Showing posts with label Noodle. Show all posts
Showing posts with label Noodle. Show all posts

Thursday, June 21, 2012

Bihun goreng TOMYAM paling sedap!

السلام عليكم....


Arini ada kesempatan nak share resepi bihun yg simple & best, kena la gan tekak i sefamili! Sebelum ni i penah try wat bihun grg tomyam ni tp xmenjadi, bau tomyam tu xmengancam, cheeewahhh salahkan resepi plak! hahaa, tp resepi ni mmg da best, semua secukup rasa, masam manis tomyam, wangi daun limau purut, balance! Mmg diakui sedap sbb aqil biasanya xmakan bihun, tp kali ni dia makan betambah2, suke! Tq pd tuan empunya resepi (K.liza), sy kongsikan disini pula ya:)....



BAHAN :

1 bungkus Bihun - rendam, bila lembut, toskan 
300gm udang 
200gm isi ayam 
3 ulas bawang putih - diketuk 
5 ulas bawang merah - dikisar 
2 batang serai - diketuk sedikit 
2 kiub perencah tomyam (maggi/knorr) ~ i guna pes tomyam
cili api - bagi yg mahukan lebih rasa pedas 
5 s/b cili mesin 
1 biji telur ~ i xletak 
3 helai daun limau purut - dicarik2kan 
Kobis - di potong pjg (halus) 
Carrot - dipotong pjg (spt btg mancis) 
2 biji tomato - dihiris nipis2 
1 mangkuk air - jika ingin mi basah lebihkan sukatan air 
Daun saderi ~ i xletak


Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan serai hingga wangi. Masukkan ayam dan kacau. Masukkan pula bawang merah yg telah dikisar dan perencah tomyam dan cili mesin. Goreng sehingga pecah minyak. Masukkan udang dan gorenglah sekejap baru masukkan telur. Masukkan air, garam dan gula secukup rasa. Untuk mendapatkan rasa yg lebih sedap bolehlah dibuat stok udang dengan merebus kepala dan kulit udang yg telah dibersihkan. Masak hingga mendidih dan masukkan sayur2an (kobis, carrot dan tomato yg telah dipotong). Masukkan juga daun limau purut yg telah dicarik2kan. Bila sayuran dah agak lembut, masukkan mihun tadi dan goreng hingga ramuan sebati dan mi menjadi lembut (Jika ingin mi yg basah lebihkan air/stok udang). Hidangkan ke dalam pinggan dan taburkan dengan daun saderi yg telah dihiris halus


* Bestnyaaaa... arini dpt beli tembikai merah, fav i tauuuu!! da lama teringin, ni baru kesempatan nak beli, Aqil sukaaaa sgt, tp Aiman xsuka.. hehehe, xpe mama mkn gan abg Aqil, manis & juicy! p/s sebiji tembikai merah saiz sederhana kecil camni RM15 sebiji! hmmm



Slruuupppp.. selebihnya nak wat jus tembikai!


Sunday, May 6, 2012

Bihun Sup Utara Tulang Kambing II

السلام عليكم....


Arini i nak share resepi bihun sup meletopppp punya.. hahaaa, semlm kmi g beli stok ayam & daging kat kedai halal pastu hubby tringin nak mkn benda2 yg panaskan badan, sbb da dtg balik sejuk2 ketar cam winter.. iskk, so i beli tulang kambing, yela nak panaskan badan kannn.. haaaa, adoi rosak diet i tauuu! So arini lunch bihun sup org perelih, perrghh paling best mesti la sambal special ituee, berjaya gak wat! Sebelum ni penah wat tp mcm de something wrong la.. ngheee * ala da xpandai msk ckp jela.. huhu. Tima kasihhh bebyk kat Madihaa utk resepi yg marbeles ini! Btol2 rasa cam mkn kat kedai bihun sup simpang 4 tauuu! hahaa, bole la nak sedapkan hati yg kempunan nak mkn itu ini..haishhh

Bahan2 utk SUP :
Minyak (kalu guna cara menumis.. kalau taknak tumis pun boleh)
Rempah tumis (rempah ni boleh dimesin atau tumis kasar)
3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
1 s/b ketumbar
½ s/b jintan manis
½ s/b lada hitam
3 biji buah pelaga
½ s/b lada putih

