Showing posts with label Dessert. Show all posts
Showing posts with label Dessert. Show all posts

Tuesday, July 24, 2012

Molten Chocolate Cake

السلام عليكم....

Heheee... sempat juga nak share resepi molten chocolate cake @ lava cake ni! Sedap wokeh! Thanks to tuan empunya resepi dr Myr! I wat 4 ramekin je so cukup la sorg satu mini kek utk dessert.. hahaaa, soooo chocolatey! Hmm... jom lah tgk resepi, xble chat byk2 sbb nak g masak utk berbuka.. weeeeeeee



BAHAN :

1 cawan Dark Chocolate yg dicincang
6 sudu butter - cairkan
2 biji telur
3 sudu besar gula halus
3 sudu besar tepung
1 sudu besar serbuk koko
Secubit garam

Panaskan oven pada 160 celcius. Cairkan coklat dgn mentega. Boleh guna oven atau cara Bain Marie. Masukkan serbuk Koko. Gaul sebati dan ketepikan. Pukul telur dengan gula selama 3 minit. Campurkan adunan dengan adunan coklat tadi. Masukkan tepung dan garam. Gaul sebati. Tuangkan dalam bekas ramekin yg dah digriskan. Boleh griskan ramekin dengan mentega dan gula halus. Masukkan ramekin dalam freezer selama 5 minit. Keluarkan dan masukkan dalam oven selama 11 minit. Adunan tak boleh bakar lebih dari 15 minit. Keluarkan dan biarkan selama 3 minit. Keluarkan dari ramekin dan hidangkan.


Nota: kesedapan kek ni bergantung pada quality coklat yang diguna. So, gunalah coklat kegemaran masing2.. :)

Sesuai dimakan bersama cream & strawberry 

                                                     ❤ Owhhh.... gulp


Tuesday, November 8, 2011

Tiramisu Delight II



السلام عليكم....
Dessert beberapa minggu lepas, i try resepi ni dr member sheffield juga. 1st time i beli Madeira cake ni, slalu i wat tiramisu guna lady finger tp kali ni try guna kek ni, mmg sedap! 




BAHAN :

Madeira Cake @ plain butter cake @ chocolate cake
250 gm cream cheese

150 ml fresh whipping cream
1/2 cawan gula caster - Kalau tak suka manis boleh kurangkan sebab kek dah manis, ikut sesuai rasa anda
Nescafe + air (jadikan air nescafe)
Serbuk nescafe/coklat untuk ditabur

Pukul keju dan gula sehingga gebu. Masukkan cream dan pukul lagi sehingga agak pekat dan boleh disapu atas kek (bukan terlalu pekat seperti topping biasa atas kek tu). Potong kek berbentuk segiempat dengan ketebalan lebih kurang 1 cm. Sediakan bekas kaca segiempat @ ikut kesesuaian, masukkan sedikit campuran keju tadi dan ratakan dengan nipis. Kemudian susun satu lapisan kek sehingga menutupi semua permukaan. Basahkan kek dengan air nescafe dengan menggunakan sudu. Kemudian, masukkan campuran keju lagi dan sapukan dengan lapisan yang nipis. Buat satu lapisan kek lagi dan basahkan seperti lapisan pertama. Kemudian, masukkan semua baki campuran keju tadi dan ratakan di atas permukaan kek tersebut. Akhir sekali taburkan serbuk nescafe/coklat di atas permukaan tiramisu. Siap utk dimakan @ lebih sedap biarkan 3-4jam di dalam fridge & sedap dimakan sejuk2.. hehe





Last week Aqil de buat kad raya utk kami.. hehe. Bangga btol gan kad raya dia, siap suruh i letak atas rak so semua org bole tgk..hehe. 
 * Cikgu yg tulis Eid Mubarak tu, Aqil lak lukis 2 benda tu, dia kata its Aqil & Aiman.. hrmmm, ntahla *

 * Haa ni mmg hasil kerja si Aqil..hehe not bad, ada star & moon, mama & abah sukeee, bling2 gitue.. hehe *

 
* Bangga btol gan kad raya dia, lps ni bole wat kad birthday mama plak..heheh *

Hmm.. xsabar nak g dentist appoinment tis friday, nasib baik hubby cuti & dia yg tolong wat semua benda dlm rumah ni termasuklah layan two kiddo ni, kali ni punya sakit gigi sgt2 extreme!! I xbole piki & buat keje lain selain sakit gigi..erk. Sampe i terpaksa letak local anesthetic utk kurangkan rasa sakit. Setiap 4 jam kebas je mulut macam kena bius.. sabar.. sabarrr, silap hari mmg i decide cabut je gigi ni. 

* Local anesthetic *

Wednesday, September 28, 2011

Fruit Tart ♥ & Custard Teacake ♥


السلام عليكم....

I wat fruit tart ni masa jemputan hi-tea kat umah k.Peah Sabtu lps.. i bawa 2 dessert, yg satu g tu Custard Teacake.. nyummm mmg sedap la teacake tu sbb ada custard dlm kek tu, i letak custard lebih lagi best... hehehe, kedua2 ni resepi dr CMG. Untuk fruit tart tu, 1st time i wat pastry tart tu, klu nak mudah beli yg ready made pon ada, cuma i terrrrrajinn lak aritu, buat la step by step, byk gak stepnya tp bebaloi2 & yg penting menjadi plus sedap.. ehehee. Takut gak klu salah cara, kulit tart mudah pecah & lemau.. tp i mmg ikut step by step & alhamdulillah mnjadi, cuma i wat kulit tebal sikit so tart xkan jadi lemau, & best part time nak deco buah2an tu la, part tu yg i sukeeee sesgt.. hahaa, xde la kreatif sgt, cuma suka tgk buah2an fresh & colorful tu.. hihi, sayang lak nak makan:). Seronoknya g jamuan hi-tea aritu, sedap2 makanan, k.Peah masak mee kari, lempeng & sambal sardin, bubur nasi utk kanak2 ribena, kuih lopes & kek butter pelangi, yg lain de gak potluck memasing, de samosa/ bingka ubi/ kek/ biskut raya & xlupa juga fruit tart & custard teacake i bawa.. hehehee. Meriah sungguh!



* Siap utk ke jamuan hi-tea :) *

Aqil lak cam biasa, trus g jumpa geng kakak2, yeala dorg je boboy kat area Firth Park ni, yg len semu gegirl.. hahaaa, main sampe lupa nak makan, slalu camtu, pastu bla da lapar sgt br turun cari makan & mula la mengamuk itu xkena ini xkena.. grrrr. Klu si Aiman lak.. hrmmm, dia lak keje makan...makan...makannn sampe kakak2 ni kena tunggu nak main gan dia.. hahhaha.. hrmm xcaya, tgk pic kat bawah ni.. memula kmi sampe dia trus makan mee kari sambil ratah fish ball dlm kari sampe 10 keping! Then ratah telur rebus sebiji... Pastu makan buah epal lak sebiji, lps tu br g main sampe skali tu i g cari dia, ingat still dok main kat atas.. skali hubby panggil i, suruh tgk si Aiman tgh dok balun maruku sampe sebalang! Abis berselerak atas carpet.. huhu, asyik lapa je, klu si Aqil jenuh nak memujuk makan... hehehe


* Tgh makan maruku sampe sebalang.. hahhaa *


* Ratah telur rebus plak... *


* Epal sebiji yg da dikupas, tinggal setgh jer tu.. *_^ *


* Aqil plak... asyik mainnnnn non stop.. hehhee *

Ok, utk resepi Fruit Tart ni ble klik SINI & Custard Teacake klik SINI.. virus 'M' melanda, lgpun nak cepat ni nak g tanam pokok bunga baru... hahhahaaa, nnti i upadate ye:). Sebelum tu sila la jamu mata dgn Fruit tart yg dok posing kat bawah tuuu.... hihiiii


* Custard Teacake wit Custard topping.. huhu *




Saturday, September 24, 2011

Puding Marble


السلام عليكم....

