Thursday, May 12, 2011

♥Nasi Kuning Aroma + ♥Ayam Rempah Aroma


Menu ni i wat weekend lepas, cam biasa la time weekend i suka masak nasi special cam gini, br enjoy makan seisi keluarga.. hehhe, klu nama pun aroma, mmg wangi la satu rumah termasuklah sederet kejiranan i, coz kna buka tingkap time masak, klu x xpasal2 alarm bunyi, 2 biji keta bomba sampe depan rumah, xke haru.. haisshh. Pepun kredit pd tuan empunya resepi K.Fida, sgt sedap & beraroma.. cam nasi lemak kuning wangi gitu.. hehe. Utk lauknye resepi i sendri, ingat nak wat rendang, mm nasi tupun da ada santan so xjadi la nak wat rendang, kan tkut lak nak naik scale.. huhu, nak wat sambal, cian kat two kiddo ni dorg xle mkn pedas, so wat sjenis lauk semu org ble makan, i wat ayam rempah beraroma, ishh lagi bertambah wangi menu ni, sampai tangan pun wangi, i de bagi sepinggan kat Cliff & Pam, nak bg rasa nasi lemak kita kan, wahhh suka la dia.. muehheee, ingat xkena tekak dorg, dorg ok je, slalu klu i bagi mkanan time2 tu juga lapar trus masuk nak rasa makanan tu.. hahaaa, ha jap g sampe la bermcm jenis coklat dia hulur kat two kiddo ni, yg penting kna ada label 'V' (vegetarian)... hehhe. Hoohooo xsabar nak tunggu weekend ni, hubby nak bw kmi g enjoy kat satu tempat, two kiddo ni excited sgt.. hehe pe tu ha, tunggggguuuuuuu next n3! Jom selak resepi:)


BAHAN :

Beras Basmathi 6cawan @ 1kg - cuci, rendam 15 min & tos
Santan 1.5L (1 1/2 biji kelapa) ~ i guna 4cawan santan + 2cawan air
Serai 4btg - dititik ~ i guna 2btg je, kna jimat!
Daun pandan 3helai - disimpul ~ i guna 1 helai je, kna jimat!
Daun salam 5helai ~ i xletak, xde:(
Daun limau purut 5helai
Halia 1cm - diketuk
Jus limau kasturi/lemon/nipis 11/2 sudu
Garam secukup rasa
Kunyit hidup 2 cm -ditumbuk dan diambil air @ 2sudu teh serbuk kunyit

First, didalam sebuah periuk,masukkan santan dan kesemua bahan2 kecuali beras dan masak hingga mendidih. Masukkan beras dan kacau rata dan masak hingga kering seperti nasi biasa.
**Jika menggunakan beras biasa,kesemua bahan2 disatukan dalam periuk dan dimasak seperti memasak nasi lemak. Sekiranya x ingin nasi berkerak, apabila nasi kering bolehlah dialihkan dlm pengukus dan kukus hingga masak.
**Untuk menambahkan seri pada nasi kuning aroma ini boleh juga dimasukkan lobak merah yg didadu dan kacang peas ketika nasi hampir kering,ikut selera masing2.



* Ayam Rempah Aroma *

BAHAN :

Ayam 1kg - cuci & tos (Goreng separuh masak)
Bawang putih 3ulas*
Bawang merah 2biji*
Halia 1cm*
Cili kisar 4sudu
Jintan halus } goreng dan blend
Jintan kasar }
Kari daging 3sudu
Serai 1btg – titik*
Daun limau purut 4helai – dicarik2
Kicap kipas udang 1sudu
Bunga cengkih 3biji
Bunga lawang 2kuntum
Kulit kayu manis 1btg
Asam keping 2keping
* Blend

First, tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan jintan tadi dan kacau sebati. Then, masukkan kari daging + bunga cengkih + bunga lawang + kulit kayu manis dan kicap, biarkan seketika sehingga masak & masukkan ayam yg digoreng tadi. Masukkan asam keping + daun limau purut. Biar seketika hingga ayam sebati dgn semua rempah, tutup api, siap:)

5 comments:

FizLux said...

waah..air tgn Mamma Olyn sume mnjadi ni..bestnye..kalo ada tetamu dtg mngejut kiranya No hal lah.. Zupp Zappp..sume siap dah!

mamma olyn said...

aisyee... mgigil gak klu tetamu dtg megejut..hehe, klu gtau awal, ble hidang special cenggini...mueheee, anywy thanks mommy Agharr:D

~Yus~ said...

wah rajinnya masak... sedap2 semua menu yg ada. nanti kalau kami pegi sheffield, bole la merasa masakan dr mamma olyn :)

cik cek said...

Cantik molek je nasi tu...warna kuning yang menyerlah...emmm...mesti sedap ni kann....:)

mamma olyn said...

~Yus~ : hehe.. kna msk mcm2, org dlm umah ni kuat mkn..hehe, eh bole.. klu yus singgah sheffield jgn lupa singgah umah, gtau awal tau, ble mkn best2 hehhe:)

cik cek : hehe, kuning diraja gitu.. alhamdulillah sedap, wangi hasil dr daun limau purut tu.. suka letak daun tu klu msk jenis menu2 cam gini, mkin selera mkn..hheheee