Showing posts with label Fish. Show all posts
Showing posts with label Fish. Show all posts

Friday, December 16, 2011

Pan Roasted Salmon & Aqil's 1st Performance...


السلام عليكم....


Harini last day Aqil g nursery, pastu cuti Xmas sampe ke New year.. hehe. Rabu lepas di nursery ada Xmas Party, wahh seronok la Aqil, siap ada Santa Claus dtg bagi hadiah, snow flakes, pastu cete kat i dia makan macam2, pastu i tanya la Aqil makan apa?.. lot & lots of fruits!! oic, tp tu snack je kan, si Aqil ni suka mkn buah, i tanya cikgu dia, mmg byk buah buahan, dan Aqil mmg makan byk buah sampe kenyang pastu lasttt skali br nak makan kek, sandwich, coklat... hehe. Pastu ada acara hias pokok krismas, sampe senget i tgk pokok tu, xstabil sbb byk sgt gantung hiasan..hehee.


Xmas card dr cikgu & kawan2, handmade calendar 2012..

Color & tiny dinasour.. haha

Aqil nak gantung semua kat pintu, nak tunjuk kat abah dia :)



Kad dr cikgu.. :)

Pastu kemarin ada end of term performance dari nursery & foundation class, dorg semu berlatih selama 3 minggu utk wat persembahan depan parent ni, si Aqil ni, tetiap kali blk rumah, dok keja menghafal lagu yg dia kena nyanyi atas pentas la, bercakap gan i pun mcm bersyair je.. hihiiii. Dia jadi watak bintang dlm lagu Twinkle twinkle Xmas Star.. tp yg xbestnya xble nak amik video, amik pic aqil pun ms lepas persembahan:(.. xpela, yg penting i happy dpt tgk aqil dok atas pentas menyanyi & menari2 gan kengkawan dia atas pentas, mula2 malu2 kucing, si Aiman siap jerit2 lg.. Abgggg.. starrrr!! .. hehehe. Lawak pun ada, ye la, cikgu tu sibuk suruh berdiri sini, sana, angkat tgn, lambai tangan, sampe berlanggar2 antara satu sama lain sbb ralit tgk cikgu kat depan.. hahhaa, cute miut semua! 


Sayangggg adik Aiman !


Tiket utk ke 1st Aqil's performance !

Ni lak, present utk cikgu2 di nursery sbg tanda terima kasih & sempena Xmas, Aqil nak bagi bunga kat cikgu dia.. hehee, siap ada signature dia tu, Aqil mmg famous gan Thomas big fan kat nursery dia, tetiap ari bawa buku thomas, pensil thomas, beg thomas, mainan train thomas... semua lah thomas, cikgu tanya nak wat apa arini, nak lukis thomas.. huhuu, tetiap ari thomas! 



Berbalik pada dinner last nite, simple dimple, salad pun xde coz kehabisan stok, jadi ratah cam tu pun sedap salmon ni.. hehe.


BAHAN :

Salmon fillet
Lada hitam
Garam
Oregano @ mix italian herb
Olive oil
********
2 sudu besar majerin atau mentega
1/2 biji bawang besar (dicincang)
1 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu kecil daun parsley kering (herb lain pun boleh)
1 cawan susu segar
Secubit garam
Secubit lada hitam
Mee @ spaghetti (rebus & tos)

Firstly, sediakan sos dulu: Panaskan majerin dlm periuk kecil, goreng bawang besar sehingga layu. Masukkan tepung gandum dan kacau sehigga tepung gandum melekat kat bawang. Masukkan bahan2 lain, masak sampai didih sambil tu kacau-kacaukan. Matikan api dan diketepikan.
Ikan disalut dgn garam dan lada hitam + oregano @ mix italian herb. Letakkan juga sedikit olive oil & biar sekata, masukkan dlm oven pd suhu 180C sehingga masak, lebih kurang 10-15 minit. Hidang bersama spaghetti @ mee yg telah dicelur



Tuesday, October 18, 2011

Grill Salmon With White Sauce


السلام عليكم....

