Showing posts with label Cookies. Show all posts
Showing posts with label Cookies. Show all posts

Wednesday, September 14, 2011

Biskut Mazola


السلام عليكم....

Alahaiiiiiii entry tertunggak lagi ni, harap xjemu la yer. Tuan rumah pon baru baik dr segala virus2 yg melanda sejak menjak tukar musim ni, kat sini klu setiap kali tukar musim mesti salah sorang @ satu famili kena flu, demam, batuk.. uhukk, skang da masuk musim Autumn, so penuh la daun2 berguguran & angin yg sgt kuat & sejukkkkk.. ditambah lak gan hujan sepanjang hari, hrmmm so kna la keluarkan balik jaket/coat/sock memasing... iskk. Even cahaya matahari sgt terik kat luar tu, da xde maknanya melainkan musim summer, haaaa tu mmg cair make-up & berpeluh cam kat Msia, tp klu musim lain jgn harap yea, still freezing ...huhuuu. Skang rutin i, setiap pagi 7.30 da ready bfast utk two kiddo, hubby & lunch box hubby.. Hubby uruskan Aqil, budak br masuk sekolah.. tetiap ari balik umah cete itu ini tp ssh mama & abahnye nak faham.. hrmm, mkin pelat lak si Aqil ni bercakap.. huh. Kol 8 bfast gan Aqil, kekadang Aiman join skali tp slalunya dia sowang still terlentok dlm duvet (selimut tebal).. heheheee. Dlm kol 8.40am, br i & Aqil kuar umah sampe di nursery dlm 8.44am.. so main2 dulu kat luar nursery tu sementara tunggu cikgu buka pintu tepat jam 9am, nasib si Aqil ni dr hari 1st sampe ke arini steady je.. yg lain tu still merengek/ meraung nangis nak ikut parent balik.. tp kekadang tu Aqil cam xmo lepas gak, dia suruh i duduk dulu la, suruh i main gan dia la, last2 cikgu yg layan dia & br i ble balik.. hehhehe. Arini Aqil wat kite, sronok bukan main, otw balik umah tu xsabar nak gtau abah, i da gtau abah xde, g keja.. dia balik rumah trus lari naik bilik atas cari abah, pastu turun balik dia kata kat i, 'its ok mama, i can call abah'.. erk, dia trus angkat telefon rumah pastu trus ckp 'look abah, i made a kite, its beautiful, u want to play wit me?'... alahaiiii cian Aqil.. so i pon amik fon trus cal hubby, excited dia cete kat abahnye.. hehe, nampak muka dia puas hati lps gtau abah.. hehehe Aqil... Aqil..


* Try tunjuk kat adik Aiman camne nak main kite.. huhu *

Orait sambung bab resepi, biskut ni mmg sodapppp, i da try wat 2 kali atas permintaan hubby.. hehehe, dia suka makan:). Rupanya senang benor nak wat biskut mazola ni, ingat ssh, lps ni i xagak2 nak wat sendiri klu nak makan.. erk rajin kerr? Tq utk tuan punya resepi dr Myr 2nd time i wat fragile ckit, tp still sedap, mybe sbb terlebih minyak so adunan jadi lembut.. hehehe. Pepun worth try, skali mengadap je satu balang.. hahaaa


BAHAN :

1 cawan rata gula icing @ gula halus (kurangkan 2 sudu)
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh baking powder
*semua bahan di atas diayak
1 cawan mumbung kacang tanah kisar(disangrai, dibuang kulit, dikisar baru disukat)
Minyak mazola @ minyak jagung secukupnya
Lebihan kacang tanah (utk hiasan) ~ i x letak
Kuning telur (utk sapu)


Firstly, campur rata kacang tanah kisar bersama bahan diayak tadi. Uli bahan2 tadi bersama minyak mazola hingga menjadi 1 doh yg lembut dan boleh diterap. Gelek doh antara 2 plastik, terap dgn acuan yg digemari (celup dlm tepung acuan sbelum menerap supaya lekang). Susun dlm dulang bersapu majerin dan letakkan 1/2 biji kacang tanah yg dah disangrai tadi. Sapu kuning telur atas biskut & bakar dlm oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 150c, +- 30 atau hingga masak mengikut kebiasaan oven masing2.

Wednesday, September 7, 2011

Biskut Arab a.k.a Kuih bulat-bulat :)


السلام عليكم....

At last, dapat gak makan kue bulat-bulat toksu...hahhaha. Senanggg sgt resepi ni & sgt2 gebu, xmanis sgt & xjemu makan, kejap je licin sebalang :D.. Thanks dear Little Parlour for da recipe... yg bestnya two kiddo pon suke makan, sampe duduk bersila dua2 orang nak makan 'milk ball'.. haha pepandai je Aqil kata milk ball, padahal xde susu pon, lps ni klu tringin ble trus wat, ni pon tinggal bape biji je lagi dlm balang tu..hehe.
Pssssttt .... xsabar nak tunggu next morning, 1st day Aqil go to school, dia siap pack beg comel dia tu gan fav toys dia..huhu

BAHAN :

600gm tepung gandum - digoreng
5oz minyak sapi
4oz planta
1 sudu kecik vanilla essence
1 biji kuning telur - kuning sahaja ok
Gula castor


Goreng tepung(tanpa minyak) dalam kuali dengan menggunakan api perlahan, sentiasa kacau. Goreng untuk lebih kurang 15 minit sehingga naik bau tepung dan texture tepung menjadi kering dan ringan. Biar tepung sejuk(suhu bilik), kemudian ayak.
Campurkan minyak sapi, planta, vanilla essence, dan kuning telur. Masukkan tepung dan gaul sebati hingga menjadi doh. Bulat-bulatkan kemudian bakar selama 15-20 minit. Selepas bakar golekkan dalam gula castor. Done!

Tuesday, September 6, 2011

Almond London


السلام عليكم....

Hehhee.. ni semu entri tertunggak, br nak publish, bz benor ms posa aritu, xpela blom terlambat lg kot, lgpun br semalam i still wat biskut raya lg tau..iskk, permintaan hubby yg suka biskut mazola, nnti i share resepi biskut mazola k:). Resepi Almond London ni dr CMG, sgt sedap & gebu di dalam & rapuh di luar even i xletak emplex (bahan utk rangupkan biskut).. lagi lama lagi sedap, rs pon xmanis sgt.. thanks 4 da recipe.. xsangka i bejaya gak wat biskut ni sampe 3 balang, memula malas da coz nampak leceh nak kna tuang coklat & goreng kacang.. huhuu tp berbaloi2.. (*_^) & guess wat, i nak wat lagi arini...hahaha

BAHAN :

250 gram mentega
150 gram gula aising
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
450 gram tepung gandum*
2 camca teh emplex*(*disatukan dan diayak) ~ i xletak
130 - 150 biji badam berkulit, digoreng hingga kuning keemasan, toskan atas paper towel, atau bakar dalam oven.

BAHAN SALUT :

400 g coklat masakkan (mat guna coklat masakan jenama "tulip")
1/2 camca besar lemak sayur
Badam cincang secukupnya, disangai hingga kuning keemasan
Paper cup saiz kecil secukupnya


Satukan mentega dan gula aising, kacau hingga sebati, masukkan kuning telur dan esen vanilla, terus memukul hingga berkrim. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut. Tutup doh dengan tuala lembap. Ambil sedikit doh, kurang lebih 3/4 camca teh dan salutkan doh tadi pada sebiji badam. Buat hingga habis. Bakar dalam oven pada suhu 170C selama 20-25 minit. Sejukkan atas jaringan. Utk coklat salut, cairkan coklat secara double boiler (meletak mangkuk tahan panas berisi coklat masakan di atas periuk air mendidih). Bila coklat cair, masukkan lemak sayur dan kacau rata. Ambil sebiji biskut yang "botak" tadi, masukkan dalam peper cup dan sudukan coklat masakkan hingga memenuhi biskut. Tabur sedikit badam cincang dan susun dalam bekas. Buat seterusnya dan susuh rapat2 anrata satu sama lain, tujuan untuk menjadikan biskut sedikit bujur bila coklat mula membeku nanti. ATAU boleh juga celup sebiji almond london dan letak dalam paper cup. Buat hingga habis dan biar coklat betul2 beku, baru simpan dalam bekas kedap udara....selamat mencuba!!!!


Masa raya ke-3, kmi bawa Aqil ke nursery utk sesi suai kenal, sronok sangat Aqil, semangat bangun awal & bersiap nak jumpa friends..hehhe. Tp kejap je, dlm sejam camtu then nnti jumpa lagi ms 1st day session tis Thursday, can't wait for it!


* Posing depan nursery Aqil... Hucklow Primary School *

Wednesday, August 17, 2011

Crystal Ball + HOMEMADE PLAYDOUGH ♥


السلام عليكم....

