Thursday, September 29, 2011

Roti Jala + Gulai Ayam


السلام عليكم....

Rasa lama xmakan roti jala, so i wat utk bfast, mmm nyummmyyy lepas kempunan nak makan roti jala, cuma penat dok menjala je la.. hehhe tp seriously resepi ni mmg superbbb! Lembut sampe ke esok harinya, simple je bahan & cara nak wat tp sedap & yg penting lembut, xliat bila da sejuk.. klu xcaya sila try resepi ni, i copy dr Myr, thanks tuan empunya resepi:).. mmg berbaloi2, tp i xpandai nak kirai cantik2 cam kat kedai tu, nampak elok je jalanya.. huhu, xpe la yg penting sedap, & best part roti jala ni da jd fav si Aqil! Yeaaaaaa.. at last dpt gak benda baru dia suka, lps ni kena byk perkenalkan makanan2 Msia la, mamanye kna rajin la yerrr. Baru2 ni i wat kuih lopes, punya la sukaaa cuma dia kata dia xnak 'snow'.. erk, actualy dia xnak kelapa parut yg kita salut pd kuih lopes tu.. hehehe, dia kata snow, saba jela.. pastu i ajar dia sebut 'lopes'.. tis is lopes, then dia sebut 'lopezzz'.. hahaha, bole la. Lps ni klu dia nak senang dia minta kat i, br i faham.. ini kekdg dia nak makan itu ini tp bila i hidang semu xkena, he's a fussy eater.. huhu, da byk kali dia minta 'lopezzz' dia tu, senang je nak watnye, guna microwave je.. nnti i share resepi kuih lopes k:).. Skang jom semak resepi roti jala lembut ni..


BAHAN :

Tepung gandum 3cawan
Minyak masak 2 1/2 sudu
Garam 1 sudu teh
Sedikit pewarna kuning
Telur 1 biji
Air/santan/ susu segar 3 cawan

Blendkan semua bahan di atas hingga sebati. Kalau nak tahu adunan dah boleh jala ke belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala. Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung. Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah dal atau kari ayam. Sesuai untuk open house sebab walaupun sampai ke petang roti jala tu tetap lembut seperti baru dimasak. Cubalah.

Untuk resepi gulai ayam, ni resepi i sendiri, hehhee.. wangi & pekat kuah gulai ni *_^...

BAHAN :

Seekor ayam (cuci & tos)
Bawang merah 3 biji (besar) @ 8 biji (kecil)*
Bawang putih 3 ulas*
Halia - dititik
Bunga cengkih/ bunga lawang/ kulit kayu manis/ buah pelaga (serba sedikit)
Biji sawi 1 sudu teh
Rempah kari 1 pek kecil (bancuh gan air jadikan pes)
Serbuk kunyit 1 sudu
Santan 1 liter (tambah air jika hendak kuah lebih)
Asam keping 1
Garam & perasa secukupnya
Kentang secukupnya (belah 4 & cuci)
Cili merah
* Blend

Firstly, tumis bahan blend, halia & bunga cengkih/ lawang/ kulit kayu manis/ buah pelaga & biji sawi hingga naik bau. Then masukkan pes kari + serbuk kunyit & gaul hingga naik minyak. Then masukkan ayam, gaul mesra, biarkan sekejap. Then masukkan santan. Gunakan api yg perlahan & biar hingga mendidih, kemudian masukkan kentang & biar hingga empuk, last masukkan garam & perasa secukupnya & sebelum tutup api masukkan asam keping & cili merah & biar sekejap. Tutup api & bole dihidang:)...



Skang da musim Autumn.. minggu ni cerahhhh sepanjang hari, panas terik macam Summer & sama cam dok di Msia, br la rasa panas bebetul sbb spanjang minggu panas, klu de 2-3 ari hujan, alamatnya sejukkk balik la.. huhu.. layan la pic dibawah ni sekitar Firth Park, kmi xsempat lagi nak posing2 musim Autumn ni, hubby teramatlah sibuk 2-3 minggu ni.. huhu, klu jadi mybe tis weekend insyallah, nnti i update :)..



