Friday, August 12, 2011

Ketayap


السلام عليكم....

Arini i nak share resepi ketayap i wat masa tadarus last week.. resepi dr CMG, thanks for da recipe, senang & sedap sgt! Selama nie ingat ssh nak wat kuih ketayap ni... huuuuhu, yeala b4 tis beli je klu tringin nak makan, so skang nak makan kna blajar wt sendiri lol.. tp tue la, tgn i ni xkreatif la, org wat comel je, elok lipatan tu, haaaa kna i yg wat, nahhh amik ko, jd saiz XXL truih.. hhhaaha, janji ble makan, hubby xkisah.. mueheehee. Satu g i guna gula merah cap Thailand tu xsyok arr, xhitam sgt gula merah tu, lps ni kna guna molasses sugar lagi sedap:)..


BAHAN :
(BAHAN INTI KELAPA)

3 cawan kelapa parut putih, pilih kelapa untuk inti, jenis yang muda sedikit
1/2 cawan gula merah @ gula timbang*
1/3 cawan gula pasir*
1 cawan air*(*disatukan dan masak hingga larut)
1 helai daun pandan, disimpul

(KUEH DADAR) :

1 1/2 cawan tepung gandum
2 1/3 cawan air*
2 helai daun pandan, potong kecil*(*kisar dan tapis)
Beberapa titik pewarna hijau
Sedikit garam
2 camca besar minyak masak


UNTUK INTI KELAPA :- Tapis air gula tadi ke dalam kuali, masukkan daun pandan dan didihkan hingga air gula pekat. Tambah kelapa parut putih dan gaul rata, guna kan api kecil. Masak hingga kering tapi masih lembap sedikit. Sejukkan sebelum diguna...

UNTUK KUEH DADAR :- Satukan semua bahan2 untuk kueh dadar, kacau rata dengan whisk dan tapis, atau masukkan ke dalam alat pengisar makanan dan putar hingga rata. Rehatkan 10 minit.

UNTUK KUEH GULUNG :- Panaskan non-stick pan bersaiz 8 inci dengan sedikit minyak, mat cuma lenser atau sapu permukaan non-stick pan tu dengan paper towel yang dicelup dalam minyak masak. Bila panas, masukkan 1 senduk bancuhan tadi dan ratakan. Masak hingga permukaan kueh dadar kelihatan pucat dan seakan2 jernih. Alih ke dalam pinggan. Letak 1 camca teh penuh init kelapa, kemudian lipat dan gulung kemas, seperti dalam gambar diatas. Buat hingga siap dan hidangkan...


Kelmarin i tuai hasil tanaman kat garden i tu.. hehhee, ada buah strawberry & blackberry.. pokok tomato & cili tu xnampak gaya nak bg hasil lgpun.. huhu. Strawberry da dlm 6 biji, sweet & juicy! Ada sebiji tu twin lak tu.. hehee, blackberry mmg banyak, i bagi separuh kat Pam & Cliff:).. asyik bebungga ja pokok blackberry tu, still byk yg xranum lagi, klu yg merah tu xmasak lg la..


* Twin strawberry:) *




* Blackberry yg xmasak lagi... *



* Hasil menuai... 1/2 da sedekah kat jiran :) *


* Bunga poppy yg tgh kembang mekar di taman *



* My sweet daisy yg sentiasa menjadi peneman setia tuan rumah bila sedang memasak:) *

7 comments:

DeLancrettLurpak said...

nampak senang aje, next time iftar beramai2 saya nak buat la kuih ni :)

kasihredha said...

cantiknya bunga2 tu

yang penting sedap..rupa tak penting :)

Lady of Leisure said...

best kan ketayap lelebih lg bulan posa... comelnya bunga n buah2... semua nampak subur..

Mamma Olyn ♥ said...

DLL : yup mmg senang sgt, i pon nak wat yg simple & cepat je, klu xwat ni i wat lopes tp beras pulut lak lupe bli, i buat 2 kali same time sbb ada baki inti lg, nnti wat ek:)

kasihredha : tq kak, hehe btol kan, yg penting kenyang & sedap msuk mulut:)

LL : hehee.. tue arr lg best bla wat sndri, puas ati..hehhe, owh itu baek punya baja, handmade compost..hhahaa

Bibi Intan Suraya said...

amboi kak, jeles betoi dgn kuih2 akak..haha..selalu terliur tgk kuih2 akak...wah siap bercucuk tanam lagi yaa...baguih2 kak ;)

Anonymous said...

Heheee..thanks dear, 1st attemped ni bb, plus tringin memcm la time dok sini, ms di mesia xmkn sgt pon kuih2 ni. aah sj ms lapang klu tak bw two kiddo ni g park, dok blakang umah la tanam pokok bunga, cuci2 backyard..klu x bosan la..huhu

mamma olyn said...

Aik, awat tuan rumah jd Anonymous lak..hmmm