Ni dinner kami semalam, masak simple2 ja, skang da makin sejukkkk, arini g antar Aqil g nursery dlm hujan renyai2, sejukkk yg amat... menyesal xpakai glove pagi tadi, start esok da kena pakai glove klu nak kuar. I pegang payung pg tadi sampe kebas tgn & rasa nak terlepas payung tu sbb terlalu sejuk & tangan da xrasa pe2 da.. isskk, ramalan cuaca pun de kata Winter kali ni sgt2 sejuk berbanding tahun2 lepas.. erk! Harap2 semu tu berlalu dgn cepat. So skang ni pun masuk dapur ala kadar jela yea, rs cam nak beli carpet la letak kat dapur, selain dr pakai selipar comfy tu... hrmmm. Actualy ada projek baking2 i cuma xkesempatan nak bersiaran utk share resepi.. hehehe. Salmon fillet ni kebetulan de promotion kat Coop (Cooperative)- cam Tesco gak la, 5 fillet baru 3pound, pe lagi trus g beli lps antar Aqil g nursery.. hehehee. Resepi ni sgt mudah & sedappp, sos putih tu ble pelbagaikan menu, ble makan gan pasta, makan gan nasi @ klu xnak guna ikan ble guna ayam, sedapppp sunggguh! mueheheee. Tq pd empunya resepi Skyblue, mmg marbeles lah!


BAHAN :
(IKAN)

2 keping ikan salmon
1 sudu besar minyak zaitun
Secubit garam
Secubit lada hitam
1 sudu kecil daun oregano
*1 cawan mashed potatoes @ sepinggan nasi @ salad

BAHAN (SOS PUTIH) :

2 sudu besar majerin atau mentega
1/2 biji bawang besar (dicincang)
1 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu kecil daun parsley kering (herb lain pun boleh)
1 cawan susu segar
Secubit garam
Secubit lada hitam

Firstly, sediakan sos dulu: Panaskan majerin dlm periuk kecil, goreng bawang besar sehingga layu. Masukkan tepung gandum dan kacau sehigga tepung gandum melekat kat bawang. Masukkan bahan2 lain, masak sampai didih sambil tu kacau-kacaukan. Matikan api dan diketepikan.
Ikan disalut dgn garam dan lada hitam + oregano. Gorengkan dgn minyak zaitun sehingga perang/masak. Boleh dihidang bersama nasi @ mash potato @ salad dan tuang sos putih diatas ikan:)..

Thursday, October 13, 2011

Chinese Style-Soy sauce Seabass + Oyster sauce Mushroom

السلام عليكم....
Ni menu few last month... hehhee, tgh dok selak2 folder terjumpa lak pic menu ni, arini baru nak share:).. Sebelum tu, pagi tadi i dapat good news dr best friend i kat JB, CONGRATSSS Zee & Usop atas kelahiran baby boy pada pagi tadi (13.10.2011) seberat 3.7kg... fuyoooo mesti chubby baby boy ni.. hihiii!! Dan xlupa juga utk sis Elyn atas kelahiran baby Shazril Ridzqi pd Hari Malaysia, da dekat sebulan da baby Shazril ni, cute! Tgk la pic kat bawah ni... hehhehe


* Aloloooo.. pandainye die senyummm.. mimpi indah.. hehhe *


Resepi ni i reka sendiri, lgpun senang ja, main campak2 je.. hehhe, klu masak gan tofu lagi sedap tp xde lak plak tofu, so i ganti gan udang:)... Klu guna tofu kena goreng dulu & ketepikan, sediakan kuah & baru tuang atas tofu yg digoreng td... nyummm sodappp!


BAHAN :


Udang 300g (cuci & tos)
Cendawan tiram @ jenis lain 400g
Tepung jagung 1sudu (+ sedikit air)
2 sudu makan sos tiram
1 batang carrot - hiris
Sedikit serbuk lada putih
1/2 biji bawang besar - dipotong halus
2 ulas bawang putih - diketuk
Garam + gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis.
Air secukupnya


Panaskan sedikit minyak untuk menumis. Tumis bawang merah + putih hingga wangi. Masukkan cendawan & udang. Goreng sekejap. Masukkan sos tiram, serbuk lada putih dan lobak merah. Goreng lagi. Ambil 1/2 sudu kecil tepung jagung. Bancuhkan dengan sedikit air. Masukkan kedalam bahan yang digoreng. Tambah air jika kuah terlampau pekat. Biarkan kuah mendidih sebentar dan rasa. Tambah garam + gula mengikut citarasa. Tutup api.

