Thursday, February 10, 2011

Pajeri Terung + Kerisik Perantau:)


Lama da xmakan pajeri, tetiba teringin lak, btw pajeri ni favourite abah i:).. dok cini semua benda la tringin..huh susah btoi, masa dok Msia relax je, tengok pajeri sebelah mata je..hehe, yeala nak makan tunjuk di kedai, bayar & makan..da la kat sini xde kerisik.. so wat pertama kalinye dlm hidup i wat kerisik sendiri semata2 nak makan pajeri, lps ni bole wat rendang ke..hmmm nyummm:) fav i makan pajeri gan telur masin! fuhhh, bertambah nasi la jawapnye..hehhe


* Kelapa parut yg sedang digoreng *

BAHAN :
(KERISIK)

Kelapa parut (sini ada jual kelapa parut kering)
@
Krim kelapa (dlm kotak)

Untuk kelapa parut, goreng dlm kuali non stick dgn api perlahan sehingga perang, sentiasa gaul coz kelapa mudah hangit. Then, masukkan dlm blender (pengisar kering), blend hingga kuar minyak. Simpan di dalam bekas kedap, letak dlm peti sejuk & sedia utk digunakan:)

Untuk krim kelapa, keluarkan krim kelapa dan letak dlm mangkuk tahan panas. Masukkan dlm microwave selama 2 minit. Keluarkan dr microwave dan kacau sekejap, masukkan semula selama 1 minit. Keluarkan semula, kacau dan ulang semula sehingga 'garing' @ bertukar warna keperangan. Then bole diguna terus @ simpan dlm bekas kedap:)

BAHAN :
(PAJERI)

Terung (dibelah 2 & potong kiub, rendam dlm air)
Kerisik 2sudu
Minyak
Pati santan 200ml
Cili kering -kisar
Udang kering (actualy i xde, klu letak lagi sedap:)
Bawang merah 2biji*
Bawang putih 2ulas*
Halia 1inci*
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Bunga cengkih
Buah pelaga
Serbuk kari daging
Asam jawa 1sudu
Garam dan gula-secukup rasa

* blend

First, panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan bertanda * + rempah ratus sehingga naik baunya, then masukkan rempah kari dan cili kering sehingga pecah minyak. Masukkan air asam jawa dan terung, bila terung agak separuh masak,masukkan santan dan udang kering. Bila terung dah cukup empuk masukkan garam + gula + kerisik. Masak seketika dan siap untuk dihidangkan.

2 comments:

Lady of Leisure said...

sedapnya.. pajeri manis so bila makan dengan something yg masin like telur asin or ikan masin/kering memang kena sangat kan, complement each other.. yummy!

~ Mamma Olyn ~ said...

nyumm..nyumm tue la, tp xperasan ada ke x telur masin kat cini..hehe, nak kena cari la