Showing posts with label Rice. Show all posts
Showing posts with label Rice. Show all posts

Monday, August 8, 2011

Menu Iftar + 'Bazaar Ramadhan' :)

السلام عليكم....

Da seminggu kita berpuasa, kejap je masa berlalu.. blog pon da bersawang akibat tuan rumah sibuk wat kuih muih utk bebuka.. ahaks! Tp arini bkn nak cete psal kuih muih tradisional yg tuan rumah wat ni, tp pasal program kampung Firth Park Sabtu lepas, ada Program Tadarus Al-Quran, i pon join skali, sama la geng bapak2, wat kat rumah Yana a.k.a Penghulu Firth Park ni.. hehe, same time kmi bawa juadah kuih muih utk bertukar2 sesama jiran.. haaa tue yg i kata 'Bazaar Ramadhan' tue, hihiii, best arr dpt sepinggan kuih muih cam beli dari bazaar je, iskkk * miss u Malaysia tanah airku:(... group wanita diamanahkan utk baca juz 18 shj, manakala group lelaki kna baca dr juz 1-3.. alhamdulillah group wanita selesai baca sampe habis 1 juz tu tp group lelaki ada baki lagi, so next week majlis tadarus ni akan berlangsung di rumah kami pula, Insyaallah...


* Ada kuih lopes, kuih sagu, karipap & hujung skali tu baki kuih ketayap i:) *

Untuk sesi tukar kuih muih ni i de bawa kuih ketayap, hooo hooo i wat kuih ketayap, mama & abah jgn fengsan yek anakmu ble wat kuih tradisional sejak dok cini... hahhaaah, walaupun saiz ketayap i tu saiz XL, mmg xdpt dimana2 pasaran tp mendapat pujian hubby ku yg tercinta, kira ok la tu.. ahaks..


Owh pic kat bawah ni menu sahur kami, Nasi Lemak Pandan + Sambal Ayam + Telur mata:).. resepi sama ja gan nasi lemak biasa yg i penah wat cuma tambah pes pandan ja:)...


Iftar semalam i masak Gulai Ikan Salmon wif Bendi & Sambal belacan Nenas.. nyummm superb punya sambal belacan, i like! Resepi sambal belacan i copy dr MyResepi & resepi gulai tu i pandai2 sendiri ikut sedap tekak.. hehheeee, Selamat Berpuasaaaaaa..


BAHAN :
(Gulai Ikan Salmon)

Ikan Salmon 6 fillet (isi sahaja)- cuci & tos
Bawang merah 1biji*
Bawang putih 2ulas*
Buah pelaga 2biji
Santan pekat 1cawan
Air 1cawan
Serbuk kari ikan (tambah air jadikan pes)
Asam keping 1
Garam & perasa secukupnya
Bendi 15 batang (cuci & tos)
Minyak utk tumis
* Blend

Firstly, tumis bahan blend + buah pelaga hingga naik bau.Kemudian masukkan pes kari, tumis hingga naik minyak. Then, masukkan santan pekat & air, biar hingga didih & masukkan bendi. Masukkan perasa tambahan & garam secukup rasa. Then masukkan asam keping & last skali masukkan ikan setelah semua perasa da cukup, biar hingga ikan cukup masak, ble tutup api, siap:)



BAHAN :
(Sambal Belacan Nenas)

Lada merah 3biji
Cili api 7biji ~ i xletak
Belacan 1-2 inci(bakar sekejap)
Nenas masak 1potong ( i guna nenas kiub dlm tin)
Gula pasir 1sudu teh

Firstly, tumbuk lada merah & cili api hingga lumat. Masukkan belacan dan tumbuk lagi.
Akhir sekali masukkan nenas yang telah dihiris-hiris dan tumbuk sekejap. Masukkan gula dan digaul hingga sebati. Selamat mencuba....


Thursday, July 21, 2011

Nasi Goreng Tomyam


GOOD NEWS FOR TODAY!! Eeeeee... xsabar nak tunggu lps raya ni, Aqil Thaqif da nak masuk nursery, tetiap ari bawa beg ke hulur hilir nak g school & go to work, tetambah bila abah nak kuar pepagi, dia pon sibuk amik beg & ikut amik kasut nak kuar.. huhuuuu, ciannnn dia, xsabar nak g sekolah.. hehehheee

Orait arini nak share satu resepi i yg tetiba ilang idea nak masak pe utk lunch arini, asal nak wat nasi goreng biasa je, pastu terrrr jadi luar biasa..ahaks! Pepun worth try beb, sodappp.. hahhahaa


