Thursday, December 30, 2010

IKEA, Leeds


Sales! BIG SALE at IKEA!... I suka IKEA:), suka tgk showroom IKEA, konsep moden kontemporari:).. IKEA di Leeds paling dekat gan Sheffield, pejalanan lebih kurang 45minit. Kebetulan cuaca pun elok kemarin ni, suhu 5C cuma agak berkabut. Pukul 9 pagi Hubby da kuar umah g amik keta kami sewa, besar sangat but keta, br sesuai nak g IKEA..hahhaaaaa, Hubby sewa keta Vauxhall Insignia, cantik sangat, brand new car (meter mileage 18000) & yg penting but keta mesti luas hehe.....




Masa kami sampai kat IKEA, ramai sangat orang, parking lot pun da penuh, kami xdapat nak park kat family lot, xpe la asal ada car park:)..suasana Boxing Day still ada lagi, masing2 sibuk bershopping, sampekan ada yg amik 2 troli, mmm padahal Xmas da lepas, nak shopping utk pe lagi, New Year kot..hehee. Sales mmg best2, kebanyakkanya 50%-70%, i pun pe lagi.. stroller serah pada Hubby, i bawa troli shopping...nnggheeeee


* Aiman dapat soft ball:) *



* Two kiddo da kelaparan, mkn bekal epal & biskut..huhu *

Da penat bershopping, kesian Aqil & Aiman da kelaparan, kami singgah makan di IKEA Restaurant dulu, huhu xbole la nak makan Swedish Meatball, xhalal, so kami amik menu Vegetarian.. Baked Cod Fish wit Chip, Prawn & Egg Sandwich, Garlic Bread wit Vegetable soup & untuk Aiman i amik IKEA Kids Lunch Box, ada 2 paket biskut Organik, Roti & Cheese, Cereal Bar and Fresh Milk for additional. BTW, sedap sungguh ikan cod ni, makan gan sour cream...mm yummy!


* Prawn & Egg Sandwich.. telur rebus xnampak ek, dok di bawah timbunan udang tue..hehe *


* Aqil tgh cicah kacang peas wit sour cream... *


* Kids Lunch Box *


* Garlic Bread wit Vegetable Soup *


* Baked Cod Fish wit Chips *


* Lepas makan, ngantok terus tidur..hehe *


* Lps makan, posing jap..actualy i sukee la kerusi putih tepi tu..hehe *




* Aqil wat cam rumah sendiri... *

Masa kami nak balik da gelap kat luar, pukul 7 pm, Isya kol 5.40 pm, jgn xcaya kat IKEA ada prayer room, rasa cam dok di M'sia plak..hehe, tp bila keluar dari bangunan, sejukkkk beku, sronok main hembus nafas gan Aqil, dia suka tgk asap keluar dari mulut bila bercakap..hehe. Yang paling sronok mamanye la dapat shopping sehari suntuk, dan hasilnya sangat memuaskan hati..haha, xsabar nak deko umah i, huhu rasa cam dok umah bujang je, sekuntum bunga pun xde..


* Bamboo leaf pot plant..sejuk mata memandang:) *



* My lovely white Tulip & Gerbera Daisy *



* Aqil wit his train set.. skang da stat minat train sejak tgk cete "Driven Dan Bed Time Story".. tp Bob The Builder ttp menjadi pujaan hatinye *

Tuesday, December 28, 2010

Ayam Sos Hitam Berampai + Busy week!


Fuhh...wat a hectic week i had! Hari2 berjalan seperti biasa tp tis week bz sampe xsempat2 nak on laptop bcoz my Hubby tgh bercuti (public holiday) for a week, xkesempatan nak skype wit my beloved family..uhuk..yeeahh mmg bz bila dia ada di rumah 24jam..nape? Coz kami asyik makan... makan... lapar.. makan.. haahaha. So, i keje dok dapur memasak..kemas.. masak.. kemas.. huhu. Actualy being a housewife is not easy as its says, there's too much thing u have to do, so i think i need a vacation! Hrrmm..i need my therapy, shoppingggg!! So, as a reward for me, Hubby will bring us to...hehe, next entry k:). Lagi bertambah bz bila baby tomei i sorang ni terkena 'winter flu'...ala kesiannya anak mama ni, tp xpe, dia da sembuh dgn minum susu mamanye saja:), wat a miracle:)... banyak betul resepi xupdate..hhrmmm xpe, one by one k:)..arini i masak Nasi Hujan Panas gan Daging Masak Jintan..yummyyyy! Tapi, i nak share resepi ni i amik dari Home Sweet home..Ayam Sos Hitam Berampai..bau wangi semerbak serai rampai satu rumah:)

