Monday, June 27, 2011

Nasi Carrot + Prawn Supreme + Stir Fried Tofu n Oyster Sauce


Perghh menu xagak2.. actualy i masak pe yg ada dlm stok, tu yg menjadi mcm2 ni.. haha, bole la yg penting perut kenyang:).. rs cam lama xbuka blog, blogwalking pun xbejalan, xsinggah memana pun sbb i menyinggah tempat len.. hehe, jenjalan la sementara cuaca elok & waktu siang yg panjang ni.. hehe. Alaa.. jenjalan area dekat2 sini je, syok ble pakai bj sehelai sepinggang, two kiddo ble pakai seluar pendek, baju sleeveless, mmg rasa bebetoi cam dok di Msia! Weekend br2 ni paling best, suhu mencecah 28C! Wowwwwww.. sangat panassss terik, dok umah kna buka semua tingkap yg ada, nak buka pintu satg puppy Cliff msk umah la plak..iskk, so buka tingkap je.. tp satu masalah bila da buka tingkap kjap2 ada je benda yg dok terbang dlm umah ni... lebah, lalat, even ulat daun pun ble masuk umah! ishh, skang ni dorg busy la meneroka bunga2, daun2 yg ada kat garden tu, jd bla buka tingkap sampe kedlm umah pun nak masuk juga, sronok two kiddo ni main gan busy bee, siap lari2 kejar bee tu satu rumah.. hahhaha. Ni menu tertunggak, ms kmi g Durham aritu, i bawa bekal ni la nak piknik kat tepi sungai tu, last2 hujan so piknik dlm keta..iskk.. pepun nasi carrot + udang supreme ni mmg best, tetambah udang supreme tu, da jd menu rasmi i klu de udang.. ngheeeee, sedap!


BAHAN : Nasi Carrot
SUMBER: dalinnasue


Bahan A - Kisar

Cili hijau 10biji ~ i letak 2biji shj
Lada putih 1sudu
Jintan manis 1sudu
Bawang putih 5ulas

Bahan utk menumis:

Buah pelaga, Bunga lawang, Bunga cengkih, Kulit kayu manis
Beras 4cawan (cuci & toskan)
Carrot 600g (di parut)
Ayam 500g (potong kecil) ~ i ganti dgn 2 kiub ayam
Tomato 300g (potong dadu & campurkan gula batu sedikit ~ i guna gula biasa)
Bawang besar 3biji (di hiris)
Minyak sapi 4sudu
Air rebusan ayam 3cawan
Santan 1cawan ~ i ganti susu cair
Garam
Daun pandan 1helai - simpul

First, gaulkan carrot bersama beras. Rebus ayam bersama 3 cawan air. Panaskan minyak sapi, tumis bawang besar hingga kekuningan. Masukkan Bahan Penumis, Bahan A (kisar), garam, dan biarkan hingga naik bau. Masukkan stok ayam + ayam, santan, tomato dan beras yg digaul bersama carrot. Kacau sebentar. Tutup periuk dan biarkan nasi masak.



BAHAN : Prawn Supreme
SUMBER: waheedeana

Udang 500g - buang kulit dan tinggalkan ekor shj
Lada merah 3btg - cincang } i ganti dgn capsicum merah/kuning/hijau
Lada hijau 3btg - cincang }
Bawang besar 1biji - cincang
Halia 1inci - cincang
Sos tiram 4sudu
Kicap manis 2sudu
Kicap cair 2sudu
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

First, panaskan minyak dan goreng udang yg telah dibersihkan terlebih dahulu selama 5 minit setelah itu angkat dan toskan. Tumis bahan2 cincang seperti lada hijau@capsicum, bawang besar & halia sehingga garing. Masukkan sos tiram, kicap manis dan kicap cair, kacau sebentar dan masukkan udang yg telah digoreng tadi dan kacau rata. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedia untuk di hidang.



Untuk resepi Stir Fried Tofu n Oyster Sauce ni i wat simple je.. i letak la resepi i ni utk rujukan masa depan.. eh two kiddo sukeee sgt2, makan gan bubur nasi pon sedap hehhe..