* Oyster sauce Mushroom *


Ni resepi utk Chinese Style-Soy sauce Seabass, sedappp sgt2, rasa cam mkn kat kedai seafood pon ada.. hehhe, klu xcaya try la, mudah & cepat nak sediakan bahan2 resepi ni. Klu nak tambah pedas ble letak hirisan cili padi tp i xletak, cian two kiddo berasap telinga nnti.. hehee

BAHAN : 


1 ekor Ikan siakap sederhana digoreng dengan tepung jagung dan garam halus dan letak di atas pinggan hidang. Lebih enak jika ikan digoreng garing.
3 ulas bawang putih dicincang
3 biji bawang merah kecil dihiris bulat dan nipis
1/2 biji bawang besar (saiz sederhana)dibelah nipis
3 sudu besar Kicap pekat
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu minyak bijan
4 sudu besar minyak masak untuk menumis
Daun sup + daun bawang + bawang goreng sebagai hiasan


Panaskan minyak masak dengan api sederhana. 
Tumis bawang putih+bawang merah+bawang besar sehingga kekuningan. Masukkan tomato sehingga layu. Masukkan kicap pekat + sos tiram + sos tomato. Kacau dan tumis sehingga kicap dan minyak nampak terasing. Masukkan minyak bijan. Kacau sebati. Tuang di atas ikan goreng tadi dan tabur dengan daun sup+daun bawang. Sedia untuk dihidang

Monday, August 8, 2011

Menu Iftar + 'Bazaar Ramadhan' :)

السلام عليكم....

Da seminggu kita berpuasa, kejap je masa berlalu.. blog pon da bersawang akibat tuan rumah sibuk wat kuih muih utk bebuka.. ahaks! Tp arini bkn nak cete psal kuih muih tradisional yg tuan rumah wat ni, tp pasal program kampung Firth Park Sabtu lepas, ada Program Tadarus Al-Quran, i pon join skali, sama la geng bapak2, wat kat rumah Yana a.k.a Penghulu Firth Park ni.. hehe, same time kmi bawa juadah kuih muih utk bertukar2 sesama jiran.. haaa tue yg i kata 'Bazaar Ramadhan' tue, hihiii, best arr dpt sepinggan kuih muih cam beli dari bazaar je, iskkk * miss u Malaysia tanah airku:(... group wanita diamanahkan utk baca juz 18 shj, manakala group lelaki kna baca dr juz 1-3.. alhamdulillah group wanita selesai baca sampe habis 1 juz tu tp group lelaki ada baki lagi, so next week majlis tadarus ni akan berlangsung di rumah kami pula, Insyaallah...


* Ada kuih lopes, kuih sagu, karipap & hujung skali tu baki kuih ketayap i:) *

Untuk sesi tukar kuih muih ni i de bawa kuih ketayap, hooo hooo i wat kuih ketayap, mama & abah jgn fengsan yek anakmu ble wat kuih tradisional sejak dok cini... hahhaaah, walaupun saiz ketayap i tu saiz XL, mmg xdpt dimana2 pasaran tp mendapat pujian hubby ku yg tercinta, kira ok la tu.. ahaks..


Owh pic kat bawah ni menu sahur kami, Nasi Lemak Pandan + Sambal Ayam + Telur mata:).. resepi sama ja gan nasi lemak biasa yg i penah wat cuma tambah pes pandan ja:)...


Iftar semalam i masak Gulai Ikan Salmon wif Bendi & Sambal belacan Nenas.. nyummm superb punya sambal belacan, i like! Resepi sambal belacan i copy dr MyResepi & resepi gulai tu i pandai2 sendiri ikut sedap tekak.. hehheeee, Selamat Berpuasaaaaaa..


BAHAN :
(Gulai Ikan Salmon)

Ikan Salmon 6 fillet (isi sahaja)- cuci & tos
Bawang merah 1biji*
Bawang putih 2ulas*
Buah pelaga 2biji
Santan pekat 1cawan
Air 1cawan
Serbuk kari ikan (tambah air jadikan pes)
Asam keping 1
Garam & perasa secukupnya
Bendi 15 batang (cuci & tos)
Minyak utk tumis
* Blend

Firstly, tumis bahan blend + buah pelaga hingga naik bau.Kemudian masukkan pes kari, tumis hingga naik minyak. Then, masukkan santan pekat & air, biar hingga didih & masukkan bendi. Masukkan perasa tambahan & garam secukup rasa. Then masukkan asam keping & last skali masukkan ikan setelah semua perasa da cukup, biar hingga ikan cukup masak, ble tutup api, siap:)



BAHAN :
(Sambal Belacan Nenas)

Lada merah 3biji
Cili api 7biji ~ i xletak
Belacan 1-2 inci(bakar sekejap)
Nenas masak 1potong ( i guna nenas kiub dlm tin)
Gula pasir 1sudu teh

Firstly, tumbuk lada merah & cili api hingga lumat. Masukkan belacan dan tumbuk lagi.
Akhir sekali masukkan nenas yang telah dihiris-hiris dan tumbuk sekejap. Masukkan gula dan digaul hingga sebati. Selamat mencuba....


