Showing posts with label Chicken. Show all posts
Showing posts with label Chicken. Show all posts

Tuesday, July 24, 2012

Chicken Original recipe & Creamy Mushroom Sauce

السلام عليكم....


Dinner yg paling simple, cepat & sedap! 


BAHAN :

1/2 biji bawang besar- mayang 
2 sudu besar daun parsley @ oregano
1 sudu besar butter
1tin cendawan butang 
2 sudu besar tepung jagung
1 kiub ayam 
1 sudu kecil Worcestershire sauce
Sedikit serbuk lada hitam 
Air
1/2 cawan sour cream @ susu 1/2cawan + 1 sudu kecil lemon juice

Panaskan butter.Tumis bawang sehingga layu. Jangan sampai perang. Masukkan cendawan. Tumis 2-3 minit. Bancuh tepung jagung dengan air. Kemudian masukkan ke dalam cendawan tadi. Sentiasa kacau supaya xhangus. Masukkan juga semua bahan-bahan lain. Masak sehingga mendidih. Padamkan api dan sejukkan sekejap. Kemudian masukkan ke dalam blender. Blend sekejap (sekali tekan saja). Kemudian renehkan semula sehingga pekat.


Utk Ayam (boneless breast chicken @ chicken leg) - cuci & tos, then lap gan kitchen roll. Panaskan kuali  dgn sedikit minyak & letak ayam dlm kuali, tabur sedikit black pepper & garam. Alihkan ayam bila agak masak & tabur black pepper & garam juga, biar hingga ayam masak sepenuhnya. Grill pon bole, buat cara yg sama. Sgt sedap, rs cam KFC original pon ada .. hehe, try la! 

Bila da siap, hidang bersama nasi, creamy mushroom sauce & salad! Yummeh!


Monday, January 16, 2012

Sejukkkk.. :((

السلام عليكم....
Otw balik dr nursery Aqil, tgk la si Aqil yg xnak pakai coat, time ni suhu 1C! hmmm

Grrrr... dinginnyaaa suasana 2-3 hari ni walaupun matahari terik kat luar tu, uhuhu.. Skang ni i tgh update blog sambil ditemani two kiddo dlm duvet yg tebal ni.. cam na nak masak utk mlm niiii..huhu. Suhu kat dlm rumah 10C! Buka heater pun xde maknanya.. daun2 kat luar tu semu diselaputi ais, snow xnampak2 juga. Time cam ni la makanan2 frozen akan dijadikan santapan..muehehee. Semalam kami mkn pizza Asda tu je, cepat2 turun bawah buka kotak pizza frozen, lempar masuk dlm oven, pastu lariiii naik atas masuk dlm bilik study hubby, kat tingkat atas xsejuk sangat, so two kiddo ni angkut semu toys dorg naik atas sambil tgk video & makan. Then lps 20minit, pizza siap, i lariii turun bawah amik pizza, sos & air bawa naik atas, so kmi makan cepat2 nnti sejuk pizza tu..owhhh bestttnya makan panas2, hahaa.. Arini tringin nak wat bihun goreng simple, tp.... hmm tgk la.

Disebabkan sejuk yg melampau, mama masak simple2 je utk two kiddo.. fish finger & peas, yg penting kenyang! :))

Ni last week punya dinner, Ayam bakar mayonis.. nyummm sedappp, ratah saja pun sedap, i letak skali gan kentang & carrot, lagi two kiddo sukaaa! fav dorg tu..hehe. Resepi ni senang sgt, sekelip mata je bole wat.. hehehe, lps perap letak je dlm oven, klu bole balik2kan ayam utk masak sekata, selamat mencuba!

Sebelum...

BAHAN :

Ayam 1 ekor @ 8 ketul drumstick & wings (cuci & tos)
4 sudu besar mayonis
2 kiub ayam
4 sudu besar kicap manis
4 sudu besar sos tiram
Lada hitam secukupnya- tumbuk halus
4 ulas bawang putih- tumbuk
1 cm halia- tumbuk

Kentang & carrot (potong kiub)
Sedikit garam
Olive oil 2 sudu
Lada hitam secukupnya

Perap ayam dengan semua bahan-bahan di atas dalam 1/2 jam, lagi lama lagi sedap. Kentang & carrot di gaul dgn lada hitam + garam + 2 sudu olive oil. Masukkan skali kentang/carrot dlm bekas ayam. Kemudian bakar dlm oven pd suhu 200C hingga masak. Senang kan? hehe

Selepas... nyummm

Two kiddo suka kutip carrot.. :))

Sunday, October 30, 2011

Couscous + Ayam Percik Pasar Malam !

