pic pon ketar2 tgn.. hahhaaaa.

Nasib ada yg bawa khemah utk ibu2 & anak2..huhu, kurang sikit rasa sejuk:(..

Sempat lagi senyum dlm kesejukan.. ngheee

Antara potluck dari ibu2 di sini.. heheheee

Tugas bapa2... hehhee

Owhhhh.. sodap tau satay uk ni!

Dua periuk besar ni ada kuah kacang & sup ayam yg sedap... lega dpt hirup sup panas2:))

Dua org yg pantang jumpa, xberenggang sampe balik.. hehe

Baby mama mcm biasa, makannnnnnn je keje... hehehhee

Bukan main aqil & gina, kihkihkih

Nyummmm... satay made in UK!

Xtau da berapa cucuk dia balun sowang2.. hahahhaha

Hahhaa... dimana saja mesti seiring sejalan.. 

Nasib baik la ada yg bawa bubble, xla bdk2 bosan dok dlm khemah, masing2 pakat nangis nak main kat playground tp da hujan xbole la.. huhu




Fuhhhhh.... 

Yeayyyy at last ada juga bubble!

Ok, turn aiman pulak.. :)


Siap ada music band lagi tau.. hahaaaa, nak karaoke pon bole!

Kami kena buli! huhuuuu, malu i tau.. iskk

Bersama jiran kampung Firth Park, Yana & K.peah :)

Wahhh byk lagi nak masak ni... heheee





Bila hujan da reda sikit, kmi bawa two kiddo g playground, sukeeee sesgt! ehehehe




Ada flying fox kat park ni.. heheee 

Nampak gigi sayaaaaa.... hehehe


Damia pon tunjuk skill.. hehe

Sempat lagi amik pic pokok bunga purrrrpleeee... hehe

Ada org merajuk... hmm

Siap pack utk balik.. hujannn, xbole duduk lama2 sbb sejuk, bdk2 pon nangis sbb sejuk:(

Sebelum tu, say cheeezzeeeeeeee utk geng bapa:)


Utk geng ibu2..:P

Alahaaaaiiii sampe xmo lepas balik!

BFF 4ever !

Bergambar dgn Dr Dila & K.siti :)

Alhamdulillah, program berjalan gan lancar even cuaca xmengizinkan, kmi balik dlm kol 5ptg dgn keadaan yg  sgt penat & sejuk * sbb kejar anak yg nak lari main hujan... huwaaaaa , so perut da kenyang mkn satay, balik ja trus tukar baju tido, lelap sampe esok pagi, hujan pon turun sampe esok pagi..huhuhu, pepun still sgt best & enjoy! Ok jumpa lagi, iA next entry ada lagi aktiviti2 outdoor & semestinya bab makan2... hahahha! tattttaaaaaa!

* Kejap je masa berlalu kan, tinggal sebulan lagi kita bakal bertemu lagi bulan mulia, Ramadhan, yeayyyyyy!!