Wednesday, July 6, 2011

Famous Amos Chocolate Chip Cookies


Teruja sungguh jumpa resepi biskut Famous Amos ni, i klu beli siap sembunyi2 nak makan.. haahahha, nak menikmati biskut choco chip yg sedap tu:). Dan secara xlangsung resepi biskut ni akan masuk dlm list biskut raya i tahun ni...muehehhe, oh i da siap wat list g, resepi biskut yg mna i nak wat, yg penting senang & biskut yg i suka.. hooohoo, selfish ek, yela hubby i da cop da biskut famous amos ni utk raya, trus menjadi pujaan hatinya:).. hihi, i loike! Thanks to syari, mmg best resepi ni, mudah & sedap, lepas ni ble wat sendiri, klu nak beli kna timbang, mahal lak tu..huhu, klu rajin try resepi ni mmg superb! I wat betul2 ikut resepi, mmg banyak sungguh, xterkira yg penting penuh 3 balang kaca, klu nak beli agaknye bepuluh2 ringgit tu..huh... fuhh penat nak tunggu bakar kesemua biskut ni..iskk, tu br sejenis, ha cam na yg dok meniaga biskut raya tu, beribu2 biji biskut yg dorg hasilkan dlm masa sehari, nak memenuhi pemintaan semu customer dia, kena rajin & sabar:)... pejam celik da hampir setahun kmi dok di bumi England ni.. bulan depan da nak puasa, 1st time la kmi akan menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan dgn tempoh masa yg lebih panjang dr Msia, hampir 18jam... kali ni i mesti wat buah melaka sendiri, fav tuuuu, hrmm lagi puas ati, kan:) * nak sedapkan hati sendiri..huhuhu. Orait, tuan rumah nak sambung pack baju utk summer holiday selama 4 hari, esok pagi kmi betolak ke..... tungguuuuu next entry yea, doakan kami pergi & balik dgn selamat:)


BAHAN :

Gula 1cawan ~ i letak 1/2 cawan sj
Gula perang 1cawan padat*
Mentega 1cawan (~150gm)
Minyak 1cawan
Telur 1biji
Susu segar 1sudu
Tepung gandum 4cawan
Garam 1sudu teh*
Cream of tartar 1sudu teh
Baking soda 1sudu teh
Walnut cincang 1/2 cawan
Semisweet chocolate chips 2cawan
Vanilla extract 1sudu teh

Firstly, pukul gula + mentega + minyak + telur + susu + vanilla hingga sebati. Masukkan bahan2 kering + walnut & chocolate chips. Adunan nampak lembik, sudukan satu sudu kecil ke atas dulang pembakar, tak perlu di gris. Bakar pada suhu 350 ‘F (175’ C) dlm 10-15 minit (bergantung pada jenis oven).


Nota : Rasa agak manis, boleh kurangkan gula perang kepada ½ atau ¾ cawan. Jika
mentega dah masin kurangkan garam kepada ½ sk.
: Cookies ini agak peroi (rapuh), jika suka keras sedikit, lebihkan tepung ikut
kesukaan.
: Walnut boleh diganti dengan kacang jenis lain


1) Sempena kempen kurangkan gula, sukatkan 3/4 cawan gula halus + 3/4 cawan gula perang
2)Tips utk dapatkan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan
3) Utk cookies yang bentuknya cantik instead of leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dlm fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dlm dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya ia tidak cair.

8 comments:

Nieza said...

amboi rajinnya buat cookies tu...akak juga yg malas order sebalang yer..hehe

Lady of Leisure said...

hehe syok kan buat cookies ni.. satu rumah bau wangi.. nanti update yr holiday story k.. :)

Kak Rose said...

salam Olyn, kak rose nak kiv resepi famous amos ni ya... ari buat cookies ni tp dgn resepi lain... nnti nak try yg ni lak. tq for sharing.

mamma olyn said...

K.nieza : Hehehe.. tringin sgt nak mamam cookies ni, tu yg try gak wat..ishh kalo dekat ble tukaq gan roti pink k.nieza tu.. muehehee

Lady : Aah bau satu rumah aroma biskut ni, harum sungguh..hehee, orait dear kmi br blk semlm, still letih g, nak kna fresh up br de mood menulis..hehhehe, byk sungguh pic nak upload..iskk

Kak Rose : Orait2 ur welcome, nnti try tau, mmg bebaloi2:)..

Kak Sam said...

Assalamualaikum..
Salam perkenalan. Tadi nampak kat dapur kak nor. Sedapnya biskut ni tak sabar nak buat lagi.

Mamma Olyn ♥ said...

Waalaikummusalam Kak Sam.. salam kenalan juga & tq singgah di teratak mamma olyn yea:)... hehe sila la try, mmg bebaloi & dpt banyak sungguh, puas hati dpt makan:)

aesh came said...

hehe sedapnye~~ dlu tlg org buat cookies for raya sampai sakit2 badan..sampai sekarang serik nk bake cookies..haha

Arfa Jasmin said...

Lau pkai microwave, cmna kak?