السلام عليكم....

Weekend yg paling boring! Grrrrrr... rasa nak terbang balik MALAYSIA, bole?
Btw, ni menu lunch + dinner kami few last weeks.. hehehe. 1st time makan couscous ni, i try beli satu paket, rupanya xcukup! Kna masak nasi extra.. hehe, 1 paket sma gak gan 2 cawan (cawan sukatan tepung), mmg sedappp ssgt, cara masak lebih kurang cam nasi tp kna wat kuah dia dulu then lastttt skali br masukkan couscous, pastu tutup api, biar je then dia kembang sndri, da trus ble makan. Senang nak masak & sgt sedap,  couscous ni makanan Mediterranean, rupa couscous ni cam beras patah, tp kaler peach @ light orange. Slalu dorg makan gan stew, tp org dlm rumah ni xgemar jenis2 cenggitu, so i gandingkan dgn ayam percik marbeles ni.. hahhaa, yg penting sedap! Jom tgk resepi couscous ni, korg semu kna try, mmg sedap k:)


BAHAN :

Couscous 2 cawan
Air 2 1/2 cawan
Kiub ayam maggi 1 kiub
Bawang putih 2 ulas -dicincang
Bawang besar 1/2 biji -dihiris halus
Sedikit jintan putih
Segenggam daun ketumbar dihiris halus
Tomato paste 2sudu @ 1 biji tomato -dicincang halus
Olive oil 3sudu -untuk menumis

Firstly, panaskan minyak zaitun. Tumiskan bawang putih, bawang besar, dan jintan. Setelah naik bau, masukkan tomato paste, air, dan kiub ayam. Setelah sup mendidih, rasakan masin sup. Tambahkan garam jika perlu. Masukkan couscous. Tutup api dan tutup periuk. Couscous akan masak dalam lebih kurang 3-5 minit. Selepas lebih kurang 5 minit, buka periuk dan kuis-kuiskan coucous dengan garpu. Masukkan daun ketumbar yg dihiris tadi.
~ Couscous yang dah siap dimasak ni boleh juga digoreng seperti nasi goreng.

Resepi ayam percik ni sama cam yg kita beli kat pasar malam, credit to tuan punya resepi dr Myr. Nak buat pon senang & lebihan kuah perap kita bole simpan dlm freezer & defrost bila nak guna, bole juga guna utk ikan/ sotong/ udang. Sedapppp sgt, sila try k (^_*)...


BAHAN :

500 gm bawang besar
50 gm halia - diblender
50 gm lengkuas - diblender
50 gm bawang putih - diblender
5 batang serai - diblender
2 cawan gula
3 sudu stok ayam serbuk ~ i guna kiub ayam
5 senduk cili mesin ~ i guna serbuk cili
5 senduk cili sos
1/2 kg santan

Campurkan semua bahan dan dimasak sampai mendidih. Apabila sudah mendidih, masukkan ayam hingga separuh masak. Asingkan ayam dan siap untuk dibakar, kuah yang lebih disimpan untuk dicurahkan di atas ayam nanti. Bakar dan siap untuk menjamu selera

Thursday, September 29, 2011

Roti Jala + Gulai Ayam


السلام عليكم....