BAHAN :

Nasi 2 mangkuk
Daging 300g (hiris)
Cili boo 2 sudu
Bawang merah 2 biji (cincang)
Bawang putih 3 ulas (cincang)
Serai 1btg (ketuk)
Daun limau purut 3 helai (carik)
Tomyam Pes @ Kiub - 2 kiub
Sos ikan secukup rasa
Nenas (hiris kiub)
Kubis/ carrot (hiris)
Cili merah (hiris)
Telur mata & keropok ikan - optional


Firstly, tumis bawang merah & bawang putih hingga naik bau. Then masukkan cili bo + pes/ kiub tomyam + daun limau purut + serai, tumis sekejap & masukkan daging, biar hingga daging kecut. Masukkan nasi & gaul mesra, cukupkan rasa dgn sos ikan & masukkan sayur kubis/ carrot + cili merah + nenas. Siap. Hidang dgn telur mata & keropok ikan.. nyummm:)

Monday, June 27, 2011

Nasi Carrot + Prawn Supreme + Stir Fried Tofu n Oyster Sauce


Perghh menu xagak2.. actualy i masak pe yg ada dlm stok, tu yg menjadi mcm2 ni.. haha, bole la yg penting perut kenyang:).. rs cam lama xbuka blog, blogwalking pun xbejalan, xsinggah memana pun sbb i menyinggah tempat len.. hehe, jenjalan la sementara cuaca elok & waktu siang yg panjang ni.. hehe. Alaa.. jenjalan area dekat2 sini je, syok ble pakai bj sehelai sepinggang, two kiddo ble pakai seluar pendek, baju sleeveless, mmg rasa bebetoi cam dok di Msia! Weekend br2 ni paling best, suhu mencecah 28C! Wowwwwww.. sangat panassss terik, dok umah kna buka semua tingkap yg ada, nak buka pintu satg puppy Cliff msk umah la plak..iskk, so buka tingkap je.. tp satu masalah bila da buka tingkap kjap2 ada je benda yg dok terbang dlm umah ni... lebah, lalat, even ulat daun pun ble masuk umah! ishh, skang ni dorg busy la meneroka bunga2, daun2 yg ada kat garden tu, jd bla buka tingkap sampe kedlm umah pun nak masuk juga, sronok two kiddo ni main gan busy bee, siap lari2 kejar bee tu satu rumah.. hahhaha. Ni menu tertunggak, ms kmi g Durham aritu, i bawa bekal ni la nak piknik kat tepi sungai tu, last2 hujan so piknik dlm keta..iskk.. pepun nasi carrot + udang supreme ni mmg best, tetambah udang supreme tu, da jd menu rasmi i klu de udang.. ngheeeee, sedap!


BAHAN : Nasi Carrot
SUMBER: dalinnasue


Bahan A - Kisar

Cili hijau 10biji ~ i letak 2biji shj
Lada putih 1sudu
Jintan manis 1sudu
Bawang putih 5ulas

Bahan utk menumis:

Buah pelaga, Bunga lawang, Bunga cengkih, Kulit kayu manis
Beras 4cawan (cuci & toskan)
Carrot 600g (di parut)
Ayam 500g (potong kecil) ~ i ganti dgn 2 kiub ayam
Tomato 300g (potong dadu & campurkan gula batu sedikit ~ i guna gula biasa)
Bawang besar 3biji (di hiris)
Minyak sapi 4sudu
Air rebusan ayam 3cawan
Santan 1cawan ~ i ganti susu cair
Garam
Daun pandan 1helai - simpul

First, gaulkan carrot bersama beras. Rebus ayam bersama 3 cawan air. Panaskan minyak sapi, tumis bawang besar hingga kekuningan. Masukkan Bahan Penumis, Bahan A (kisar), garam, dan biarkan hingga naik bau. Masukkan stok ayam + ayam, santan, tomato dan beras yg digaul bersama carrot. Kacau sebentar. Tutup periuk dan biarkan nasi masak.



BAHAN : Prawn Supreme
SUMBER: waheedeana

Udang 500g - buang kulit dan tinggalkan ekor shj
Lada merah 3btg - cincang } i ganti dgn capsicum merah/kuning/hijau
Lada hijau 3btg - cincang }
Bawang besar 1biji - cincang
Halia 1inci - cincang
Sos tiram 4sudu
Kicap manis 2sudu
Kicap cair 2sudu
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

First, panaskan minyak dan goreng udang yg telah dibersihkan terlebih dahulu selama 5 minit setelah itu angkat dan toskan. Tumis bahan2 cincang seperti lada hijau@capsicum, bawang besar & halia sehingga garing. Masukkan sos tiram, kicap manis dan kicap cair, kacau sebentar dan masukkan udang yg telah digoreng tadi dan kacau rata. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedia untuk di hidang.



