Tuesday, April 5, 2011

Nasi Carrot & Ayam Panggang Yogurt Berempah


Nyummm..nyummm sedappp sgt ayam panggang ni tau.. hehe, ni menu weekend kami. Lps masak, makan trus bw two kiddo ni main bola kat park, cuaca panas terik mmg best sgt! Resepi nasi carrot & ayam panggang ni i selak2 kat Potret Kasih.. thanks 4da recipe:).. mmg sedap sgt, ayam panggang tu siap ratah2 lagi.. hahaaa, Hubby kata rasa cam ayam tandoori pun ada, i perap 6jam mmg lagi rasa rempah di ayam tu. Lps ni sure nak try lagi!


BAHAN :
(Nasi Carrot)

Beras Basmathi 6cawan (basuh & toskan)
Carrot 2cawan( potong dadu kecil) ~ i parut kasar-kasar.
Susu cair 1/2cawan
Air 8cawan ~ i letak 61/2 cawan
Kiub ayam Knorr 1
Gula 1sudu teh
Garam secukup rasa

Bahan Tumis

Rempah kurma 2sudu
Bawang merah 5ulas – mayang @ tumbuk kasar
Bawang putih 3ulas – mayang halus atau tumbuk kasar
Halia 2cm - mayang
Minyak sapi 3sudu
Kulit kayu manis 2cm
Bunga lawang 2kuntum
Bunga cengkih 5kuntum
Buah pelaga 2biji ~ i xletak
Daun ketumbar 1tangkai - mayang
Daun pandan (simpulkan)

First, panaskan minyak sapi dalam periuk Rice Cooker dan masukkan bahan tumis, bawang & halia yg dimayang dan daun pandan. Bila dah wangi masukkan rempah kurma/beriani. Biarkan naik minyak. Then, masukkan air, garam, gula, kiub ayam knorr dan susu cair. Biarkan mendidih. Masukkan beras, carrot dadu dan daun ketumbar. Alihkan periuk kedalam Rice Cooker dan biarkan masak saperti nasi biasa. Hidangkan dengan ayam bakar, sup dan salad sayur.


BAHAN :
(Ayam panggang yogurt berempah)

Ayam 1ekor (potong 4-12, bersih & tos) ~ i guna peha ayam
Yogurt/tairu 1cawan
Minyak zaitun @ minyak sayuran 3sudu
Jus lemon 21/2 sudu
Garam 1sudu
Gula 2-3sudu – ikut citarasa
Sedikit perasa jika suka
Serbuk cili 1sudu
Campuran jintan kasar dan halus 3/4sudu – ditumbuk
Biji ketumbar 3/4sudu – ditumbuk ~ i xletak
Lada hitam 3/4sudu – ditumbuk
Serbuk kulit kayu manis 1/2sudu
Bawang putih 4ulas (di goreng dulu hingga kekuningan) – ditumbuk
Halia 1sudu (tumbuk)

First, satukan semua bahan2 di atas. Kemudian perap dalam peti sejuk semalaman atau 1-3 jam pada suhu bilik. Ikut suka nak perap lama mana… lebih lama kita perap ayam tu lebih sedap. Susun ayam dalam tray kemudian bakar ayam dalam ketuhar/oven selama 45 minit-1 jam, ikut saiz ayam. Semasa bakar tu, jangan lupa balik2kan ayam tadi agar rata masaknya. Boleh jugak jika nak bakar dengan arang. Bila masak angkat dan hidangkan dengan nasi carrot.


Oppsss… lagi satu kalau kat dapur tak de yogurt jangan risau!! Kita boleh buat sendiri… caranya dengan mencampurkan 1 cawan susu cair dengan 4 – 5 sudu jus limau kasturi/ nipis @ lemon. Susu tadi akan menjadi pekat seperti yogurt dan bolehlah dicampurkan dengan ayam dan bahan2 lain.


* A must-try recipe, even sememeh tp rasanya ummppphh! *

10 comments:

DeLancrettLurpak said...

fuhhh..ayam tu mmg terangkat betol la I tgk... hehehehe

Mamma Olyn ♥ said...

DLL kna try ni, sedap laaaa...hehe

Nieza said...

wahhh ada nasi carrot ngan ayam sedap kat sini...sorryla mama lately akak bz tak sempat nk singgah...byk dh tertinggal menu best2 cake chunk choc tu pun nampak sedap....rajin betul mama ni..:)

wahida said...

perghhh...sedap giler!! dah la puasa ni..huwaaa!!

thanks drop by my blog n be my follower, dtg sini nak follow balik...

nice blog!!

Jai said...

slm kunjung bls... nmpk sedap nsi karot n aym tu... akk nk tumpang lunch.... slmt berkenalan.... tq

mamma olyn said...

K.Nieza : hehee..jemput2, xpe lgpun k.nieza penat tu nak fokus ms kursus & wat jamuan lg..waa lps ni semu pic2 dlm blog mesti bertambah2 cun..hehe
Wahida : oopss, xpe2 nnti try utk menu bebuka, thanks to u 2 for dropping by:)
Jai : Hehe, tq kak sudi singgah balas.. alamak da abis la, huhuu,nnti wat len ek:)

ScHa MimiE said...

huhu...nk try jgk nasik ni time cuti sem nnt=)

Mamma Olyn ♥ said...

Mimie : try jgn xtry k:).. tp ayam panggang ni mmg mabeles..hehe

awin syazwana said...

k.olynn.....wna pon nk try lah!!!! hehe

Mamma Olyn ♥ said...

WANAAAAAAAAAA!!!! tq sudi singgah umah k.olyn..hehe, sila try mmg sedap tau:D