Rasa lama xmakan roti jala, so i wat utk bfast, mmm nyummmyyy lepas kempunan nak makan roti jala, cuma penat dok menjala je la.. hehhe tp seriously resepi ni mmg superbbb! Lembut sampe ke esok harinya, simple je bahan & cara nak wat tp sedap & yg penting lembut, xliat bila da sejuk.. klu xcaya sila try resepi ni, i copy dr Myr, thanks tuan empunya resepi:).. mmg berbaloi2, tp i xpandai nak kirai cantik2 cam kat kedai tu, nampak elok je jalanya.. huhu, xpe la yg penting sedap, & best part roti jala ni da jd fav si Aqil! Yeaaaaaa.. at last dpt gak benda baru dia suka, lps ni kena byk perkenalkan makanan2 Msia la, mamanye kna rajin la yerrr. Baru2 ni i wat kuih lopes, punya la sukaaa cuma dia kata dia xnak 'snow'.. erk, actualy dia xnak kelapa parut yg kita salut pd kuih lopes tu.. hehehe, dia kata snow, saba jela.. pastu i ajar dia sebut 'lopes'.. tis is lopes, then dia sebut 'lopezzz'.. hahaha, bole la. Lps ni klu dia nak senang dia minta kat i, br i faham.. ini kekdg dia nak makan itu ini tp bila i hidang semu xkena, he's a fussy eater.. huhu, da byk kali dia minta 'lopezzz' dia tu, senang je nak watnye, guna microwave je.. nnti i share resepi kuih lopes k:).. Skang jom semak resepi roti jala lembut ni..


BAHAN :

Tepung gandum 3cawan
Minyak masak 2 1/2 sudu
Garam 1 sudu teh
Sedikit pewarna kuning
Telur 1 biji
Air/santan/ susu segar 3 cawan

Blendkan semua bahan di atas hingga sebati. Kalau nak tahu adunan dah boleh jala ke belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala. Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung. Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah dal atau kari ayam. Sesuai untuk open house sebab walaupun sampai ke petang roti jala tu tetap lembut seperti baru dimasak. Cubalah.

Untuk resepi gulai ayam, ni resepi i sendiri, hehhee.. wangi & pekat kuah gulai ni *_^...

BAHAN :

Seekor ayam (cuci & tos)
Bawang merah 3 biji (besar) @ 8 biji (kecil)*
Bawang putih 3 ulas*
Halia - dititik
Bunga cengkih/ bunga lawang/ kulit kayu manis/ buah pelaga (serba sedikit)
Biji sawi 1 sudu teh
Rempah kari 1 pek kecil (bancuh gan air jadikan pes)
Serbuk kunyit 1 sudu
Santan 1 liter (tambah air jika hendak kuah lebih)
Asam keping 1
Garam & perasa secukupnya
Kentang secukupnya (belah 4 & cuci)
Cili merah
* Blend

Firstly, tumis bahan blend, halia & bunga cengkih/ lawang/ kulit kayu manis/ buah pelaga & biji sawi hingga naik bau. Then masukkan pes kari + serbuk kunyit & gaul hingga naik minyak. Then masukkan ayam, gaul mesra, biarkan sekejap. Then masukkan santan. Gunakan api yg perlahan & biar hingga mendidih, kemudian masukkan kentang & biar hingga empuk, last masukkan garam & perasa secukupnya & sebelum tutup api masukkan asam keping & cili merah & biar sekejap. Tutup api & bole dihidang:)...



Skang da musim Autumn.. minggu ni cerahhhh sepanjang hari, panas terik macam Summer & sama cam dok di Msia, br la rasa panas bebetul sbb spanjang minggu panas, klu de 2-3 ari hujan, alamatnya sejukkk balik la.. huhu.. layan la pic dibawah ni sekitar Firth Park, kmi xsempat lagi nak posing2 musim Autumn ni, hubby teramatlah sibuk 2-3 minggu ni.. huhu, klu jadi mybe tis weekend insyallah, nnti i update :)..



