Thursday, June 16, 2011

Ayam Phat Phet + Stir Fry Bok Choy


Tetiba tringin nak makan Ayam Phat Phet, ni menu last week, da 2 kali wat, sedap sungguh resepi Phat Phet dr Widad ni.. thanks yer, sejibik rasa cam kat kedai Hajah Hasmah.. heheh, rindu sama sis Elyn, fav dia la ni, so i pun terikut2 sbb sedapp tetambah klu Phat Phet Sotong.. btoi x k.Elyn?? hehheee.. Kebetulan ada lak bok choy dlm fridge, i ni jenis xmakan sayur2 hijau + pahit... hehe, bayam je i ble terima tp ntah la terrr beli so kna la masak, not bad la i try masak simple ala chinese style, sedap la plak.. hehe, siap ble ratah cam tu je:). Skang ni makin panjang waktu siang, kekadang buntu ishh nak wat pe lagi ek, kul 9 cerah lagi, two kiddo yg slalu tido kul 7 pun xleh lelap mata, yela dorg pelik apasal mama & abah ni suruh tido siang2 cenggini, huhu.. skang ni plak si Aqil da pandai tanya itu ini.. ada skali tu sampekan dia kata kat i & hubby, 'look, its still early, its sunny day'.. uwaaaaaa, xtau nak ckp pe, kmi gelak sampe terguling2.. haha, main la sampe agak2 letih baru tido, lgpun skang ni bila dia da letih, dia sendiri dtg kat i cakap 'mama, i need a milk, i wan to go to bed'.. senang bila da becakap, ada gak org nak teman mama bercakap, klu x kmi becakap cam ayam & kucing, apa satu xpaham.. iskk


BAHAN :
(Ayam Phat Phet)

Bahan A (Blend)
Cili padi 5biji
Halia 2hiris
Kunyit hidup ~ i letak serbuk kunyit
Serai 1btg
Bawang putih 5ulas
Bawang besar 1biji

Bahan B
Ayam dada 3keping (dipotong dadu)
Serai 1btg
Asam keping 1keping
Daun limau purut 4helai
Sedikit Garam dan Gula + secubit ajinomoto
Secawan air
Cili kering 4 keping (optional)


First, blend Bahan A dan tumis sehingga naik bau.. Setelah kering tumisan tadi masukkan secawan air. Kemudian masukkan bahan B, iaitu sebatang serai dititik, asam keping, ayam, daun limau purut dan garam serta gula. Pastikan ayam masak sepenuhnya... Jika kurang berkuah, masukkan sedikit air mengikut citarasa sendiri.. kalau nak pedas lagi blend cili padi lebih... Siap:)

~Stir Fry Bok Choy ~



BAHAN :
(Stir Fry Bok Choy)
Bok choy 2 ikat @ lebih
Bawang putih 4ulas - dihiris halus
Bawang Jepun 1/2 biji - dihiris
Halia 1inci
Sos tiram
Garam secukup rasa ~ i xletak coz da cukup masin
Kiub ayam 1/2 kiub
Sedikit minyak untuk menumis
Tepung jagung
Sosej - hiris (optional)

First, panaskan minyak. Tumis bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan bok choy. Kemudian, masukkan sos tiram secukupnya dan kacau. Letakkan sedikit air supaya tidak terlampau kering. Bila bok choy sudah sedikit layu, angkat bok choy dan pindahkan ke dalam pinggan. Tinggalkan kuah di dalam kuali. Tambahkan sosej & 2 sudu sos tiram + sedikit kiub ayam ke dalam kuali. Masukkan air mengikut sebanyak kuah yg anda nak & biar hingga sosej masak. Masukkan hirisan bawang besar. Untuk memekatkan kuah, masukkan bancuhan tepung jagung dan masak sekejap. Tuangkan kuah yg dimasak ke atas sayur yg disusun di dalam pinggan. Hidangkan.

3 comments:

Unknown said...

wahh menu yang menyelerakan...ishhh terliur nengok ayam tu..:)

kasihredha said...

perrggghhh...sungguh sedap

Mamma Olyn ♥ said...

K.Nieza : hehe, tq k.nieza, mmg laju mkn nasi gan ayam phat phet ni, hehe

kasihredha : toche2 dear, have a try, phat phet itu sgtla sedap mkn gan nasi kosong panas2..:)