Bahan Kisar
2 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
2 inci halia - dititik atau kisar
2 batang serai - dititik
1 peket kecil rempah sup adabi (serbuk) ~ campurkan sikit air jadikan pes
1 kg daging (biarkan seketul besar gitu ataupun potong dua bahagian saja)
1/2 kg tulang (i guna tulang kambing)
1/2 kg perut (jika suka) ~ i xletak
Air utk merebus dan kuah secukupnya (kena tambah lagi sehingga daging empuk)
Garam & serbuk perasa
Serbuk lada hitam secukupnya

CARA :
1. Jika dibuat cara menumis - panaskan minyak tumis dulu rempah kasar sekejap kemudian masukkan bahan mesin kacau sikit masukkan pes rempah sup kacau lagi.
2. Masukkan serai dan halia kemudian masukkan air kacau jangan bagi berkerak.
3. Masukkan daging, tulang dan perut. Tutup periuk biarkan ia mendidih baru kacau2 sedikit. Masak sehingga daging empuk. Jika daging masih belum empuk.. tambahkan air (kalau nak cepat tambah air panas mendidih). Jika guna periuk biasa... biasanya ambil masa lebih kurang 2½ jam sehingga 3 jam baru kuahnya sedap. Sekiranya anda mempunyai pressure cooker.. masa merebus lebih singkat .
4. Bila daging hampir empuk.. perasakan dengan garam, serbuk lada hitam & perasa secukupnya.. biar merenih & daging benar2 empuk.. tutuplah api..

Jika dibuat cara merebus - Masukkan air dlm periuk dan segala bahan2 sekali gus dan rebuslah sehingga daging empuk (cara ni tak guna minyak bagus utk org nak jaga badan )


Untuk BIHUN :
1. 1 bungkus bihun/mee hoon direndam dalam air bersama 1 sudu besar serbuk kunyit sehingga lembut kemudian tos kan.
2. Sementara itu didihkan air utk merebus mee hoon.
3. Bila air dah mendidih masukkan mee hoon yg telah ditos tadi dan tutup api.kacau 2 sikit bagi mee hoon masak dgn rata biarkan dlm 3 minit agak2 mee hoon masak jgn terlalu lama nanti terlembik.
4. Tos kan mee hoon sambil dijirus dgn air paip kemudian balik2 kan dan biarkan mee hoon di tos begitu sehingga di hidang. Tujuan buat begini supaya mee hoon tak jadi bergumpal dan mudah utk di ambil atau dileraikan bila nak makan.

Bahan HIASAN :

Daging dan perut yg telah siap dipotong kecil2 (Ambil dari dalam kuah sup tadi)
Lobak masin hancur (dicuci & kalau suka boleh goreng kejap)
Bawang goreng (nak sedap goreng sendiri )
Daun sup dan daun bawang di mayang
Sambal Cili


RESEPI SAMBAL CILI
½ cawan serbuk cili babas
½ sudu besar bawang putih dan merah mesin (ambik dr bawang buat kuah sup tadi pun boleh tapi jgn letak HALIA)
½ cawan air (boleh tambah jika terlalu pekat)
50 gm gula melaka @ gula hitam
½ sudu besar asam jawa (dibancuh dgn air tadi)
perasakan dgn garam dan tok aji sikit
sedikit minyak utk menumis.

CARA :
1. Panaskan minyak api perlahan, tumis bawang kejap then masukkan serbuk cili kacau jgn sampai hangit.
2. Masukkan air asam jawa, gula melaka, garam & serbuk perasa secukupnya. Kacau hingga sebati jgn ada yg berketul. Biarkan ia pekat kacau2 sikit tapi hati2 sambal ini akan meletup2 mcm masak dodol jadi gunakan api yg perlahan. Rasakan sambal biar secukup rasa.. ada rasa masin, manis & masam... pedas semestinyaa
3. Sedia dihidangkan bersama2 dengan bihun & seangkatan dengan nya


Bahan mmg nampak banyak tp sgt mudah nak buat, selamat mencuba!!

Wednesday, January 18, 2012

Yang paling sedap !!

السلام عليكم....

