Showing posts with label Snack. Show all posts
Showing posts with label Snack. Show all posts

Sunday, May 1, 2011

♣ Garlic Mashed Potato wit Gravy


Sooo yummyyy! Two kiddo ni suka sgt, aritu i penah try resepi mashed potato KFC, mmg btol2 rs cam KFC nyer tp yg ni pun sedap gak, mmg ada kelainan bla rebus kentang gan bwg putih, bau wangi jee.. eheeee, thanks to MommaMia for da deliciousss recipe:D.. esok Labour day so isnin ganti cuti la, bulan ni byk tol cuti umum, stat dr Easter day then Royal Wedding day, so kmi byk spent masa kat umah & bw two kiddo ni g main bola/ jogging kat park, selain tu.. ehemmm, mamanye bz sungguh berkebun kat garden comel dia tu.. ahaks! Eeeee xsabar nak tunggu hasil tanaman i, sejak menjak cuti ni hubby dok umah so i ble la spent masa kat garden, klu two kiddo ni join abis la dia korek2 tempat i letak biji benih... skali i tgh dok fokus gembur tanah, sambil tu dorg gemburkan tempat i letak biji benih.. ggrrrrrr... kemarin i da berjaya tanam pokok bunga Wild Poppy, tomato, carrot, onion & pokok cili, biji benih cili ni i amik dr cili fav i yg panjang, merah menyala & pedas yg ble diterima akal, bkn cam cili padi kat sini ni.. haishh skali hiris bersin sampe 5 kali, tu xmakan lagi, last2 layu terus buang sbb xle nak makan:(.. hrmmm nnti i update lagi perkembangan tanaman i k, so skang jom selak resepi sedap ni:)...


* I tanam cili ni la, tahap kepedasan = mild *


* Klu thin chilies ni aka cili padi la, nak hiris pun takut tau, tahap kepedasan sampe berasap telinga! *


* Cili ni mcm sedara capsicum pun ada, alahaiii xpedas langsung, slalu ada di local supermarket, mmm bg i yg tekak melayu ni xde maknanye mkn cili xrasa pedas..huh *


* Red Wild Poppy -Google source- *

BAHAN :

Ubi kentang saiz besar 8-9 biji (kalau guna Russet potatoes lebih gebu)
Air yg cukup untuk merebus + 3 ulas bwg putih diketuk
Butter 3 sudu
Mayonaise 2 sudu
Susu segar/ fresh cream 1/2 cawan
Black pepper 1sudu teh

Bahan-bahan untuk Gravy :

Bawang putih 2ulas - dicincang halus
Black pepper 2sudu teh
Worcestershire sauce 2sudu (kite gune brand Lea & Perrin)
Kicap manis 4 sudu + 1 cawan air
Teung jagung 2sudu + dgn sedikit air (untuk memekatkan gravy)
Stock ayam 1sudu teh(kalau buat steak/grilled chicken, guna airnya lg sedap)
Sedikit minyak untuk menumis bwg putih

First, kupas kulit ubi kentang dan potong nipis2. Rebuskan dalam periuk - isi air cukup-cukup menutupi ubi dan campurkan sekali bwg putih yg diketuk. Tabur sedikit garam. Rebus hingga empuk dan toskan air lebihan.
Campurkan butter, mayonise, susu segar dan black pepper kedalam ubi kentang yang telah direbus tadi dan lecekkannya. Kalau takde potato masher, gune electric mixer/ bontot botol sos pun boleh. Lepas dah hancur & smooth, siap lah mash potato tu.
Untuk Gravy : Tumis bwg putih dan black pepper hingga wangi.(jgn sampai garing sgt..tak sedap). Masukkan semua bahan-bahan lain kecuali air tepung jagung. Masak hingga didih. Sambil kacau, tuang air tepung jagung sikit2 sampai gravy tu tak pekat, tak cair.(kalau suka pekat2, tambah lagi..ikut selera masing2)
Untuk serve, tuangkan gravy atas mashed potato tadi dan ENJOY!


Two kiddo having their dinner with 2 bowl of mashed potato wit gravy...


Thursday, April 14, 2011

Donut Ball


I wat donut ni utk snack two kiddo i petang kelmarin.. oohh they love it so much! Lepas ni ble wat lagi utk bw bekal jenjalan ke.. hehe, klu rajin nak try celup coklat.. mmm nyumm, senang je nak wat & cute sgt bla digoreng jd bola kecik2, resepi ni i dpt dr MyR (Syuhaiza), thanks 4da recipe:). Hoo hoooo two more days to go... coming soon in da next entry:D....


BAHAN :

Tepung gandum 3cawan ~ i wat 2cawan = 38 biji
Mauripan/ yis 1/2 pek ~ i guna 10g
Susu pekat 1sudu
Marjerin 2sudu
Sedikit air
Gula aising
Minyak untuk menggoreng

First, mauripan/ yis di bancuh dengan air dan ketepikan. Satukan tepung, susu, marjerin dan mauripan tadi. Uli dengan air. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga doh menjadi cantik dan lembut. Sekiranya doh tak menjadi tambah marjerin sedikit dan uli lagi sehingga nampak cantik. Bulat2 kan doh menjadi ball dan letak diatas dulang yang telah disapukan dengan minyak supaya tidak melekat sementara menunggu doh naik. Biarkan doh dalam 10 minit dan goreng. Gaulkan donut yang telah digoreng dengan gula aising. Kalau tak ada gula aising, gula kasar pun boleh tapi di blend dulu.