Wednesday, September 28, 2011

Fruit Tart ♥ & Custard Teacake ♥


السلام عليكم....

I wat fruit tart ni masa jemputan hi-tea kat umah k.Peah Sabtu lps.. i bawa 2 dessert, yg satu g tu Custard Teacake.. nyummm mmg sedap la teacake tu sbb ada custard dlm kek tu, i letak custard lebih lagi best... hehehe, kedua2 ni resepi dr CMG. Untuk fruit tart tu, 1st time i wat pastry tart tu, klu nak mudah beli yg ready made pon ada, cuma i terrrrrajinn lak aritu, buat la step by step, byk gak stepnya tp bebaloi2 & yg penting menjadi plus sedap.. ehehee. Takut gak klu salah cara, kulit tart mudah pecah & lemau.. tp i mmg ikut step by step & alhamdulillah mnjadi, cuma i wat kulit tebal sikit so tart xkan jadi lemau, & best part time nak deco buah2an tu la, part tu yg i sukeeee sesgt.. hahaa, xde la kreatif sgt, cuma suka tgk buah2an fresh & colorful tu.. hihi, sayang lak nak makan:). Seronoknya g jamuan hi-tea aritu, sedap2 makanan, k.Peah masak mee kari, lempeng & sambal sardin, bubur nasi utk kanak2 ribena, kuih lopes & kek butter pelangi, yg lain de gak potluck memasing, de samosa/ bingka ubi/ kek/ biskut raya & xlupa juga fruit tart & custard teacake i bawa.. hehehee. Meriah sungguh!



* Siap utk ke jamuan hi-tea :) *

Aqil lak cam biasa, trus g jumpa geng kakak2, yeala dorg je boboy kat area Firth Park ni, yg len semu gegirl.. hahaaa, main sampe lupa nak makan, slalu camtu, pastu bla da lapar sgt br turun cari makan & mula la mengamuk itu xkena ini xkena.. grrrr. Klu si Aiman lak.. hrmmm, dia lak keje makan...makan...makannn sampe kakak2 ni kena tunggu nak main gan dia.. hahhaha.. hrmm xcaya, tgk pic kat bawah ni.. memula kmi sampe dia trus makan mee kari sambil ratah fish ball dlm kari sampe 10 keping! Then ratah telur rebus sebiji... Pastu makan buah epal lak sebiji, lps tu br g main sampe skali tu i g cari dia, ingat still dok main kat atas.. skali hubby panggil i, suruh tgk si Aiman tgh dok balun maruku sampe sebalang! Abis berselerak atas carpet.. huhu, asyik lapa je, klu si Aqil jenuh nak memujuk makan... hehehe


* Tgh makan maruku sampe sebalang.. hahhaa *


* Ratah telur rebus plak... *


* Epal sebiji yg da dikupas, tinggal setgh jer tu.. *_^ *


* Aqil plak... asyik mainnnnn non stop.. hehhee *

Ok, utk resepi Fruit Tart ni ble klik SINI & Custard Teacake klik SINI.. virus 'M' melanda, lgpun nak cepat ni nak g tanam pokok bunga baru... hahhahaaa, nnti i upadate ye:). Sebelum tu sila la jamu mata dgn Fruit tart yg dok posing kat bawah tuuu.... hihiiii


* Custard Teacake wit Custard topping.. huhu *




Tuesday, September 27, 2011

Potato Bun


السلام عليكم....