Untuk resepi Stir Fried Tofu n Oyster Sauce ni i wat simple je.. i letak la resepi i ni utk rujukan masa depan.. eh two kiddo sukeee sgt2, makan gan bubur nasi pon sedap hehhe..

BAHAN :

Tauhu (hiris & goreng sekejap)
Sosej (hiris serong) * bole ganti gan ayam
Bawang putih 3ulas (hiris)
Halia 1inci (dititik)
Sos tiram 4sudu
Lada hitam 1sudu
Tepung jagung 1sudu + air
Carrot / baby corn (hiris) @ mix vege/ button mushroom
Bawang goreng/ daun bawang (optional)

First, tumis bawang putih & halia hingga naik bau. Masukkan sosej @ ayam & biar hingga agak masak. Masukkan sos tiram + lada hitam & tauhu yg telah digoreng, gaul sekejap. Masukkan sayur & last skali masukkan tepung jagung yg dicampur gan air, masak sekejap biar agak pekat. Tambah air jika hendak kuah byk:). Bila siap, tabur bwg goreng @ daun bawang...

Monday, June 6, 2011

╰☆╮Nasi Lemak d'Pulau Kasih @ Kasih d'Pulau®


Amboiii nama bukan main.. hahaaaaa, pemilik resepi (DatinLulu) yg bg nama ni so i letak la nama nasi lemak ni, yg penting sedap:).. Ni menu simple last weekend, cuaca pun kejap cerah, tup.. tup mendung, sejuk balik la plak, ingat nak simpan da semu stokin2 & coat, Winter ni br guna balik, nampak gaya kna pakai juga stokin tu, iskk.. tetambah two kiddo ni i jaga betul2, xmo nnti da sakit demam br nak kelam kabut, stokin xpenah lekang, klu panas betul kat luar & dlm umah br buka, buah & air kena makan banyak, kebetulan dorg suka buah so senang letak dlm bowl sowang satu, kejap ja licin.. hehee, alhamdulillah two kiddo ni xpenah demam teruk, stakat selesema biasa ja:)...


* Aqil yg pantang nampak carrot, trus ngap!.. huhu *

Ok jom selak resepi sedap + wangi & menyelerakan ni.. nasi lemak + Ayam Goreng Serai Wangi + Sambal Sardin Special + Telur & Bilis goreng.. heheeee, nak makan nasi lemak skali skala ja, maunya rosak scale tu klu slalu makan... hahaaaaaa. Xpe yg penting anak2 mama makan dgn penuh selera sampe xtoleh kiri kanan, abah kata suka la da air tangan mama yg masak... ngheeeeeeee


BAHAN :

Beras 6 cawan - dicuci & tos
Santan cair 8 cawan @ secukupnya
Daun pandan 3-4 helai- carik kasar@simpul ~ i letak 1 helai je
Bawang besar 1 labu - dhiris nipis ~ i guna 2biji
Bawang merah 6ulas - dhiris nipis ~ i xletak
Bawang putih 3ulas - dhiris nipis
Halia 2inci - hiris (keping)
Serai 2btg - dititik ~ i letak 1btg je
Halba 1sudu
Garam halus 1 sudu (cukup rasa)
Gula 1 sudu
Pewarna hijau @ pandan paste 1 sudu teh ~ i letak
Butter @ Marjerin - 2 senduk


First, panaskn butter @ marjerin (agak2 dah separuh cair), tumiskn 3 jenis bawang brsama halia, serai & daun pandan... Apabila bahan tumis tadi sedikit layu, baru masukkan halba... ketika ni segala aroma akan keluar...godaan... Agak2 bahan tumis tadi 3/4 masak (x perlu garing), boleh masukkan santan cair, diikuti gula & garam. Apabila santan sudah mendidih, masukkan beras yg di sejat tadi& sedikit pandan pes-optional klu xde daun pandan tp i letak juga utk wangikan nasi selain letak sehelai daun pandan ( masak seperti nasi biasa). Agak2 nasi dah kering, boleh letak pewarna (percik sedikit kat atas nasi tu...*Jgn gaul... Tunggu sampai nasi betul2 masak, baru kaup balikkan nasi tu... Bolehlah dihidangkan nasi lemak tu bersama sambal kegemaran masing2...

