Monday, June 13, 2011

Trip to Durham University + 178th Durham Regatta

Sabtu baru2 ni hubby bawa kmi tour visit @ Durham University, North East of England. Pejalanan lebih kurang 3 jam dari rumah kami, Durham sangat terkenal dgn Norman Cathedral & 11th-century castle, yg mana kedua2 ni bertempat di Durham University & diiktiraf oleh UNESCO World Heritage Site. Ada banyak castle di Durham ni cthnye Bowes Castle, Raby Castle, Auckland Castle, Bamburgh Castle, Alnwick Castle dsb.. tp yg paling terkenal adalah Durham Castle yg mana sekarang ni adalah tempat kediaman pelajar2 Durham University. Bestnya study kat situ, betuah sungguh student uni ni, rs cam duduk di dalam filem Harry Potter gitu.. hehe, bangunan2 disitu berusia beribu2 tahun & pemandangan/ suasana sgt cantik & nyaman, ada castle, cathedral yg masih gah kukuh berdiri dan masih cantik terletak diatas bukit & terletak ditepi River Wear yg bersih... relax je.. Hubby i gtau SV dia dlu x-student kat situ, itu yg dia sronok sungguh nak melawat Durham University:)... masa otw cuaca elok tp nampak mendung ckit, harap2 xla hujan lebat coz kmi tlupa nak bawa raincover stroller two kiddo ni.. huhu.. yela mamanye bz prepare brg2 nak picnic kat River Wear tu klu cuaca elok. Kebetulan hari yg sama ada event, Durham Regatta ke-178 bertempat di River Wear, (Durham Regatta - A 'regatta' is a series of boat races - is the premier rowing event in the North East of England, held each year on the second weekend in June on the River Wear which provides a picturesque setting for regattas and head races- WIKIPEDIA). Mmg Q keta masa nak cari car park, ramai sungguh org yg nak g tgk event ni, selain tu ada acara lain juga spt Vintage Car Rally, Musical Performances, Trade Stands & various displays. Mat&Minah saleh ni sronok la time2 summer ni pakat berguling2 atas rumput tu, pakai baju sekerat & sambil menikmati cahaya matahari terik.. hehhehe. Kebanyakkan yg turut serta dlm acara ni adalah student2 dr university seluruh England, setiap rowing club mempunyai identiti tersendiri di rowing blade masing2, bermacam2 color rowing blade dorg, cantik:)


* Rowing event da start berlatarkan Durham Castle & Cathedral:) *


* Q-up sementara nak dapat car park .. *

Then bla kami da dapat car park, kebanyakkan da full so kmi park di The Gates Shopping Complex car park.. hehe, shopingggg, yabedabedoooo!



* View dr jambatan ke Durham Castle.. *

Then kmi trus bejalan ke belakang shopping complex yg mana terletaknya River Wear dan jambatan ke Durham Castle, area situ mmg da masuk Durham University campus, sronok betul, shopping complex dekat, street shop pun banyak, sport court pun ada, byk betul kemudahan:).. then dr jambatan terus masuk ke area street shop, pelbagai jenis butik, restoren/ cafe, sourvenir shop, mini market, & jgn lupa hari tu kan weekend so xlupa juga pada carboot... hehehe, tp carboot dia setempat satu kawasan & xbanyak gerai..


* View dr belakang The Gates Durham Shopping Complex, jambatan tu yg kmi naik utk ke Durham Castle.. *


* Fokus dekat ckit... hehehe suka tgk pemandangan Durham Castle & Cathedral *



* Durham Castle - tempat kediaman student Durham University *


* Street shops view *







* Carboot @ Durham University... :) *


* Bangunan belakang tu adalah Durham Indoor Market *


* Fresh fruits! I sempat beli green grapes:).. *





Lepas kmi round2 area market tu, kmi sempat beli sourvenir sebelum terus berjalan ke arah Durham Cathedral, ada banyak junction & setiapnya berderet2 kedai:).. xjauh dr street tu da nampak view Durham Cathedral yg besarrrrr & cantik ni, tp once kmi sampe je trus mendung, huhu.. kebanyakkan yg dtg semuanya masuk utk berdoa & sembahyang.. tp kmi tgk dr luar ja, nak masuk pun bole tp tkut nnti two kiddo bising, kaco dorg nak sembahyang lak.. dr tepi cathedral tu ada tebing yg curam, dan dibawah tu adalah River Wear.. time tu suhu pun da rendah coz kmi betul2 berada di puncak bukit.. sejuk sungguh tetambah bila da stat mendung...





