Showing posts with label Pasta. Show all posts
Showing posts with label Pasta. Show all posts

Thursday, June 21, 2012

Baked Pasta with Chicken Mushroom

السلام عليكم....


Ok, ni satu lagi resepi yg i reka khas utk two kiddo, & mmg da jadi fav lunch/ dinner! hehee.. Sila la cuba, mmg sedap!

BAHAN :

Pasta (rotini/ penne/ fusilli/ bowtie) -i guna penne, tp i suka tricolor rotini, lebih berkhasiat ada spinach/ carrot
Ayam dada ( rebus & cincang isi ayam)
Carrot/ brokoli - dadu
Mushroom soup - 1 tin
Garam/ lada putih & hitam
Daun bawang - cincang
Bawang putih - cincang
Mayonis
Butter/ olive oil
Grated cheese (cheddar/ parmesan @ mozarella)
Breadcrumb




Rebus pasta hingga lembut, toskan. Rebus ayam & simpan air rebusan, cincang/ carik isi ayam. Then panaskan minyak/ butter, tumis bawang putih + daun bawang & isi ayam. Masukkan garam & lada hitam/putih. Gaul hingga sebati. Tutup api. Tuang mushroom soup dlm satu bekas bersih, masukkan air rebusan ayam (agak2, jg terlalu cair) & mayonis, kacau rata.Then sapu butter pada bekas tahan panas, masukkan pasta, ratakan. Then masukkan 1/2 adunan sup tadi, masukkan isi ayam & ratakan. Kemudian masukkan selebih adunan sup & tekan2 supaya mampat & sekata. Kemudian masukkan sayur carrot/brokoli, ratakan. Last skali tabur breadcrumb hingga rata di permukaan & tabur grated cheese. Bakar selama 30-35 minit pada suhu 200C @ sehingga permukaan agak perang.. siap!

Jemput makan semua... nyummm!

Friday, June 17, 2011

Spaghetti Kung Fu


Thanks hanis for tis easy peasy recipe! Mudah & sedap, skali skala tukar selera, stok kueh teow da abis, so guna spaghetti.. hehe, so mmg sgt2 kenyang makan sepinggan, lps ni nak try guna kueh teow. I guna apa yg ada dlm fridge, sayur pun tinggal sawi & carrot, mix vege ada swwet corn je, masukkan je semu skali, the more the merrier..ahaks! Dlm fridge wajib ada sweet corn & carrot, xble abis stok dua benda tu, mana xnye, kita nak guna masak tp disebabkan ada budak Vegetarian dlm rumah ni, so kna lebihkan stok..iskk, carrot tu setiap kali beli, kna siap2 basuh @ kekdg i beli baby carrot, so xyah peel da.. si Aqil ni suka buka fridge trus ngap carrot cam mkn kacang je..huhu, tup2 da tinggal setengah bag da, bape batang je tinggal utk masak.. siap bagi Aiman gigit skali, skang Aiman pun stat suka kunyah carrot ikut abg punya psal.. hehe, moga2 anak2 mama dikurniakan mata yg cerah & sihat selalu , so xyah pakai spec mcm mama & abahnye... hehe

BAHAN :

Kueh teow 1bungkus ~ i guna spaghetti
Telur 2biji
Lada hitam / lada putih
Mix seafood ~ i guna udang je
Mix Vege
Tepung jagung 1sudu
Air 1cawan
Sayur-sayur lain (optional)
Bawang putih 1ulas
Cili padi 2biji (kalau nak lebih pedas boleh letak lebih)
Sos tiram


First, pukul telur bersama garam dan sedikit lada hitam/ putih di dalam gelas. Masukkan kueh teow/Spaghetti hingga 3/4 gelas. Tuang dalam kuali yang dah diletakkan sedikit minyak. Ratakan kueh teow/Spaghetti supaya menjadi sedikit nipis. Balikkan supaya kedua-dua belah masak. Then, masukkan dalam pinggan dan sedikit melengkung.
Untuk kuah, tumis bawang putih hingga sedikit perang. Kemudian masukkan seafood mix.
Tangkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air dalam kuali. Masukkan sedikit lada hitam, cili padi, sedikit sos tiram, lobak dan sayur-sayuran. Biarkan kuah sedikit pekat kemudian tuangkan ke dalam pinggan berisi kueh teow/Spaghetti tadi. (kalau nak lebih kuah boleh tambah lagi air)