Yang sebenarnya time sejuk cenggini, nasi & kicap pon sedap, semua lah berselera, abih tu da asyik lapar je..iskk.. yg two kiddo pun asyik2 buka fridge, cari makanan, da i sedia dlm balang memasing pun still xcukup, dorg lagi la asyik lapar sbb aktif main, lari, lompat.. hehe. At last brjaya juga i wat menu paling simple & sedap.. hahhaa.. nak tgk ke, malu lak i nak tunjuk, bukan sbb malas.. ehehe, sbb sejukkkk kat dapur tu, xle nak dok lelama, jd msk benda yg amik masa yg singkat & yg penting sedap:).
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tadaaaaa... bihun goreng kosong & telur goreng + bawang goreng... nyummm!


Nak resepi ke... hmm, i share la, nnti korang pon bole masak time emergency, klu sempat tambah la sayur, ayam, seafood, daging, cili dll.. hehe, ni mmg express btol sbb ada seafood fishcake/ball aje..:))

BAHAN :

Bihun 1 bungkus (rendam & tos)
Cili serbuk 1 sudu (tambah sikit air jadikan pes cili)
Bawang besar 3biji*
Bawang putih 5 ulas*
Udang kering 2 sudu besar
Sos cili secukupnya
Sos tiram secukupnya
Satu sudu cuka
Kicap manis secukupnya
Ajinamoto secukupnya
Fishcake/fishball 10 biji (hiris)
Air 1 cawan
Garam secukupnya
* Blend 

Panaskan minyak dlm kuali, tumis bahan blend hingga naik bau. Masukkan udang kering + pes cili. Tumis lagi hingga terbit minyak. Then, masukkan air 1 cawan, biar hingga mendidih & masukkan sos cili + sos tiram + kicap manis. Gaul sekejap & masukkan fishball/fishcake + garam . Biar sehingga lauk agak masak, then baru masukkan cuka 2 sudu. Baru masukkan bihun, gaul hingga sebati, perasakan. Jika perlu tambah garam @ ajinamoto. Siap! Hidang gan telur goreng/ cili potong @ bawang goreng :))

Wednesday, November 16, 2011

Keow Teow Goreng Pedas

السلام عليكم....

Arini sempat masak ni je, jemu makan nasi, skali skala makan mee @ keow teow lak..hehehe. Aqil da 2 hari xg sekolah, cian anak mama demam, sejuk sgt kat luar tu, insyallah sok dia da bole g sekolah, tgk dia da cergas main tadi, setiap jam tanya bila dia nak g sekolah, hehhe boring la tu dok umah, org da seronok g sekolah ada kengkawan & mainan banyak..hehe. Ayam goreng tu kebetulan ada yg i defrost so goreng jela, tu yg tayang skali, sedap sungguh resepi CMG ni, pedas bukan main, mmg best mkn time sejuk2 beku ni..heheeee. Skang ni tgh syok sales utk Christmas, escp perfume, semuanya tinggal HALF PRICE !! Sthn skali je ni, so skang tuan rumah mmg bz kuar g shopping perfume..ahhaaaa, bkn utk diri sendiri, tp utk member2 Msia yg order. I xsempat pun nak rembat utk diri sendiri, xpe..tunggu org bagi jela..hehe. Sambil2 nyoping, sambil2 tu spray perfume sampe da xtau yg mna satu yg best, harum semerbak! Ada sesapa nak order perfume????  hehee..


Jom semak resepi best & berasappp ni dr CMG...

BAHAN :

500 gram kue teow, cuci dan toskan
3 pokok sawi bok choy ~ i letak carrot
2 biji telur, pukul sedikit
4 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, cincang halus
1 keping fish cake, hiris
1/2 cawan isi udang
Taugeh secukupnya ~ i xletak
1 camca besar sos cili
2 camca besar kicap pekat
Kicap cair secukupnya
1 kiub ayam maggi (optional)
3 camca besar cili kisar
5 biji cili padi, cincang halus (optional)
Sedikit air

Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan cili padi sert kiub ayam (hancurkan) tumis hingga terbit minyak. Masukkan udang, fish cake dan batang sawi, kacau rata. Tuang sedikit air.
Tolak ketepi kuali, dan masukkan telur. Biar telur mengeras sedikit dan hancurkan. Gaul rata dan tambah sos cili, kicap pekat dan sedikit kicap cair, kacau rata.
Masukkan kue teow dan gaul hingga rata, masuk daun sawi dan taugeh, kacau dan masak hingga layu sedikit. Tambah kicap cair secukup rasa, dan masak dengan api perlahan. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas.

