Tuesday, May 3, 2011

BBQ Chicken


Ni br kesempatan nak upload resepi ayam BBQ, i wat ms farewell Firth Park aritu.. thanks Minami133 for da recipe:).. ramai yg puji mmg sedappp & request wat lagi, abis licin hingga menjilat jari!..heheeee. Tp pic ayam ni i wat testimonial dulu, so i bakar dlm oven, bla rs sedap br i perap kesemua ayam utk BBQ.. hheheee. Arini i de aktiviti memasak dgn K.hanim, syok memasak dgn K.hanim ni,byk tips & mmg sedap klu dia masak pepun, i da lama tringin nak makan & ni 1st time i wat laksa sendiri...hahhaaaa, yela sblum ni mkn kat kedai, xpun time raya/ jamuan mesti ada laksa.. tp tuela klu da dok di negara org ni, ada ja benda xcukup, asal nampak rupa & rasa, pejam mata la mna yg xde tu.. tp alhamdulillah kebetulan k.hanim ada tanam daun kesum (xsedap la klu xde).. kat sini mmg xde jual, kebetulan dia tanam tumbuh dgn subur lak tu.. hehe soo kira menjadi la gak laksa tu cuma yg xbestnya guna ikan sardin & tuna dlm tin, so kurang rs lemak2 ikan tu, tp ttp sedapppp gak, thanks k.hanim! Nnti i upload resepi laksa perantau.. hehe, ok jom selak resepi ayam BBQ, mmg recommended & must-try recipe!


BAHAN :

( 5-6 orang )

Ayam 2kg ( i guna wing & drumstick)
Bawang besar 1 biji (kalau bawang tu bersaiz kecil, guna 2 biji)
Bawang putih 5 ulas
Halia 2cm
Serbuk cili 2sudu
Serbuk kunyit 1sudu teh
Serai 2btg
Serbuk jintan manis 1sudu
Serbuk jintan putih 1sudu teh
Serbuk ketumbar 1sudu teh
Garam 1sudu teh
Gula 1 cawan


First, potong ayam mengikut kesukaan anda. Jika potongan tersebut besar-besar, kelar-kelar sedikit supaya ayam cepat masak. Kemudian, bersih dan tos ayam tersebut. Kisar semua bahan-bahan di atas sehingga hancur. Masukkan bahan-bahan kisar tersebut ke dalam bekas dan campurkan dengan ayam. Perap ayam tersebut 1 malam atau 2-3 malam di dalam peti ais.(lagi lama perap lagi sedap!). Bakar ayam di atas bara api atau dapur gas sehingga masak. Selamat Mencuba!

Sebelum tu, ni pic yg i amik ms lepak2 kat park, cantik sgt pokok2 sakura ni, cam dok Jepun la plak.. heheee




2 comments:

DeLancrettLurpak said...

kalau buat laksa, guna whole mackerel pun sedappp!! saya dah cuba, tapi saya buat laksa johor lahh

Mamma Olyn ♥ said...

hehe.. nnti ble try guna mackerel la, ni sbb nak abiskan ikan sardin i beli kat asda, xsangka tulang jejarum byk tul kat ikan sardin tu..huhu, beli sampe 1kg, gorng 2 ekor, xle nak mkn langsung kalah mkn ikan terobok.. hehe at last wat laksa:)