BAHAN :

Peha ayam(12ketul) /any part (cuci & tos)
Cili kering kisar 2sudu
Bawang besar 1labu - dihiris
Bawang putih 3ulas - dicincang
Halia - dipotong nipis
Serai 1btg - diketuk
Kicap pekat ABC (Heinz) 3sudu
Kicap cair 2sudu
Sos tiram 2sudu
Serbuk kunyit
Serbuk Lada hitam
Sedikit air
Kacang panjang - potong
Carrot - potong
Tomato 2biji - belah 4
Cili hijau/merah 2biji - dipotong serong
Garam dan Gula secukup rasa

First, ayam dibersih, ditos dan digaulkan dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga ayam masak (jangan terlalu garing). Angkat dan ketepikan.
Dgn menggunakan baki minyak goreng ayam tadi, tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan serai hingga wangi. Masukkan kesemua sos, serbuk lada hitam dan sedikit air, gaul rata sekejap. Masukkan ayam, garam dan gula secukup rasa dan masak biar ayam bersalut mesra. Akhir sekali masukkan semua sayuran, cili dan tomato. Kacau sekejap & hidang bersama nasi panas:)

Friday, December 24, 2010

Merry Christmas...hooo..hooo..hoo


Aqil & Aiman dapat Xmas present from Atok Cliff..hehe, sronok betul tis kiddo, Cliff ajak masuk umah nak tunjuk patung seven dwarf nyanyi lagu Xmas..hehe, bila salah satu dwarf tu nyanyi, lampu bernyala, cantik! Tp yg syoknye, my kids takuttttt! Hahhhaaaa, they should be happy, ngeri kot..hehe. Tommorow is Boxing Day! Mmg sale habis-habisan..stat kol 5am orang da beratur kat luar pintu masuk shopping complex tau! Bila buka saja, haaa serbu masuk, sampe bergaduh, ber boxing la nak beli itu ini, kebanyakan yg i tau dorg pakai amik je mana yg ble capai, xtgk saiz, kaler, jenama..xsempat da, then beratur nak bayar jenuh nak menunggu, berduyun2 orang, so bila balik umah baru try, klu xmuat bole tukar, ada money back guarantee, jgn riso ..hahahaa, sale bukan calang2 mmg murah gilerr, sampe 70-80% pun ada..mmg xle nak feel shopping sgt cam tu, for me la bahaya lagi adala, so mmg xsesuai bawa tis kiddo during hectic/crowded people like tat..hrmmm, xpe mama berkorban demi anak2, tahun depan ada lagi..kiki

Thursday, December 23, 2010

Apple Crumble wit Vanilla Custard Sauce


Banyak tol balance apple, Hubby otw balik umah slalu singgah Sainsbury @ Tesco beli buah to tis kiddo, musim sejuk ni mudah kena penyakit, xspecially budak2 coz immune system dorg kurang ketahanan berbanding kita , stokin slalu kena pakai, jarang skali buka except masuk toilet..sini mudah sangat kena serangan asma, chest infection dsb. So, ada sorang Prof hubby ada pesan kat kami supaya selalu makan buah untuk ketahanan badan menghadapi cuaca sejuk & kulit xkering, so buah buahan selalu ada dlm stok..apple/ banana/ strawberry/ blueberry/ grapes/ oranges/ kiwi..mamanye xlarat nak potong buah..huhu. So, utk minum petang i wat easy apple crumble:) Yummy!! sedap makan gan vanilla yogurt (selera i..hehe) @ vanilla custard sauce:)...


* Apple crumble wit vanilla yogurt...mmmm *

BAHAN :
(APPLE CRUMBLE)

Granny Smith Apples 4biji (peeled & chopped)
PHILADELPHIA Light Cream Cheese 250g
Biskut Digestive/Marie (hancurkan)
Ground cinnamon 4sudu
Gula 4sudu
Sedikit air 3sudu


First, panaskan oven pada suhu 180C. Gaul biskut + cream cheese hingga menjadi crumble. Set aside. Masukkan apple yg dipotong kiub tadi ke dalam periuk (api perlahan) dan masukkan sekali ground cinnamon + gula + sedikit air, gaul perlahan hingga apple lembut & semua bahan mesra sekali(jgn gaul hingga apple hancur). Kemudian, masukkan apple yg dimasak td dlm bekas tahan panas & kemudian masukkan biskut crumble tadi, ratakan. Tabur sedikit lagi ground cinnamon utk nampakkan apple golden brown bila dibakar. Bakar selama 15-20 minit until the top turn golden brown. Hidang bersama vanilla custard @ yogurt:)