Monday, October 3, 2011

Keow Teow Sup Simple


السلام عليكم....

Arini nak share simple resepi, sbb nak cepatttt so terrrcipta la benda yg simple dimple ni.. hehehe. Senang & cepat sgt nak siap, sesuai utk kanak2 ribena, two kiddo pon sukeee sesgt hirup sup ni.. huh nasib bek g, klu xsuka jenuh mamanye nak masuk dapur balik.. iskkk. Orait xleh nak celoteh lelama, kitorg nak out dulu, sementara tgh panas terik, * nampaknye minggu depan da start sejukkkk balik, huhu, ramalan cuaca pun menunjukkan Winter kali ni seawal bulan Oktober.. iskk, pic Autumn pon xamik g.. uwaaaaaaaaa. Jom semak resepi ...

BAHAN :

Keow Teow 1bungkus (rendam air panas & tos)
Fish ball/Fish cake/ Isi ayam (hiris nipis)
Bawang putih 4 ulas (ketuk)
Halia 1 inci (ketuk)
Serbuk Lada hitam 1 sudu
Air 2 cawan
Carrot 1 batang(hiris)
Mix vegetable
Garam & perasa secukupnya

Firstly, tumis bawang putih + lada hitam + halia hingga naik bau. Then masukkan bahan mentah (fish cake/ball @ isi ayam). Biar hingga masak. Then masukkan air & biar hingga mendidih. Masukkan sayur-sayuran & perasakan dgn garam & perasa tambahan. Siap. Hidang bersama keow teow yg dicelur tadi & taburan bawang goreng:)


* Sluuurrrrpppp... hehe, jemput makan :P *

Owh ni pic masa lepak2 kat city last weekend, saja kuar jalan2 cari makan sbb sepanjang minggu lepas yg panas terik mencecah 28C, kering kontang baju di jemuran.. heeheee, last time suhu sebegini adalah 20 tahun yg lepas! Bayangkan, klu kat Msia senantiasa panas.. hehehe, so time ni kna amik peluang utk jenjalan sambil menikmati suasana Autumn, tp yg frustnyeeeeee i lupa bawa kamera... grrrrrrr, so layan jela 2-3 keping pic ni dr handfon i yg canggih ini.. erk

 
* Actualy nak tunjuk pokok2 yg tgh kekuningan kat seberang jalan tu.. hehe *

* Eeeee... i like roses! Time ni singgah Mark & Spencer *

* Tq sayang.. hihiiii - xsukenya pic blurrr! *

Wednesday, August 3, 2011

Bubur Kacang wif Durian... Simple Iftar menu ❦


السلام عليكم...

Simple je menu semalam, ala kmi berdua je pun nak hidang semeja penuh jenuh nak makan.. hehe, semalam kmi berbuka dgn mee goreng mamak, resepi mama i, resepi ada di link sini k:).. Untuk dessert, rasa tringin lak nak makan durian, ada balance 1 tupperware lagi so i wat Bubur Kacang Durian ni, nyummmm makan sejuk2 @ panas2 pun sedapppp! Kenyang trus.. hehe, adoii nak diet cam ne ni, puasa 18 jam pun klu da berbuka dgn high choles cam ni, hrmm makin gebuss lerrr.. hahhaa, xpe skali skala kan, lgpun nak masukkan stok baru dlm freezer tu so kna punggah2 yg mna patut abiskan & yg mana nak kna topup.. erk alasan:D. BTW, resepi bubur kacang ni mmg lemak manis gitue coz guna susu pekat...mmmm sgt2 sedap, thanks for da recipe nuanza, tp kna adjust gula merah, jgn banyak sgt sbb susu pekat da cukup manis:).. lagi bertambah sedappp bla bergabung gan durian yg lemak2 manis..