Untuk resepi Ayam Goreng Serai Wangi ...


BAHAN :

Ayam 1 ekor (potong/ cuci&tos)
Serai 2btg (hiris nipis)
Serbuk kunyit secukupnya
Serbuk kari daging secukupnya
Garam secukupnya

First, lps cuci & tos ayam, gaul ayam dgn garam + serbuk kunyit + serbuk kari daging, then goreng ayam tadi dlm minyak yg panas... Semasa tgh mengoreng tadi, masukkan hirisan serai utk tambahkan aroma ayam... goreng ayam hingga masak sepenuhnya:)


Untuk resepi Sambal Sardin Special dr DatinLulu, special coz ada serai, k.kayu manis & kicap manis, yg mana i xpenah wat sambal letak 3 benda ni, sedappp sgt, nyummmm...

BAHAN :

Sotong 600g (cuci/potong/tos) ~ i guna sardin je
Bawang besar 1/2 @ 1 labu ~ i letak 1 labu*
Bawang merah 5 ulas ~ i xletak*
Bawang putih 3ulas*
Halia 1/2 inci*
Bahan* ditumbuk sedikit kasar

Cili kering kisar 1cawan
Gula 2-3 sudu - ikut kepedasan
Sos tomato 4-5 sudu
Kicap manis 2-3 sudu
Serai 1-2btg - dititik/ketuk
K.kayu manis 1btg
Garam cukup rasa
~kalo suka bleh letak 2@3 sudu besar kacang tanah yg digoreng/tumbuk sedikit kasar~

First, panaskan 1 senduk minyak, tumis serai, k.kayu manis & bhn * hingga naik bau & sedikit garing. Masukkan cili kisar, dikuti gula, kicap manis & sos tomato. Kacau selalu agar sebati & mesra - masak hingga garing & pekat. Sesuaikan rasa garam nya... akhir sekali masukkan kacang goreng tumbuk(kalo suka) diikuti sotong@sardin, gaul sebati & x perlu lama nanti sotong liat (1-2 minit cukup)
Selamat mencuba... mana tau nanti kwn2 akan jatuh cinta dgn aroma & rasa sambal tumis ni... :)

Thursday, June 2, 2011

Nasi Ayam Special


I suka try resepi yg byk review.. hehe, confirm sedap! Salah satunya nasi ayam ni, ni 1st time i try wat nasi ayam so mesti nak wat yg terbaik & paling sedap.. hehehe, mmg bebaloi guna resepi dr Junjs11 (MyResepi).. sgt sedap escp sup & nasi tu, bau wangi semerbak & nasi lembut & sgt wangi:).. act i tringin nak try nasi ayam penyet tp mcm byk plak bahan2, kna cukup semua bahan br ble wat, so i try wat nasi ayam special ni dulu. Rasanya yg special mybe air rebusan ayam yg wangi tu bla diperap dgn halia & bwg putih, then air rebusan tu digunakan juga dlm nasi, mmg superb! Mcm makan kat kedai gitu, hehe tp yg paling berbaloi adalah terjamin, bersih & selamat dimakan.. hehe, skang ni i dok baca berita mcm2 yg halal jadi xhalal, yg xhalal dihalalkan.. klu itu pun ble dipertikaikan apatah lagi dr segi kebersihan, benda belakang tabir, mna kita nampak,kan? ok, jom selak resepi sedap ni, sesuai dimakan di hujung minggu bsama seisi keluarga @ utk jamuan beramai2:)..


BAHAN :

Untuk rebus -
Ayam 1 ekor (potong, cuci & tos)
Bawang putih 2ulas
Halia 2inci (diketuk)

Untuk perap -
Kicap pekat 1sudu
Sos tiram 1sudu
Halia 1cm
Bawang putih 2ulas
Kicap cair sedikit

Untuk nasi -
Beras 5cawan (cuci & tos)
Butter 3sudu
Halia 1cm (tumbuk)
Bawang putih 4ulas (tumbuk)
Air rebusan ayam tadi secukupnya
Sedikit garam

Bahan sos -
Cili merah 5biji
Bawang putih 5ulas
Halia 2cm
Cuka 1sudu teh, garam, gula
Air 1/2 cawan

Untuk sup -
Lebihan air rebusan ayam
Bawang besar 1biji (kisar)
Rempah sup
Garam
Daun sup yg dihiris


First, ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh).. bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2cm halia yg diketuk, rebus hingga empuk. Toskan ayam dan perap ayam dengan bahan-bahan untuk perap selama 15-20min. Goreng hingga garing @ bakar dlm oven. Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis halia dan bawang putih hingga garing. Masukkan beras hingga naik bau, masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masak seperti biasa. Untuk sos, blendkan semua bahan diatas. Boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka). Untuk sup - air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi. Biar hingga mendidih & cukup rasa & tutup api, boleh dihidang bersama nasi & ayam.