BAHAN :
(VANILLA CUSTARD SAUCE)

Kuning telur 1biji
Tepung jagung 1sudu
Gula 2sudu
Fresh milk 1cawan
Vanilla Esen 1sudu teh


First, pukul kuning telur then masukkan tepung jagung + gula + fresh milk. Masak atas api perlahan, teruskan kacau hingga adunan menjadi pekat, then masukkan vanilla esen. Gaul mesra dan tutup api, hidang bila agak sejuk.

Tuesday, December 21, 2010

Surprise!!!


Hehehehe...surprise doorstep delivery from my lovely, sweety, loving hubby! Even dapat present a week after my birthday, its ok my dear, he so busy lately, pagi2 da kuar umah g university, balik pun malam dlm kesejukan yg amat...cian Hubby..uhukk..xpe, ada hikmah disebalik penat lelah, usaha tangga kejayaan! Aminnn...btw, thanks honey for my favourite fragrance & delicious pizza for dinner:). Cete bab pizza, kat sini KFC halal ada, cuma McD & Pizza Hut tu xde la halal, klu g Pizza Hut maybe bole amik yg Vegetarian tp xbest arr..xkisah la, kat sini tak payah nak sedih2 rindu kat pizza or McD, berlambak2 restoran halal pizza/ burger/ ayam KFC lagi sedappp dari KFC/ McD/ Pizza.... xspecially pizza, mmg top ten! I'm gonna miss tis pizza when go back to M'sia..., klu minta extra cheese, ha amik ko dapat seinci cheese topping, sampe muak nak makan..sedapp mengalahkan Pizza Hut! I slalu order Hawaiian Pizza(large) topping pepperoni & pineapple, and i add extra cheese & fresh tomato...penuh topping dia letak, br GBP7..hehhe 2 ari makan xabis. Burger sini sejibik rasa cam McD Double Cheese burger:)..dan yg paling best potato fries, setiap menu mesti ada fries/chip, xpayah order sampingan, gemuk2 & sedap..hahaaaaa!


* Tis is Lamb Donner with chips, lots of chip:) *


* Hawaiian pizza with extra cheese & fresh tomato *

Outing wit Aqil & Aiman


* Firth Park playground- Google source- *

Last Saturday we went to the park nearby, Firth Park playground:)..lama xbawa tis kiddo outing, so we decided to bring them have some fun at playground..main2 juga, suhu kat luar mmg xle wat main, even da pakai baju setebal mungkin tp ttp rasa sampe ke tulang hitam ni..masa tu suhu -5C...cuaca pun cantik:). Bukan main seronok Aqil main swing sampe xmo balik...huhu, xsejuk ke?? Aiman da xbole tahan da, semacam je tgk muka dia..hehe..xramai org kat park masa tu so lapang ckit. Actualy ada banyak lagi playground di sekitar Sheffield ni tp Firth Park playground ni paling dekat & nama asal Firth Park berasal dari park ni sendiri dan diisytiharkan oleh Mayor of Sheffield, Mark Firth pada 16 Ogos 1875. So dari sebuah taman membangun kepada sebuah bandar di Sheffield:)..






* Aqil suka main swing! *






* View at Firth Park centre at 4:30 pm *

Lovely neighbour:)

We received a red envelope today...mmm its seems like warning letter! Guess wat, its a lovely greeting card from our next door:)..hehe, to Pam & Cliff, thanks a bunch for ur sweet wishes (even we don't celebrate Xmas..hoo hoo hoo):))


Thursday, December 16, 2010

Philly Spaghetti Marinara


Christmas is around da corner...arini snow turun setelah 2 minggu xturun, jiran2 i masing2 sibuk prepare for their Xmas..sronok tgk, tetambah time malam, i slalu selak curtain tgk umah jiran, cantik! Meriah dgn pokok Xmas, ada yg letak pokok Xmas kaler gold, terang bederang, ditambah lagi dgn lampu kaler2, ada glow in da dark stickers at their front door/window..:). Tadi i br je sembang2 dgn Mr Cliff jiran tepi umah ni, dia nak bagi balik pinggan i ms i bagi Bday cake i aritu, mcm biasa mesti tis 2 kid lari ke pintu nak jumpa 'Atok' Cliff..haha..coz dorg tau atok will give them some chocolate.


