Thursday, June 21, 2012

Pau KACANG MERAH...

السلام عليكم....


Ni lak menu petang semalam.. ngheee, terrrr rajin lak wat pau, xsangka Aqil sukaaaa sgt! Sebelum ni penah wat pau sekaya tp dia xmakan, dia xsuka sekaya kot... hehee, i ni kena kreatif tau nak make sure dorg mkn semu jenis makanan, kekdg tukar2 musim wat menu western, simple tp kenyang, ada yg dorg reject tp ada yg dorg sukaaa sgt cth pasta bake with mushroom chicken/ spaghetti bolognese/ cheese baked rice/jacket potato & beans, nnti i share resepi tu i reka sendiri dari selera two kiddo ni, sampe tercipta resepi khas utk dorg.. ngheeee. Ok, berbalik pd resepi pau yg senang ni, thanks zeera utk resepi senang ni, tp i ada tambah bread improver & ubah sikit cara buat inti..  xpayah guna tepung pau pon xpe, still sedap & gebu, guna tepung gandum pon jadi tauuu.. hehee, jom tgk resepi k:))...

BAHAN :

Bahan Doh ( 15 - 20 biji ) -
500 gm tepung gandum
1 1/2 sudu teh yis
1/2 cawan gula pasir
1/4 cawan minyak jagung
1 1/4 cawan air suam
Bread improver 1 sudu teh ~














Bahan Inti -
2 genggam kacang hitam / merah ~ i guna kacang merah dlm tin (2 tin)
6 sudu gula pasir ~ i tambah gula merah
Daun pandan
Sedikit minyak

Cara-cara Inti : Rebus kacang dan gula sehingga lembut. Sejukkan & blend agak halus. Masak semula atas api + daun pandan, setelah air agak kering, masukkan sedikit minyak. Rebus sehingga air kering. Sejukkan.
Larutkan gula dengan air suam. Dalam mangkuk lain, satukan tepung, yis dan minyak jagung. Tuangkan air gula tadi sedikit demi sedikit sambil sebatikan adunan sehingga menjadi doh yang lembut. Bahagikan doh kepada 15-20 bebola kecil. Letakkan di atas dulang yang ditaburi tepung. Biarkan doh selama 10 minit. Bulat-bulatkan doh, leperkan dan isikan inti. Tutupkan, bulat-bulatkan dan lapiskan dengan kertas minyak/ daun pisang yang telah dipotong kecil mengikut saiz doh. Buatlah sehingga habis. Selepas itu biarkan doh pau menaik sekali ganda (kira-kira 40 minit). Panaskan periuk kukus. Kukus kuih pau selama 10 minit.
* Ada tips klu nak putihkan pau, masa panaskan air kukusan tu, masukkan satu sudu cuka, so pau jadi putih gebu.. hehhe, tp i x try pon, cuba la:)


No comments: