Showing posts with label Custard. Show all posts
Showing posts with label Custard. Show all posts

Thursday, August 25, 2011

Apam Balik + HOME MADE Cream Corn


السلام عليكم....

Ni menu appetizer berbuka semlm.. Apam balik yg sedap ni.. hehe. Kat sini xde jual cream corn so kna la wat sendiri yeaa.. iskk. Resepi dr joayee , sebelum ni i penah try resepi dr MsOreo, simple step & sedap juga, tp resepi ni byk step sikit & kna perap mybe utk gebukan apam balik kot, tp time msk mmg kejap je sbb tutup gan penutup kuali so adunan cepat masak:).. yg paling best sbb ada cream corn, superbbb! Sejibik cam cream corn dlm tin.. hehehe. Owh i br je trima parcel dr Msia, yipeee da sampe baju raya kmi dgn tema BIRU pd thn ni.. hihiiii, thanks to MIL yg susah payah cr baju utk menantu & cucu2nye.. huhuuu, terharu i.. * act frust xle beraya gan family.. uwaaaaaaaa, xpe ni satu pengalaman baru yg kmi harus tempuhi dlm beberapa tahun kedepan.. Insyallah.


Orait xmo sedey2, jom kita selak resepi yg sodap ni, tetambah bg yg dok merantau bole cuba wat cream corn sendiri ^_*


BAHAN :
(Cream Corn)

Sweet corn 1 tin
Freshmilk 1/2 cup
Gula 2 sudu
Kuning telur 1 biji
Tepung kastard 2 sudu

Masukkan semua bahan dalam periuk & masak sampai pekat, sambil lenyek2kan jagung dengan senduk atau hand blender. Siap:)


BAHAN :
(Apam Balik)

Tepung naik sendiri 2 cawan } diayak
Gula 1/4 cup
Soda bikarbonat 1/2 sudu teh
Sedikit pewarna kuning
Telur 1 biji
Susu segar 1 1/2 cup
Baking powder 1/2 sudu teh

Filling:
Cream corn 1 tin
Kacang tumbuk 1 cup
Gula 1 cup
Sedikit mentega

Firstly, pukul gula bersama telur hingga kembang, masukkan soda bikarbonat, susu segar, baking powder dan pewarna kuning. Pukul lagi hingga sebati. Masukkan tepung dan kacau supaya ianya tidak bergentel. Perap selama 1 jam. Panaskan pan 'non stik' tanpa menggunakan sebarang minyak, ambil satu senduk atau dua (bergantung kpd ketebalan yg disukai) dan tuangkan ke dalam pan kemudian nipiskan. Tutup pan sebentar (ambil ler tutup periuk yg sesuai utk pan tu klu pan tak ada penutup). Apabila setengah masak, taburkan bahan taburan tadi dan secubit mentega. Tutup sekejap, bila masak bolehlah diangkat dan dilipat dua. Sapu sedikit mentega. Siap :)



I baru je petik blackberry kat garden, pe laa nak wat sampe byk ni, ingat nak wat jem blackberry, hmm tupun klu ada baki sbb skang two kiddo tgh berebut mkn blackberry dpn i... heheeee

Thursday, December 23, 2010

Apple Crumble wit Vanilla Custard Sauce


Banyak tol balance apple, Hubby otw balik umah slalu singgah Sainsbury @ Tesco beli buah to tis kiddo, musim sejuk ni mudah kena penyakit, xspecially budak2 coz immune system dorg kurang ketahanan berbanding kita , stokin slalu kena pakai, jarang skali buka except masuk toilet..sini mudah sangat kena serangan asma, chest infection dsb. So, ada sorang Prof hubby ada pesan kat kami supaya selalu makan buah untuk ketahanan badan menghadapi cuaca sejuk & kulit xkering, so buah buahan selalu ada dlm stok..apple/ banana/ strawberry/ blueberry/ grapes/ oranges/ kiwi..mamanye xlarat nak potong buah..huhu. So, utk minum petang i wat easy apple crumble:) Yummy!! sedap makan gan vanilla yogurt (selera i..hehe) @ vanilla custard sauce:)...


* Apple crumble wit vanilla yogurt...mmmm *

BAHAN :
(APPLE CRUMBLE)

Granny Smith Apples 4biji (peeled & chopped)
PHILADELPHIA Light Cream Cheese 250g
Biskut Digestive/Marie (hancurkan)
Ground cinnamon 4sudu
Gula 4sudu
Sedikit air 3sudu


First, panaskan oven pada suhu 180C. Gaul biskut + cream cheese hingga menjadi crumble. Set aside. Masukkan apple yg dipotong kiub tadi ke dalam periuk (api perlahan) dan masukkan sekali ground cinnamon + gula + sedikit air, gaul perlahan hingga apple lembut & semua bahan mesra sekali(jgn gaul hingga apple hancur). Kemudian, masukkan apple yg dimasak td dlm bekas tahan panas & kemudian masukkan biskut crumble tadi, ratakan. Tabur sedikit lagi ground cinnamon utk nampakkan apple golden brown bila dibakar. Bakar selama 15-20 minit until the top turn golden brown. Hidang bersama vanilla custard @ yogurt:)

BAHAN :
(VANILLA CUSTARD SAUCE)

Kuning telur 1biji
Tepung jagung 1sudu
Gula 2sudu
Fresh milk 1cawan
Vanilla Esen 1sudu teh


First, pukul kuning telur then masukkan tepung jagung + gula + fresh milk. Masak atas api perlahan, teruskan kacau hingga adunan menjadi pekat, then masukkan vanilla esen. Gaul mesra dan tutup api, hidang bila agak sejuk.