Thursday, March 17, 2011

Rendang Ayam


Ini klu pekena gan pulut kuning br best!... hehee, tp kmi makan gan nasi je, tupun da terlebih2 kalori ditambah gan dessert tiramisu.. hah amik ko:D... ni request dr Hubby, lgpun ble la i practice sebelum nak wat rendang untuk raya tahun ni.. huhu, mmg sedapppp sgt, try ikut resepi Home Sweet Home, resepi asal dr dari buku 'Senangnya Memasak AYAM Bersama Chef Hanieliza'. Mudah & sangat sedap! I rasa cam nak pos kasi mama & abah try je...hahhaaaa, xpe2 nnti dorg datang sini menu nie mesti ada dlm list ok:)


BAHAN :

Ayam 1kg (dipotong kecil) ~ i guna ayam peha & dada
Santan pekat 2cawan ~ i guna pati santan dlm tin
Kerisik 1/2 cawan ~ i guna 2sudu besar
Daun kunyit 2helai (disiat) ~ xde so i ganti gan daun limau purut
Asam gelugor 2keping
Gula kabung 1keping kecil ~ i guna light brown sugar 2sudu
Garam secukup rasa

BAHAN B :
(Dikisar)

Bawang besar 3labu
Bawang putih 5ulas
Serai 5batang (ambil bahagian putih/lembut) ~ i guna 2batang, kna jimat.. huhu
Halia 3inci ~ i guna 2inci
Lengkuas 1inci
Kunyit hidup 1inci ~ xde.. huhu
Cili kering 15tangkai
Cili api 15biji ~ xletak, cili sini terlalu pedassss

First, ayam dibuang kulit, dibersihkan dan toskan. Masukkan kesemua bahan (kecuali kerisik, daun limau purut, garam dan gula) ke dalam kuali besar dan kacau sebati atas api perlahan. Masak hingga ayam lembut dan kuahnya sebati..Kacau sekali sekala. Masukkan garam, gula dan kerisik, daun limau purut dan kacau rata. Seimbangkan rasa. Masak hingga kuah agak pekat atau terpulang masing2. Tutup api, angkat dan hidangkan.

5 comments:

Nieza said...

wah memang sedap ni lama dh tak merendang...haha nanti nk buat rendang jugala terliur dh nengok mama wat ni..hehe

DeLancrettLurpak said...

nak buat gak yg ni!! tapi kami nak buat pulut kuning gak, yippaaa!!! hehehehe

~ Mamma Olyn ~ said...

K. Nieza : heheee..nyumm2, k.nieza wat skali gan pulut lagi sedap, kan? xsempat nak tunggu raya da..hehe

DLL : yeaahhh, wat jgn xwat, caiyokkk! jom makan..hahaa, br best nooo klu mkn gan pulut, kmi klu wat xda geng nak mkn..huhu

Wattie said...

salam ziarah dan ukhwah,
sedapnya rendang ayam

mamma olyn said...

salam wattie, tq sudi singgah ke blog mamma olyn..hehee, try la resepi ni mudah & mmg sedap:D