Owh ni projek kuih raya last week laa, lama rasa xupdate blog, byk resepi nak share gan uols tertangguh2..adoila.. kali ni nak share resepi cookies plus homemade toys!! Hehehe ni yg menarik ni, sukeee sungguh two kiddo ni main sampe ralik xkaco mamanye nak wat keje.. hehehe, i nyaris2 nak beli da playdough kat toy shop aritu, kebetulan two kiddo ni nak beli benda len, tu yg i xjadi nak beli playdough ni.. rupenya ble wat sendiri playdough ni! Da la jimat duit, selamat lak tu coz xde bahan kimia, klu termakan pun mmg xbahaya:).. resepi ni dr buku 'Fun To Do : Modelling', kebanyakkan nursery di UK mmg gunakan kaedah yg selamat ni utk kanak2, selain dr menjimatkan duit:).. so i try wat, mmg menjadi, cuma setiap kali lepas main kna wrap gan cling film & masukkan dlm fridge utk elakkan dr berkulat, yeala da xde bahan kimia so kna control cam tu la utk kekalkan doh tu supaya bersih & selamat... doh ni mmg lembut sejibik cam playdough di pasaran & xkeras cam plastesin.. i letak resepi disini so pd parent2 yg ada anak2 berusia 2thn keatas, try la wat resepi mudah & jimat ni utk anak2! Mmg berbaloi2.. hehehe


BAHAN :
(Homemade Playdough)

Tepung gandum 100g
Minyak masak 1 sudu kecil
Cream of tartar 1 sudu kecil
Garam 1 sudu kecil
Air 150ml
Pewarna (Hijau/ Merah/ Kuning dll)

Firstly, masukkan tepung gandum + garam + cream of tartar + minyak masak ke dalam periuk dan gaul sebati(jgn buka api lagi). Kemudian, kacau pewarna + air dan tuangkan kedlm adunan tadi. Kacau hingga sebati. Letak periuk atas dapur dgn api yg sederhana dan kacau tanpa henti hingga menjadi sebiji doh. Setelah siap, uli utk satukan kesemua doh yg melekat pada periuk, then balut dgn cling film dan masukkan ke dalam fridge utk disejukkan. Sedia utk digunakan:) Balut doh menggunakan cling film utk tahan lama.



* Abis la cookie cutter mama jadi mainan... iskk *


* Little Aiman made mama a cute cookies.. awww tq honey *


Ni plak resepi Crystal Ball @ Biskut Suji yg gebu & sedap dr K.Fida.. asalnya resepi ni ada warna warni tp i xsempat nak color doh2 tu sbb nak berbuka posa da so plain je la ek, yg penting sodap.. i sukaaaaaa sgt biskut ni, act nak wat biskut arab Toksu i kat Perlis, mmg superb! Tp terjumpa resepi crystal ball ni dlu, so try ni dulu, ni pun lebih kurang gak cam biskut arab. Tapi time raya mmg tak sah xmakan biskut arab & laksa sedap Toksu.. ehheheee tetiba berangan mkn biskut arab toksu.. huhuu


BAHAN :
(Biskut Suji/ Crystal Ball): 40-50 biji

Minyak sapi 100g ( 8 1/4 sb rata )
Gula icing 50g - ayak ( 1/2 cwn rata dan kurangkan 1 sb rata )
Garam halus 1/8 sudu kecil
Tepung gandum 200g ( 1 1/3 cwn rata ) + 1/8 sk b.soda - diayak bersama
Badam kisar 20g ( 2 1/2 sb rata )
Pewarna merah,kuning,hijau
Secukup gula halus - untuk tabur
Secukup paper cup


* Fresh from oven:) *

Firstly, minyak sapi + gula icing + garam dikacau hingga sebati. Masukkan badam kisar dan kacau rata. Masukkan pula tepung sedikit2 sambil diuli hingga menjadi doh yang tak melekat pada tangan dan mangkuk. Jika doh masih melekit, tambah tepung secukupnya lagi. Bahagi doh kepada 4 bahagian dan warnakan merah,kuning,hijau dan 1 bahagian warna asal (i skip tis step). Ambil secubit adunan drp keempat2 doh berwarna,campur dan bulat2kan sebesar guli. ATAU.... canai setiap doh berwarna dan tindihkan antara 1 dgn yg lain,kemudian dipotong 1/2 inci persegi. Ambil setiap persegi doh dan bulat2kan. Susun di atas dulang pembakar dan bakar selama 20 min pada suhu 160C atau sehingga garing. Golekkan biskut dgn gula halus dan masukkan ke dalam paper cup.

Tuesday, August 2, 2011

Aqil's 1st Cookies - Rainbow Honey Cornflakes


السلام عليكم...

