Tuesday, December 7, 2010

Nasi Hujan Panas & Chicken Crumble


I made tis last week for the very 1st time in my life:)..mm sedap, hehe! Simple combination meals, Western & Malay..haha, ikut selera masing2 la kan:). Hubby i suka makan nasi gan lauk kering, xsuka kuah banyak2, klu ada ayam goreng tu, dia bole makan ayam goreng 2 ketul gan nasi kosong menggunung sepinggan..hehe, so i ingat mesti dia suka klu i wat goreng ayam cam ni makan lak gan nasi color2 fav dia:), last kami makan nasi hujan panas masa kami wat open house raya puasa..I ingat nak goreng ayam je, skali i korek2 tgk ada breadcrumb, mm crispy, crumble..sodap ni klu cicah sos cili, so bole goreng lebih..haha. Resepi Nasi Hujan Panas ihsan dari Chef Hanieliza & resepi Chicken Crumble dari Mamma Olyn..hehe


BAHAN :
(NASI HUJAN PANAS)

Beras Basmathi 8cawan [basuh dan toskan]
Air 8cawan
Susu cair 1/2tin
Tomato 4biji [cincangkan] - i guna diced tomato wit juice dlm tin(1 tin)
Serai 1batang [ketuk]
Daun pandan 1helai [simpulkan]
Kiub ayam 1
Garam
Pewarna hijau, merah dan kuning
Sunflower oil - Hanieliza guna minyak sapi
Butter 2sudu

Bahan Tumis :

Bunga cengkih 3kuntum
Buah pelaga 3biji - i xletak
Bunga lawang 2kuntum
Kulit kayu manis 1batang
Halia 1inci
Bawang merah 4biji ] tumbuk
Bawang putih 4ulas ]


First, panaskan minyak dan butter dlm periuk nasi. Then, tumis bahan tumis + serai + pandan hingga naik bau. Masukkan air dan garam. Biarkan sehingga mendidih. Masukkan susu cair, kiub ayam, buah tomato/tomato dlm tin dan beras. Kacau rata dan alihkan periuk ke tempat rice cooker, masak seperti nasi biasa. Bila nasi hampir kering, letakkan 1 warna pada 1 tempat yg berlainan. Biarkan nasi hingga masak dan kering. Kemudian gembur-gemburkan supaya warna tadi rata keseluruhan nasi.

BAHAN :
(CHICKEN CRUMBLE)

Isi ayam 800gram (cuci & tos)
Sunflower oil
Breadcrumb
Lemon zest*
Telur 3biji*
Tepung gandum
Garam*
Lada hitam*

* Gaul sekali

First, panaskan minyak. Ayam yg telah dicuci dicelup dalam tepung, balik balikkan. Then, celup dalam telur (telur + lemon zest + garam + lada hitam) then balik balikkan ayam tadi dengan breadcrumb. Terus masukkan dlm minyak yg panas, guna api sederhana supaya xrentung & ayam masak keseluruhannya. Goreng hingga kuning keemasan. Siap, sedap dicicah dengan sos cili, rasa mcm KFC PoPCorn Chicken:)

4 comments:

Lady of Leisure said...

sedapnya.. last time i had nasi hujan panas ni masa pi ampa punya open house.. hehe

~ Mamma Olyn ~ said...

kikii..tue la tringin lak nak makan nasi hujan panas..korek abis resepi dlm ternet..hehe

Lady of Leisure said...

olynnn.. if im not mistaken, 8hb is yr birthday kan..? hehehe.. happy birthday dear.. may this special day brings u many happy returns! :-)

~ Mamma Olyn ~ said...

ehh..tq dear! ingat birthday kami..hehe makin tua le