Thursday, June 16, 2011

Ayam Phat Phet + Stir Fry Bok Choy


Tetiba tringin nak makan Ayam Phat Phet, ni menu last week, da 2 kali wat, sedap sungguh resepi Phat Phet dr Widad ni.. thanks yer, sejibik rasa cam kat kedai Hajah Hasmah.. heheh, rindu sama sis Elyn, fav dia la ni, so i pun terikut2 sbb sedapp tetambah klu Phat Phet Sotong.. btoi x k.Elyn?? hehheee.. Kebetulan ada lak bok choy dlm fridge, i ni jenis xmakan sayur2 hijau + pahit... hehe, bayam je i ble terima tp ntah la terrr beli so kna la masak, not bad la i try masak simple ala chinese style, sedap la plak.. hehe, siap ble ratah cam tu je:). Skang ni makin panjang waktu siang, kekadang buntu ishh nak wat pe lagi ek, kul 9 cerah lagi, two kiddo yg slalu tido kul 7 pun xleh lelap mata, yela dorg pelik apasal mama & abah ni suruh tido siang2 cenggini, huhu.. skang ni plak si Aqil da pandai tanya itu ini.. ada skali tu sampekan dia kata kat i & hubby, 'look, its still early, its sunny day'.. uwaaaaaa, xtau nak ckp pe, kmi gelak sampe terguling2.. haha, main la sampe agak2 letih baru tido, lgpun skang ni bila dia da letih, dia sendiri dtg kat i cakap 'mama, i need a milk, i wan to go to bed'.. senang bila da becakap, ada gak org nak teman mama bercakap, klu x kmi becakap cam ayam & kucing, apa satu xpaham.. iskk


BAHAN :
(Ayam Phat Phet)

Bahan A (Blend)
Cili padi 5biji
Halia 2hiris
Kunyit hidup ~ i letak serbuk kunyit
Serai 1btg
Bawang putih 5ulas
Bawang besar 1biji

Bahan B
Ayam dada 3keping (dipotong dadu)
Serai 1btg
Asam keping 1keping
Daun limau purut 4helai
Sedikit Garam dan Gula + secubit ajinomoto
Secawan air
Cili kering 4 keping (optional)


First, blend Bahan A dan tumis sehingga naik bau.. Setelah kering tumisan tadi masukkan secawan air. Kemudian masukkan bahan B, iaitu sebatang serai dititik, asam keping, ayam, daun limau purut dan garam serta gula. Pastikan ayam masak sepenuhnya... Jika kurang berkuah, masukkan sedikit air mengikut citarasa sendiri.. kalau nak pedas lagi blend cili padi lebih... Siap:)

~Stir Fry Bok Choy ~



BAHAN :
(Stir Fry Bok Choy)
Bok choy 2 ikat @ lebih
Bawang putih 4ulas - dihiris halus
Bawang Jepun 1/2 biji - dihiris
Halia 1inci
Sos tiram
Garam secukup rasa ~ i xletak coz da cukup masin
Kiub ayam 1/2 kiub
Sedikit minyak untuk menumis
Tepung jagung
Sosej - hiris (optional)

First, panaskan minyak. Tumis bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan bok choy. Kemudian, masukkan sos tiram secukupnya dan kacau. Letakkan sedikit air supaya tidak terlampau kering. Bila bok choy sudah sedikit layu, angkat bok choy dan pindahkan ke dalam pinggan. Tinggalkan kuah di dalam kuali. Tambahkan sosej & 2 sudu sos tiram + sedikit kiub ayam ke dalam kuali. Masukkan air mengikut sebanyak kuah yg anda nak & biar hingga sosej masak. Masukkan hirisan bawang besar. Untuk memekatkan kuah, masukkan bancuhan tepung jagung dan masak sekejap. Tuangkan kuah yg dimasak ke atas sayur yg disusun di dalam pinggan. Hidangkan.

Monday, June 6, 2011

╰☆╮Nasi Lemak d'Pulau Kasih @ Kasih d'Pulau®


Amboiii nama bukan main.. hahaaaaa, pemilik resepi (DatinLulu) yg bg nama ni so i letak la nama nasi lemak ni, yg penting sedap:).. Ni menu simple last weekend, cuaca pun kejap cerah, tup.. tup mendung, sejuk balik la plak, ingat nak simpan da semu stokin2 & coat, Winter ni br guna balik, nampak gaya kna pakai juga stokin tu, iskk.. tetambah two kiddo ni i jaga betul2, xmo nnti da sakit demam br nak kelam kabut, stokin xpenah lekang, klu panas betul kat luar & dlm umah br buka, buah & air kena makan banyak, kebetulan dorg suka buah so senang letak dlm bowl sowang satu, kejap ja licin.. hehee, alhamdulillah two kiddo ni xpenah demam teruk, stakat selesema biasa ja:)...