Thursday, May 12, 2011

♥Nasi Kuning Aroma + ♥Ayam Rempah Aroma


Menu ni i wat weekend lepas, cam biasa la time weekend i suka masak nasi special cam gini, br enjoy makan seisi keluarga.. hehhe, klu nama pun aroma, mmg wangi la satu rumah termasuklah sederet kejiranan i, coz kna buka tingkap time masak, klu x xpasal2 alarm bunyi, 2 biji keta bomba sampe depan rumah, xke haru.. haisshh. Pepun kredit pd tuan empunya resepi K.Fida, sgt sedap & beraroma.. cam nasi lemak kuning wangi gitu.. hehe. Utk lauknye resepi i sendri, ingat nak wat rendang, mm nasi tupun da ada santan so xjadi la nak wat rendang, kan tkut lak nak naik scale.. huhu, nak wat sambal, cian kat two kiddo ni dorg xle mkn pedas, so wat sjenis lauk semu org ble makan, i wat ayam rempah beraroma, ishh lagi bertambah wangi menu ni, sampai tangan pun wangi, i de bagi sepinggan kat Cliff & Pam, nak bg rasa nasi lemak kita kan, wahhh suka la dia.. muehheee, ingat xkena tekak dorg, dorg ok je, slalu klu i bagi mkanan time2 tu juga lapar trus masuk nak rasa makanan tu.. hahaaa, ha jap g sampe la bermcm jenis coklat dia hulur kat two kiddo ni, yg penting kna ada label 'V' (vegetarian)... hehhe. Hoohooo xsabar nak tunggu weekend ni, hubby nak bw kmi g enjoy kat satu tempat, two kiddo ni excited sgt.. hehe pe tu ha, tunggggguuuuuuu next n3! Jom selak resepi:)


BAHAN :

Beras Basmathi 6cawan @ 1kg - cuci, rendam 15 min & tos
Santan 1.5L (1 1/2 biji kelapa) ~ i guna 4cawan santan + 2cawan air
Serai 4btg - dititik ~ i guna 2btg je, kna jimat!
Daun pandan 3helai - disimpul ~ i guna 1 helai je, kna jimat!
Daun salam 5helai ~ i xletak, xde:(
Daun limau purut 5helai
Halia 1cm - diketuk
Jus limau kasturi/lemon/nipis 11/2 sudu
Garam secukup rasa
Kunyit hidup 2 cm -ditumbuk dan diambil air @ 2sudu teh serbuk kunyit

First, didalam sebuah periuk,masukkan santan dan kesemua bahan2 kecuali beras dan masak hingga mendidih. Masukkan beras dan kacau rata dan masak hingga kering seperti nasi biasa.
**Jika menggunakan beras biasa,kesemua bahan2 disatukan dalam periuk dan dimasak seperti memasak nasi lemak. Sekiranya x ingin nasi berkerak, apabila nasi kering bolehlah dialihkan dlm pengukus dan kukus hingga masak.
**Untuk menambahkan seri pada nasi kuning aroma ini boleh juga dimasukkan lobak merah yg didadu dan kacang peas ketika nasi hampir kering,ikut selera masing2.



* Ayam Rempah Aroma *

BAHAN :

Ayam 1kg - cuci & tos (Goreng separuh masak)
Bawang putih 3ulas*
Bawang merah 2biji*
Halia 1cm*
Cili kisar 4sudu
Jintan halus } goreng dan blend
Jintan kasar }
Kari daging 3sudu
Serai 1btg – titik*
Daun limau purut 4helai – dicarik2
Kicap kipas udang 1sudu
Bunga cengkih 3biji
Bunga lawang 2kuntum
Kulit kayu manis 1btg
Asam keping 2keping
* Blend

First, tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan jintan tadi dan kacau sebati. Then, masukkan kari daging + bunga cengkih + bunga lawang + kulit kayu manis dan kicap, biarkan seketika sehingga masak & masukkan ayam yg digoreng tadi. Masukkan asam keping + daun limau purut. Biar seketika hingga ayam sebati dgn semua rempah, tutup api, siap:)

