Ni menu few last month... hehhee, tgh dok selak2 folder terjumpa lak pic menu ni, arini baru nak share:).. Sebelum tu, pagi tadi i dapat good news dr best friend i kat JB, CONGRATSSS Zee & Usop atas kelahiran baby boy pada pagi tadi (13.10.2011) seberat 3.7kg... fuyoooo mesti chubby baby boy ni.. hihiii!! Dan xlupa juga utk sis Elyn atas kelahiran baby Shazril Ridzqi pd Hari Malaysia, da dekat sebulan da baby Shazril ni, cute! Tgk la pic kat bawah ni... hehhehe
* Aloloooo.. pandainye die senyummm.. mimpi indah.. hehhe *
Resepi ni i reka sendiri, lgpun senang ja, main campak2 je.. hehhe, klu masak gan tofu lagi sedap tp xde lak plak tofu, so i ganti gan udang:)... Klu guna tofu kena goreng dulu & ketepikan, sediakan kuah & baru tuang atas tofu yg digoreng td... nyummm sodappp!
BAHAN :
Udang 300g (cuci & tos)
Cendawan tiram @ jenis lain 400g
Tepung jagung 1sudu (+ sedikit air)
2 sudu makan sos tiram
1 batang carrot - hiris
Sedikit serbuk lada putih
1/2 biji bawang besar - dipotong halus
2 ulas bawang putih - diketuk
Garam + gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis.
Air secukupnya
Panaskan sedikit minyak untuk menumis. Tumis bawang merah + putih hingga wangi. Masukkan cendawan & udang. Goreng sekejap. Masukkan sos tiram, serbuk lada putih dan lobak merah. Goreng lagi. Ambil 1/2 sudu kecil tepung jagung. Bancuhkan dengan sedikit air. Masukkan kedalam bahan yang digoreng. Tambah air jika kuah terlampau pekat. Biarkan kuah mendidih sebentar dan rasa. Tambah garam + gula mengikut citarasa. Tutup api.
* Oyster sauce Mushroom * |
1 ekor Ikan siakap sederhana digoreng dengan tepung jagung dan garam halus dan letak di atas pinggan hidang. Lebih enak jika ikan digoreng garing.
3 ulas bawang putih dicincang
3 biji bawang merah kecil dihiris bulat dan nipis
1/2 biji bawang besar (saiz sederhana)dibelah nipis
3 sudu besar Kicap pekat
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu minyak bijan
4 sudu besar minyak masak untuk menumis
Daun sup + daun bawang + bawang goreng sebagai hiasan
Panaskan minyak masak dengan api sederhana. Tumis bawang putih+bawang merah+bawang besar sehingga kekuningan. Masukkan tomato sehingga layu. Masukkan kicap pekat + sos tiram + sos tomato. Kacau dan tumis sehingga kicap dan minyak nampak terasing. Masukkan minyak bijan. Kacau sebati. Tuang di atas ikan goreng tadi dan tabur dengan daun sup+daun bawang. Sedia untuk dihidang
2 comments:
sedapnya seafood, kami suke lelebih lagi chinese style terus teringat hai thien kan hehe..
kami noticed blog olyn sebab bila nak masuk blog olyn thru kami punya comment box kami kene click nama olyn, bila click dia gi kat profile.. hehe.. tu yg nampak ada dua blog..
:)
eh comelnya baby tu, geram tengok..
owhh.. hehe btoi gak, bla msuk profile msti nampak stu g blog kan..hehe, nnti kmi gtau ek bla da on..hehe, aah tu yg wat kes tringat kat hi tien la, lbih kurang sma la, tp klu pekena set sotong tepung, tofu msk tiram lg sodap..nyumm.. hihi.
Post a Comment