BAHAN :

Tauhu (hiris & goreng sekejap)
Sosej (hiris serong) * bole ganti gan ayam
Bawang putih 3ulas (hiris)
Halia 1inci (dititik)
Sos tiram 4sudu
Lada hitam 1sudu
Tepung jagung 1sudu + air
Carrot / baby corn (hiris) @ mix vege/ button mushroom
Bawang goreng/ daun bawang (optional)

First, tumis bawang putih & halia hingga naik bau. Masukkan sosej @ ayam & biar hingga agak masak. Masukkan sos tiram + lada hitam & tauhu yg telah digoreng, gaul sekejap. Masukkan sayur & last skali masukkan tepung jagung yg dicampur gan air, masak sekejap biar agak pekat. Tambah air jika hendak kuah byk:). Bila siap, tabur bwg goreng @ daun bawang...

Wednesday, June 22, 2011

Mix Triffles.. its Summer!


Kelmarin adalah 1st day of Summer mengikut Takashi Murakami & dikenali sbg Summer Solstice yg mana jatuh pada 21 JUN pada thn ni, 2011... so kelmarin adalah waktu siang yg paling panjang sampe kol 10pm still cerah! Tapi tak panas sgt la, suhu dlm 18C.. kmi yg kat umah ni sampe xtau nak wat pe, i bw two kiddo g park ptg kemarin pun sampe tekejut tgk jam, aik da kol 9pm langit cerah, so kmi jenjalan balik umah pon slow2 sambil stop lari2 kat padang rumput, rs cam lama sangat nak tunggu malam... huhu.. spatutnya two kiddo ni da masuk tido tp sbb satu ari dok umah, sampe kol 7pm pon ada matahari g, dorg pun xde ciri2 nak ngantok pun.. hrmm i pon xkeruan dok umah, xkan nak melantak kat dapur 24jam, so pe lagi, kuar arr jenjalan amik fresh air, sronok la two kiddo ni cerah biji mata, semangat nak main gan kengkawan kat park.. haha


So i try la resepi ni utk sejukkan tekak...hehe, kebetulan buah pun ada lebih, so ble wat triffle, mmm superbb yummy! Tp i olahkan jadi mix triffles sbb i guna 3 jenis buah iaitu strawberry + peach + pisang, dan rasanya mmg balance, sgt sedap kombinasi 3 jenis buah ni:). Resepi i amik dr ezralovescook, thanks 4da recipe, sgt mudah , sedap & menyejukkan tekak.. hehehe, ishh time2 ni dahaga teh ais kaw, iskk..


BAHAN :

Kek secukupnya (susun di lapisan bawah puding)~ i guna strawberry swiss roll
Tepung kastard 3sudu
Gula 1sudu
Air 1cawan
Susu Cair 1 tin
Fruit in syrup (peach @ mix fruit) toskan & ketepikan airnya
Jelly/Agar2 perisa strawberry 1bungkus ~ i guna perisa Pisang:)
Air 1cawan untuk larutkan Jelly
Pisang 2biji (hiris & susun atas susunan kek tadi) ~ i tambah:)

First, bancuhkan tepung kastard bersama satu cawan air,kacau sampai larut. (jgn biar berketul). Masukkan bancuhan tadi ke dlm periuk, masukkan gula + 1 tin susu cair dan air sirap dari buah2an dlm tin. Kemudian panaskan di atas api sederhana. Kacau selalu sehingga pekat & likat. Setelah siap terus tuangkan adunan ke dalam bekas yang telah disusun kek & pisang tadi(*kek dihiris nipis & disusun dalam bekas puding @ mangkuk kecil kemudian susun hirisan pisang). Ratakan adunan kastard sehingga menutupi lapisan kek yang disusun tadi. Setelah itu, bolehlah susun buah-buahan dalam tin di atas adunan kastard bila kastard agak pejal/sedikit keras. Akhir sekali bancuhkan Jelly bersama 1 cawan air dan larutkan (**atau ikut cara2 melarutkan jelly di belakang bungkusan). Setelah larut,tuangkan ke atas buah-buahan yang disusun sehingga menutupi buah yg disusun. Masukkan dalam peti sejuk selama 2jam @ lebih dan hidangkan sejuk...

