Friday, August 19, 2011
Karipap
السلام عليكم....
Org Mesia mesti tgh sibuk cari baju raya, kuih raya, kasut raya, tudung raya, langsir raya... semu rayaaa la... hehhe, kmi pun pe kurangnya kat sini sibok prepare utk raya tp xla semeriah di Msia, semunya made from scratch la.. iskk, mna de main tunjuk2 je, suasana raya kna cipta sendiri dgn prepare sendiri escp menu2 raya:).. so for my first trial i da try wat 3 jenis kuih raya * nnti ek i share resepi:), sj try sambil tu nak mkn utk diri sendiri & two kiddo ni, sejak kebelakangan ni kuih raya da jd snack dorg tetiap ptg.. hehheee, gamaknye xsempat raya da kosong balang kuih tu.. huhuuu. Arini nak share resepi karipap yg paling simple & sedap! Credit to joayee for tis recipe:), & resepi Inti Karipap pun sedap dr tuan yg sama..:). Tapi i xpandai nak klim karipap laa.. so snang cete i terap guna fork je.. ahaks! Pepun karipap ni sgt marbelessss, rangup di luar & lembut sgt kat dlm, inti pon superbbb! Mmg bebaloi2.. hehehee
BAHAN :
(DOH KARIPAP : 20 - 25 biji)
Tepung gandum 4 cawan
Minyak 3/4 cawan - panaskan
Air 3/4 cawan @ lebih
Garam 1 sudu teh
Masukkan minyak yg betul2 panas dalam tepung, kacau dgn fork, bila sejuk, kacau dgn jari sampai berderai. Masukkan air. Uli sampai rata sebati. Bulat kecil2 sesuai utk size 1 biji karipap. Bila dah siap, tutup dgn plastik tak nak kasi kering. Dgn menggunakan rolling pin, gelek, jgn terlalu nipis. Masukkan inti, klim. Goreng dengan api perlahan.
* TIPS mammaolyn : Masa goreng karipap pastikan minyak tidak terlalu panas, klu tak kulit karipap akan jd berbiji2..
* 2 biji karipap yg berjaya diklim.. huhuhuuuu *
BAHAN :
(INTI KARIPAP - 60 biji karipap)
Potato 600g - potong dadu
Carrot 150g - potong dadu (kalau tak gantikan dgn potato lagi)
Bawang besar 500g - potong dadu
Daging cincang 3/4 cawan - potong halus
Minyak 3/4 cawan
Rempah kari 3 sudu
Bawang putih kisar 1sudu
Gula 2 sudu
Garam 1 1/2 sudu
Asam keping 1 keping
Di dlm kuali ,panaskan minyak. Masukkan potato & carrot. Masak sampai lembut ,menggunakan senduk berlubang, tos minyak, angkat & ketepikan. Kuali yg sama, dan minyak lebihan goreng potato, masukkan bawang & bawang putih. Masak sampai wangi & lembut. Masukkan rempah kari & daun kari jika ada. Masukkan daging. Kacau kekejap & masukkan semula potato & carrot tadi. Kacau lagi. Masukkan gula & garam & asam keping. Bila dah cukup rasa. Tutup api & sejukkan.
* Abaikan rupa karipap ku ini..yg penting sgt sedap, rangup di luar & lembut didlm:) *
♥Labels:
Ramadhan Al Mubarak,
Traditional Food
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Hehe.. Betul rupa tak penting, yg penting sedap.. Dulu pestaim kami wat karipap, masuk time minyak panas, berbiji habis kat luaq hehe.. Tapi dah penat uli telan jugak la berbiji pun, janji rasa dia ok kan..
Kami ni persiapan raya tak mula lagi, baru buat kuih sejenis kekeke sbb nak buat makan sendiri, untuk tetamu kami order ja nanti, baju raya tak beli lagi, duit raya tak tukaq kat bank lagi huhu..seminggu sebelum raya nanti baru nak mula, time tu macam lipas kudung gak la ke sana ke mari buat persiapan..
Heheee.. tu la, yg penting sedp kan, air tgn sndiri tu yg rs mkin sedap tu..hahaa.. lorr ingat ampa ready semu, tinggai nak pakai raya ni ja, xpa2 sempat lg tu, lgpun kl byk choice..hihi, best2, kali ni pattern bj cam na la utk raya, klu bj kurung pahang rs ampa ble pkai time preggy coz pinggang ke bwh pattern dia luas:).. bestnyaaa time blk kmpg noo, kmi tetiap ari blk kmpg, dlm mimpi jela..iskk
Post a Comment