Tuesday, May 15, 2012

Marble Cheese Brownies


السلام عليكم....

Ni dessert utk semlm, ni la hasilnya bila kena hasut dlm fb gan jiran2 disini, 4-5 family skaligus wat brownies ni... hahaha termasuklah i, padahal tgh sibuk dok deco kek order, sempat gak mencelah wat brownies sbb tringin punya pasal, tp mmg sedapppp la resepi ni, marbeles sungguh! Memula ingat da xjadi da, sbb i guna loyang bulat 9', tp nasib menjadi.. base chocolate tu mmg rasa chocolateynye! Pada i yg suka mkn coklat mmg mkn brownies ni xhingat dunia lerr.. iskkk, abis satu fasa diet i tauu! thanks to Rinnchan utk resepi yg marbeles ni!!


BAHAN :

Bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175C . Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.

Bahan lapisan cheese :
250g cream cheese
1 cwn gula castor ~ i kurangkan pd 1/2 cawan so manis-manis buah :)
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

* Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

2 comments:

DeLancrettLurpak said...

rasanya saya dah pernah coba resepi ni, takpe weekends ni saya buat lagi sekali, hehehe

Mamma Olyn ♥ said...

sedapppp la DLL, hadoi ikut ati nat wat lg tp tkuttt mkn byk.. huhu. Rs ramai yg try resepi Rinnchan ni, marbeles lah!