Esok 25 Sept 2011 genap 1 tahun kami menetap di bumi England ni.. kejap je kan masa berlalu. Dan arini berlangsungnya majlis perkahwinan adik ipar i di Perlis.. frust sgt xdpt balik, apa kan daya, hubby tgh bertungkus lumus siapkan paperwork dlm masa yg sama. Semoga Awin & hubby bahagia hingga ke anak cucu:). Actualy puding ni da lama i wat, ni baru sempat nak share, da 2 kali i wat puding ni sbb two kidoo sukeeee sesgt, ada rasa coklat & susu, sedappp sgt! Thanks dear Little Parlour for tis recipe.. slalu dpt mkn time raya je, skang da leh wat sendiri, sronok tgk dorg makan sehingga menjilat jari.. hehehe, dorg ingat mama wat homemade chocolate kot:)... tp i xpandai la nak wat marble cam Lady wat, lawa gile belang zebra tu.. nnti kna try wat lagi, sgt sedapp!

BAHAN :

Bahan-bahan:
1 tahil agar-agar kering(satu bungkus)
8 cawan air
1 tin susu cair
2 cawan gula
8 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar tepung kastard
Setengah cawan serbuk koko/satu atau dua sudu chocolate emulco
2 sudu besar planta
essen vanila
2 biji telur ayam
Sedikit garam

Agar-agar dibasuh dan dimasak dengan 8 cawan air dalam periuk di atas api sampai hancur. Masukkan gula dan kacau sampai gula larut. Di dalam satu bekas, pukul telur, masukkan susu, tepung jagung, tepung kastard, dan masukkan garam. Kacau hingga sebati, masukkan/tuangkan ke dalam agar-agar yang di masak di atas api tadi dan kacau di atas api yang sederhana sehingga likat. Bila adunan sudah likat, tutup api dan masukkan 2 sudu planta dan esen vanila. Kemudian bahagi adunan kepada dua bahagian, satu adunan diletak serbuk koko dan satu adunan lagi dibiarkan warna asli(kuning). Kemudian lapiskan adunan yang berwarna koko dan kuning selang seli dengan menggunakan senduk. Sejukkan dalam peti ais. Siap.

Tips:
Kalau nak sedap, use branded cocoa powder like Van Houten(contoh). Lepas masukkan cocoa powder, kacau cecepat dan lelaju supaya adunan tidal berketul, kene cepat sebab adunan ni agak cepat mengeras. Tapi menurut Puan Azmiezas, kalau tak nak berketul, serbuk koko boleh digantikan dengan satu atau dua sudu chocolate emulco. Sila lihat blog beliau, pudingnya langsung tak berketul, cantik sangat. :-)




* Nyummmm... i like! *

Wednesday, August 3, 2011

Bubur Kacang wif Durian... Simple Iftar menu ❦


السلام عليكم...

Simple je menu semalam, ala kmi berdua je pun nak hidang semeja penuh jenuh nak makan.. hehe, semalam kmi berbuka dgn mee goreng mamak, resepi mama i, resepi ada di link sini k:).. Untuk dessert, rasa tringin lak nak makan durian, ada balance 1 tupperware lagi so i wat Bubur Kacang Durian ni, nyummmm makan sejuk2 @ panas2 pun sedapppp! Kenyang trus.. hehe, adoii nak diet cam ne ni, puasa 18 jam pun klu da berbuka dgn high choles cam ni, hrmm makin gebuss lerrr.. hahhaa, xpe skali skala kan, lgpun nak masukkan stok baru dlm freezer tu so kna punggah2 yg mna patut abiskan & yg mana nak kna topup.. erk alasan:D. BTW, resepi bubur kacang ni mmg lemak manis gitue coz guna susu pekat...mmmm sgt2 sedap, thanks for da recipe nuanza, tp kna adjust gula merah, jgn banyak sgt sbb susu pekat da cukup manis:).. lagi bertambah sedappp bla bergabung gan durian yg lemak2 manis..