BAHAN :

Kacang hijau 2cawan
Santan pekat 2cawan (saya guna yg dlm kotak tu)
Susu pekat manis 1/2cawan
Gula merah / putih 2sudu (kena agak2 sendiri, sbb susu pekat dah manis)
Garam 1/2 sudu teh
Daun pandan 2helai
Sagu 2-3 sudu ~ i xletak
Durian beberapa ulas


Firstly, kacang hijau digoreng tanpa minyak dlm kuali dlm 3-4 minit, kemudian tutup api dan masukkan air. Rendam dlm 1 jam. Bilas sekali 2, pastu rebus kacang sampai empuk. Bila semua kacang dah pecah dan empuk, masukkan semua bahan lain kecuali sagu. Biarkan mendidih sekejap, kemudian masukkan sagu/ durian. Tambah air jika agak pekat sbb bila dh sejuk nanti, kuah akan makin pekat. Kalau masak agak lama sikit, bubur x mudah basi..:)


* Mmmm.. durian yg mengoda.. ahaks! *

Monday, June 20, 2011

Mee Kari Udang


Ni menu last week, ada balance udang fresh dr ladang so wat special menu.. hehe, tp cam biasa mee i transfer guna spaghetti... I try resepi ni dr MyResepi (qirah75), thanks 4da recipe, mmg sedap betul, cam mkn kat kedai, serious! Bkn nak angkat bakul sendiri, tp resepi ni mmg superb, xrugi try, siap dapat tempat ke-2 dlm pertandingan memasak Hari Guru lagi tau.. hehe. Last month kmi dpt surat dr GP, si Aqil ni nak kena amik vaksin skali lagi bila masuk 3tahun. Klu kat Msia jadual imunisasi stakat 11/2 je then tunggu 7thn baru amik vaksin seterusnya.. tp disini jadual berbeza, memula i riso gak, takut dorg bagi vaksin yg sama dgn previous imunisasi, yela ms 1st daftar tu dorg tgk la buku biru (buku imunisasi kanak2) tu, da la tulis dlm malay, tulisan pun conteng2 ja (tulisan nurse & doc), tp alhamdulillah dorg explain secara detail sebelum doc tu sentuh two kiddo ni, & dia siap tulis vaksin jenis mana yg dia akan bagi, dia kata dia take note yg mana doc di Msia da bagi vaksin pada two kiddo ni, dia senaraikan ikut turutan, nasib semu jenis vaksin di Msia tu doc cop in english, so tulisan xkabur:).. haa br puas hati i, kita kna tau gak, takut tersalah faham coz area i duduk ni dorg punya pelat english, adoii pekat sungguh, beputar belit lidah, klu xfaham betul2 lain plak jadinya.. huhu. Kmi wat appointment kol 10.30pg, xsampe 1/2jam doc da panggil, i masuk gan Aqil.. nampak relax je, doc tanya i da gtau Aqil ke pe nak wat arini, i ckp da b4 bedtime smlm i da gtau dia, doc siap bagi lolipop, uishh syok abis la, doc pun pe lagi Aqil tgk ralit hisap lolipop tu, trus cucuk lengan dia.. erkk, terkejut dia, tp dia xnangis, cepat btol doc tu suntik vaksin tu, then si Aqil ni spontan tgk doc tu pastu dia ckp 'ouuchh, wat is tat???'.. hheheee, doc tu explain, 'oh its just a tiny bug crawl on ur arm.. look', doc tu tunjuk bug toy dia letak atas lengan Aqil & tickle him, hehe trus si Aqil ni geli, gelak sampe lupa rs sakit tu.. hahaaaa, psikologi kanak2, lagi sronok bila doc bagi dia award bcoz of his good behaviour:)..



Da siap semu, i sempat singgah GREGS, nak bagi treat kat Aqil, so dia pilih Choco Cornflakes, huhu lps ni mama wat sendiri la, ingat nak pilih muffin ke, burger ke...


Orait jom selak resepi mee kari udang yg superb ni!


BAHAN :

Udang 1/2 kg
Fish cake (hiris) ~ i tambah
Mee kuning 1kg (basuh dan celur) ~ i guna spaghetti
Rempah kari 2 senduk kecil
Cili boh 2sudu (kalau suka pedas)
Bawang merah 6 ulas*
Bawang putih 3 ulas*
Halia 1/2 inci*
Kulit kayu manis 1btg, Bunga lawang 2kuntum, Bunga cengkih 2biji
Daun kari 1 tangkai ~ i x letak
Tauhu kering (hiris)
Udang kering 2sudu*
Asam keping dlm 2-3 keping
Pati santan 1kotak @ kelapa parut sebijik
Bahan hiasan/ulam: telur rebus, bawang goreng, sawi(celur), taugeh(celur), cili besar
(Tumbuk bahan *)


