Last weekend hubby bawa kami g Nottingham, nak jumpa member lama dia yg da lulus viva baru2 ni, member masa di UTM dulu.. sambil2 tu kmi menyinggah di warung roti canai dulu.. hehhee. Haaa jgn xtau, kat sini pun ada warung roti canai! Fresh, ditebar depan2 customer, makan panas2 gan teh tarik lagi.. hahaha. Kena pulak chef roti canai ni lak org Perlis, asal Changlun, haaa ape lagi, meriah satu rumah, sembang cam xmo balik.. hahaaa, melepas rindu kami kat kampung halaman Malaysia negara tercinta! Abg Zul & K.nita ni actualy wat roti canai ni di rumah je, bukan ada kedai pun tp mendapat sambutan yg hangat termasuklah di kalangan mat/minah saleh ni, sampe menjilat jari makan roti canai cicah gan kuah dhal.. ehhehee, dorg siap wat delivery ke seluruh UK! Roti canai & murtabak akan dibuat bila ada tempahan & frozen utk kekal segar selama 3 bulan, tapi xsampe 3bln pun, seminggu da abis licin.. heheee. Ada roti canai telur/ sardin/ murtabak daging/ayam + kuah dhal + sambal :)).. Kami sampe je trus dorg hidang sepinggan penuh gan roti canai kosong & telur gan murtabak ayam & daging, sedapppp sgt! Setahun xmakan roti canai & murtabak, ha balun xhingat dunia.. wakakkaaa. Aqil & aiman pon berselera.. itu la 1st time dorg makan roti canai & murtabak.. jakun kjap dorg tgk roti canai, Aqil ckp 'wat is tis mama, wat's inside?' * slalu tanya ada apa dlm makanan setiap kali nak mkn..iskk* i gtau dia, tis is 'roti canai' or flat bread.. owh tis bread is soooo yummy!.. hehhe, dia mmg xreti sebut ROTI CANAI.. hahaha. Nak tgk chef tebar roti canai fresh from UK.. hehhee, jom tgk pic dibawah ye..
Ni aktiviti two kiddo yg happpyyyy sgt main gan anak2 K.nita yg ramaiii tu, semunya 7 org:)).. meriah rumah gan budak2.. hehee. And salah sorang anak k.nita ni ada bakat main gitar & baru2 ni dia g audition utk Britian's Got Talent 2012 :)..
* Amboiii bkn main lagak main gitar, rock band..huhu *
Last skali, kmi kenyang dgn berbekalkan sekotak roti canai (60keping) & murtabak (30keping) + kuah dhal & sambal utk stok bg org2 kampung Sheffield ! Muehheeee.. skang ni da tinggal separuh, baru seminggu.. alhamdulillah sambutan menggalakkan. So skang i da jadi stokis roti canai & murtabak bagi cawangan Sheffield.. hehheee, jemput la mai umah klu nak rasa roti canai UK!
* Jemput makan :P *
4 comments:
roti canai UK :)
lepas juga rindu pd roti canai kan olyn
hehee.. itu la kak, lyn mmg suka sungguh gan roti canai tp nak wat sndri mmg xsanggup, berminyak tgn & dapur..huhu
adoi syoknya sejuk2 makan roti canaiii.. hehe.. kena lak kuah kari ke kuah dhal ke.. sedap tol kan..
aqil pegang guitar ada gaya, cayalah.. :)
hehe..mmg layan sungguh, mkn 4keping pon xterasa kenyang2 lagi, huh melampau sungguh..haha. tue la aqil suka sungguh begaya gan gitar, katanya i wan to be a rock star!, saba jela..isk
Post a Comment