Monday, June 20, 2011

Mee Kari Udang


Ni menu last week, ada balance udang fresh dr ladang so wat special menu.. hehe, tp cam biasa mee i transfer guna spaghetti... I try resepi ni dr MyResepi (qirah75), thanks 4da recipe, mmg sedap betul, cam mkn kat kedai, serious! Bkn nak angkat bakul sendiri, tp resepi ni mmg superb, xrugi try, siap dapat tempat ke-2 dlm pertandingan memasak Hari Guru lagi tau.. hehe. Last month kmi dpt surat dr GP, si Aqil ni nak kena amik vaksin skali lagi bila masuk 3tahun. Klu kat Msia jadual imunisasi stakat 11/2 je then tunggu 7thn baru amik vaksin seterusnya.. tp disini jadual berbeza, memula i riso gak, takut dorg bagi vaksin yg sama dgn previous imunisasi, yela ms 1st daftar tu dorg tgk la buku biru (buku imunisasi kanak2) tu, da la tulis dlm malay, tulisan pun conteng2 ja (tulisan nurse & doc), tp alhamdulillah dorg explain secara detail sebelum doc tu sentuh two kiddo ni, & dia siap tulis vaksin jenis mana yg dia akan bagi, dia kata dia take note yg mana doc di Msia da bagi vaksin pada two kiddo ni, dia senaraikan ikut turutan, nasib semu jenis vaksin di Msia tu doc cop in english, so tulisan xkabur:).. haa br puas hati i, kita kna tau gak, takut tersalah faham coz area i duduk ni dorg punya pelat english, adoii pekat sungguh, beputar belit lidah, klu xfaham betul2 lain plak jadinya.. huhu. Kmi wat appointment kol 10.30pg, xsampe 1/2jam doc da panggil, i masuk gan Aqil.. nampak relax je, doc tanya i da gtau Aqil ke pe nak wat arini, i ckp da b4 bedtime smlm i da gtau dia, doc siap bagi lolipop, uishh syok abis la, doc pun pe lagi Aqil tgk ralit hisap lolipop tu, trus cucuk lengan dia.. erkk, terkejut dia, tp dia xnangis, cepat btol doc tu suntik vaksin tu, then si Aqil ni spontan tgk doc tu pastu dia ckp 'ouuchh, wat is tat???'.. hheheee, doc tu explain, 'oh its just a tiny bug crawl on ur arm.. look', doc tu tunjuk bug toy dia letak atas lengan Aqil & tickle him, hehe trus si Aqil ni geli, gelak sampe lupa rs sakit tu.. hahaaaa, psikologi kanak2, lagi sronok bila doc bagi dia award bcoz of his good behaviour:)..



Da siap semu, i sempat singgah GREGS, nak bagi treat kat Aqil, so dia pilih Choco Cornflakes, huhu lps ni mama wat sendiri la, ingat nak pilih muffin ke, burger ke...


Orait jom selak resepi mee kari udang yg superb ni!


BAHAN :

Udang 1/2 kg
Fish cake (hiris) ~ i tambah
Mee kuning 1kg (basuh dan celur) ~ i guna spaghetti
Rempah kari 2 senduk kecil
Cili boh 2sudu (kalau suka pedas)
Bawang merah 6 ulas*
Bawang putih 3 ulas*
Halia 1/2 inci*
Kulit kayu manis 1btg, Bunga lawang 2kuntum, Bunga cengkih 2biji
Daun kari 1 tangkai ~ i x letak
Tauhu kering (hiris)
Udang kering 2sudu*
Asam keping dlm 2-3 keping
Pati santan 1kotak @ kelapa parut sebijik
Bahan hiasan/ulam: telur rebus, bawang goreng, sawi(celur), taugeh(celur), cili besar
(Tumbuk bahan *)


First, gaulkan serbuk kari dgn air panas utk jadikan paste. Masukkan juga cili bo tadi. Bersihkan udang, keluarkan kepala dan kulit. Kepala dan kulit ni rebus dgn sedikit air kemudian blend dan tapiskan air dia tu untuk jadikan stok. Panaskan minyak. Masukkan daun kari. Lepas tu kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih. Masukkan bahan-bahan tumbuk tadi. Bila dah agak kekuningan masukkan paste kari. Bila dah pecah minyak, masukkan santan, stok udang, garam secukup rasa dan asam keping. Garam tu mesti secukup rasa supaya santan tak berketul-ketul. Bila dah mendidih dan pecah minyak masukkan udang. Bila mendidih sekali masukkan tauhu kering yg telah di potong dua, kacau-kacau dan tutup api. Masukkan mee dalam mangkuk, kuah dan bahan-bahan hiasan dan sedia untuk dimakan..

2 comments:

Nieza said...

uishhhh sedapnya mee tu..order mai sepinggan nk rasa..hehe vaksin apa yg doc cucuk tu? kalau kat msia kita cucuk sampai umur sethn setgh jer tu pun dok tambahan yg biasa dia dpt masa umur 5 bln...pastu darjah 1 nanti dapat lagi dos tambahan yg sama.

Mamma Olyn ♥ said...

muehhee.. klu ble hantaq lma da bungkus satu tupperware.. hehe,.. tu la, kat sini jadual vaksin len la k.nieza, doc tu tulis sini Hib/Men C, dia kata Aqil dpt da vaksin ni ms baby so skang amik skali lagi, lyn tanya xpe ke amik 2 kali, dia kata xpa coz aqil da masuk 3thn.. ops lyn da ubah statment kat atas psal jadual vaksin, lyn silap tulis 2 1/2thn, spatutnya 1 1/2thn .. xpe ke k.nieza?