First, gaulkan serbuk kari dgn air panas utk jadikan paste. Masukkan juga cili bo tadi. Bersihkan udang, keluarkan kepala dan kulit. Kepala dan kulit ni rebus dgn sedikit air kemudian blend dan tapiskan air dia tu untuk jadikan stok. Panaskan minyak. Masukkan daun kari. Lepas tu kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih. Masukkan bahan-bahan tumbuk tadi. Bila dah agak kekuningan masukkan paste kari. Bila dah pecah minyak, masukkan santan, stok udang, garam secukup rasa dan asam keping. Garam tu mesti secukup rasa supaya santan tak berketul-ketul. Bila dah mendidih dan pecah minyak masukkan udang. Bila mendidih sekali masukkan tauhu kering yg telah di potong dua, kacau-kacau dan tutup api. Masukkan mee dalam mangkuk, kuah dan bahan-bahan hiasan dan sedia untuk dimakan..

Friday, June 17, 2011

Spaghetti Kung Fu


Thanks hanis for tis easy peasy recipe! Mudah & sedap, skali skala tukar selera, stok kueh teow da abis, so guna spaghetti.. hehe, so mmg sgt2 kenyang makan sepinggan, lps ni nak try guna kueh teow. I guna apa yg ada dlm fridge, sayur pun tinggal sawi & carrot, mix vege ada swwet corn je, masukkan je semu skali, the more the merrier..ahaks! Dlm fridge wajib ada sweet corn & carrot, xble abis stok dua benda tu, mana xnye, kita nak guna masak tp disebabkan ada budak Vegetarian dlm rumah ni, so kna lebihkan stok..iskk, carrot tu setiap kali beli, kna siap2 basuh @ kekdg i beli baby carrot, so xyah peel da.. si Aqil ni suka buka fridge trus ngap carrot cam mkn kacang je..huhu, tup2 da tinggal setengah bag da, bape batang je tinggal utk masak.. siap bagi Aiman gigit skali, skang Aiman pun stat suka kunyah carrot ikut abg punya psal.. hehe, moga2 anak2 mama dikurniakan mata yg cerah & sihat selalu , so xyah pakai spec mcm mama & abahnye... hehe

BAHAN :

Kueh teow 1bungkus ~ i guna spaghetti
Telur 2biji
Lada hitam / lada putih
Mix seafood ~ i guna udang je
Mix Vege
Tepung jagung 1sudu
Air 1cawan
Sayur-sayur lain (optional)
Bawang putih 1ulas
Cili padi 2biji (kalau nak lebih pedas boleh letak lebih)
Sos tiram


First, pukul telur bersama garam dan sedikit lada hitam/ putih di dalam gelas. Masukkan kueh teow/Spaghetti hingga 3/4 gelas. Tuang dalam kuali yang dah diletakkan sedikit minyak. Ratakan kueh teow/Spaghetti supaya menjadi sedikit nipis. Balikkan supaya kedua-dua belah masak. Then, masukkan dalam pinggan dan sedikit melengkung.
Untuk kuah, tumis bawang putih hingga sedikit perang. Kemudian masukkan seafood mix.
Tangkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air dalam kuali. Masukkan sedikit lada hitam, cili padi, sedikit sos tiram, lobak dan sayur-sayuran. Biarkan kuah sedikit pekat kemudian tuangkan ke dalam pinggan berisi kueh teow/Spaghetti tadi. (kalau nak lebih kuah boleh tambah lagi air)

Sunday, May 8, 2011

Laksa Asam D'rantau


Laksa ni i wat gan K.hanim last few weeks, bkn pe tringin punye pasal then nak abiskan stok ikan sama, huhu. I de beli ikan whole sardin aritu then goreng la konon nak mkn simple dimple ja, cicah air asam.. mmm sedap tu, skali amik ko tulang halus2 cam jejarum tu mengalahkan makan ikan terubok! haishhh, at last abiskan wat kuah laksa, tupun sayang sgt xle amik isi ikan coz bila diblend semua isi, tulang still xhancur, so amik jus ikan je..huhu, then K.hanim de tambah ikan tuna dlm tin, so ada gak la isi ikan dlm kuah laksa tu.. hilang la kempunan nak makan laksaaaaaa.... hahaha! Jomm tgk resepi laksa dr Chef Hanim .. hehe


BAHAN :