Monday, June 6, 2011

╰☆╮Nasi Lemak d'Pulau Kasih @ Kasih d'Pulau®


Amboiii nama bukan main.. hahaaaaa, pemilik resepi (DatinLulu) yg bg nama ni so i letak la nama nasi lemak ni, yg penting sedap:).. Ni menu simple last weekend, cuaca pun kejap cerah, tup.. tup mendung, sejuk balik la plak, ingat nak simpan da semu stokin2 & coat, Winter ni br guna balik, nampak gaya kna pakai juga stokin tu, iskk.. tetambah two kiddo ni i jaga betul2, xmo nnti da sakit demam br nak kelam kabut, stokin xpenah lekang, klu panas betul kat luar & dlm umah br buka, buah & air kena makan banyak, kebetulan dorg suka buah so senang letak dlm bowl sowang satu, kejap ja licin.. hehee, alhamdulillah two kiddo ni xpenah demam teruk, stakat selesema biasa ja:)...


* Aqil yg pantang nampak carrot, trus ngap!.. huhu *

Ok jom selak resepi sedap + wangi & menyelerakan ni.. nasi lemak + Ayam Goreng Serai Wangi + Sambal Sardin Special + Telur & Bilis goreng.. heheeee, nak makan nasi lemak skali skala ja, maunya rosak scale tu klu slalu makan... hahaaaaaa. Xpe yg penting anak2 mama makan dgn penuh selera sampe xtoleh kiri kanan, abah kata suka la da air tangan mama yg masak... ngheeeeeeee


BAHAN :

Beras 6 cawan - dicuci & tos
Santan cair 8 cawan @ secukupnya
Daun pandan 3-4 helai- carik kasar@simpul ~ i letak 1 helai je
Bawang besar 1 labu - dhiris nipis ~ i guna 2biji
Bawang merah 6ulas - dhiris nipis ~ i xletak
Bawang putih 3ulas - dhiris nipis
Halia 2inci - hiris (keping)
Serai 2btg - dititik ~ i letak 1btg je
Halba 1sudu
Garam halus 1 sudu (cukup rasa)
Gula 1 sudu
Pewarna hijau @ pandan paste 1 sudu teh ~ i letak
Butter @ Marjerin - 2 senduk


First, panaskn butter @ marjerin (agak2 dah separuh cair), tumiskn 3 jenis bawang brsama halia, serai & daun pandan... Apabila bahan tumis tadi sedikit layu, baru masukkan halba... ketika ni segala aroma akan keluar...godaan... Agak2 bahan tumis tadi 3/4 masak (x perlu garing), boleh masukkan santan cair, diikuti gula & garam. Apabila santan sudah mendidih, masukkan beras yg di sejat tadi& sedikit pandan pes-optional klu xde daun pandan tp i letak juga utk wangikan nasi selain letak sehelai daun pandan ( masak seperti nasi biasa). Agak2 nasi dah kering, boleh letak pewarna (percik sedikit kat atas nasi tu...*Jgn gaul... Tunggu sampai nasi betul2 masak, baru kaup balikkan nasi tu... Bolehlah dihidangkan nasi lemak tu bersama sambal kegemaran masing2...

Untuk resepi Ayam Goreng Serai Wangi ...


BAHAN :

Ayam 1 ekor (potong/ cuci&tos)
Serai 2btg (hiris nipis)
Serbuk kunyit secukupnya
Serbuk kari daging secukupnya
Garam secukupnya

First, lps cuci & tos ayam, gaul ayam dgn garam + serbuk kunyit + serbuk kari daging, then goreng ayam tadi dlm minyak yg panas... Semasa tgh mengoreng tadi, masukkan hirisan serai utk tambahkan aroma ayam... goreng ayam hingga masak sepenuhnya:)


Untuk resepi Sambal Sardin Special dr DatinLulu, special coz ada serai, k.kayu manis & kicap manis, yg mana i xpenah wat sambal letak 3 benda ni, sedappp sgt, nyummmm...

