Dinner yg paling simple, cepat & sedap!
BAHAN :
1/2 biji bawang besar- mayang
2 sudu besar daun parsley @ oregano
1 sudu besar butter
1tin cendawan butang
2 sudu besar tepung jagung
1 kiub ayam
1 sudu kecil Worcestershire sauce
Sedikit serbuk lada hitam
Air
1/2 cawan sour cream @ susu 1/2cawan + 1 sudu kecil lemon juice
Panaskan butter.Tumis bawang sehingga layu. Jangan sampai perang. Masukkan cendawan. Tumis 2-3 minit. Bancuh tepung jagung dengan air. Kemudian masukkan ke dalam cendawan tadi. Sentiasa kacau supaya xhangus. Masukkan juga semua bahan-bahan lain. Masak sehingga mendidih. Padamkan api dan sejukkan sekejap. Kemudian masukkan ke dalam blender. Blend sekejap (sekali tekan saja). Kemudian renehkan semula sehingga pekat.
Utk Ayam (boneless breast chicken @ chicken leg) - cuci & tos, then lap gan kitchen roll. Panaskan kuali dgn sedikit minyak & letak ayam dlm kuali, tabur sedikit black pepper & garam. Alihkan ayam bila agak masak & tabur black pepper & garam juga, biar hingga ayam masak sepenuhnya. Grill pon bole, buat cara yg sama. Sgt sedap, rs cam KFC original pon ada .. hehe, try la!
Bila da siap, hidang bersama nasi, creamy mushroom sauce & salad! Yummeh!
No comments:
Post a Comment