Tuesday, May 10, 2011

Nasi Goreng Pattaya


Ni menu fast furious, bout last week, makan time hujan lebat kat Firth Park ni.. hrmmm 1st time i tgk hujan lebat cam kat Mesia, slalu ujan kat sini malu2 kucing gitu, renyai2 manja, xsempat nak basah pun, tp last week bkn kata lebat, turun skali gan hujan batu, cam perang kat luar tu, two kiddo ni pun takut coz dgr cam org baling2 batu kat tingkap umah.. huhu, hujan rahmat:)... pe lagi menu pun jadi fast furious la, xle dok lama kat dapur, ada assistant dua org dok berkepit kat kaki.. huhu, takut gan hujan.. hehhe... ni 2nd time i wat nasi pattaya ni, 1st time xjadi pattaya, mcm ketayap je nampak.. hahaha, so kali ni i rs da terer cam ne nak balut telur gan betul, rupanya ada teknik, ni pakai main balun je mna nak jadi, kan.. so jom selak resepi ....


BAHAN :

Nasi sejuk 4cawan (dilerai)
Daging 200g
Ayam 200g
Sawi (hiris)
Carrot (hiris)
Cili kisar 5sudu
Kicap manis secukup rasa
Sos tiram 3sudu
Sos ikan 3sudu
Serbuk perasa secukup rasa
Ikan bilis segenggam *
Bawang putih 3ulas *
Bawang besar 1biji *
Bawang goreng/ daun bawang / sos cili@tomato (additional)
Utk telur bungkus :

Telur 3biji (letak garam & kacau)
Minyak sedikit

* Blend


First, tumis bahan blend & cili kisar hingga naik bau. Then, masukkan ayam & daging, biar hingga masak. Masukkan nasi, perlahan api & gaul mesra. Masukkan sos ikan + kicap manis + sos tiram, gaul lagi hingga mesra. Masukkan pula sayur sawi & carrot. Tambah serbuk perasa & kicap manis (jika perlu) hingga secukup rasa.

Utk telur bungkus, dgn menggunakan kuali non stick, sapukan minyak keseluruh permukaan kuali, biar hingga kuali panas then masukkan telur yg dikacau tadi. Golekkan kuali hingga telur rata dikeliling permukaan kuali. Biar sekejap hingga telur agak masak. Then masukkan nasi kedlm mangkuk sup, ratakan & tekap nasi ditgh2 telur td. Ambil sedikit minyak dan letak dikeliling lapisan telur supaya mudah utk tanggalkan telur dr kuali. Then, tutup api, dgn perlahan2 balut nasi td gan telur seperti bentuk 4segi. Letak piring di atas telur yg dibalut then balikkan kuali, siap!

4 comments:

Lady of Leisure said...

comelnya nasi goreng pattaya olyn hehe.. kemas terbentuk cantik hhihi.. sejuk2 layan nasi goreng best kan..!

Mamma Olyn ♥ said...

tq..hihi..aah, mmg best, klu cam gitu time hujan ja nak wat nasi grg pattaya, rs lajuuuu je makan..hehhe, ni br elok wat, sebelum ni, masyallah, ngeri tgk...hahaaaa

qaseh johanna said...

hurmmm...saye penah wat 2kali tapi tak penah nak menjadik..

kaedah same je tapi tak jadi..lastly jadi telor dadar jela eh..hihi

balik ni nak try le.. :)

Intan Suhana said...

mmg cantik nasi pattaya tu. teringat ler pulak lepak kt warung order nasi pattaya ...nyumm2...