Monday, October 10, 2011

Donut Gebus



السلام عليكم....
Bertemu kembali.. hahhaaa.. da nak bersawang blog ni yer, tuan rumah telah diserang virus 'M' so xde update terbaru le, fb pun jenguk kejap2 je, nak kata sibuk, hrmmm mmg tetiap hari rutin yg sama, klu gan two kiddo ni mmg 24/7 le mama bz..huhu, cuma minggu lps sampe ke saat ini, hujan sepanjang hari, pokok pun xyah siram, tp sejukkk yg amat, suhu pun da makin menurun, kmi pun da start on heater, duvet pun da pindah letak kat living room..iskkk. Tu yg xde mood nak update kot..hahhaaa, memasing lps makan dok sembunyi dlm duvet sambil tgk tv/dvd.. so time2 cenggini mula la lapar itu ini, hrmm kat sini klu tiba musim sejuk je tetambah  bila Winter mmg lapar memacam, cam de alien dlm perut. hahhahaa! So utk arini, tercipta la sepinggan penuh gan donut lembut ni.. hehehhe, resepi ni dr CMG, mmg sesuai utk org yg 1st time nak wat donut, resepi pun senang & cepat, yg penting sedapppp! Tp utk resepi ni de letak color2, tp i wat plain je, nak cepat.. hehe. Donut ni mmg gebusss sgt, tp i xde acuan so guna cawan & penutup botol je, tu yg jadi kurus je..iskk, xpe yg penting sedap.. heeheeee


BAHAN :


1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 camca besar susu tepung
1 1/2 camca besar gula halus @ gula kastor
1 1/2 camca besar lemak sayur (shortening)
1/4 camca teh garam halus
100 ml air suam*
1 camca teh instant yeast @ ibu roti*(*disatukan dan kacau rata, biar hingga berbuih)
Sedikit lagi air (tambahan)
Pewarna makanan merah jambu dan hijau ~ i x letak
Gula halus untuk salut donat



Dalam satu bekas, satukan tepung, susu tepung, gula halus, lemak sayur dan garam halus, gaul rata dan tuang bancuhan yeast tadi. Gaul rata, jika kurang air, tambah sedikit lagi dan gaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di tapak tangan dan juga mangkuk. Bagi doh tadi kepada 3 bahagian, 1 biar pada warna asal. 1 lagi adunan dengan warna merah jambu dan 1 lagi dengan warna hijau, adun hingga sebati. Kemudian satu kan ketiga2 tadi dan uli perlahan sehingga mendapat corak seakan2 pelangi atau marble. Tabur tepung pada meja kerja, letak doh tadi dan canai setebal 1/2 inci dan terap guna acuan donat, alih atas loyang yang telah ditabur sedikit tepung. Buat hingga siap, tutup permukaan donat dengan kitchen towel bersih dan letak di tempat suam selama 45 minit. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan pada kedua2 bahagian. Angkat dan toskan, letak atas paper towel. Salut dengan gula halus, boleh hidangkan...


* Untuk two kiddo, baby donut .. hehhee senang nak ngap:) *

2 comments:

Lady of Leisure said...

lalinggg.. gebusnya donut, rajin tol menguli hehe.. eh kami baru prasan yr other blog(simply baby n kids boutique).. bestnya! good idea la dear.. boleh kami tumpang cuci mata nanti.. :)

Mamma Olyn ♥ said...

holaaa.. ehehhee, eh mcm na le nampak ek, actly under construction lagi..hahha, br dok survey2 baju sambil renovate blog..hihi, nnti kmi gtau bla da ready..owh tq, tringin la nak mkn donut, g wat gak la, nsib bek menjadi..huhu ingat da nak keras da sbb terlebih uli rsnye..hehe, nsib mnjadi, ilang kempunan:P