* Aqil yg pantang nampak carrot, trus ngap!.. huhu *

Ok jom selak resepi sedap + wangi & menyelerakan ni.. nasi lemak + Ayam Goreng Serai Wangi + Sambal Sardin Special + Telur & Bilis goreng.. heheeee, nak makan nasi lemak skali skala ja, maunya rosak scale tu klu slalu makan... hahaaaaaa. Xpe yg penting anak2 mama makan dgn penuh selera sampe xtoleh kiri kanan, abah kata suka la da air tangan mama yg masak... ngheeeeeeee


BAHAN :

Beras 6 cawan - dicuci & tos
Santan cair 8 cawan @ secukupnya
Daun pandan 3-4 helai- carik kasar@simpul ~ i letak 1 helai je
Bawang besar 1 labu - dhiris nipis ~ i guna 2biji
Bawang merah 6ulas - dhiris nipis ~ i xletak
Bawang putih 3ulas - dhiris nipis
Halia 2inci - hiris (keping)
Serai 2btg - dititik ~ i letak 1btg je
Halba 1sudu
Garam halus 1 sudu (cukup rasa)
Gula 1 sudu
Pewarna hijau @ pandan paste 1 sudu teh ~ i letak
Butter @ Marjerin - 2 senduk


First, panaskn butter @ marjerin (agak2 dah separuh cair), tumiskn 3 jenis bawang brsama halia, serai & daun pandan... Apabila bahan tumis tadi sedikit layu, baru masukkan halba... ketika ni segala aroma akan keluar...godaan... Agak2 bahan tumis tadi 3/4 masak (x perlu garing), boleh masukkan santan cair, diikuti gula & garam. Apabila santan sudah mendidih, masukkan beras yg di sejat tadi& sedikit pandan pes-optional klu xde daun pandan tp i letak juga utk wangikan nasi selain letak sehelai daun pandan ( masak seperti nasi biasa). Agak2 nasi dah kering, boleh letak pewarna (percik sedikit kat atas nasi tu...*Jgn gaul... Tunggu sampai nasi betul2 masak, baru kaup balikkan nasi tu... Bolehlah dihidangkan nasi lemak tu bersama sambal kegemaran masing2...

Untuk resepi Ayam Goreng Serai Wangi ...


BAHAN :

Ayam 1 ekor (potong/ cuci&tos)
Serai 2btg (hiris nipis)
Serbuk kunyit secukupnya
Serbuk kari daging secukupnya
Garam secukupnya

First, lps cuci & tos ayam, gaul ayam dgn garam + serbuk kunyit + serbuk kari daging, then goreng ayam tadi dlm minyak yg panas... Semasa tgh mengoreng tadi, masukkan hirisan serai utk tambahkan aroma ayam... goreng ayam hingga masak sepenuhnya:)


Untuk resepi Sambal Sardin Special dr DatinLulu, special coz ada serai, k.kayu manis & kicap manis, yg mana i xpenah wat sambal letak 3 benda ni, sedappp sgt, nyummmm...

BAHAN :

Sotong 600g (cuci/potong/tos) ~ i guna sardin je
Bawang besar 1/2 @ 1 labu ~ i letak 1 labu*
Bawang merah 5 ulas ~ i xletak*
Bawang putih 3ulas*
Halia 1/2 inci*
Bahan* ditumbuk sedikit kasar

Cili kering kisar 1cawan
Gula 2-3 sudu - ikut kepedasan
Sos tomato 4-5 sudu
Kicap manis 2-3 sudu
Serai 1-2btg - dititik/ketuk
K.kayu manis 1btg
Garam cukup rasa
~kalo suka bleh letak 2@3 sudu besar kacang tanah yg digoreng/tumbuk sedikit kasar~

First, panaskan 1 senduk minyak, tumis serai, k.kayu manis & bhn * hingga naik bau & sedikit garing. Masukkan cili kisar, dikuti gula, kicap manis & sos tomato. Kacau selalu agar sebati & mesra - masak hingga garing & pekat. Sesuaikan rasa garam nya... akhir sekali masukkan kacang goreng tumbuk(kalo suka) diikuti sotong@sardin, gaul sebati & x perlu lama nanti sotong liat (1-2 minit cukup)
Selamat mencuba... mana tau nanti kwn2 akan jatuh cinta dgn aroma & rasa sambal tumis ni... :)