Tuesday, May 10, 2011

Nasi Goreng Pattaya


Ni menu fast furious, bout last week, makan time hujan lebat kat Firth Park ni.. hrmmm 1st time i tgk hujan lebat cam kat Mesia, slalu ujan kat sini malu2 kucing gitu, renyai2 manja, xsempat nak basah pun, tp last week bkn kata lebat, turun skali gan hujan batu, cam perang kat luar tu, two kiddo ni pun takut coz dgr cam org baling2 batu kat tingkap umah.. huhu, hujan rahmat:)... pe lagi menu pun jadi fast furious la, xle dok lama kat dapur, ada assistant dua org dok berkepit kat kaki.. huhu, takut gan hujan.. hehhe... ni 2nd time i wat nasi pattaya ni, 1st time xjadi pattaya, mcm ketayap je nampak.. hahaha, so kali ni i rs da terer cam ne nak balut telur gan betul, rupanya ada teknik, ni pakai main balun je mna nak jadi, kan.. so jom selak resepi ....


BAHAN :

Nasi sejuk 4cawan (dilerai)
Daging 200g
Ayam 200g
Sawi (hiris)
Carrot (hiris)
Cili kisar 5sudu
Kicap manis secukup rasa
Sos tiram 3sudu
Sos ikan 3sudu
Serbuk perasa secukup rasa
Ikan bilis segenggam *
Bawang putih 3ulas *
Bawang besar 1biji *
Bawang goreng/ daun bawang / sos cili@tomato (additional)
Utk telur bungkus :

Telur 3biji (letak garam & kacau)
Minyak sedikit

* Blend


First, tumis bahan blend & cili kisar hingga naik bau. Then, masukkan ayam & daging, biar hingga masak. Masukkan nasi, perlahan api & gaul mesra. Masukkan sos ikan + kicap manis + sos tiram, gaul lagi hingga mesra. Masukkan pula sayur sawi & carrot. Tambah serbuk perasa & kicap manis (jika perlu) hingga secukup rasa.

Utk telur bungkus, dgn menggunakan kuali non stick, sapukan minyak keseluruh permukaan kuali, biar hingga kuali panas then masukkan telur yg dikacau tadi. Golekkan kuali hingga telur rata dikeliling permukaan kuali. Biar sekejap hingga telur agak masak. Then masukkan nasi kedlm mangkuk sup, ratakan & tekap nasi ditgh2 telur td. Ambil sedikit minyak dan letak dikeliling lapisan telur supaya mudah utk tanggalkan telur dr kuali. Then, tutup api, dgn perlahan2 balut nasi td gan telur seperti bentuk 4segi. Letak piring di atas telur yg dibalut then balikkan kuali, siap!

Tuesday, April 5, 2011

Nasi Carrot & Ayam Panggang Yogurt Berempah


Nyummm..nyummm sedappp sgt ayam panggang ni tau.. hehe, ni menu weekend kami. Lps masak, makan trus bw two kiddo ni main bola kat park, cuaca panas terik mmg best sgt! Resepi nasi carrot & ayam panggang ni i selak2 kat Potret Kasih.. thanks 4da recipe:).. mmg sedap sgt, ayam panggang tu siap ratah2 lagi.. hahaaa, Hubby kata rasa cam ayam tandoori pun ada, i perap 6jam mmg lagi rasa rempah di ayam tu. Lps ni sure nak try lagi!


BAHAN :
(Nasi Carrot)

Beras Basmathi 6cawan (basuh & toskan)
Carrot 2cawan( potong dadu kecil) ~ i parut kasar-kasar.
Susu cair 1/2cawan
Air 8cawan ~ i letak 61/2 cawan
Kiub ayam Knorr 1
Gula 1sudu teh
Garam secukup rasa

Bahan Tumis

Rempah kurma 2sudu
Bawang merah 5ulas – mayang @ tumbuk kasar
Bawang putih 3ulas – mayang halus atau tumbuk kasar
Halia 2cm - mayang
Minyak sapi 3sudu
Kulit kayu manis 2cm
Bunga lawang 2kuntum
Bunga cengkih 5kuntum
Buah pelaga 2biji ~ i xletak
Daun ketumbar 1tangkai - mayang
Daun pandan (simpulkan)

First, panaskan minyak sapi dalam periuk Rice Cooker dan masukkan bahan tumis, bawang & halia yg dimayang dan daun pandan. Bila dah wangi masukkan rempah kurma/beriani. Biarkan naik minyak. Then, masukkan air, garam, gula, kiub ayam knorr dan susu cair. Biarkan mendidih. Masukkan beras, carrot dadu dan daun ketumbar. Alihkan periuk kedalam Rice Cooker dan biarkan masak saperti nasi biasa. Hidangkan dengan ayam bakar, sup dan salad sayur.