Wahhh...da 2 minggu berturut2 hujan siang malam, rasa cam nak winter la plak, tp tis week da start panas.. hehehee, jiran2 i pon mula la wat sesi sunbath kat backyard tu, sampe merah kulit cam udang terbakar.. hahhaaa. Ni i nak share satu resepi bun, klu kat Msia i sukaaa sesgt beli potato bun kat kedai kek, skali mgadap je, cicah gan air nescafe panas.. perghhhh, nyummm.. hehe. Kat sini hmmm ada potato bun tp dorg letak buah2 buahan kering so da lain rasanya, xsedap laa. Skali i terjumpa resepi ni dr blog Rai, trus g wat.. nyummmm lembut sgt & sedap! Lps ni ble try upgrade letak grated cheese kat atas tu ke.. hehehe. Utk resepi ble klik link Rai diatas, siap ada step by step utk wat doh & kastard.. hehe


* Siap utk dibakar dlm oven... comot je piping custard tu.. hahaha *


* Hot from oven:) *


* Soft texture & fluffy... nyummmm *

Ni plak mini potato bun utk two kiddo.. hehehe, i letak inti custard, sukee dorg:)...


Monday, September 26, 2011

Happy Birthday ABAH !!!


السلام عليكم....

On this beautiful day (25 Sept), I wish you peace and comfort for all the times to come. Happy Birthday Abah, we are proud to be your child... :)



Semoga abah sentiasa sihat, panjang umur & dimurahkan rezeki selalu... Aminnn

Saturday, September 24, 2011

Puding Marble


السلام عليكم....

Esok 25 Sept 2011 genap 1 tahun kami menetap di bumi England ni.. kejap je kan masa berlalu. Dan arini berlangsungnya majlis perkahwinan adik ipar i di Perlis.. frust sgt xdpt balik, apa kan daya, hubby tgh bertungkus lumus siapkan paperwork dlm masa yg sama. Semoga Awin & hubby bahagia hingga ke anak cucu:). Actualy puding ni da lama i wat, ni baru sempat nak share, da 2 kali i wat puding ni sbb two kidoo sukeeee sesgt, ada rasa coklat & susu, sedappp sgt! Thanks dear Little Parlour for tis recipe.. slalu dpt mkn time raya je, skang da leh wat sendiri, sronok tgk dorg makan sehingga menjilat jari.. hehehe, dorg ingat mama wat homemade chocolate kot:)... tp i xpandai la nak wat marble cam Lady wat, lawa gile belang zebra tu.. nnti kna try wat lagi, sgt sedapp!

BAHAN :

Bahan-bahan:
1 tahil agar-agar kering(satu bungkus)
8 cawan air
1 tin susu cair
2 cawan gula
8 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar tepung kastard
Setengah cawan serbuk koko/satu atau dua sudu chocolate emulco
2 sudu besar planta
essen vanila
2 biji telur ayam
Sedikit garam

Agar-agar dibasuh dan dimasak dengan 8 cawan air dalam periuk di atas api sampai hancur. Masukkan gula dan kacau sampai gula larut. Di dalam satu bekas, pukul telur, masukkan susu, tepung jagung, tepung kastard, dan masukkan garam. Kacau hingga sebati, masukkan/tuangkan ke dalam agar-agar yang di masak di atas api tadi dan kacau di atas api yang sederhana sehingga likat. Bila adunan sudah likat, tutup api dan masukkan 2 sudu planta dan esen vanila. Kemudian bahagi adunan kepada dua bahagian, satu adunan diletak serbuk koko dan satu adunan lagi dibiarkan warna asli(kuning). Kemudian lapiskan adunan yang berwarna koko dan kuning selang seli dengan menggunakan senduk. Sejukkan dalam peti ais. Siap.

Tips:
Kalau nak sedap, use branded cocoa powder like Van Houten(contoh). Lepas masukkan cocoa powder, kacau cecepat dan lelaju supaya adunan tidal berketul, kene cepat sebab adunan ni agak cepat mengeras. Tapi menurut Puan Azmiezas, kalau tak nak berketul, serbuk koko boleh digantikan dengan satu atau dua sudu chocolate emulco. Sila lihat blog beliau, pudingnya langsung tak berketul, cantik sangat. :-)




* Nyummmm... i like! *

Wednesday, September 21, 2011

Moist Banana Cake


السلام عليكم....