Thursday, June 2, 2011

Nasi Ayam Special


I suka try resepi yg byk review.. hehe, confirm sedap! Salah satunya nasi ayam ni, ni 1st time i try wat nasi ayam so mesti nak wat yg terbaik & paling sedap.. hehehe, mmg bebaloi guna resepi dr Junjs11 (MyResepi).. sgt sedap escp sup & nasi tu, bau wangi semerbak & nasi lembut & sgt wangi:).. act i tringin nak try nasi ayam penyet tp mcm byk plak bahan2, kna cukup semua bahan br ble wat, so i try wat nasi ayam special ni dulu. Rasanya yg special mybe air rebusan ayam yg wangi tu bla diperap dgn halia & bwg putih, then air rebusan tu digunakan juga dlm nasi, mmg superb! Mcm makan kat kedai gitu, hehe tp yg paling berbaloi adalah terjamin, bersih & selamat dimakan.. hehe, skang ni i dok baca berita mcm2 yg halal jadi xhalal, yg xhalal dihalalkan.. klu itu pun ble dipertikaikan apatah lagi dr segi kebersihan, benda belakang tabir, mna kita nampak,kan? ok, jom selak resepi sedap ni, sesuai dimakan di hujung minggu bsama seisi keluarga @ utk jamuan beramai2:)..


BAHAN :

Untuk rebus -
Ayam 1 ekor (potong, cuci & tos)
Bawang putih 2ulas
Halia 2inci (diketuk)

Untuk perap -
Kicap pekat 1sudu
Sos tiram 1sudu
Halia 1cm
Bawang putih 2ulas
Kicap cair sedikit

Untuk nasi -
Beras 5cawan (cuci & tos)
Butter 3sudu
Halia 1cm (tumbuk)
Bawang putih 4ulas (tumbuk)
Air rebusan ayam tadi secukupnya
Sedikit garam

Bahan sos -
Cili merah 5biji
Bawang putih 5ulas
Halia 2cm
Cuka 1sudu teh, garam, gula
Air 1/2 cawan

Untuk sup -
Lebihan air rebusan ayam
Bawang besar 1biji (kisar)
Rempah sup
Garam
Daun sup yg dihiris


First, ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh).. bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2cm halia yg diketuk, rebus hingga empuk. Toskan ayam dan perap ayam dengan bahan-bahan untuk perap selama 15-20min. Goreng hingga garing @ bakar dlm oven. Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis halia dan bawang putih hingga garing. Masukkan beras hingga naik bau, masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masak seperti biasa. Untuk sos, blendkan semua bahan diatas. Boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka). Untuk sup - air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi. Biar hingga mendidih & cukup rasa & tutup api, boleh dihidang bersama nasi & ayam.

Thursday, May 12, 2011

♥Nasi Kuning Aroma + ♥Ayam Rempah Aroma


Menu ni i wat weekend lepas, cam biasa la time weekend i suka masak nasi special cam gini, br enjoy makan seisi keluarga.. hehhe, klu nama pun aroma, mmg wangi la satu rumah termasuklah sederet kejiranan i, coz kna buka tingkap time masak, klu x xpasal2 alarm bunyi, 2 biji keta bomba sampe depan rumah, xke haru.. haisshh. Pepun kredit pd tuan empunya resepi K.Fida, sgt sedap & beraroma.. cam nasi lemak kuning wangi gitu.. hehe. Utk lauknye resepi i sendri, ingat nak wat rendang, mm nasi tupun da ada santan so xjadi la nak wat rendang, kan tkut lak nak naik scale.. huhu, nak wat sambal, cian kat two kiddo ni dorg xle mkn pedas, so wat sjenis lauk semu org ble makan, i wat ayam rempah beraroma, ishh lagi bertambah wangi menu ni, sampai tangan pun wangi, i de bagi sepinggan kat Cliff & Pam, nak bg rasa nasi lemak kita kan, wahhh suka la dia.. muehheee, ingat xkena tekak dorg, dorg ok je, slalu klu i bagi mkanan time2 tu juga lapar trus masuk nak rasa makanan tu.. hahaaa, ha jap g sampe la bermcm jenis coklat dia hulur kat two kiddo ni, yg penting kna ada label 'V' (vegetarian)... hehhe. Hoohooo xsabar nak tunggu weekend ni, hubby nak bw kmi g enjoy kat satu tempat, two kiddo ni excited sgt.. hehe pe tu ha, tunggggguuuuuuu next n3! Jom selak resepi:)


