Thursday, January 6, 2011

Orange Yogurt Cake


Lama xupdate resepi baking ek:)..Resepi ni i amik dr Home Sweet Home, moist sangat, thanks to Kak Ummi:).. musim sejuk cam ni kna wat kek yg moist2, klu x abis semu keras cam letak dlm freezer..haha, ada satu lagi jenis kek yg simple & sentiasa moist, semestinya Tiramisu Delight:)..bole kata sentiasa ada kek la dlm umah ni..bukan pe, selain dr selera mamanye, utk santapan tis kiddo yg asyik lapar ni, klu i xhidang buah utk dessert dorg, i bagi kek as 2nd option, budak2 xle mkn manis sgt, gigi br nak tumbuh..hehe


BAHAN :

Lurpak Butter 125g
Lemon zest 1sudu teh
Gula 190g
Telur 3biji (asingkan kuning & putihnya)
Tepung gandum 220g (ayak 2x)*
Soda Bikarbonat 1sudu teh*
Baking powder 1sudu teh*
Jus oren 60ml
Yogurt 280ml
* Mix all together & sifted

First, pukul butter + Lemon zest + gula hingga kembang. Masukkan kuning telur satu persatu sambil dipukul hingga adunan kembang. Masukkan tepung + jus oren + yogurt. Kacau dengan spatula hingga sebati. Dalam mangkuk lain, pukul putih telur sehingga kental (soft peak). Kemudian tuangkan perlahan-lahan ke dalam mangkuk adunan tadi. Kacau kaup balik dengan spatula hingga rata. Tuangkan ke dalam loyang bulat 8 inci yang telah digris dan dialas dengan kertas minyak terlebih dahulu. Bakar selama 1 jam pada suhu 170C.


* Tis is mine..hehe *

2 comments:

Lady of Leisure said...

sedapnya, makan dengan cream kat sebelah tu tak sedar dah habis sepotong kan hehe..

mamma olyn said...

hahahaaa..tue la pasal, krim tu da kali ke2 tambah, nampak cantik lak, tu yg snap pic..hehe