Sunday, October 30, 2011

Couscous + Ayam Percik Pasar Malam !

السلام عليكم....

Weekend yg paling boring! Grrrrrr... rasa nak terbang balik MALAYSIA, bole?
Btw, ni menu lunch + dinner kami few last weeks.. hehehe. 1st time makan couscous ni, i try beli satu paket, rupanya xcukup! Kna masak nasi extra.. hehe, 1 paket sma gak gan 2 cawan (cawan sukatan tepung), mmg sedappp ssgt, cara masak lebih kurang cam nasi tp kna wat kuah dia dulu then lastttt skali br masukkan couscous, pastu tutup api, biar je then dia kembang sndri, da trus ble makan. Senang nak masak & sgt sedap,  couscous ni makanan Mediterranean, rupa couscous ni cam beras patah, tp kaler peach @ light orange. Slalu dorg makan gan stew, tp org dlm rumah ni xgemar jenis2 cenggitu, so i gandingkan dgn ayam percik marbeles ni.. hahhaa, yg penting sedap! Jom tgk resepi couscous ni, korg semu kna try, mmg sedap k:)


BAHAN :

Couscous 2 cawan
Air 2 1/2 cawan
Kiub ayam maggi 1 kiub
Bawang putih 2 ulas -dicincang
Bawang besar 1/2 biji -dihiris halus
Sedikit jintan putih
Segenggam daun ketumbar dihiris halus
Tomato paste 2sudu @ 1 biji tomato -dicincang halus
Olive oil 3sudu -untuk menumis

Firstly, panaskan minyak zaitun. Tumiskan bawang putih, bawang besar, dan jintan. Setelah naik bau, masukkan tomato paste, air, dan kiub ayam. Setelah sup mendidih, rasakan masin sup. Tambahkan garam jika perlu. Masukkan couscous. Tutup api dan tutup periuk. Couscous akan masak dalam lebih kurang 3-5 minit. Selepas lebih kurang 5 minit, buka periuk dan kuis-kuiskan coucous dengan garpu. Masukkan daun ketumbar yg dihiris tadi.
~ Couscous yang dah siap dimasak ni boleh juga digoreng seperti nasi goreng.

Resepi ayam percik ni sama cam yg kita beli kat pasar malam, credit to tuan punya resepi dr Myr. Nak buat pon senang & lebihan kuah perap kita bole simpan dlm freezer & defrost bila nak guna, bole juga guna utk ikan/ sotong/ udang. Sedapppp sgt, sila try k (^_*)...


BAHAN :

500 gm bawang besar
50 gm halia - diblender
50 gm lengkuas - diblender
50 gm bawang putih - diblender
5 batang serai - diblender
2 cawan gula
3 sudu stok ayam serbuk ~ i guna kiub ayam
5 senduk cili mesin ~ i guna serbuk cili
5 senduk cili sos
1/2 kg santan

Campurkan semua bahan dan dimasak sampai mendidih. Apabila sudah mendidih, masukkan ayam hingga separuh masak. Asingkan ayam dan siap untuk dibakar, kuah yang lebih disimpan untuk dicurahkan di atas ayam nanti. Bakar dan siap untuk menjamu selera

3 comments:

Yaya said...

teruja tgk makanan tu hehehe

Unknown said...

lyn, cuaca gloomy ni memang buatkan kita bosan jer kan tapi layan ayam percik tu terus hilang bosan tu...hehe

Mamma Olyn ♥ said...

Aleeya : tq, sila2 try, mmg sedap..hehe

K.Nieza : btol2 k.nieza, tu yg pekena wat ayam percik, mkn panas2 terussss lupa cuaca sejuk & mendung kat luaq tu.heheh