Friday, December 16, 2011

Pan Roasted Salmon & Aqil's 1st Performance...


السلام عليكم....


Harini last day Aqil g nursery, pastu cuti Xmas sampe ke New year.. hehe. Rabu lepas di nursery ada Xmas Party, wahh seronok la Aqil, siap ada Santa Claus dtg bagi hadiah, snow flakes, pastu cete kat i dia makan macam2, pastu i tanya la Aqil makan apa?.. lot & lots of fruits!! oic, tp tu snack je kan, si Aqil ni suka mkn buah, i tanya cikgu dia, mmg byk buah buahan, dan Aqil mmg makan byk buah sampe kenyang pastu lasttt skali br nak makan kek, sandwich, coklat... hehe. Pastu ada acara hias pokok krismas, sampe senget i tgk pokok tu, xstabil sbb byk sgt gantung hiasan..hehee.


Xmas card dr cikgu & kawan2, handmade calendar 2012..

Color & tiny dinasour.. haha

Aqil nak gantung semua kat pintu, nak tunjuk kat abah dia :)



Kad dr cikgu.. :)

Pastu kemarin ada end of term performance dari nursery & foundation class, dorg semu berlatih selama 3 minggu utk wat persembahan depan parent ni, si Aqil ni, tetiap kali blk rumah, dok keja menghafal lagu yg dia kena nyanyi atas pentas la, bercakap gan i pun mcm bersyair je.. hihiiii. Dia jadi watak bintang dlm lagu Twinkle twinkle Xmas Star.. tp yg xbestnya xble nak amik video, amik pic aqil pun ms lepas persembahan:(.. xpela, yg penting i happy dpt tgk aqil dok atas pentas menyanyi & menari2 gan kengkawan dia atas pentas, mula2 malu2 kucing, si Aiman siap jerit2 lg.. Abgggg.. starrrr!! .. hehehe. Lawak pun ada, ye la, cikgu tu sibuk suruh berdiri sini, sana, angkat tgn, lambai tangan, sampe berlanggar2 antara satu sama lain sbb ralit tgk cikgu kat depan.. hahhaa, cute miut semua! 


Sayangggg adik Aiman !


Tiket utk ke 1st Aqil's performance !

Ni lak, present utk cikgu2 di nursery sbg tanda terima kasih & sempena Xmas, Aqil nak bagi bunga kat cikgu dia.. hehee, siap ada signature dia tu, Aqil mmg famous gan Thomas big fan kat nursery dia, tetiap ari bawa buku thomas, pensil thomas, beg thomas, mainan train thomas... semua lah thomas, cikgu tanya nak wat apa arini, nak lukis thomas.. huhuu, tetiap ari thomas! 



Berbalik pada dinner last nite, simple dimple, salad pun xde coz kehabisan stok, jadi ratah cam tu pun sedap salmon ni.. hehe.


BAHAN :

Salmon fillet
Lada hitam
Garam
Oregano @ mix italian herb
Olive oil
********
2 sudu besar majerin atau mentega
1/2 biji bawang besar (dicincang)
1 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu kecil daun parsley kering (herb lain pun boleh)
1 cawan susu segar
Secubit garam
Secubit lada hitam
Mee @ spaghetti (rebus & tos)

Firstly, sediakan sos dulu: Panaskan majerin dlm periuk kecil, goreng bawang besar sehingga layu. Masukkan tepung gandum dan kacau sehigga tepung gandum melekat kat bawang. Masukkan bahan2 lain, masak sampai didih sambil tu kacau-kacaukan. Matikan api dan diketepikan.
Ikan disalut dgn garam dan lada hitam + oregano @ mix italian herb. Letakkan juga sedikit olive oil & biar sekata, masukkan dlm oven pd suhu 180C sehingga masak, lebih kurang 10-15 minit. Hidang bersama spaghetti @ mee yg telah dicelur



4 comments:

Nieza said...

Assalam Lyn, bestnyer aqil dapat hadiah..kami kat sini pun selalu tukarx2 hadiah.

sedap nengok roasted salmon tu..simple tapi sedap.. i like:)

kasihredha said...

suka salmon
tapi kat m'sia mahal mak aiii

Yan said...

salam kenal..

tadi kitarang sefamily makan salmon gak. tapi masak kari..best sangat..

Mamma Olyn ♥ said...

Nieza : hehe.. suka xsangga la dpt hadiah, dok pgg hadiah sampe ke bilik tido:))..salmon ni da xtau nak msk pa, nak cepat sama tu yg wat simple2

kasihredha : hehe tula, kat sini ja la nak mkn salmon pon, blk mesia mkn ikan kembong je la da sedap..muehhee

yan : salam kenalan juga yan, thanks sudi singgah teratak mamma olyn.. eh yaka, sy pon suka wat kari, lembut & manis isi ikan salmon, ratah cam tu pon sdap:))