Heheee... resepi tertunggak lagi la, kali ni try wat strawberry moist chiffon cake, ni kes nak habiskan strawberry yg ada 3 bekas lagi dlm fridge, hubby i suka beli buah byk2, klu dia singgah castle market, skali borong 3-4 plastik buah, sbb murah sgt2 berbanding beli di supermarket. Kebelakangan ni pulak si Aiman sukaaaa mkn 'stobeyi- beyi' ... hahahaa, dia suka sebut guna ayat sendiri tp i sukeee sbb super duper cute! So abah kesayangan dia ni beli la 'stobeyi' tiap2 minggu.. hahahha, mamanye pon suke sbb ble try byk resepi, arini ada satu lagi resepi 'stobeyi', dlm fridge lagi, xtouch up lagi, tunggguuuuuuu.... hihihiii. Ok, berbalik pada resepi ni, i da try byk kali mmg sedap, moist, gebu, klu ikut resepi kena letak dlm 6-7 biji, tp i nak rasa lebih mengancam, i letak 12-15 biji.. hahaaaa, nasib ok, sj try & error.. tp kali ni i terrrrsilap, i nak habiskan buah 'stobeyi' sampe 2 kotak (1 kotak lagi bagi budak tecit tu mkn), so i blend & amik puree saja... alamak! i terlupa kek ni adalah kek chiffon, bkn kek biasa (cam kek butter), so puree (yg sememangnya ada jus/ liquid) mmg xbole letak byk, sbb kek akan terlalu lembab & lambat masak esc di bahagian tgh kek, then tekstur da xjadi ringan & gebu malah jadi berat (sbb kandungan air) tp tetap lembut.. huuuwaaaaaaaa, nasib ada yg suka, Aqil mkn xhengat dunia, hahhaaa, dia kata 'bun'.. erkk, itu la memandai sgt, padan muka sendiri! Pepun ampun maaf pd cik Mat sbb memandai tukar tp xmenjadi ponn, pepun resepi di bawah adalah asli tanpa perubahan, try la mmg marbeles!
Klu perasan kek agak berat & lembab ..iskk
BAHAN A :
4 kuning telur gred "B"
25 gram gula halus
50 ml minyak jagung
50 ml susu segar
100 g tepung naik sendiri
1 camca teh strawberry emulco
BAHAN B :
4 putih telur gred 'B'
60g gula halus
Secubit cream tartar @ 4-5 titik jus lemon
BAHAN C :
6-7 biji strawberry didadu
Strawberry segar utk hiasan
Panaskan oven pd suhu 175C, sediakan tin chiffon bersaiz 9 inci, x perlu sapu mentega. Ketepikan. Dalam satu bekas, masukkan telur kuning bersama gula, kacau hingga sebati & gula larut, masukkan semu bahan A, kacau rata & ketepikan. Dlm mangkuk pemutar yg kering & bersih, putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula & cream tartar & terus putar pada kelajuan yg tinggi hingga kental (bila mangkuk adunan diterbalikkan, putih telur tidak jatuh). Bahan B.... cedok 1/3 putih telur tadi & gaul dlm adunan no 2 dgn kaedah kaup balik. Masukkan baki putih telur & gaul rata, pastikan guna teknik kaup balik. Masukkan strawberry yg didadu tadi & kacau rata. Tuang dlm tin chiffon & bakar selama 1jam- 1 jam 10 minit @ hingga masak. Bila masak kek akan sedikit mengecut dibahagian tepi. Keluarkan dr oven, terbalikkan atas jaringan & biar sejuk dlm keadaan terbalik. Bila sejuk, sisip tepi kek dgn spatula besi @ pisau, keluarkan kek & sisip juga bahagian bawah kek. Terbalikkan dlm pinggan yg sesuai, klu suka hias dgn strawberry segar atasnya....
Pepun yg jadi, i mesti make up cun2 dulu kek ni, hahaha, i loike!