Showing posts with label Vegetables. Show all posts
Showing posts with label Vegetables. Show all posts

Thursday, June 16, 2011

Ayam Phat Phet + Stir Fry Bok Choy


Tetiba tringin nak makan Ayam Phat Phet, ni menu last week, da 2 kali wat, sedap sungguh resepi Phat Phet dr Widad ni.. thanks yer, sejibik rasa cam kat kedai Hajah Hasmah.. heheh, rindu sama sis Elyn, fav dia la ni, so i pun terikut2 sbb sedapp tetambah klu Phat Phet Sotong.. btoi x k.Elyn?? hehheee.. Kebetulan ada lak bok choy dlm fridge, i ni jenis xmakan sayur2 hijau + pahit... hehe, bayam je i ble terima tp ntah la terrr beli so kna la masak, not bad la i try masak simple ala chinese style, sedap la plak.. hehe, siap ble ratah cam tu je:). Skang ni makin panjang waktu siang, kekadang buntu ishh nak wat pe lagi ek, kul 9 cerah lagi, two kiddo yg slalu tido kul 7 pun xleh lelap mata, yela dorg pelik apasal mama & abah ni suruh tido siang2 cenggini, huhu.. skang ni plak si Aqil da pandai tanya itu ini.. ada skali tu sampekan dia kata kat i & hubby, 'look, its still early, its sunny day'.. uwaaaaaa, xtau nak ckp pe, kmi gelak sampe terguling2.. haha, main la sampe agak2 letih baru tido, lgpun skang ni bila dia da letih, dia sendiri dtg kat i cakap 'mama, i need a milk, i wan to go to bed'.. senang bila da becakap, ada gak org nak teman mama bercakap, klu x kmi becakap cam ayam & kucing, apa satu xpaham.. iskk


BAHAN :
(Ayam Phat Phet)

Bahan A (Blend)
Cili padi 5biji
Halia 2hiris
Kunyit hidup ~ i letak serbuk kunyit
Serai 1btg
Bawang putih 5ulas
Bawang besar 1biji

Bahan B
Ayam dada 3keping (dipotong dadu)
Serai 1btg
Asam keping 1keping
Daun limau purut 4helai
Sedikit Garam dan Gula + secubit ajinomoto
Secawan air
Cili kering 4 keping (optional)


First, blend Bahan A dan tumis sehingga naik bau.. Setelah kering tumisan tadi masukkan secawan air. Kemudian masukkan bahan B, iaitu sebatang serai dititik, asam keping, ayam, daun limau purut dan garam serta gula. Pastikan ayam masak sepenuhnya... Jika kurang berkuah, masukkan sedikit air mengikut citarasa sendiri.. kalau nak pedas lagi blend cili padi lebih... Siap:)

~Stir Fry Bok Choy ~



BAHAN :
(Stir Fry Bok Choy)
Bok choy 2 ikat @ lebih
Bawang putih 4ulas - dihiris halus
Bawang Jepun 1/2 biji - dihiris
Halia 1inci
Sos tiram
Garam secukup rasa ~ i xletak coz da cukup masin
Kiub ayam 1/2 kiub
Sedikit minyak untuk menumis
Tepung jagung
Sosej - hiris (optional)

First, panaskan minyak. Tumis bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan bok choy. Kemudian, masukkan sos tiram secukupnya dan kacau. Letakkan sedikit air supaya tidak terlampau kering. Bila bok choy sudah sedikit layu, angkat bok choy dan pindahkan ke dalam pinggan. Tinggalkan kuah di dalam kuali. Tambahkan sosej & 2 sudu sos tiram + sedikit kiub ayam ke dalam kuali. Masukkan air mengikut sebanyak kuah yg anda nak & biar hingga sosej masak. Masukkan hirisan bawang besar. Untuk memekatkan kuah, masukkan bancuhan tepung jagung dan masak sekejap. Tuangkan kuah yg dimasak ke atas sayur yg disusun di dalam pinggan. Hidangkan.