* Main entrance of Cathedral *


* Graves outside of Cathedral *



* Cantik sungguh bunga-bunga di sekitar kawasan entrance:).. *


* Durham Castle main Entrance *

Kami trus berjalan utk tgk Durham Castle yg terletak bertentangan dgn cathedral tu, ramai sungguh org yg dtg melawat, then masa sampe dkt depan pintu masuk, ada guard letak sign board 'No Visitors' 'Private event'.. huhu, xdapat la nak masuk tgk2 dlm castle tu.. act buka hari tu kecuali klu de event, dorg tutup.. huhuu, frust btol, ada dikalangan tu org Jepun/ China dtg nak melawat tp da xle masuk plak.. elok keluar dr kawasan pintu masuk castle tu, hujan renyai mula turun.. huhuuu cepat2 kami tolak two kiddo ni, nasib ada bw blanket, so ble cover two kiddo ni, klu x lencun gak.. hehe, then kmi trus patah balik ke shopping complex, sementara tu sempat singgah kedai2 di sepanjang pejalanan tu, sempat lagi shopping dlm hujan... hahaha.. Sampe je di shopping complex tu, rehat kjap.. adoiii penat bejalan dlm hujan.. hubby i g letak barang dlm keta sementara i layan two kiddo yg meragam nak itu.. nak ini, sambil layan dorg makan & main...


I sempat shopping brg2 gardening, tu jela yg best musim2 cenggini, mcm2 jenis pokok/ bunga/ hiasan garden dll.. then abis shopping2, pe lagi.. perut da berkeroncong la.. santap dulu la, hujan makin lebat kat luar, pe lagi piknik dlm keta la alamatnye.. huhu.. len kali la piknik diatas rumput, dibawah sinaran matahari.. iskkk. BTW, lupa nak amik pic ms tgh 'piknik', lapar sgt kot.. hahaaaa, i bawa bekal nasi carrot + udang supereme + tauhu masak tiram & my home-made Famous Amos Choco Chip Cookies, mix fruits & juices... hehhehe resepi menyusul di en3 akan datang yea:)


* Pejalanan balik ke Sheffield, masa ni da pukul 8mlm *




* Berehat sebentar di R&R, i nak Costa Ice Coffee! *


* Muehehee.. size paling besar tu, ada umphhh.. *


* Anggur yg tinggal separuh, ada sorg budak Vegetarian mkn cam makan nasi..huhu *





Friday, June 10, 2011

♥Puding Roti Pelangi Kukus™


I try resepi masa jemput k.Hanim dinner aritu, puding roti ni sedap dimakan sejuk2.. tp i tersilap satu benda, yela i ikut betul2 resepi, xubah mana2 langsung tp i tlupa satu benda, dlm resepi kena letak 12 keping roti, so i pun letak la sampe 12 keping.. roti keping di England ni semunya besar2 belaka, rasa lambat ja nak abiskan sekeping2 roti ni, so hasilnya puding i kental gitu... haha, sepatutnya i letak dlm 9-10kpg elok2 la, nasib xkeras puding ni, malu je nak hidang kat tetamu.. iskkk, da la nak wat corak pelangi ni sampe sakit pinggang, yela selapis2 kna wat & kna sabar, klu x xjadi line pelangi tu, tupun xjadi cantik sgt, bole la... hehe, sampekan hubby i kata i ni nak painting ke nak baking.. muehehee, saba jela... pepun tq to k.Fida utk resepi puding yg sedap ni:) Alrite, enjoy ur weekend, esok hubby nak bawa g short trip to Durham.. next n3 k:)


BAHAN :