* TIPS dr mammaolyn : Masa nak tuang larutan jelly atas susunan buah tadi, tuang di atas buah perlahan2, JGN tuang atas kastard coz nnti kastard akan pecah2, xelok. Tuang slow2 sehingga menutupi seluruh permukaan buah tadi:)

Monday, June 20, 2011

Mee Kari Udang


Ni menu last week, ada balance udang fresh dr ladang so wat special menu.. hehe, tp cam biasa mee i transfer guna spaghetti... I try resepi ni dr MyResepi (qirah75), thanks 4da recipe, mmg sedap betul, cam mkn kat kedai, serious! Bkn nak angkat bakul sendiri, tp resepi ni mmg superb, xrugi try, siap dapat tempat ke-2 dlm pertandingan memasak Hari Guru lagi tau.. hehe. Last month kmi dpt surat dr GP, si Aqil ni nak kena amik vaksin skali lagi bila masuk 3tahun. Klu kat Msia jadual imunisasi stakat 11/2 je then tunggu 7thn baru amik vaksin seterusnya.. tp disini jadual berbeza, memula i riso gak, takut dorg bagi vaksin yg sama dgn previous imunisasi, yela ms 1st daftar tu dorg tgk la buku biru (buku imunisasi kanak2) tu, da la tulis dlm malay, tulisan pun conteng2 ja (tulisan nurse & doc), tp alhamdulillah dorg explain secara detail sebelum doc tu sentuh two kiddo ni, & dia siap tulis vaksin jenis mana yg dia akan bagi, dia kata dia take note yg mana doc di Msia da bagi vaksin pada two kiddo ni, dia senaraikan ikut turutan, nasib semu jenis vaksin di Msia tu doc cop in english, so tulisan xkabur:).. haa br puas hati i, kita kna tau gak, takut tersalah faham coz area i duduk ni dorg punya pelat english, adoii pekat sungguh, beputar belit lidah, klu xfaham betul2 lain plak jadinya.. huhu. Kmi wat appointment kol 10.30pg, xsampe 1/2jam doc da panggil, i masuk gan Aqil.. nampak relax je, doc tanya i da gtau Aqil ke pe nak wat arini, i ckp da b4 bedtime smlm i da gtau dia, doc siap bagi lolipop, uishh syok abis la, doc pun pe lagi Aqil tgk ralit hisap lolipop tu, trus cucuk lengan dia.. erkk, terkejut dia, tp dia xnangis, cepat btol doc tu suntik vaksin tu, then si Aqil ni spontan tgk doc tu pastu dia ckp 'ouuchh, wat is tat???'.. hheheee, doc tu explain, 'oh its just a tiny bug crawl on ur arm.. look', doc tu tunjuk bug toy dia letak atas lengan Aqil & tickle him, hehe trus si Aqil ni geli, gelak sampe lupa rs sakit tu.. hahaaaa, psikologi kanak2, lagi sronok bila doc bagi dia award bcoz of his good behaviour:)..



Da siap semu, i sempat singgah GREGS, nak bagi treat kat Aqil, so dia pilih Choco Cornflakes, huhu lps ni mama wat sendiri la, ingat nak pilih muffin ke, burger ke...


Orait jom selak resepi mee kari udang yg superb ni!


BAHAN :

Udang 1/2 kg
Fish cake (hiris) ~ i tambah
Mee kuning 1kg (basuh dan celur) ~ i guna spaghetti
Rempah kari 2 senduk kecil
Cili boh 2sudu (kalau suka pedas)
Bawang merah 6 ulas*
Bawang putih 3 ulas*
Halia 1/2 inci*
Kulit kayu manis 1btg, Bunga lawang 2kuntum, Bunga cengkih 2biji
Daun kari 1 tangkai ~ i x letak
Tauhu kering (hiris)
Udang kering 2sudu*
Asam keping dlm 2-3 keping
Pati santan 1kotak @ kelapa parut sebijik
Bahan hiasan/ulam: telur rebus, bawang goreng, sawi(celur), taugeh(celur), cili besar
(Tumbuk bahan *)


First, gaulkan serbuk kari dgn air panas utk jadikan paste. Masukkan juga cili bo tadi. Bersihkan udang, keluarkan kepala dan kulit. Kepala dan kulit ni rebus dgn sedikit air kemudian blend dan tapiskan air dia tu untuk jadikan stok. Panaskan minyak. Masukkan daun kari. Lepas tu kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih. Masukkan bahan-bahan tumbuk tadi. Bila dah agak kekuningan masukkan paste kari. Bila dah pecah minyak, masukkan santan, stok udang, garam secukup rasa dan asam keping. Garam tu mesti secukup rasa supaya santan tak berketul-ketul. Bila dah mendidih dan pecah minyak masukkan udang. Bila mendidih sekali masukkan tauhu kering yg telah di potong dua, kacau-kacau dan tutup api. Masukkan mee dalam mangkuk, kuah dan bahan-bahan hiasan dan sedia untuk dimakan..