BAHAN :
(Ayam panggang yogurt berempah)

Ayam 1ekor (potong 4-12, bersih & tos) ~ i guna peha ayam
Yogurt/tairu 1cawan
Minyak zaitun @ minyak sayuran 3sudu
Jus lemon 21/2 sudu
Garam 1sudu
Gula 2-3sudu – ikut citarasa
Sedikit perasa jika suka
Serbuk cili 1sudu
Campuran jintan kasar dan halus 3/4sudu – ditumbuk
Biji ketumbar 3/4sudu – ditumbuk ~ i xletak
Lada hitam 3/4sudu – ditumbuk
Serbuk kulit kayu manis 1/2sudu
Bawang putih 4ulas (di goreng dulu hingga kekuningan) – ditumbuk
Halia 1sudu (tumbuk)

First, satukan semua bahan2 di atas. Kemudian perap dalam peti sejuk semalaman atau 1-3 jam pada suhu bilik. Ikut suka nak perap lama mana… lebih lama kita perap ayam tu lebih sedap. Susun ayam dalam tray kemudian bakar ayam dalam ketuhar/oven selama 45 minit-1 jam, ikut saiz ayam. Semasa bakar tu, jangan lupa balik2kan ayam tadi agar rata masaknya. Boleh jugak jika nak bakar dengan arang. Bila masak angkat dan hidangkan dengan nasi carrot.


Oppsss… lagi satu kalau kat dapur tak de yogurt jangan risau!! Kita boleh buat sendiri… caranya dengan mencampurkan 1 cawan susu cair dengan 4 – 5 sudu jus limau kasturi/ nipis @ lemon. Susu tadi akan menjadi pekat seperti yogurt dan bolehlah dicampurkan dengan ayam dan bahan2 lain.


* A must-try recipe, even sememeh tp rasanya ummppphh! *

Monday, March 7, 2011

Special Bombay Briyani + Daging Prunes


Menu last weekend atas request Mr Hubby, nasi briyani!!! Rasa takut gak nak wat nasi briyani ni nnti xmenjadi tp pepun kena sentiasa yakin dgn pe yg kita wat, alhamdulillah not bad tp rempah briyani Bombay yg i guna ni mmg 'kaw' pedassss, bestt sgt, sgt2 sedap:D.. Hubby i yg xmakan pedas pun ble tambah 2 pinggan nasi skali makan, mmg puas hati makan.. hehe, cuma xde pinggan besi cam Lady of Leisure, klu x lagi mantop! Mmg puas makan skali trus kenyang satu hari, esok lak br mengadap sepinggan lagi, then rasa haus sgt even da minum air, huh rempah ni mmg pedass betulll la.. Resepi daging prune i amik dr Blog Resepi, mmg cun sangat bila makan gan nasi briyani, thanks 4 da recipe:). Dalam rempah Bombay Briyani ni unik la bahan dia, siap ada asam boi sebiji2, buah pelaga, jintan manis/hitam/putih, lada hitam, badam .. actualy i pun xpenah tgk rempah briyani ni cam mna so i assume unik la coz i xpenah tau lak ada asam boi (sedapp oo klu makan skali gan jus epal..heee) dlm nasi briyani. Masa i nak beli rempah ni kat kedai Pakistan, mmg pening nak memilihnya, mcm2 jenis nasi briyani, Bombay, Masala, Pilau, Beef, Chicken, Fish, Masalaydar Sindhi, Mutton etc... huh yg mana best ni, lama gak i & Hubby dok membelek paket rempah ni, kitorg tringin nak makan cam nasi kandar pure tuuu, at last kitorg decide amik Bombay Briyani konon nye mybe ni rasa cam betui2 india mari la.. hehe, uhh hasilnya lagi best dr nasi kandar yg kami tringin sgt tu, wah ni sesuatu yg sedapp ..hehe, so next time nak try Pilau briyani:D.