Laksa sebungkus ( rebus dlm air mendidih & tos)

Utk kuah :

Ikan sardin 5 ekor(rebus dlm air + garam, tos & blend halus)
* Nak guna ikan dlm tin (tuna/sardin) pun ble, lg senang:)

Daun kesum 5 helai ~Chef hanim berjaya tanam pokok kesum dgn suburnya..haha
Bunga kantan 1 kuntum (hiris 2) ~ kna jimat2
Asam keping (3 keping)
Bawang besar 2biji*
Cili kering segenggam*
Garam, gula & ajinamoto secukup rasa
Timun/ nenas/ telur(hiris)/ bawang/ salad@mint(hiris)/ cili(hiris)/ limau(hiris)
* Blend



First, rebus ikan hingga masak & blend halus ikan yg telah direbus, perah jus ikan & masukkan ke dalam air rebusan ikan tadi. Utk ikan yg xde tulang halus, masukkan skali isi ikan. Then, dgn api perlahan masak skali lagi air rebusan & isi ikan, masukkan bawang besar & cili kering yg diblend, asam keping & bunga kantan, masak hingga mendidih. Lepas mendidih, tambah gula/ garam/ ajinamoto & masukkan daun kesum.

Tuesday, March 15, 2011

Bihun Sup Utara


Fuhh.. bz betul 2 ari lepas, hehe bz berjalan2, yeala cuaca best sangat, panas terik, suhu 10C, pe lagi kuar amik udara segar & pancaran matahari yg freshhh sambil ditiup angin sepoi dingin...grrrr, huh ingat xsejuk ke, sejukk gak cuma xla cam time winter lepas, klu time cam gini, ramai sungguh orang di atas jalan, time tu la ada yg nak cuci keta, bawa anak g playground, budak2 g padang main bola, yg ada pet esc doggy ble la nampak dorg main baling2 twig tu kan.. erk ngeri lak tgk doggy dorg, sama besar dgn manusia pun ada.. huh. Kami cam biasa bw two kiddo ni g playground, then singgah jap beli stok bahan mentah kat kedai Halal. Actualy i ada appointment dgn dentist pagi kemarin, i excited sgt nak jumpa dentist i coz dia kata nak wat overall scaling procedures, cam ngeri pun ada tp i tau resultnye mmg best, cam dapat gigi baru katakan.. hehe, rasa freshhh ja sepanjang masa & kejap2 g belek gigi di cermin, erk perasan sowang2! Orait, abis kisah kemarin, ni menu last week, asyik makan nasi je so tukar selera ckit.. cuma xde lobak asin je, xpe la kurangkan makan masin2, bagus gak xde.. hehe. Actualy dok selak resepi2 K.Nieza yg best2 tu, xtau nak try yg mana satu, pelbagai jenis masakan, so resepi ni dari K.Nieza, thanks a lot, izinkan Mamma Olyn berkongsi resepi disini untuk rujukan kemudian hari yea.. hehe, sedappp sgt, sllurrrrppppp hirup sup panas2 time sejuk dingin, eh my two kiddo sampe bertambah mangkuk, suka dorg hirup sup:D.

BAHAN :
(Bahan A)
1 paket bihun(rendam hingga lembut)
Serbuk kunyit 2 sudu

(Bahan B - Sup)
500 gm daging berlemak muda [potong besar] ~ i letak daging pejal
300 gm perut ~ i x letak
1 bungkus rempah bunjut
2 inci halia
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 s/b lada hitam [tumbuk kasar]
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 s/b rempah sup adabi
Garam
Air secukupnya


(Bahan C - Hiasan)
Daun sup dan daun bawang [ hiriskan]
Lobak asin cincang ~ i x letak
Bawang goreng
Cili merah [hiriskan]
Limau kasturi [belah 2]

First, rebuskan bahan kuah sehingga daging betul-betul lembut. Kemudian, daging dan perut dihiriskan nipis. Celurkan bihun supaya lembut dan toskan. Masukkan bihun dan daging serta bahan hiasan dalam mangkuk dan letakkan kuah.



(Bahan D - Sos Cili) ~ i x buat
10 biji cili merah
1 bawang putih
1 s/b cuka
Garam
Gula dan air

Cara untuk buat sos cili adalah semua bahan dikisar halus dan masakkan sehingga mendidih dan pekat.


