Showing posts with label Pizza. Show all posts
Showing posts with label Pizza. Show all posts

Monday, December 5, 2011

Hawaiian Chicken Pizza

السلام عليكم....


Grrrrr... suhu pagi tadi 0 Celcius, semua jadi ais ABC.. heheee, tp gagahkan juga bejalan g antar Aqil g sekolah..iskk, yg bestnya snow xturun2 lagi, nak tunggu suhu minus baru nak turun snow kot. So aktiviti2 luar mmg xbest arr, saja2 boring nak kuar pe kedai beli fries jgn harap ok, semu online & order kat en hubby i ...mueheheee, jadi dok rumah keja masak cepat2, express2, pastu makan dlm selimut! Btollll, kat living room ada dua helai ready utk selimut time kesejukaan, heater mmg la on, tp pakai timer la, klu xpakai timer hujung bulan xmakan nasi la kami, keje dok bayar bil gas..huhu, mahai tau! Oleh itu dinner yg express bagi i selain dr Maggi adalah home made pizza.. btw, sejuk2 cenggini hirup Maggi asam laksa + hirisan cili + bawang goreng, pergghhh besttt.. hehehe, resepi pizza ni mmg i guna resepi CMG je, yg len mmg out, keras la, xsedap & xmenjadi.. tp resepi CMG ni, mmg gebus & sedap cam di kedai, xcaya sila buat yea:)))



BAHAN :
(DOH PIZZA)

Tepung gandum 300g
Instant yeast 6g
Mentega 20g
Gula halus 10g
Bread improver 1sudu teh (optional)
Garam 1/4 sudu teh
Madu 11/2 sudu
Air 170ml
Sedikit tepung untuk ditabur

TOPPING utk Hawaiian Chicken Pizza :

Isi ayam 300g (potong kecil2 & gaul garam + lada hitam & goreng agak2 masak)
Jagung
Bawang besar (hiris bulat)
Nenas (potong kiub)
Mozzarella Cheese (topping)

Utk SOS PIZZA i guna Tomato Puree - readymade:)


UNTUK DOH PIZZA :- Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.

UNTUK PIZZA GEBU :- Panaskan oven pada suhu 190C, sediakan 2 dulang pizza berukuran 9 inci, sapu dengan sedikit mentega. Ketepikan. Keluarkan doh, bahagikan doh tadi kepada 2 bahagian sama besar. Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat. Alihkan ke dalam dulang pizza, tekan2 dengan hujung jari hingga memenuhi dulang tadi dan biarkan kelilingnya sedikit tebal. Ratakan sebahagian sos pizza tadi dan susun bahan untuk pizza atasnya (buat 2 bahagian) dan diakhiri dengan keju mozzarella. Bakar 20 - 25 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan hidangkan segera bersama sos kegemaran. Buat kaedah sama juga untuk yang selebihnya.

Nyummmmm :)


Ni plak hasil two kiddo last weekend.. main gunting2 buku Thomas & Friend then lekat sama2.. hehehe, siap wat surprise kat abah, abah pun wahh buat2 surprise la, terkejut & happy tgk two kiddo wat Thomas art.. muehehe....


Surprise!! * Apa tue Aiman ??

Friday, July 29, 2011

Tuna Pizza ♥


Assalamualaikum.. hamboiii lama menyepi ek.. hehehhe, xkemana pon, panas sungguh jadi mula le virus M menjelma.. hahaaaa, da nak masuk bulan Ramadhan, semoga Ramadhan kali ini membawa 1001 kemanisan buat semua:).. orait ni cete memasak last week, jemu le makan nasi.. nasi.. nasi, badan pun gebu.. gebu.. anddd gebusss.. huh. Klu si Aiman xpe arr, lagi gebus lagi org sukaaaaa gomoi2 dia, si Aqil cam biasa maintain body, vegetarian la kan, aduii jenuh mamanye piki nak masak pe utk dia supaya makan ikut piramid pemakanan.. grrrr. So aritu kebetulan bahan pun ala kadar je, so jd la pizza sebegini, yg penting sedapp & kenyang masuk perut.. jom makan pizza tuna bake wit loveeeeee from mamma olynnnn!!! hihiiiii. Resepi asal doh pizza dr CMG, sememangnya gebu sungguh pizza ni sejibik ada di pizza hut, xcaya try dulu br tau:)..


BAHAN :
(DOH PIZZA)

Tepung gandum 300g
Instant yeast 6g
Mentega 20g
Gula halus 10g
Bread improver 1sudu teh (optional) ~ i xletak
Garam 1/4 sudu teh
Madu 11/2 sudu
Air 170ml
Sedikit tepung untuk ditabur

TOPPING utk Pizza Tuna : i guna apa yg ada:)

Tuna flakes 1 tin (gaul dgn mayonis)
Jagung
Nenas (potong kiub)
Mozzarella Cheese

Utk SOS PIZZA i guna Tomato Puree - readymade:)

Cara- caranya : UNTUK DOH PIZZA :- Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.

UNTUK PIZZA GEBU :- Panaskan oven pada suhu 190C, sediakan 2 dulang pizza berukuran 9 inci, sapu dengan sedikit mentega. Ketepikan. Keluarkan doh, bahagikan doh tadi kepada 2 bahagian sama besar. Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat. Alihkan ke dalam dulang pizza, tekan2 dengan hujung jari hingga memenuhi dulang tadi dan biarkan kelilingnya sedikit tebal. Ratakan sebahagian sos pizza tadi dan susun bahan untuk pizza atasnya (buat 2 bahagian) dan diakhiri dengan keju mozzarella. Bakar 20 - 25 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan hidangkan segera bersama sos kegemaran. Buat kaedah sama juga untuk yang selebihnya.

