Ni kes tringin nak makan tp nak g beli kat luar hujan & sejuk, ermm kebetulan bahan pun ada so trus defrost ready made pastry dan terciptalah cheese & onion puff sma cam Greggs punye..hahaha. Actualy bahan2 tu i agak2 je tp uols try tgk, mmg rasa sama cam Greggs punye cuma skang ni frust la bla beli puff ni kat Greggs inti cheese & onion da xrasa potato tu sebiji2, dorg blend skali so jd cam pes, hmmm ikut tekak i xbest la, xrasa crunchy onion & potato cube. So lepas ni ble wat sendiri ja, bahan pun senang & kulit puff tu guna yg ready made punya:). Arini ada jiran i, K.peah order kek chocolate moist & i cadangkan wat heart shape utk birthday anaknye yg ke-8, Happy Birthday Fatini, hope u like the cake..hehhe!! K.peah cam biasa wat pulut kuning & gulai ayam marbeles, perggh sedap btol, kmi da santap licin ptg tadi... hehehe
* Ok x? Skang i suka luangkan masa lapang dok wat chocolate decoration cam white chocolate dlm gambar ni, best tau! *
Orait jom sambung tgk resepi cheese & onion puff.. cuba jgn xcuba, sedap tau, i dpt credit dr hubby i, maknanye sedap ler tu.. hahhaha
BAHAN :
Puff Pastry 1 paket (klu xsilap i kat Msia jenama KAWAN, klu sini i guna Jus-Rol)
Butter 2 sudu (jgn guna lebih, nnti terlalu berminyak & muak)
Ubi kentang 2 biji ( potong kiub)
Bawang jepun @ bawang kuning (hiris halus)
Fresh milk 1/2 cawan
Cheese mozarella @ cheddar 1 cawan - ikut citarasa
Garam & serbuk lada hitam secukup rasa
Utk sapuan atas puff (EGG WASH) : 1 biji telur + 1sudu teh air
Firstly, pastikan puff pastry berada dlm keadaan lembut ( keluarkan dr freezer ke dalam fridge utk defrost semalaman). Panaskan kuali & masukkan butter hingga cair & tumis bawang & ubi kentang hingga lembut & lenyek sedikit demi sedikit seperti kentang lenyek. Kemudian masukkan fresh milk & cheese & gaul hingga sebati hingga menjadi pes yg agak lembut & pekat, tidak terlalu cair. Tambah garam & sebuk lada hitam. Siap & biar hingga sejuk.
Untuk pastry, uli hingga agak2 ketebalan 1inci (klu ada puff yg ready made sekeping2 xyah uli, trus letak inti), pastu bahagi pada 6 petak. Untuk setiap petak bahagi 2, then letak inti di tgh2 salah satu kulit puff & letak satu lagi keratan kulit puff di atas inti tersebut. Cantumkan kulit puff disekeliling dgn menggunakan sedikit air & tekan dgn garfu disekeliling hujung kulit puff. Then hiris dgn pisau diatas permukaan kulit puff & sapu dgn egg wash menggunakan berus pastry. Buat hingga habis, resepi inti diatas cukup utk 6 keping puff pastry (saiz sederhana besar.. hehhe). Bakar dlm oven pd suhu 200C sehingga warna bertukar keperangan:)
* Nyumm..nyumm, two kiddo sukaaa sgt2 *
Winter da nak dekat da..huhu, sini semu tgh sibuk nak sambut Halloween 31 Oct ni, klu g kedai ke iklan dlm tv semu lagu seram2.. hahha, budak2 sronok g beli baju2 tengkorak la, witch, zombie.. eee takut la i, last year ramai bdk2 dtg ketuk pintu minta coklat, kitrog lupa nak lekat note kat pintu 'no halloween treat here', klu x dorg asyik ketuk pintu nak minta coklat, da la pakai baju hantu2 & make up muka cam hantu tu, fengsan i terkejut.. huhu. Next week Aqil da kena masuk sekolah balik, so bermula la rutin i pagi2.. iskk, skang ni relax arr. Ok la, ni da hujung bulan, so i nak kena topup groceries, dlm fridge pun da byk space- maksudnya brg byk abis lol.. beli online je, xyah ssh2 nak bersiap & kuar sejuk2 cenggini.. hehehe meh kita shopping sama2 http://www.asda.com :D
* Stok utk Winter.. hehehe 45kg beras basmathi hubby i borong setiap minggu..!! *