Friday, March 25, 2011

Sweet Jacket Potato + Cheese + Bean


Best sangat cuaca dalam dua minggu ni, suam2 kuku gitu.. hehe, matahari pun cerah sepanjang hari.. alhamdulillah, tgk kat luar, jiran2 i da stat pakai skirt pendek & baju xde lengan da..hehe, masing2 sibuk bercucuk tanam.... mmm i bila lagi ek? semu bahan da ada cuma jiran sebelah i ni, Pam & Cliff tgh sibuk wat pagar baru... cantikk woo, kira kmi ni bertuah la dpt pagar baru free..heheeee, mmg tabik spring la kat dua partner ni, dorg cuma upah org drill nak pacak tiang konkrit, yg len semu dorg wat sendiri, siap hidang kopi & biskut kat luar.. dlm 2 minggu siap la, hubby i tetiap pagi sembang gan dorg dulu b4 g lab, nak tolong pun ari minggu la time dia xg lab... i tolong tgk je la, dok ngendap celah curtain.. hahaaaaaa, lgpun skang ni i piki 10 kali nak kuar g 'garden' i kat backyard tu, yela dorg br beli 2 ekor puppy yg sgtttt comel.. so skang ni setiap masa la dorg buka pintu blakang tu, asal i nak kuar je, 2 ekor tu tgh dok main2 kat backyard, jd bila dorg nampak i, menyalak kat i & tolak2 pagar belakang nak masuk dlm backyard i... alllllaaaaaaaaaa, xsyok arrr, klu kucing xpe la, i mmg suka kucing pun.. huhu, ms Cliff br beli puppy tu, mcm biasa ketuk pintu umah nak menyembang gan i & introduce puppy baru dia... huhuu, si Aqil ni nampak puppy waaaaaa terus nak main2 gan puppy, so i gtau Cliff elok2 la, kitorg xle pegang so dia pun faham.. huh, skang two kiddo i suka tgk puppy ni dok main2 kat backyard dorg, siap panjat2 tingkap kat pintu belakang nak tgk puppy:).. ble tgk jela kan.. ok ni dinner semalam, aik makan nie je, konon nak diet, sama je mcm makan nasi, malah kalori lebih tinggi pe.. hahaaa, btw mmg best arr wat jacket potato cam ni, nak mkn time breakfast pun ok:)


BAHAN :

Ubi kentang (any type but, Marfona is the best)
Mozarella grated cheese
Baked bean
Garam & lada hitam secukupnya
Olive oil


First, cuci ubi kentang hingga bersih & tos, lap dgn tisu hingga kering. Then, susun ubi kentang tadi dlm bekas tahan panas & sapu olive oil hingga menyaluti seluruh ubi kentang & letak garam + lada hitam secukup rasa. Then masukkan dlm preheat oven pada suhu 200C/Gas Mark 6 sehingga kulit ubi agak keperangan. Kemudian keluarkan ubi td dr oven then hiris silang di bahagian tgh ubi tadi & tabur grated cheese sebagai topping & letak baked bean sebagai topping ke-2, masukkan semula ke dlm oven & tunggu hingga cheese cair. Siap dihidang bersama salad:)

Wednesday, February 23, 2011

Cream Cheese Oreo


Skrang ni i & two kiddo ni setiap petang makan Oreo cicah susu..hehe mcm dlm iklan Oreo tu. Baru-baru ni i singgah Poundland i beli 6 bungkus sekali Oreo, sebungkus (1 roll) tu br GBP 1..hihi, so last week rs cam jemu lak cicah Oreo gan susu so i mula la reka benda len.. mm not bad, sedap la, suka two kiddo ni, dorg ingat ice cream..mueeheheee



BAHAN :

Oreo (buang krim)
Whip Cream 200ml
Gula 5 sudu
Jus lemon 1sudu
Cream cheese 150g
Tart aluminium foil


First, asingkan krim Oreo dan ketepikan. Putar whip cream hingga soft peak then masukkan gula + jus lemon + cream cheese. Putar lagi dgn kelajuan yg rendah sehingga mesra. Letakkan sekeping Oreo di dalam aluminium foil dan masukkan adunan krim tadi dgn menggunakan sudu. Then letak lagi sekeping Oreo diatas krim tadi mengikut kreativiti masing2, simpan dlm peti sejuk selama 2jam, sedia utk dimakan:)

Monday, November 1, 2010

Grill Vege Tortilla


Menu petang di hujung minggu ni sesuai untuk Vegetarian:)..hehe tringin nak jadi vegetarian lak,tp shari cukup la,xde geng.., Hubby i xgemar sangat sayur, so i xble la jd Vegetarian, jeles tgk dia mkn sedap2..kiki:) So, untuk yg xberapa nak gemar sayur ni mmg sesuai wat tortilla ni, Hubby i yg xsuka sayur pon kata "mmm sedappp la Yang"..hehe, ni trick pd org yg xmakan sayur so at list dia makan juga tp kna sembunyi:) Sampekan pagi td bfast pon still tanya, "ada lagi tortilla semalam?" hehe...

BAHAN :

Plain tortilla wrap
Chicken nugget 6ketul(goreng & hiris)
Butter
Tomato 1 biji(diced)
Taugeh segenggam
Carrot
Fresh salad
Grated Mozzarella Cheese
Black pepper





First, goreng dulu nugget, tos dan hiris kecil2. Kemudian, sediakan tortilla wrap, bahagi pada 2 dan potong, it looks like pita bread:) (1 keping wrap boleh hasilkan 2 tortilla). Sapu rata butter ke atas wrap & susun salad + taugeh + carrot + diced tomato + hirisan nugget + taburkan Mozzarella cheese + a pinch of black pepper. Gulung wrap & make sure semua bahan betul2 padat (x loose) so bla nak grill, cheese will melt and stick all together perfectly:). Then, susun semua tortilla atas grill rack n grill for about 15 minutes, then terbalikkan tortilla & let for other 10 minutes..Done!


* Mmmm..melting cheese:) *