Friday, April 8, 2011

Asparagus Goreng Belacan


1st time makan & masak asparagus.. not bad, sedap.. br je lps lunch nasi + asparagus grg belacan ni.. hehe, tekak melayu btoi! I dapat resepi ni dr mamiamin~MyResepi, thanks 4da recipe.. lps ni ble try lagi, i suka la.. Hrmmm xsabar nak tunggu hubby balik, mlm ni sampe la dia.. cian dia 2 hari ni asyik mkn pasta & roti.. ehekkee, xpe mlm nnti blk tambah la 2/3 pinggan pun... hahaaaa. Weekend ni kmi cadang nak g carboot kat Sheffield Arena, br stat dlm last week (setiap Ahad, sepanjang thn), tp ada jemputan BBQ la plak... hooo hooohoo best tue, da sepanjang minggu ni panas terik, rasa cam duk Msia pun ada, tp angin sejuk dingin ttp ada, tetambah klu angin kuat,lg sejuk.. xde makne nye panas terik.. isskkk iskk. So cancel la nak g carboot, next time pun xpe.. yg penting makan! Hahhaaaa.. kmi wat BBQ ni sempena farewell utk 2 family (K.Ita & Abg Mali + K.Rina & Abg Husin) yg bakal balik Msia hujung April ni.. so kitorg wat potluck la, i cam biasa mesti wat kek.. hehhe, then marinated lamb/chicken & some fruits:). Semu bahan da sedia, ingat nak stat perap ayam/daging stat malam ni, lg lama lagi sedap..nyummmm.. ok la, nie resepi asparagus goreng belacan yg superb, pd tuan empunya resepi minta kongsikan resepi dsini utk rujukan yea!


BAHAN :

Asparagus 300g - dipotong serong
Bawang putih 2-3 ulas - diketuk
Cili kering 1sudu
Sos tiram 1sudu
Nampla/sos ikan 1sudu teh
Sotong 3-4ekor - dipotong kecil ~ i guna udang
Garam ~ i xletak, da cukup masin
Minyak utk menumis
Belacan - ikut suka ~ i letak

First, panaskan minyak tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili kering dan belacan. Masak hingga garing. Kemudian masukkan sotong/ udang. Bila sotong/ udang dah agak masak tambahkan sos tiram dan nampla. Gaul sebentar kemudian masukkan asparagus pula. Sesuaikan rasa. Jika kurang masin boleh ditambah sedikit garam. Boleh diangkat dan sedia untuk dimakan.

Opss.. ni bunga tulip i br je kutip kat garden i.. ahaks, garden lalang.. hehee, ala xyah ssh2 nak bercucuk tanam, semunya tumbuh sendiri, tup..tup ada pokok tulip.. tut..tup ada daisy.. alangkah bahagianye klu cam gitu je tanpa perlu kotorkan tgn nak gembur tanah segala bagai... haahaaa, mybe tue yg specialnya musim Spring ni yea:). Actualy mood nak menanam xde g, so i trim pokok2 liar je la, jgn sampe ganggu pokok bunga yg tgh subur cantik tu.. tp tue la tulip i ni terlebih kembang la, cam terkejut tgk matahari terik 2-3 hari ni kot.. heheee,



Thursday, February 10, 2011

Pajeri Terung + Kerisik Perantau:)


Lama da xmakan pajeri, tetiba teringin lak, btw pajeri ni favourite abah i:).. dok cini semua benda la tringin..huh susah btoi, masa dok Msia relax je, tengok pajeri sebelah mata je..hehe, yeala nak makan tunjuk di kedai, bayar & makan..da la kat sini xde kerisik.. so wat pertama kalinye dlm hidup i wat kerisik sendiri semata2 nak makan pajeri, lps ni bole wat rendang ke..hmmm nyummm:) fav i makan pajeri gan telur masin! fuhhh, bertambah nasi la jawapnye..hehhe


* Kelapa parut yg sedang digoreng *

BAHAN :
(KERISIK)

Kelapa parut (sini ada jual kelapa parut kering)
@
Krim kelapa (dlm kotak)

Untuk kelapa parut, goreng dlm kuali non stick dgn api perlahan sehingga perang, sentiasa gaul coz kelapa mudah hangit. Then, masukkan dlm blender (pengisar kering), blend hingga kuar minyak. Simpan di dalam bekas kedap, letak dlm peti sejuk & sedia utk digunakan:)

Untuk krim kelapa, keluarkan krim kelapa dan letak dlm mangkuk tahan panas. Masukkan dlm microwave selama 2 minit. Keluarkan dr microwave dan kacau sekejap, masukkan semula selama 1 minit. Keluarkan semula, kacau dan ulang semula sehingga 'garing' @ bertukar warna keperangan. Then bole diguna terus @ simpan dlm bekas kedap:)

BAHAN :
(PAJERI)

Terung (dibelah 2 & potong kiub, rendam dlm air)
Kerisik 2sudu
Minyak
Pati santan 200ml
Cili kering -kisar
Udang kering (actualy i xde, klu letak lagi sedap:)
Bawang merah 2biji*
Bawang putih 2ulas*
Halia 1inci*
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Bunga cengkih
Buah pelaga
Serbuk kari daging
Asam jawa 1sudu
Garam dan gula-secukup rasa

* blend

First, panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan bertanda * + rempah ratus sehingga naik baunya, then masukkan rempah kari dan cili kering sehingga pecah minyak. Masukkan air asam jawa dan terung, bila terung agak separuh masak,masukkan santan dan udang kering. Bila terung dah cukup empuk masukkan garam + gula + kerisik. Masak seketika dan siap untuk dihidangkan.