BAHAN :

Beras Basmathi 6cawan @ 1kg - cuci, rendam 15 min & tos
Santan 1.5L (1 1/2 biji kelapa) ~ i guna 4cawan santan + 2cawan air
Serai 4btg - dititik ~ i guna 2btg je, kna jimat!
Daun pandan 3helai - disimpul ~ i guna 1 helai je, kna jimat!
Daun salam 5helai ~ i xletak, xde:(
Daun limau purut 5helai
Halia 1cm - diketuk
Jus limau kasturi/lemon/nipis 11/2 sudu
Garam secukup rasa
Kunyit hidup 2 cm -ditumbuk dan diambil air @ 2sudu teh serbuk kunyit

First, didalam sebuah periuk,masukkan santan dan kesemua bahan2 kecuali beras dan masak hingga mendidih. Masukkan beras dan kacau rata dan masak hingga kering seperti nasi biasa.
**Jika menggunakan beras biasa,kesemua bahan2 disatukan dalam periuk dan dimasak seperti memasak nasi lemak. Sekiranya x ingin nasi berkerak, apabila nasi kering bolehlah dialihkan dlm pengukus dan kukus hingga masak.
**Untuk menambahkan seri pada nasi kuning aroma ini boleh juga dimasukkan lobak merah yg didadu dan kacang peas ketika nasi hampir kering,ikut selera masing2.



* Ayam Rempah Aroma *

BAHAN :

Ayam 1kg - cuci & tos (Goreng separuh masak)
Bawang putih 3ulas*
Bawang merah 2biji*
Halia 1cm*
Cili kisar 4sudu
Jintan halus } goreng dan blend
Jintan kasar }
Kari daging 3sudu
Serai 1btg – titik*
Daun limau purut 4helai – dicarik2
Kicap kipas udang 1sudu
Bunga cengkih 3biji
Bunga lawang 2kuntum
Kulit kayu manis 1btg
Asam keping 2keping
* Blend

First, tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan jintan tadi dan kacau sebati. Then, masukkan kari daging + bunga cengkih + bunga lawang + kulit kayu manis dan kicap, biarkan seketika sehingga masak & masukkan ayam yg digoreng tadi. Masukkan asam keping + daun limau purut. Biar seketika hingga ayam sebati dgn semua rempah, tutup api, siap:)

Tuesday, May 3, 2011

BBQ Chicken


Ni br kesempatan nak upload resepi ayam BBQ, i wat ms farewell Firth Park aritu.. thanks Minami133 for da recipe:).. ramai yg puji mmg sedappp & request wat lagi, abis licin hingga menjilat jari!..heheeee. Tp pic ayam ni i wat testimonial dulu, so i bakar dlm oven, bla rs sedap br i perap kesemua ayam utk BBQ.. hheheee. Arini i de aktiviti memasak dgn K.hanim, syok memasak dgn K.hanim ni,byk tips & mmg sedap klu dia masak pepun, i da lama tringin nak makan & ni 1st time i wat laksa sendiri...hahhaaaa, yela sblum ni mkn kat kedai, xpun time raya/ jamuan mesti ada laksa.. tp tuela klu da dok di negara org ni, ada ja benda xcukup, asal nampak rupa & rasa, pejam mata la mna yg xde tu.. tp alhamdulillah kebetulan k.hanim ada tanam daun kesum (xsedap la klu xde).. kat sini mmg xde jual, kebetulan dia tanam tumbuh dgn subur lak tu.. hehe soo kira menjadi la gak laksa tu cuma yg xbestnya guna ikan sardin & tuna dlm tin, so kurang rs lemak2 ikan tu, tp ttp sedapppp gak, thanks k.hanim! Nnti i upload resepi laksa perantau.. hehe, ok jom selak resepi ayam BBQ, mmg recommended & must-try recipe!