BAHAN :
(Nasi Briyani Bombay)

Beras Basmathi 8cawan (cuci / tos & rendam selama 20minit)
Rempah Briyani Bombay Mix 2 kotak ( 1kotak = 4cawan nasi) -bancuh dgn sedikit air
Tomato Puree 1cawan
Air 7cawan (sukatan cawan beras)
Susu cair 1cawan (sukatan cawan beras)
Minyak 3sudu
Minyak Sapi 3sudu
Kismis 1cawan
Garam secukup rasa

TUMIS :

Bawang merah 4ulas ]
Bawang putih 3ulas ] hiriskan
Halia 2inci ]
Kulit kayu manis 1btg
Bunga lawang 2kuntum
Bunga cengkih 5kuntum


First, panaskan minyak dan minyak sapi dalam rice cooker pot then tumis bahan tumis sehingga wangi. Masukkan rempah yg dijadikan pes tadi dan gaul hingga naik minyak. Kemudian masukkan air dan susu cair. Biarkan sehingga mendidih sekejap dan masukkan beras dan alihkan periuk dalam rice cooker. Bila nasi dah mula kering, masukkan kismis. Bila telah kering gemburkan nasi menggunakan lidi / chopstick dgn perlahan supaya beras tak patah.


Resepi DAGING PRUNE boleh tgk di link Blog Resepi diatas:)


* Heheeee.. kena tunjuk pic banyak ckit, tis is my 1st attempt! *

Friday, March 4, 2011

Pizza Hut Cheese Baked Rice


Dinner last night i try wat cheese baked rice, lama dah dok tengok resepi kat MY COOK BOOK ni, best2 semu resepinya dari Suya, Helsinki:).. Actualy da 2 kali wat cheese baked rice ni br kesempatan nak upload, Hubby & my two kiddo sukaaa sgt2! I plak suka part cheese topping tu.. hehe. Tapi i de tambah bahan sedikit sebanyak utk citarasa kiddo i..hehe, maaf Suya tp resepi ni mmg besttt, terbaikk! Hubby i suka sgt, siap beli extra stok grated cheese & mushroom soup so bila2 dia tringin trus ON je coz bahan semu ada...hehehee

BAHAN :

Nasi sejuk
Isi ayam -cuci & potong kecil
Sosej (hiris & rebus)
Green peas
Sweetcorn (frozen) ~ i tambah coz kiddo i suka corn:D
Button Mushroom -hiris
Mushroom cream (tin) ~ i tambah coz nak bg 'kick' pd rasa nasi..muehheeee
Bawang putih 2ulas -cincang
Mushroom soup (paket @ tin)
Mozzarella/Cheddar Cheese grated ~ i guna Mozzarella grated
Lada putih
Garam


First, tumis bawang putih dan masukkan isi ayam + garam + lada putih secukup rasa. Bila ayam da masak tutup api & ketepikan. Gaul nasi bersama ayam yg telah dimasak tadi, then tambah button mushroom + green peas + sweetcorn + sosej + mushroom cream, gaul rata. Masukkan dlm bekas yg disediakan dan ratakan. Sapu mushroom soup atas permukaan nasi (buat cam topping) & lastly tabur grated cheese. Bakar pada suhu 200C|Gas Mark 6 selama 25 minit hingga cheese warna keperangan... Siap:D


* Sebelum.... *


* Tadaaa.. fresh from oven *

Saturday, February 26, 2011

Nasi Goreng Kampung + Ohh... Daffodil


Breakfast for today:).. pedassss tuu, i letak sebiji je cili hijau..hoo hooo i like! Lama xmakan nasi goreng kampung, slalu i suka tapau kat Kedai Pin kat Kangar, pergghh i suka la pekena skali gan sambal belacan dia & minum air teh ais kow'.. muehheeehehee, pastu naik badan + pipi tembam.. hehe.

BAHAN :

Nasi kosong 5cawan
Bawang Jepun 1biji (hiris)
Bawang Putih 3ulas(ketuk)
Cili merah/hijau 3 biji - i letak 1biji je, cili sini pedas
Ikan bilis 1cawan (goreng dulu)
Telur 3biji (goreng + kacau)
Carrot 1biji (hiris)
Daun bawang (hiris)
Lada hitam & garam secukup rasa

First, tumbuk cili & bawang putih, tumbuk kasar jgn sampai lumat. Then tumis bhn tumbuk gan bawang jepun hingga naik bau. Masukkan nasi putih kosong + ikan bilis + telur dadar yg telah dikacau + carrot, gaul mesra. Masukkan lada hitam + garam secukup rasa & lastly masukkan daun bawang, gaul hingga semua bahan mesra.. siap:)

Orait abis cete bab makan, i nak tunjuk bunga daffodil i yg kembang mekar ni..hihi, cantikkkkk sgt, i suka la, tetiap ari dok belek bunga ni.. hihii, jap g i nak g snap pic pucuk bunga tulip & daffodil kat belakang rumah i, ishhh xsabar nak tunggu bunga tulip kaler pe agaknye ek??