Dia dok cete semalam dia ada Xmas dinner kat umah kawan, ada Turkey, Ham, Salad, Pie, Dessert wit trifle & choc fondant...owhh masuk bab dessert mmg i celah, i just adoreee their dessert, fav tv programme i "Come Dine With Me"(setiap episod dorg bertanding utk jadi host dinner(4-5org) & compete for the £1,000 prize, so masing2 show off their culinary skills for high rating ).... , ternganga2 tgk menu dinner/dessert dorg, uuishh kena plak dia pon suka tgk, siap tulis resepi setiap episod...hahha, cayalah...Sembang gan Cliff ni mmg satu ari pun xabis, kdg2 i mcm nak jemput masuk umah pun ada, dia sukkkaaa sgt bersembang, klu kita tanya satu soalan, dia akan bagi 10 jawapan..uuwaaa cetenye dr history sampe la ke zaman sekarang, panjang tu, kdg2 pe dia kata pun i xfaham..seriously, pelat England beb tetambah area South Yorkshire..yea kan je, i slalu kata kat Hubby Cliff tu 'SANTA CLAUS' Sheffield..haha, sbb bla dia bersembang dgn happynye sambil gelak..hooo hoo hooo n sambil pegang perut buncit dia..ha, xke santa claus tu..mmuehheeee.
Orait, todays recipe is from Philadelphia edisi Mamma Olyn..haha

BAHAN :

Spaghetti (rebus & tos)
Olive oil
Udang or any seafood (cuci & tos)
Philadelphia Extra Light Cheese 250g
Plum tomato (diced)
Baby corn (potong)
Bawang Jepun (hiris)
Bawang putih (cincang halus)
Lemon zest
Sedikit oregano
Parsley/ i guna daun bawang je
Salt & Pepper

First, tumis bawang putih + bawang Jepun hingga naik bau. Masukkan udang , gaul sekejap hingga udang masak. Then masukkan spaghetti + lemon zest + salt/pepper + oregano + baby corn + tomato, gaul mesra. Lastly masukkan Phil cheese, gaul hingga cheese rata/mesra dgn spaghetti. Siap:), hidang bersama taburan parsley..

Tuesday, December 14, 2010

Sambal Telur + Sambal Udang



Da 2 hari i puasa..musim paling BEST skali ganti puasa adalah WINTER coz masa siang yg pendek (bulan Ramadhan nangis la buka puasa kol 9 PM)..hehe, kol 3.50 PM da buka puasa..Hooorayyy, sapa nak ganti puasa jemput la ke sini, kita berbuka sama2 ek:)mmuuehheee, arini menu buka puasa sambal telur.. sambal udang tu last week nyer menu, masukkan skali satu entry, resepi sama ja kan:) Resepi ni i main piki sendiri je, agak2 sambal basic, tp mmg tip top wa ckp sama lu! Actualy i tringin sambal telur puyuh mama&abah slalu beli kat kedai Bintong tu..huhu, ade ke telur puyuh kat sini..hhrmm, xkisah telur ayam pun masalahnye cam ne nak wat sambal sejibik cam kat kedai Bintong tu..uwaaa xsempat nak keturun ilmu sambal..uhuk, so, di atas kepercayaan diri sendiri, i try wat, try its worth! balun sepinggan nasi plak(sepinggan banyak tau bagi i, i use to eat only se'jemput' nasi..huhu)...

BAHAN :

Cili kering 15btg
Belacan 1sudu teh *btw, belacan sini sodap..haha, tidak menyebabkan alergi..hehe
Bawang merah/besar 1biji
Bawang putih 2ulas
Sedikit air
*****blend semua bahan di atas*********
Udang(cuci & tos)/ Telur(cuci & rebus)
Minyak masak
Sos cili 2sudu
Sos tomato 2sudu
Asam jawa (pes)
Bawang besar (hiris bulat)
Daun bawang (hiris utk hiasan)
Gula & Garam
Sedikit perasa (i guna Knorr seasoning)

First, tumis bahan yg diblend tadi dgn api perlahan, sentiasa gaul, masukkan sedikit air utk lebih kuah, tumis hingga naik minyak. Then, masukkan pes asam jawa/air asam jawa(sedikit sj, nnti terjejas rasa sambal) + gula + garam + sos cili + sos tomato + sedikit perasa dan gaul mesra hingga balance semua rasa:). Lastly masukkan udang/telur + hirisan bawang, gaul sekejap dan siap, hias dgn hirisan daun bawang.