BAHAN :

Kacang hijau 2cawan
Santan pekat 2cawan (saya guna yg dlm kotak tu)
Susu pekat manis 1/2cawan
Gula merah / putih 2sudu (kena agak2 sendiri, sbb susu pekat dah manis)
Garam 1/2 sudu teh
Daun pandan 2helai
Sagu 2-3 sudu ~ i xletak
Durian beberapa ulas


Firstly, kacang hijau digoreng tanpa minyak dlm kuali dlm 3-4 minit, kemudian tutup api dan masukkan air. Rendam dlm 1 jam. Bilas sekali 2, pastu rebus kacang sampai empuk. Bila semua kacang dah pecah dan empuk, masukkan semua bahan lain kecuali sagu. Biarkan mendidih sekejap, kemudian masukkan sagu/ durian. Tambah air jika agak pekat sbb bila dh sejuk nanti, kuah akan makin pekat. Kalau masak agak lama sikit, bubur x mudah basi..:)


* Mmmm.. durian yg mengoda.. ahaks! *

Wednesday, June 22, 2011

Mix Triffles.. its Summer!


Kelmarin adalah 1st day of Summer mengikut Takashi Murakami & dikenali sbg Summer Solstice yg mana jatuh pada 21 JUN pada thn ni, 2011... so kelmarin adalah waktu siang yg paling panjang sampe kol 10pm still cerah! Tapi tak panas sgt la, suhu dlm 18C.. kmi yg kat umah ni sampe xtau nak wat pe, i bw two kiddo g park ptg kemarin pun sampe tekejut tgk jam, aik da kol 9pm langit cerah, so kmi jenjalan balik umah pon slow2 sambil stop lari2 kat padang rumput, rs cam lama sangat nak tunggu malam... huhu.. spatutnya two kiddo ni da masuk tido tp sbb satu ari dok umah, sampe kol 7pm pon ada matahari g, dorg pun xde ciri2 nak ngantok pun.. hrmm i pon xkeruan dok umah, xkan nak melantak kat dapur 24jam, so pe lagi, kuar arr jenjalan amik fresh air, sronok la two kiddo ni cerah biji mata, semangat nak main gan kengkawan kat park.. haha


So i try la resepi ni utk sejukkan tekak...hehe, kebetulan buah pun ada lebih, so ble wat triffle, mmm superbb yummy! Tp i olahkan jadi mix triffles sbb i guna 3 jenis buah iaitu strawberry + peach + pisang, dan rasanya mmg balance, sgt sedap kombinasi 3 jenis buah ni:). Resepi i amik dr ezralovescook, thanks 4da recipe, sgt mudah , sedap & menyejukkan tekak.. hehehe, ishh time2 ni dahaga teh ais kaw, iskk..


BAHAN :

Kek secukupnya (susun di lapisan bawah puding)~ i guna strawberry swiss roll
Tepung kastard 3sudu
Gula 1sudu
Air 1cawan
Susu Cair 1 tin
Fruit in syrup (peach @ mix fruit) toskan & ketepikan airnya
Jelly/Agar2 perisa strawberry 1bungkus ~ i guna perisa Pisang:)
Air 1cawan untuk larutkan Jelly
Pisang 2biji (hiris & susun atas susunan kek tadi) ~ i tambah:)

