Monday, December 5, 2011

Hawaiian Chicken Pizza

السلام عليكم....


Grrrrr... suhu pagi tadi 0 Celcius, semua jadi ais ABC.. heheee, tp gagahkan juga bejalan g antar Aqil g sekolah..iskk, yg bestnya snow xturun2 lagi, nak tunggu suhu minus baru nak turun snow kot. So aktiviti2 luar mmg xbest arr, saja2 boring nak kuar pe kedai beli fries jgn harap ok, semu online & order kat en hubby i ...mueheheee, jadi dok rumah keja masak cepat2, express2, pastu makan dlm selimut! Btollll, kat living room ada dua helai ready utk selimut time kesejukaan, heater mmg la on, tp pakai timer la, klu xpakai timer hujung bulan xmakan nasi la kami, keje dok bayar bil gas..huhu, mahai tau! Oleh itu dinner yg express bagi i selain dr Maggi adalah home made pizza.. btw, sejuk2 cenggini hirup Maggi asam laksa + hirisan cili + bawang goreng, pergghhh besttt.. hehehe, resepi pizza ni mmg i guna resepi CMG je, yg len mmg out, keras la, xsedap & xmenjadi.. tp resepi CMG ni, mmg gebus & sedap cam di kedai, xcaya sila buat yea:)))



BAHAN :
(DOH PIZZA)

Tepung gandum 300g
Instant yeast 6g
Mentega 20g
Gula halus 10g
Bread improver 1sudu teh (optional)
Garam 1/4 sudu teh
Madu 11/2 sudu
Air 170ml
Sedikit tepung untuk ditabur

TOPPING utk Hawaiian Chicken Pizza :

Isi ayam 300g (potong kecil2 & gaul garam + lada hitam & goreng agak2 masak)
Jagung
Bawang besar (hiris bulat)
Nenas (potong kiub)
Mozzarella Cheese (topping)

Utk SOS PIZZA i guna Tomato Puree - readymade:)


UNTUK DOH PIZZA :- Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.

UNTUK PIZZA GEBU :- Panaskan oven pada suhu 190C, sediakan 2 dulang pizza berukuran 9 inci, sapu dengan sedikit mentega. Ketepikan. Keluarkan doh, bahagikan doh tadi kepada 2 bahagian sama besar. Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat. Alihkan ke dalam dulang pizza, tekan2 dengan hujung jari hingga memenuhi dulang tadi dan biarkan kelilingnya sedikit tebal. Ratakan sebahagian sos pizza tadi dan susun bahan untuk pizza atasnya (buat 2 bahagian) dan diakhiri dengan keju mozzarella. Bakar 20 - 25 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan hidangkan segera bersama sos kegemaran. Buat kaedah sama juga untuk yang selebihnya.

Nyummmmm :)


Ni plak hasil two kiddo last weekend.. main gunting2 buku Thomas & Friend then lekat sama2.. hehehe, siap wat surprise kat abah, abah pun wahh buat2 surprise la, terkejut & happy tgk two kiddo wat Thomas art.. muehehe....


Surprise!! * Apa tue Aiman ??

4 comments:

kasihredha said...

akak biasa order dominos pizza je olyn...kadang buat gak tapi beli yg ready made..just topping yg buat sendiri.

DeLancrettLurpak said...

olyn,

yg sos pizza tu guna tomato puree asda ke ? tak pekat sangat ke? cer citer cemana

Unknown said...

wahhh ada pizza juga disini..akak baru jer buat pizza semlm lyn..kalau time malas nk cepat buat pizza jer tak payah msk lauk pelbagai..hehe

kat Helsinki ni dah turun snow dah tadi..lambat juga thn ni.

Mamma Olyn ♥ said...

kasihredha : sdapppnya dominos, lma xmkn, hehe nak cepat punya psal, klu ada yg ready made lg bestt:))

DLL : kmi xpenag bli yg asda, dok guna tomato puree happy shopper 2 for 1.15pound ja..hehe, mmg pekat sbb tu kmi guna yg tu, klu guna tomato dlm tin kna masak gan bwg/herba & lambat nak msk sbb kna tunggu sampe dia pekat..huhu, rs lbih sedap guna tomato puree ni, cer ampa try, leceh bab nak uli doh ja, yg len main campak2 ja..haha

Nieza : laa yaka, mmg nak yg cepat ja kan time kesejukan ni, wahh best la k.nieza da turun snow, ni hujan memanjang, snow xdak pon, pastu dok kuar antaq aqil basah & sejukk..hhuhu