Actualy i wat kek ni 2 minggu lepas time jiran i datang beraya dirumah.. i masak ringkas2 ja, tp menu raya tinggal kuih raya ja, lemang rendang da xde, licin abis.. hehe.. nak wat lagi tunggu tahun depan la yerr, klu rajin raya haji ni wat lagi.. huhu. Masa dorg datang beraya i masak bihun goreng putih & homemade sosej pizza.. hehe, k.peah ada bawa kuih serimuka & yana bawa bingka carrot, sedap:)..




* Aqil yg sronok main sampe berpeluh2.. hehe *

Tringat kek pisang mak k.elyn yg sodap tu, moisttt & cukup rasa.. bg i kek ni klu org tua2 wat mesti sedap, heheee.. so ni 1st time i wat kek pisang so mesti cari resepi yg best punye, mmg superb, skali wat trus jadi, moist, creamy & sooo nice.. haahhaaa, thanks to Yani utk resepi yg senang & sgt sedap ni! Cepat je abis kek pisang ni, ni i de beli pisang lagi & tunggu bagi ranum sikit utk wat kek pisang.. hehhe. Kami klu beli pisang sampe 2 kilo, kjap je abis.. pantang two kiddo ni nampak 'na-na-na'... yg xranum lagi pon nak makan gak, kekdg sampe nangis2 nak pisang, bkn xmo bagi, yela xranum lagi, tunggu la bagi ranum manis br sedap makan.. huhu. So skang klu beli pisang kena sembunyi dulu, bila da ranum elok baru tayang kat fruit bowl tu, haaa si Aqil skali menghadap 4 biji pisang abis! hehheee, suka btol:).. Orait jom semak resepi, pd sesapa yg nak try wat kek pisang mesti try resepi ni, mmg bebaloi2:)...


BAHAN :

2 biji pisang
140g butter
120g gula
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar fresh cream
1 sudu besar jus lemon
200g tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder


Firstly, pukul butter dengan gula sehingga kembang. Asingkan putih dan kuning telur. Pukul putih telur sehingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam butter tadi. Ayak tepung, soda bikarbonat dan baking powder. Kemudian masukkan ke dalam adunan tadi. Masukkan pisang yang telah dilenyek dan esen vanila ke dalam adunan. Campurkan jus lemon dan fresh cream. Kemudian masukkan juga ke dalam adunan. Akhir sekali masukkan kuning telur. Kacau sehingga sebati. Masukkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 160 degree selama 35-40 minit.


** 2 biji pisang yang i guna :)

Tuesday, September 20, 2011

Home-made Mini Burger (Bun)


السلام عليكم....

Last week tringin nak makan burger tp bun burger xde, nak g beli, ujan je 2-3 minggu ni, sejukkk so malas nak kuar g memana..huhu, so pe lagi, mula la projek menguli tepung.. hahhaa, lagi sedap & seronok tgk hubby & two kiddo mamam bun mama wat.. ehhehe. Resepi dr Myr, thanks 4 da recipe, lps ni ble wat lagi, senang sgt:).. Utk adunan ni ble dapat 6 biji bun burger, elok2 je dgn sekeping daging burger, xde la kecil sgt, cuma bun ni kecik sikit dr bun burger yg biasa di kedai tu.. hehehe


* Fresh from oven... *

BAHAN :

250g Tepung roti
15g Butter
20g Gula
4g Garam
1 Biji telur
170ml Susu( jumlah sukatan susu campur dgn 1 biji telur)
1 sudu kecil(3g) Dry yeast
Bijan secukupnya (tabur)

------------------------------------
-OPTIONAL-
Daging burger/ Salad/ Tomato/ Cheese
Mayonis & Sos cili