First, bancuhkan tepung kastard bersama satu cawan air,kacau sampai larut. (jgn biar berketul). Masukkan bancuhan tadi ke dlm periuk, masukkan gula + 1 tin susu cair dan air sirap dari buah2an dlm tin. Kemudian panaskan di atas api sederhana. Kacau selalu sehingga pekat & likat. Setelah siap terus tuangkan adunan ke dalam bekas yang telah disusun kek & pisang tadi(*kek dihiris nipis & disusun dalam bekas puding @ mangkuk kecil kemudian susun hirisan pisang). Ratakan adunan kastard sehingga menutupi lapisan kek yang disusun tadi. Setelah itu, bolehlah susun buah-buahan dalam tin di atas adunan kastard bila kastard agak pejal/sedikit keras. Akhir sekali bancuhkan Jelly bersama 1 cawan air dan larutkan (**atau ikut cara2 melarutkan jelly di belakang bungkusan). Setelah larut,tuangkan ke atas buah-buahan yang disusun sehingga menutupi buah yg disusun. Masukkan dalam peti sejuk selama 2jam @ lebih dan hidangkan sejuk...

* TIPS dr mammaolyn : Masa nak tuang larutan jelly atas susunan buah tadi, tuang di atas buah perlahan2, JGN tuang atas kastard coz nnti kastard akan pecah2, xelok. Tuang slow2 sehingga menutupi seluruh permukaan buah tadi:)

Friday, June 10, 2011

♥Puding Roti Pelangi Kukus™


I try resepi masa jemput k.Hanim dinner aritu, puding roti ni sedap dimakan sejuk2.. tp i tersilap satu benda, yela i ikut betul2 resepi, xubah mana2 langsung tp i tlupa satu benda, dlm resepi kena letak 12 keping roti, so i pun letak la sampe 12 keping.. roti keping di England ni semunya besar2 belaka, rasa lambat ja nak abiskan sekeping2 roti ni, so hasilnya puding i kental gitu... haha, sepatutnya i letak dlm 9-10kpg elok2 la, nasib xkeras puding ni, malu je nak hidang kat tetamu.. iskkk, da la nak wat corak pelangi ni sampe sakit pinggang, yela selapis2 kna wat & kna sabar, klu x xjadi line pelangi tu, tupun xjadi cantik sgt, bole la... hehe, sampekan hubby i kata i ni nak painting ke nak baking.. muehehee, saba jela... pepun tq to k.Fida utk resepi puding yg sedap ni:) Alrite, enjoy ur weekend, esok hubby nak bawa g short trip to Durham.. next n3 k:)


BAHAN :

Roti putih 12keping - disiat2 * lps ni kena guna 9-10kpg:)
Susu sejat@susu segar ~ i guna fresh milk
Susu pekat manis 4sudu
Gula halus 1/2cawan (boleh kurangkan)
Telur 2biji
Tepung jagung 3sudu
Mentega/majerin 2sudu
Esen vanilla 1sudu teh
Garam 1/4 sudu teh
Choco cair 100g @ Serbuk koko 3sudu (utk corak marble)
Pewarna merah,kuning,hijau (utk corak pelangi)

First, satukan kesemua bahan2 kecuali choco dan pewarna di dalam mangkuk. Kisar bahan2 tadi hingga halus. Bahagi adunan kpd 2 bahagian dan letak choco pd 1 bahagian @ bahagi adunan pada 3 warna. Marblekan adunan berselang-seli warna di dalam loyang yg telah digris keliling. Kukus puding hingga masak selama 30-35 min. Biarkan puding sejuk di dalam loyang. Potong dan sajikan.


