Monday, December 6, 2010

Thai Tom Yam


Da 2 minggu xkuar umah..huhu boring la, lgpun klu keluar pun cian kat baby2 i ni nnti xtahan sejuk, demam nnti lagi susah..huh. Lepas Winter ni tekad nak g jejalan abis abisan..mmuuahahahaa! Ni menu kemarin, lunch ala Thai gitu, nasi panas2 bersama tom yam + daging goreng kunyit + telur dadar! Pergghh superb, actualy tringat kat Malaysia tanah airku..huhu rindu:(. I wat tom yam ni guna pes Tom Yam brand Kung Thai, mmg cun, cukup rasa ditambah dgn wangi daun limau purut(mmg da ada skali dlm pes)..i beli kat Padang Besar, mmg recommend, actualy ada byk lagi jenis pes tom yam kat Padang Besar, tp yg ni paling sedap:)


BAHAN :

Ayam peha @ any part 10ketul (cuci & tos)
Sos ikan 1sudu
Pes tomyam (Brand Kung Thai) 3sudu
Serbuk cili 1sudu
Bawang Jepun 1biji (hiris)
Baby corn 5batang (potong)
Carrot 1biji (potong)
Baby plum tomato 6biji
Limau nipis 1biji(perah jus)
Air
Perasa tambahan


First, sediakan semua bahan, cuci & tos. Tumis bawang Jepun yg dihiris, sekejap saja(jgn sampe layu), then masukkan pes tomyam + serbuk cili (i nak bagi pedas & kuah jd lagi merah..hehe, klu nak masukkan cili padi pon bole). Kemudian masukkan air ikut sukatan masing2, masukkan ayam & biar hingga mendidih. Kemudian masukkan perasa tambahan + sos ikan, ikut rasa masing2 then masukkan baby corn + carrot. Biar sekejap & tutup api. Lastly baru masukkan baby plum tomato & perah jus limau nipis:) Done.. tomato tu letak last coz nak mengekalkan tekstur kulit tomato, klu dimasukkan masa tgh mendidih nnti kulit tomato lembut n lekang dari isi, xcantik la..hehe, lgpun baby plum tomato ni sedap dimakan begitu sahaja, very juicy..

3 comments:

Lady of Leisure said...

hehe sejuk2 hirup tom yam memang best kan.. lesung nang nak dah pakai? :)

Pink Pearl Lady said...

yum...yum sedapnya tengok dan-dan rasa lapar...

mamma olyn said...

Lady :Hehe...kmi wat kuah byk, nak hirup sambil tgk snow..haha, da pakai da lesung tu, slalu tumbuk kasar nak marinate & wat sambal belacan..yumm,
Pink Pearl : tq, sila2 la cuba, mkn gan nasi panas2,letak kuah byk2...sllluurppp..hehe