Firstly, masukkan semua bahan-bahan kecuali bijan ke dalam breadmaker.Pilih untuk buat doh. On kan. Bila dah siap, keluarkan dr breadmaker. Tumbuk-tumbuk utk keluarkan angin. Klu xde BM, masukkan semua bahan dlm bekas yg kering kecuali butter, kemudian gaul dgn butter sdikit demi sedikit hingga jadi doh. Bahagikan kepada 6. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit. Ambik sebiji roti. Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Buat semula bentuk bulat. Ulang sampai habis. Biarkan roti naik 2 kali ganda.
Sapu/semburkan permukaan roti dengan air. Kemudian taburkan bijan. Bakar dengan suhu 180C selama 12-13 minit.


* Sorang satu je tau.. heheee *


Owh, ni homework Aqil yg pertama.. kna tulis nama sendiri.. hehehe, sambil tu baca buku utk lunch & bedtime, buku ni tetiap ari ble tukar setiap kali g nursery, klu xnak tukar pon xpe, tp boring la klu xtukar, yg tukang bacanya i la, kekadang sampe berpuluh2 kali baca, sbb sronok sgt tgk gambar dlm buku tu, siap ble hafal lagi.. hehe, si Aiman pon tumpang sekaki join gelak gan Abg Aqil baca buku & dgr mama story mory.. hehhe



* Child safety... *

Last but not least, my first ever cake order! Huhuuu.. tq to my lovely neighbour:).. 1st trial ni i wat kek marble *yg xberape marble..huhu*, tp alhamdulillah mendapat pujiaan & ramai yg berminat even xde rupa, yeala kek marble mmg simple dimple camtu kan, lgpun ni utk jamuan kecil2, klu utk bday party mesti ada deco gan icing bagai.. hehhe



Actualy ni permukaan bawah kek, i terbalikkan kek utk sejukkan atas redai. So tat y xnampak rupa marble yg dilorek2 tu.. hehehhe

Sunday, September 18, 2011

Chocolate Indulgence Cake for Aiman's Birthday!!


السلام عليكم....

9 September lepas birthday Aiman yg ke-2:)... Happyyyy Birthday baby mama, semoga menjadi anak yg soleh, taat pd mama & abah & menjadi anak yg bijaksana..Aminnn. Kami celebrate dirumah je, tp hubby i request wat special cake..ehehe, ni ist trial & mmg mencabar sungguh nak wat Chocolate Indulgence Cake ni.. tp mmg berbaloi setelah lihat hasilnya..hehe. thanks Rai for the recipe (resepi asal dr K.wan). Klu nak tgk resepi ble klik kat link diatas, panjang berjela2 sungguh resepi ni.. hehehe so tuan rumah malazz nak copy..kui kuiii. Pepun two kiddo sukee sgt tgk mama wat kek besday yg besarrr & yg paling best ble tiup lilin sampe habis dua batang lilin tu..huhuhu.


* Tiup lilin kali ke 2... *


* Tiup lagi kali ke 5 da kot..huhu, da lps potong kek da tu *


* Hmmm.. xtau da kali ke brape ni, yg penting kmi da makan kek tu.. huhu *

1st time i wat kek de cream layer, sebelum ni wat kek biasa2 je.. mmg memerlukan kesabaran & teliti, klu x layer dia xcantik, ni pun kna improve lagi, tangan xkreatif camtue la.. huhu. Utk sesapa yg nak try wat kek ni, make sure wat WHITE chocolate mousse sehari sebelum wat kek utk pastikan chocolate mousse btol2 beku & creamy so senang nak sapu pada kek. Untuk CHOCOLATE mousse its ok wat pada hari yg sama coz ia cepat beku:)... Jom close up ckit kek birthday baby mama ni.. hihi





Last but not least, thank u abah for tis present.. now Aiman can play vroommmm vrooommmmm wif Abg Aqil.. hihiiii