Alhamdulillah pertama kali kami menjalani ibadah puasa di bumi England ni, hampir 18 jam kami berpuasa, semunya bejalan dgn lancar & cuaca pun cantik, petang kemarin i decide nak wat kuih raya, alaa nak wat yg simple2 je, 1st attempted la kan, so wat yg paling mudah & same time nak luangkan masa gan Aqil:).. Lepas raya ni dia da nak g nursery, even 3jam je tp mesti i rindu kat dia..huhu.. Resepi ni i copy dr umi_e , mudah sgt, even Aqil pun ble wat sendiri & guess wat mmg dia yg wat semu step, i cuma sedia bahan je.. well done Aqil! Bangga toksah kata la, syoik abis, xsabar nak tunggu abah balik nak gtau cookies ni dia yg wat.. hehehe. Time ni Aiman tido, so relax ckit, klu x xkeruan gak, tupun dapur cam tongkang pecah da, huhuuu. Rupanya mudahhhhh sungguh nak wat biskut cornflakes ni, rs rugi xwat selama ni, skrang pun harga brg da naik, dgr kata harga sebalang biskut raya pun da naik juga, klu cam kami ni cammna skalipun kan wat sendiri, tp bebaloi sbb puas hati ble wat ikut citarasa sendiri & dapat byk, kemarin i & Aqil wat biskut ni dapat sampe 3 balang..hehhe


* Masukkan dlm acuan comel ni...*



* Best part.. sprinkles on top! *



* Be careful when u handle the hot oven, k... *

Firstly, campurkan butter + gula dan masak atas api perlahan hingga gula larut bersama butter @ masuk microwave je dalam masa 2-3 mins tapi kena kacau setiap minit. Masukkan cornflakes ke dalam adunan yang dah cair dan masukkan madu @ golden syrup dan aduk sampai rata. Masukkan dalam acuan dan taburkan manik warna warni dan bakar selam 10-15 mins atau sampai dasar kekuningan, kejap je tau:)



* Anyone??... hehhe wat sendiri k:) *

Wednesday, July 6, 2011

Famous Amos Chocolate Chip Cookies


Teruja sungguh jumpa resepi biskut Famous Amos ni, i klu beli siap sembunyi2 nak makan.. haahahha, nak menikmati biskut choco chip yg sedap tu:). Dan secara xlangsung resepi biskut ni akan masuk dlm list biskut raya i tahun ni...muehehhe, oh i da siap wat list g, resepi biskut yg mna i nak wat, yg penting senang & biskut yg i suka.. hooohoo, selfish ek, yela hubby i da cop da biskut famous amos ni utk raya, trus menjadi pujaan hatinya:).. hihi, i loike! Thanks to syari, mmg best resepi ni, mudah & sedap, lepas ni ble wat sendiri, klu nak beli kna timbang, mahal lak tu..huhu, klu rajin try resepi ni mmg superb! I wat betul2 ikut resepi, mmg banyak sungguh, xterkira yg penting penuh 3 balang kaca, klu nak beli agaknye bepuluh2 ringgit tu..huh... fuhh penat nak tunggu bakar kesemua biskut ni..iskk, tu br sejenis, ha cam na yg dok meniaga biskut raya tu, beribu2 biji biskut yg dorg hasilkan dlm masa sehari, nak memenuhi pemintaan semu customer dia, kena rajin & sabar:)... pejam celik da hampir setahun kmi dok di bumi England ni.. bulan depan da nak puasa, 1st time la kmi akan menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan dgn tempoh masa yg lebih panjang dr Msia, hampir 18jam... kali ni i mesti wat buah melaka sendiri, fav tuuuu, hrmm lagi puas ati, kan:) * nak sedapkan hati sendiri..huhuhu. Orait, tuan rumah nak sambung pack baju utk summer holiday selama 4 hari, esok pagi kmi betolak ke..... tungguuuuu next entry yea, doakan kami pergi & balik dgn selamat:)


BAHAN :

Gula 1cawan ~ i letak 1/2 cawan sj
Gula perang 1cawan padat*
Mentega 1cawan (~150gm)
Minyak 1cawan
Telur 1biji
Susu segar 1sudu
Tepung gandum 4cawan
Garam 1sudu teh*
Cream of tartar 1sudu teh
Baking soda 1sudu teh
Walnut cincang 1/2 cawan
Semisweet chocolate chips 2cawan
Vanilla extract 1sudu teh

Firstly, pukul gula + mentega + minyak + telur + susu + vanilla hingga sebati. Masukkan bahan2 kering + walnut & chocolate chips. Adunan nampak lembik, sudukan satu sudu kecil ke atas dulang pembakar, tak perlu di gris. Bakar pada suhu 350 ‘F (175’ C) dlm 10-15 minit (bergantung pada jenis oven).


Nota : Rasa agak manis, boleh kurangkan gula perang kepada ½ atau ¾ cawan. Jika
mentega dah masin kurangkan garam kepada ½ sk.
: Cookies ini agak peroi (rapuh), jika suka keras sedikit, lebihkan tepung ikut
kesukaan.
: Walnut boleh diganti dengan kacang jenis lain


1) Sempena kempen kurangkan gula, sukatkan 3/4 cawan gula halus + 3/4 cawan gula perang
2)Tips utk dapatkan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan
3) Utk cookies yang bentuknya cantik instead of leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dlm fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dlm dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya ia tidak cair.