I buat 3 bentuk dgn menggunakan 3 acuan, bentuk love utk my lovely Hubby, bentuk segi empat utk i... hehhe & bentuk bulat utk two kiddo:)






SELAMAT BERPUASA DARI KAMI DI BUMI SHEFFIELD....:)

Monday, May 23, 2011

Home-made Pizza!


My 1st attempt home made pizza made from scratch! Mmg sangat berbaloi, thanks to K.Nieza & CMG(resepi asal) utk resepi pizza yg gebu & sedap ni.. two kiddo i makan sampe trus tido kekenyangan, puas ati dpt buat sendiri pizza, dr menguli sampe la wat base & topping pizza, two kiddo ni kejap2 masuk dapur jenguk xsiap2 lagi, lama gak i wat sebiji pizza ni, tp i dapat 1 pizza regular size & 6 baby pizza.. hehhe i letak dlm tin bun utk baby pizza tu, yg baby pizza tu khas utk two kiddo, dorg makan licin sorang 3 biji utk dinner! i like! sejuk hati i tgk dorg makan dengan sepenuh hati, Aqil siap nyanyi2 lagi lagu 'I love pizza' dr Barney...hahhaaa, i & hubby lak sama2 melantak regular pizza sampe tinggal 2 potong, xleh perabis da, meletop perut nnti.. huhu.. lps ni ble try wat lagi, yg bestnye roti tu gebu & lembut, selain topping ikut citarasa sendiri, lambak la byk mana nak, tetambah grated cheese tu sampe melimpah2.. hahhaaa! Hrmm kebetulan cuaca skang xmenentu, kejap2 hujan mendung ja, cian two kiddo xle g jenjalan & main kat park sambil menikmati aiskrim * klu x sampe esok xmo balik, syok main iskk iskk *, termenung kat tingkap jela tgk hujan turun mencurah2.. hehe, kdg2 tu panas terik, huishh bkn main terik sampe silau mata nak buka xle, tp skali angin tiup, terketar2 sejukk..... grrrr. So cuaca cam gini, membuka selera betul, yela matahari sampe kul 9 malam pun cerah lagi, then seawal 4 pagi da cerah! bestt tu g jenjalan, sianggg je, so makannnn je ingat.. heheeee. Sabtu br2 ni i de wat dinner kat umah, kmi jemput K.hanim sefamili, saja lama xsembang2, tp lupa lak nak amik pic posing2 sambil makan2..haishh, K.hanim siap bawa dadih jagung & gulai ayam yg sedappp tu, mlm tu i masak nasi hujan panas atas permintaan hubby tercayang + ayam masak merah + jelatah, dessert i wat black beauty chocolate cake & rainbow bread pudding.. ha ada resepi baru tu.. hehe yg len i da share resepi dlm n3 lps, nnti i share resepi puding tu, cantikkk, syg nak makan tauu.. ok jom tgk resepi yg panjang ni, tp simple je nak wat, mmg berbaloi2:D....


* Fresh from our little oven! *

BAHAN :
(Sos Pizza)

1 tin tomato dalam tin "jenis plum tomato", diramas
1/2 cawan sos tomato
1 biji bawang besar, cincang
2 ulas bawang putih, cincang
1 helai bay leaf
1/2 camca teh herba basil kering
1/2 camca teh herba oregano kering
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Minyak zaitun untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

(Doh pizza)

300 g tepung gandum
6 g instat yeast
20 g mentega
10 g gula halus
1 camca teh bread improver (optional)
1/4 camca garam
1 1/2 camca besar madu
170 ml air
Sedikit tepung untuk ditabur

BAHAN-BAHAN PIZZA GEBU :

3 batang sosej ayam "ayamas", hiris serong
4 hirisan gegelang red capsicum
4 hirisn gegelang yellow capsicum
4 hirisan gegelang green capsicum
1 biji bawang besar, hiris bulat (optional)
10 biji buah zaitun
20 biji jeruk capers
175 g keju mozzarella, hiris nipis2
* i cuma letak sosej + tomato + bawang + button mushroom & grated mozzarella utk topping


* Baby pizza... :) *

UNTUK SOS PIZZA :- Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumis cincangan bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan bay leaf dan tomato sos. Kacau rata dan masukkan tomato dalam tin yang telah diramas tadi. Tambah herba oregano, basil dan serbuk lada hitam, masak hingga pekat. Tambah sedikit garam dan gula secukup rasa, gula lebih sedikit untuk mengimbangkan rasa masam tomato. Angkat dan sejukkan.

UNTUK DOH PIZZA :- Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda.
KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.

UNTUK PIZZA GEBU :- Panaskan oven pada suhu 190C, sediakan 2 dulang pizza berukuran 9 inci, sapu dengan sedikit mentega. Ketepikan. Keluarkan doh, bahagikan doh tadi kepada 2 bahagian sama besar. Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat. Alihkan ke dalam dulang pizza, tekan2 dengan hujung jari hingga memenuhi dulang tadi dan biarkan kelilingnya sedikit tebal (macam dalam gambar no1). Ratakan sebahagian sos pizza tadi dan susun bahan untuk pizza atasnya (buat 2 bahagian) dan diakhiri dengan keju mozzarella. Bakar 20 - 25 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan hidangkan segera bersama sos kegemaran. Buat kaedah sama juga untuk yang selebihnya.