BTW, ni bawang goreng home-made, ada jual di kedai tp cam xbest je, so i buat sendiri, lagiii sedap, garing gitue. Orait, ni resepi bawang goreng i letak skali... hehe

BAHAN :

Bawang besar 4biji (kupas & hiris nipis)
Tepung gandum 1cawan
Garam secukupnya
Minyak secukupnya

First, hiris nipis bawang & gaul dengan tepung gandum hingga menyaluti kesemua hirisan bawang, tambah garam dan gaul.. make sure semua bawang disaluti dgn tepung tadi. Panaskan minyak, make sure minyak betul2 panas (guna api sederhana) then br masukkan bawang tadi, goreng bawang hingga garing & keperangan, angkat dan tos. Bila agak sejuk masukkan dlm bekas kedap dan boleh terus dimakan:D

Monday, February 7, 2011

Mee Kolok + Red Tulip:)


First time i makan mee kolok ni, resepi dr Cik Lurpak.. sebelum ni xpernah pun dengar mee kolok ni cam mana, bila tgk entry mee kolok aritu, terus tringinnn sgt nak wat cumanye stok mee xde dlm umah, sok nye trus g ThaiPanna (Thailand shop) g beli mee gulung:).. lepas siap masak, trus ngap...sedappp tidak terkata, dan xsangka Aqil & Aiman pun suka makan (dorg makan mee & sup) sampe tambah semangkuk lagi.. bagi i yg bg kick mee kolok ni sambal kicap tu, nyummmm, bertambah2 lagi dgn hirisan daging gaul gan bawang goreng & sedikit sup...walllaaaa, mee kolok ni bole makan kering cam tu (mee + sambal kicap + daging + bawang goreng, gaul) @ tambah sup jadikan macam mee sup, dua2 pun sedap.. tetambah semenjak minggu lps asyik hujan so sedap hirup sup panas2:), angin pun kuat sgt, kdg2 cam ribut pun ada, klu si Aiman tu skali lalu angin dgn dia skali angin tolak..haha


Last but not least, tulip merah i da kembang..hihi, cantikkkk sgt!


* Sebelum *


* Taddaaaaa..hehe *


Friday, February 4, 2011

Bihun Goreng Cina


Bestnyee rakyat Malaysia cuti panjang yea, paling best bla bole makan buah limau mandarin yg manisss sepanjang bulan..hehe, selalunya klu Chinese New Year dpt cuti panjang Hubby akan bawa kmi jenjalan seaview area, kami selalu g Penang klu ada cuti perayaan cam ni, sales pun best2 br ada semangat nak shopping..hehe. Mama & abah mesti dapat kotak limau dr member2, xlarat nak makan limau sampe muka bertukar kaler oren..hehe.. Kat sini xrasa perayaan cina, xramai kaum cina kat sini (area Sheffield la), yg ada pun berniaga buka kedai jual produk makanan dari Asia, maybe kedai tutup la kot nak sambut perayaan dgn famili.. So, sempena raya cina, kemarin i masak bihun goreng cina mamma olyn home-made recipe..kui kui..

BAHAN :

Bihun sebungkus (rendam hingga agak lembut & tos)
Udang 300g (buang kulit & cuci)
Telur 4biji (goreng & kacau)
Bawang putih 5ulas (hiris)
Bawang Jepun 1biji (hiris)
Lada hitam
Sos tiram
Sos ikan
Carrot (hiris)
Perasa makanan secukup rasa


First, tumis bawang putih + bawang jepun hingga naik bau. Then, masukkan sos tiram + sos ikan + udang, gaul sekejap dan terus masukkan bihun yg ditos. Gaul hingga mesra, masukkan carrot + lada hitam + perasa makanan. Tambah sos ikan jika perlu masin (xperlu garam, sos ikan da cukup masin), kemudian tabur telur yg telah digoreng tadi. Hidang bersama cili kicap..yummm yumm.

BAHAN :
(Cili kicap)


Cili besar 1biji (cuci & hiris halus)
Bawang putih 1ulas (hiris halus)
Kicap manis
Limau nipis/lemon 1biji (perah jus)
*cili sini sangat pedas, klu di Msia ble guna 2/3biji:)

Gaul kesemua bahan diatas, boleh juga ditumbuk/blend (cili + bawang putih) then gaul bersama kicap manis + perahan jus limau nipis.