BAHAN :

Sotong 600g (cuci/potong/tos) ~ i guna sardin je
Bawang besar 1/2 @ 1 labu ~ i letak 1 labu*
Bawang merah 5 ulas ~ i xletak*
Bawang putih 3ulas*
Halia 1/2 inci*
Bahan* ditumbuk sedikit kasar

Cili kering kisar 1cawan
Gula 2-3 sudu - ikut kepedasan
Sos tomato 4-5 sudu
Kicap manis 2-3 sudu
Serai 1-2btg - dititik/ketuk
K.kayu manis 1btg
Garam cukup rasa
~kalo suka bleh letak 2@3 sudu besar kacang tanah yg digoreng/tumbuk sedikit kasar~

First, panaskan 1 senduk minyak, tumis serai, k.kayu manis & bhn * hingga naik bau & sedikit garing. Masukkan cili kisar, dikuti gula, kicap manis & sos tomato. Kacau selalu agar sebati & mesra - masak hingga garing & pekat. Sesuaikan rasa garam nya... akhir sekali masukkan kacang goreng tumbuk(kalo suka) diikuti sotong@sardin, gaul sebati & x perlu lama nanti sotong liat (1-2 minit cukup)
Selamat mencuba... mana tau nanti kwn2 akan jatuh cinta dgn aroma & rasa sambal tumis ni... :)

Tuesday, May 24, 2011

Siakap Sweet Sour


Skali skala tukar selera, kita makan ikan pulak, kebetulan aritu i shopping kat ASDA ikan siakap saiz sederhana ni ada promotion, GBP1.80 seekor, best beli ikan kat sini esc di supermarket la, dorg siap packing, potong & buang semu organ dalaman ikan tu.. hehe, kira perut ikan semu da xde la, kira buka plastik, cuci ikan, trus lumur kunyit garam & masak! Hahahaaa..


BAHAN :

Ikan siakap 1 ekor - bersih & lumur garam + serbuk kunyit.
Bawang putih 2 ulas*
Bawang merah 1 biji*
Halia 1inci*
Sos cili 5sudu
Sos tomato 3sudu
Mix vege - rebus sehingga empuk
Baby tomato
Serai 1btg - dititik*
Bawang besar 1biji - potong bulat
Garam & Air secukupnya
Daun limau purut 2helai - optional

First, panaskan kuali dgn minyak.Goreng ikan siakap sehingga kekuning2an. Ketepikan ke dlm pinggan. Buang sedikit minyak ikan tadi hingga tinggal cukup utk menumis. Tumis bahan2 bertanda* hingga naik bau. Masukkan garam & air secukupnya utk kuah. Tunggu sehingga kuah mendidih, masukkan kedua2 jenis sos & kacau. Masukkan sayur campur yg telah direbus empuk tadi & daun limau purut. Kalau rasa kuah sedikit, bolehlah tambah air & juga kedua2 sos sedikit lagi. Akhir sekali,masukkan bawang besar & tomato.Kacau sekejap. Kemudian, tuangkan kesemua kuah ke atas ikan yg telah digoreng tadi.


Petang kemarin i belek2 tanaman kat garden comel i tu, skali ternampak bunga ros da kembang tp rose ni jenis yg sekuntum2, xmcm kebanyakkan ros yg byk kelopak bunga tu, yg ni jenis Wild Rose, ada dua kaler dark pink & baby yellow, tp yg baby yellow xkuar bunga lagi.. sweettt aje, berbunga2 tgk, busy bee pun sibuk la time tu nak kutip nectar.. heheeee



* Rose bud:) *



Actualy ada balance tempat kosong lagi kat garden i, ingat i nak tanam rumput carpet je, tp memandangkan ada seekor kucing sesat yg slalu terjah kat garden i ni so i xjadi nak tanam rumput, nnti abis dia tinggal 'poo' dia merata2.. haishh, nasib skang ni kucing tu takut da nak singgah umah i coz puppy cliff & pam suka menyalak bla dia datang... hahahaa, tau takut! Oleh yg demikian, i de satu idea, pokok yg menjadi idaman i slama ni, klu kat Msia berangan je la, bole beli kat Lovely Lace ja, tp still wangi, i like! So skang i ble tanam sendri pokok tu, pokok pe tu haaaa...


* LAVENDER MUNSTEAD FRAGRANT PLUG PLANTS *


* Pic if lavender grow into a bush - goggle source - *

Muehheeeee... i sukaaa lavender! ni i beli kat Ebay, 5 anak pokok ni GBP2.50, xsabar nak tunggu pokok ni berbungga, lavender ni xsilap i ada 3 jenis, i beli yg jenis bunganya wangi @ nama scientific 'Lavendula Angustifolia Munstead' @ English Lavender, yg mana pokok ni berasal dr Mediterranean.