BAHAN :

( 5-6 orang )

Ayam 2kg ( i guna wing & drumstick)
Bawang besar 1 biji (kalau bawang tu bersaiz kecil, guna 2 biji)
Bawang putih 5 ulas
Halia 2cm
Serbuk cili 2sudu
Serbuk kunyit 1sudu teh
Serai 2btg
Serbuk jintan manis 1sudu
Serbuk jintan putih 1sudu teh
Serbuk ketumbar 1sudu teh
Garam 1sudu teh
Gula 1 cawan


First, potong ayam mengikut kesukaan anda. Jika potongan tersebut besar-besar, kelar-kelar sedikit supaya ayam cepat masak. Kemudian, bersih dan tos ayam tersebut. Kisar semua bahan-bahan di atas sehingga hancur. Masukkan bahan-bahan kisar tersebut ke dalam bekas dan campurkan dengan ayam. Perap ayam tersebut 1 malam atau 2-3 malam di dalam peti ais.(lagi lama perap lagi sedap!). Bakar ayam di atas bara api atau dapur gas sehingga masak. Selamat Mencuba!

Sebelum tu, ni pic yg i amik ms lepak2 kat park, cantik sgt pokok2 sakura ni, cam dok Jepun la plak.. heheee




Thursday, April 28, 2011

Crispy Sunquick Fried Chicken



I try resepi ni last week, not bad, rasa & bau oren gitu.. hehe, thanks 4da recipe Biduri.. last week cuti umum sempena Easter Day, sampe 4 hari cuti so kami lepak2 kat umah je, n buat aktiviti yg lama tertangguh iaitu operasi backyard! Kebetulan hari tu kami posa ganti, Maghrib kul 8.30 pm so mmg byk masa nak buat operasi kat luar umah tu.. hahaaaaa, yeaaa puas ati i, semu pakat bergotong royong termasuklah baby mama, si Aiman.. huhu, tolong angkut rumput masukkan dlm plastik sampah (even byk yg terkeluar dr plastik sampah & lagi berterabur adelah..huhu) pepun tq baby2 mama rajin & berusaha nak tolong mama cuci garden comel kita tu:). Aqil lak tolong gembur tanah & tanam pokok bawang... erkk, bole la, tp hasilnya adalah, pokok bawang yg da tumbuh elok gan daunnye telah hancurrrr akibat digodak gan tanah & penyodok.. iskkkk. Cian hubby i, sampe calar2 tgn nak buang akar pokok liar yg berduri tu, iskkk terharu i, thanks dear.. So, tis weekend i ble la tanam pokok bunga & sayur2, lama da beli biji benih tu, ni br ble menanam.. hehe




* Tadaaaaaa.... clean & clear! Sampe penuh tong sampah nak buang plastik yg penuh gan rumput/ pokok liar..huhu *


* Pokok ros yg gah tumbuh di garden kmi, xsabar nak tunggu bunga ros kembang:) *


* Pokok Blueberry yg penuh gan duri tajam.. , ada byk lg pokok ni tp i tebang semua tinggal satu ni je, bahaya la byk duri takut Aqil/ Aiman pegang:( *

Orait jom selak resepi :D...


BAHAN :

Kepak/ peha ayam (cuci & tos)

Bahab perap (A) :-

Yogurt 1/2 cawan
Jus oren/ Sunquick 1/2 cawan
Garam 1/2 sudu teh
Serbuk kunyit 1/2 sudu
Serbuk ketumbar 1/4 sudu teh
Serbuk cili 1/4 sudu teh - boleh tambah kalau nak lagi pedas

Bahan goreng (B) :-

Minyak secukupnya
Tepung gandum secukupnya
Oren 2biji - hiasan
Italian parsley secukupnya - hiasan

First, bersihkan ayam. Toreh ayam ikut arah tulang. Perap ayam dengan bahan-bahan A selama 1/2 jam atau lebih. Lagi lama, lagi sedap. Buang air. Salut ayam dengan tepung dgn cara masukkan tepung dalam beg plastik. Masukkan ayam. Tutup mulut plastik beg dan goncang-goncangkan. Gorenglah dalam minyak panas sehingga kekuningan/masak.
Hiaslah dengan parsley dan hirisan oren.