Roti putih 12keping - disiat2 * lps ni kena guna 9-10kpg:)
Susu sejat@susu segar ~ i guna fresh milk
Susu pekat manis 4sudu
Gula halus 1/2cawan (boleh kurangkan)
Telur 2biji
Tepung jagung 3sudu
Mentega/majerin 2sudu
Esen vanilla 1sudu teh
Garam 1/4 sudu teh
Choco cair 100g @ Serbuk koko 3sudu (utk corak marble)
Pewarna merah,kuning,hijau (utk corak pelangi)

First, satukan kesemua bahan2 kecuali choco dan pewarna di dalam mangkuk. Kisar bahan2 tadi hingga halus. Bahagi adunan kpd 2 bahagian dan letak choco pd 1 bahagian @ bahagi adunan pada 3 warna. Marblekan adunan berselang-seli warna di dalam loyang yg telah digris keliling. Kukus puding hingga masak selama 30-35 min. Biarkan puding sejuk di dalam loyang. Potong dan sajikan.


* Utk buat corak pelangi tu, lapik loyang pada satu bahagian dgn pinggan@sebarang benda, xperlu tinggi sgt, then pada bahagian loyang yg rendah tu stat sudukan satu persatu warna- buat belang2 dgn berhati2 hingga abis adunan warna tu. Then dgn perlahan2, alihkan pelapik loyang td & letak loyang dgn perlahan2 supaya warna xbercampur antara satu sama lain.. then bole dikukus:) insyallah jadi:)


Thursday, June 9, 2011

Eggless Caramel Pudding


Best btol layan drama Nora Elena ni.. haishh i ni bkn minat sgt drama2 cinta ni, xpenah pun layan tp lama xtgk drama melayu, so layan la cete yg tgh top di Msia ni.. heheee, pepun mmg best la drama ni, skang br tgk Epi 3, slow la tgk kat Utube ni, nak tgk kat tonton.com ntah nape xle, error la plak.. grrrr.. Xpe no worry, yg penting dessert mesti sedap, ahaks! Pe la kena mengena drama gan dessert ni.. hehe bkn pe nak share satu g resepi dessert yg mudah & sedap. I suka sgt puding ni, tp kekdg bila makan *yg beli la* bau telur, adusss potong selera btol, bape biji telur agaknya dorg letak dlm setalam puding karamel ni.. haishhh. So i tejumpa resepi tanpa telur ni, ternyata lebihhhh sedap dr yg ada telur, manis2 buah, nyaman di tekak & yg penting lebih sihat dr yg ada telur tu.. hehe.. thank u to firasyira, lepas ni sure buat lagi:)


BAHAN :

A - Gula 2senduk (guna senduk nasi)
B - Serbuk Agar-agar 1 paket (7g)
Air 4cawan
Gula 21/2 senduk
C - Susu cair 1tin (lebih kurang 400g)
Tepung kastard 2sudu
Vanilla 1sudu
* Campur sebati semua bahan C

First, hanguskan gula spt buat karamel utk puding karamel yang lain gak... biasanya saya hanguskan gula terus atas acuan, bila gula agak perang tuang air sikit.. pastu ketepikan.. Dalam periuk didihkan Bahan B. Kecilkan api kemudian masukkan Bahan C. Kacau rata selama lebih kurang 3 minit @ sehingga adunan sedikit likat dan pekat. Matikan api, tuang adunan dalam acuan yang berisi gula hangus. Bekukan dlm peti ais (i bekukan semalaman), dan hidang. (lebih sedap dihidang sejuk-sejuk)



* Mmmm.. nyaman & menyelerakan.. muehehehhe *

I suke tgk garden neighbour i ni, Mr Jack, tua da dia tp suka sgt berkebun... kekdg dia ternampak i tgk garden dia, ahaks kantoi** so dia pun lambai2 la tgn kat i, huhu..


* Masa ni bunga br nak kembang, skang ni da merimbun pokok2 bunga, mcm2 kaler..:) *



Yeaaa Yippeyeaa.. ni pokok kesum, at last berjaya juga hidup segar bugar, so skang ble transfer tanam dlm pot & akan datang bila cukup besar menu pertama adalah ASAM PEDAS! huhuuu, tringin nak makan asam pedas la...