* Utk buat corak pelangi tu, lapik loyang pada satu bahagian dgn pinggan@sebarang benda, xperlu tinggi sgt, then pada bahagian loyang yg rendah tu stat sudukan satu persatu warna- buat belang2 dgn berhati2 hingga abis adunan warna tu. Then dgn perlahan2, alihkan pelapik loyang td & letak loyang dgn perlahan2 supaya warna xbercampur antara satu sama lain.. then bole dikukus:) insyallah jadi:)


Thursday, June 9, 2011

Eggless Caramel Pudding


Best btol layan drama Nora Elena ni.. haishh i ni bkn minat sgt drama2 cinta ni, xpenah pun layan tp lama xtgk drama melayu, so layan la cete yg tgh top di Msia ni.. heheee, pepun mmg best la drama ni, skang br tgk Epi 3, slow la tgk kat Utube ni, nak tgk kat tonton.com ntah nape xle, error la plak.. grrrr.. Xpe no worry, yg penting dessert mesti sedap, ahaks! Pe la kena mengena drama gan dessert ni.. hehe bkn pe nak share satu g resepi dessert yg mudah & sedap. I suka sgt puding ni, tp kekdg bila makan *yg beli la* bau telur, adusss potong selera btol, bape biji telur agaknya dorg letak dlm setalam puding karamel ni.. haishhh. So i tejumpa resepi tanpa telur ni, ternyata lebihhhh sedap dr yg ada telur, manis2 buah, nyaman di tekak & yg penting lebih sihat dr yg ada telur tu.. hehe.. thank u to firasyira, lepas ni sure buat lagi:)


BAHAN :

A - Gula 2senduk (guna senduk nasi)
B - Serbuk Agar-agar 1 paket (7g)
Air 4cawan
Gula 21/2 senduk
C - Susu cair 1tin (lebih kurang 400g)
Tepung kastard 2sudu
Vanilla 1sudu
* Campur sebati semua bahan C

First, hanguskan gula spt buat karamel utk puding karamel yang lain gak... biasanya saya hanguskan gula terus atas acuan, bila gula agak perang tuang air sikit.. pastu ketepikan.. Dalam periuk didihkan Bahan B. Kecilkan api kemudian masukkan Bahan C. Kacau rata selama lebih kurang 3 minit @ sehingga adunan sedikit likat dan pekat. Matikan api, tuang adunan dalam acuan yang berisi gula hangus. Bekukan dlm peti ais (i bekukan semalaman), dan hidang. (lebih sedap dihidang sejuk-sejuk)



* Mmmm.. nyaman & menyelerakan.. muehehehhe *

I suke tgk garden neighbour i ni, Mr Jack, tua da dia tp suka sgt berkebun... kekdg dia ternampak i tgk garden dia, ahaks kantoi** so dia pun lambai2 la tgn kat i, huhu..


* Masa ni bunga br nak kembang, skang ni da merimbun pokok2 bunga, mcm2 kaler..:) *



Yeaaa Yippeyeaa.. ni pokok kesum, at last berjaya juga hidup segar bugar, so skang ble transfer tanam dlm pot & akan datang bila cukup besar menu pertama adalah ASAM PEDAS! huhuuu, tringin nak makan asam pedas la...

Wednesday, February 23, 2011

Cream Cheese Oreo


Skrang ni i & two kiddo ni setiap petang makan Oreo cicah susu..hehe mcm dlm iklan Oreo tu. Baru-baru ni i singgah Poundland i beli 6 bungkus sekali Oreo, sebungkus (1 roll) tu br GBP 1..hihi, so last week rs cam jemu lak cicah Oreo gan susu so i mula la reka benda len.. mm not bad, sedap la, suka two kiddo ni, dorg ingat ice cream..mueeheheee



BAHAN :

Oreo (buang krim)
Whip Cream 200ml
Gula 5 sudu
Jus lemon 1sudu
Cream cheese 150g
Tart aluminium foil


First, asingkan krim Oreo dan ketepikan. Putar whip cream hingga soft peak then masukkan gula + jus lemon + cream cheese. Putar lagi dgn kelajuan yg rendah sehingga mesra. Letakkan sekeping Oreo di dalam aluminium foil dan masukkan adunan krim tadi dgn menggunakan sudu. Then letak lagi sekeping Oreo diatas krim tadi mengikut kreativiti masing2, simpan dlm peti sejuk selama 2jam, sedia utk dimakan:)