Monday, January 16, 2012

Sejukkkk.. :((

السلام عليكم....
Otw balik dr nursery Aqil, tgk la si Aqil yg xnak pakai coat, time ni suhu 1C! hmmm

Grrrr... dinginnyaaa suasana 2-3 hari ni walaupun matahari terik kat luar tu, uhuhu.. Skang ni i tgh update blog sambil ditemani two kiddo dlm duvet yg tebal ni.. cam na nak masak utk mlm niiii..huhu. Suhu kat dlm rumah 10C! Buka heater pun xde maknanya.. daun2 kat luar tu semu diselaputi ais, snow xnampak2 juga. Time cam ni la makanan2 frozen akan dijadikan santapan..muehehee. Semalam kami mkn pizza Asda tu je, cepat2 turun bawah buka kotak pizza frozen, lempar masuk dlm oven, pastu lariiii naik atas masuk dlm bilik study hubby, kat tingkat atas xsejuk sangat, so two kiddo ni angkut semu toys dorg naik atas sambil tgk video & makan. Then lps 20minit, pizza siap, i lariii turun bawah amik pizza, sos & air bawa naik atas, so kmi makan cepat2 nnti sejuk pizza tu..owhhh bestttnya makan panas2, hahaa.. Arini tringin nak wat bihun goreng simple, tp.... hmm tgk la.

Disebabkan sejuk yg melampau, mama masak simple2 je utk two kiddo.. fish finger & peas, yg penting kenyang! :))

Ni last week punya dinner, Ayam bakar mayonis.. nyummm sedappp, ratah saja pun sedap, i letak skali gan kentang & carrot, lagi two kiddo sukaaa! fav dorg tu..hehe. Resepi ni senang sgt, sekelip mata je bole wat.. hehehe, lps perap letak je dlm oven, klu bole balik2kan ayam utk masak sekata, selamat mencuba!

Sebelum...

BAHAN :

Ayam 1 ekor @ 8 ketul drumstick & wings (cuci & tos)
4 sudu besar mayonis
2 kiub ayam
4 sudu besar kicap manis
4 sudu besar sos tiram
Lada hitam secukupnya- tumbuk halus
4 ulas bawang putih- tumbuk
1 cm halia- tumbuk

Kentang & carrot (potong kiub)
Sedikit garam
Olive oil 2 sudu
Lada hitam secukupnya

Perap ayam dengan semua bahan-bahan di atas dalam 1/2 jam, lagi lama lagi sedap. Kentang & carrot di gaul dgn lada hitam + garam + 2 sudu olive oil. Masukkan skali kentang/carrot dlm bekas ayam. Kemudian bakar dlm oven pd suhu 200C hingga masak. Senang kan? hehe

Selepas... nyummm

Two kiddo suka kutip carrot.. :))

2 comments:

kasihredha said...

hebatnya aqil tak pakai coat..

ayam mayonis ni misti sedap kan...akak suka mayonis

Mamma Olyn ♥ said...

itu la kak, yg kita ni takut dia demam selesema sbb sejukkk, dia relaxx je, agaknya main lari2 dlm nursery sampe bepeluh tu yg dia xsejuk sgt kot..huhu. Hehhe try kak, mmg sedap, ratah saja pon best, eh lupa lak yg kentang & carrot tu letak bahan len, nnti lyn update:)