Friday, February 4, 2011

Bihun Goreng Cina


Bestnyee rakyat Malaysia cuti panjang yea, paling best bla bole makan buah limau mandarin yg manisss sepanjang bulan..hehe, selalunya klu Chinese New Year dpt cuti panjang Hubby akan bawa kmi jenjalan seaview area, kami selalu g Penang klu ada cuti perayaan cam ni, sales pun best2 br ada semangat nak shopping..hehe. Mama & abah mesti dapat kotak limau dr member2, xlarat nak makan limau sampe muka bertukar kaler oren..hehe.. Kat sini xrasa perayaan cina, xramai kaum cina kat sini (area Sheffield la), yg ada pun berniaga buka kedai jual produk makanan dari Asia, maybe kedai tutup la kot nak sambut perayaan dgn famili.. So, sempena raya cina, kemarin i masak bihun goreng cina mamma olyn home-made recipe..kui kui..

BAHAN :

Bihun sebungkus (rendam hingga agak lembut & tos)
Udang 300g (buang kulit & cuci)
Telur 4biji (goreng & kacau)
Bawang putih 5ulas (hiris)
Bawang Jepun 1biji (hiris)
Lada hitam
Sos tiram
Sos ikan
Carrot (hiris)
Perasa makanan secukup rasa


First, tumis bawang putih + bawang jepun hingga naik bau. Then, masukkan sos tiram + sos ikan + udang, gaul sekejap dan terus masukkan bihun yg ditos. Gaul hingga mesra, masukkan carrot + lada hitam + perasa makanan. Tambah sos ikan jika perlu masin (xperlu garam, sos ikan da cukup masin), kemudian tabur telur yg telah digoreng tadi. Hidang bersama cili kicap..yummm yumm.

BAHAN :
(Cili kicap)


Cili besar 1biji (cuci & hiris halus)
Bawang putih 1ulas (hiris halus)
Kicap manis
Limau nipis/lemon 1biji (perah jus)
*cili sini sangat pedas, klu di Msia ble guna 2/3biji:)

Gaul kesemua bahan diatas, boleh juga ditumbuk/blend (cili + bawang putih) then gaul bersama kicap manis + perahan jus limau nipis.

2 comments:

Lady of Leisure said...

sedapnyaaaaaaaaaaaaa.. bihun kering gini paling kami sukaa.. boleh bedal 3-4 pinggan hehe..
cuti chinese new year ni kami tak gi mana, dok bermalas malasan di rumah hehe. kat sheffield skrg cuaca ok? snowing lagi? bestnya.. hehe..

mamma olyn said...

hehe, mesti ampa suka kan, veryyy simple, bihun kosong ada udang + carrot, bertambah2 pinggan skali makan..haha. lama da xsnow, tp sejuk cam gitu gak, minggu ni hujannn je memanjang, weekend ni kmi xg memana dok perap dlm umah gak coz hujan..suhu pun da ok, 5C ke atas, da xminus da..huhu xsabar nak tunggu spring, cian pokok2 kat luar tu tinggal ranting je..hehe