Selain tu, ni i sronok tengok tanaman sayur2 i da stat tumbuh, kat bawah ni ada pokok carrot & tomato, pokok cili xtumbuh lagi.. huhu, & yg terbaru i de tanam pokok strawberry 2 pot, tp tu still dok dlm umah lagi, dlm proses pertama, harap2 tumbuh la pucuk pokok tu, bila da tumbuh br ble pindah ke luar rumah.. hehe, sronok & bangga rasa bila bole tanam & dapat hasil, chewaaahh, xsabar nak tunggu saat2 nak kutip hasil tanaman & masak & makan hasil tu, organik gitu! ahaks...


* Tomato plant *


* Carrot plant, kat belakang tu pokok bawang.. hehe *

Wednesday, May 4, 2011

Gulai Ikan Keli Mekong


Jemu asyik makan ayam, kta tukar mkn ikan plak, i actualy tringin nak makan ikan tongkol, klu goreng cicah air asam... mmmm xtoleh kiri kanan, hahhaa! Skali i g tgk kat kedai aseanic, last minute br g buka icebox tgk ikan, sebelum tu syok dok belek2 sayur2 & brg2 di rak tu, rupanya da stgh jam dok dlm kedai tu, rasanya hubby i da 3 kali pusing roundabout tu, yela klu x two kiddo nak ikut mama masuk kedai, so keta kna bejalan br dorg senyap la.. hehe, i mati2 ingat ikan tongkol dlm frozen icebox tu, ada 5 ketul, besar2...punya la yakin, sampe xbaca da jenama ikan di plastik tu.. huhu, skali bw balik buka plastik & defrost, ermmmm apsal byk lemak sgt ikan ni, i xpenah tgk ikan tongkol ada lemak byk camtu! Skali tgk plastik, 'Mekong CatFish'... huhuuuu, melepas la berangan nak mkn ikan tongkol goreng cicah air asam, mimpi je la:(.. then pe lagi trus decide wat gulai ikan keli la..hahhaa


BAHAN :

Ikan keli (cuci & tos)
Bawang merah 1biji (hiris halus)
Bawang putih 3ulas (hiris halus)
Halba campur 1sudu
Serbuk kari ikan 4sudu (campur sedikit air jadikan pes)
Air asam jawa 3sudu
Santan pekat 1 tin besar @ 3cawan
Tomato / bendi / cili(optional)
Daun kari
Garam secukupnya

First, tumis bawang merah + bawang putih + halba campur + daun kari hingga wangi. Masukkan rempah kari yg telah dibancuh dengan sedikit air. Tumis hingga naik minyak. Tambahkan santan dan tunggu hingga mendidih. Masukkan ikan, bendi @ buah tomato, cili & air asam jawa. Tambah garam secukupnya. Tunggu hingga ikan masak, tutup api, siap:D

Monday, November 22, 2010

Salmon wit Lemon Buttery sauce


Hrrmmm..i dok terpiki2 pe la i nak wat gan salmon fillet ni.. actualy i xberapa gemar sgt ikan salmon ni, rasa semacam pon ada, tp khasiatnye mmg xle dipertikai:). So, i decide nak wat simple dish like tis:). Klu nak makan ala2 Western, makan cam tue je la(klu i xcukup tue), tp da lumrah anak Melayu, jamah dgn nasi panas2 la br best..Tgk tajuk masakan cam sedap kan? Yea...mmg sedappp! 2thumbs up ! Yg xgemar salmon pon ble jadi favourite..haha, i la tue, so lps ni nak beli lagi la salmon..hihi

BAHAN :

Ikan salmon 2keping fillet(cuci & potong 3)
Olive oil
Tepung gandum
Garam
Black pepper
Butter 1sudu
Lemon jus 2sudu
Air 5sudu
Sayur (baby corn/carrot/peas etc)

Firstly, gaul ikan yg dicuci dgn tepung gandum dan goreng, masukkan sedikit garam & black pepper, balik balikkan ikan supaya masak sepenuhnya. Kemudian, angkat ikan/toskan, jgn padamkan api sebaliknya terus masukkan 1 sudu butter + lemon jus + air. Masak atas api yg perlahan, kacau hingga agak pekat. Siap. Hidangkan ikan bersama sos butter lemon tadi:)

p/s : sesuai untuk hidangan candle light dinner...hehe