Thursday, December 16, 2010

Philly Spaghetti Marinara


Christmas is around da corner...arini snow turun setelah 2 minggu xturun, jiran2 i masing2 sibuk prepare for their Xmas..sronok tgk, tetambah time malam, i slalu selak curtain tgk umah jiran, cantik! Meriah dgn pokok Xmas, ada yg letak pokok Xmas kaler gold, terang bederang, ditambah lagi dgn lampu kaler2, ada glow in da dark stickers at their front door/window..:). Tadi i br je sembang2 dgn Mr Cliff jiran tepi umah ni, dia nak bagi balik pinggan i ms i bagi Bday cake i aritu, mcm biasa mesti tis 2 kid lari ke pintu nak jumpa 'Atok' Cliff..haha..coz dorg tau atok will give them some chocolate.


Dia dok cete semalam dia ada Xmas dinner kat umah kawan, ada Turkey, Ham, Salad, Pie, Dessert wit trifle & choc fondant...owhh masuk bab dessert mmg i celah, i just adoreee their dessert, fav tv programme i "Come Dine With Me"(setiap episod dorg bertanding utk jadi host dinner(4-5org) & compete for the £1,000 prize, so masing2 show off their culinary skills for high rating ).... , ternganga2 tgk menu dinner/dessert dorg, uuishh kena plak dia pon suka tgk, siap tulis resepi setiap episod...hahha, cayalah...Sembang gan Cliff ni mmg satu ari pun xabis, kdg2 i mcm nak jemput masuk umah pun ada, dia sukkkaaa sgt bersembang, klu kita tanya satu soalan, dia akan bagi 10 jawapan..uuwaaa cetenye dr history sampe la ke zaman sekarang, panjang tu, kdg2 pe dia kata pun i xfaham..seriously, pelat England beb tetambah area South Yorkshire..yea kan je, i slalu kata kat Hubby Cliff tu 'SANTA CLAUS' Sheffield..haha, sbb bla dia bersembang dgn happynye sambil gelak..hooo hoo hooo n sambil pegang perut buncit dia..ha, xke santa claus tu..mmuehheeee.
Orait, todays recipe is from Philadelphia edisi Mamma Olyn..haha

BAHAN :

Spaghetti (rebus & tos)
Olive oil
Udang or any seafood (cuci & tos)
Philadelphia Extra Light Cheese 250g
Plum tomato (diced)
Baby corn (potong)
Bawang Jepun (hiris)
Bawang putih (cincang halus)
Lemon zest
Sedikit oregano
Parsley/ i guna daun bawang je
Salt & Pepper

First, tumis bawang putih + bawang Jepun hingga naik bau. Masukkan udang , gaul sekejap hingga udang masak. Then masukkan spaghetti + lemon zest + salt/pepper + oregano + baby corn + tomato, gaul mesra. Lastly masukkan Phil cheese, gaul hingga cheese rata/mesra dgn spaghetti. Siap:), hidang bersama taburan parsley..

Thursday, October 21, 2010

Bolognese Spaghetti
















Lunch arini ala Western, atas permintaan Hubby tercinta "Yang, abg tringin nak makan spaghetti Yang masak.." ahaks, slalu i wat jarang tabur cheese, tp kali ni mmg sentiasa tersedia cheese, kat cini murah ja Mozzarella cheese ni. Senang je resepi ni turun temurun ms zaman i study dulu, slalu klu masak satu kuali besar tu ble makan 2 hari 2 malam...hehhee, ..tringat Zee best friend i ms kat PTPL dlu..:)





BAHAN :

Spaghetti 1 bungkus
Minced meat (1 kg)
Olive oil
DOLMIO tomato pes @ PREGO
Halia (1 inci)
Bawang Jepun(1 labu)
Bawang Putih (3 ulas)
Button mushroom
Carrot (slice @ cube)
Tomato (additional)
Garam / Black pepper / Oregano
Mozzarella cheese

Rebus spaghetti (masukkan beberapa titik minyak + garam). Than blend (halia + bawang jepun + bawang putih + sedikit air), tumis bahan yg diblend. Masukkan daging cincang & biarkan sehingga daging masak. Kemudian masukkan tomato pes. Tambahkan sedikit garam, black pepper, oregano & masukkan skali carrot, diced tomato + button mushroom. Hidangkan bersama Mozzarella Cheese @ cheese powder.