Wednesday, April 6, 2011

Cheesy Fried Tuna Sandwich



Nie breakfast kami pagi tadi, cheesy fried tuna sandwich... Hubby i sesudah subuh tadi da kuar bertolak ke Edinburgh utk ke conference 2 hari..iskk iskk, tinggal la kami 3orang dgn ditemani stok2 makanan cam org nak naik kapal 3bulan.. erkk, punya la takut anak bini dia xcukup makan dia xda 2 hari, penuh satu fridge sampe lampu fridge tu da gelap coz tesembunyi dgn makanan.. hahhahahahhhaa. Pepun, we gonna miss u dear & good luck 4 ur paper, can't wait for our trip.. yuhooooo! I nak share resepi cheesy fried tuna sandwich version mamma olyn, ala simple dimple je, yg penting sedap!

BAHAN :

Roti 12 keping (buang kulit tepi & sapu roti dgn butter)
Telur 4biji (pukul sedikit + garam)
Cheedar cheese 12 keping
Minyak @ butter

Untuk inti tuna :

Tuna 2 tin (samada dlm air @ minyak) ~ amik ikan tuna & lecek
Bawang jepun 1biji (hiris)
Cili merah 1biji(hiris halus)
Mayonis 3sudu
Sos tomato 2sudu
Jus limau/ lemon 3sudu
Iceberg lettuce (hiris halus)
Baby tomato secukupnya (hiris 2)
Lada hitam & garam secukupnya

First, utk inti lecek tuna hingga hancur dan masukkan bawang + cili + mayonis + sos tomato + jus limau/ lemon + iceberg lettuce + lada hitam & sedikit garam.. gaul hingga mesra. Then letak inti tuna tadi di atas roti dan letak baby tomato & cheddar cheese diatas tuna. Tutup dgn satu lagi roti dan hiris serong. Panaskan butter @ minyak atas pan dan celup roti td dlm telur.. goreng hingga agak garing, siap utk dimakan:)

Tuesday, April 5, 2011

Nasi Carrot & Ayam Panggang Yogurt Berempah


Nyummm..nyummm sedappp sgt ayam panggang ni tau.. hehe, ni menu weekend kami. Lps masak, makan trus bw two kiddo ni main bola kat park, cuaca panas terik mmg best sgt! Resepi nasi carrot & ayam panggang ni i selak2 kat Potret Kasih.. thanks 4da recipe:).. mmg sedap sgt, ayam panggang tu siap ratah2 lagi.. hahaaa, Hubby kata rasa cam ayam tandoori pun ada, i perap 6jam mmg lagi rasa rempah di ayam tu. Lps ni sure nak try lagi!


BAHAN :
(Nasi Carrot)

Beras Basmathi 6cawan (basuh & toskan)
Carrot 2cawan( potong dadu kecil) ~ i parut kasar-kasar.
Susu cair 1/2cawan
Air 8cawan ~ i letak 61/2 cawan
Kiub ayam Knorr 1
Gula 1sudu teh
Garam secukup rasa

Bahan Tumis

Rempah kurma 2sudu
Bawang merah 5ulas – mayang @ tumbuk kasar
Bawang putih 3ulas – mayang halus atau tumbuk kasar
Halia 2cm - mayang
Minyak sapi 3sudu
Kulit kayu manis 2cm
Bunga lawang 2kuntum
Bunga cengkih 5kuntum
Buah pelaga 2biji ~ i xletak
Daun ketumbar 1tangkai - mayang
Daun pandan (simpulkan)

First, panaskan minyak sapi dalam periuk Rice Cooker dan masukkan bahan tumis, bawang & halia yg dimayang dan daun pandan. Bila dah wangi masukkan rempah kurma/beriani. Biarkan naik minyak. Then, masukkan air, garam, gula, kiub ayam knorr dan susu cair. Biarkan mendidih. Masukkan beras, carrot dadu dan daun ketumbar. Alihkan periuk kedalam Rice Cooker dan biarkan masak saperti nasi biasa. Hidangkan dengan ayam bakar, sup dan salad sayur.


BAHAN :
(Ayam panggang yogurt berempah)

Ayam 1ekor (potong 4-12, bersih & tos) ~ i guna peha ayam
Yogurt/tairu 1cawan
Minyak zaitun @ minyak sayuran 3sudu
Jus lemon 21/2 sudu
Garam 1sudu
Gula 2-3sudu – ikut citarasa
Sedikit perasa jika suka
Serbuk cili 1sudu
Campuran jintan kasar dan halus 3/4sudu – ditumbuk
Biji ketumbar 3/4sudu – ditumbuk ~ i xletak
Lada hitam 3/4sudu – ditumbuk
Serbuk kulit kayu manis 1/2sudu
Bawang putih 4ulas (di goreng dulu hingga kekuningan) – ditumbuk
Halia 1sudu (tumbuk)

First, satukan semua bahan2 di atas. Kemudian perap dalam peti sejuk semalaman atau 1-3 jam pada suhu bilik. Ikut suka nak perap lama mana… lebih lama kita perap ayam tu lebih sedap. Susun ayam dalam tray kemudian bakar ayam dalam ketuhar/oven selama 45 minit-1 jam, ikut saiz ayam. Semasa bakar tu, jangan lupa balik2kan ayam tadi agar rata masaknya. Boleh jugak jika nak bakar dengan arang. Bila masak angkat dan hidangkan dengan nasi carrot.


Oppsss… lagi satu kalau kat dapur tak de yogurt jangan risau!! Kita boleh buat sendiri… caranya dengan mencampurkan 1 cawan susu cair dengan 4 – 5 sudu jus limau kasturi/ nipis @ lemon. Susu tadi akan menjadi pekat seperti yogurt dan bolehlah dicampurkan dengan ayam dan bahan2 lain.


* A must-try recipe, even sememeh tp rasanya ummppphh! *

Friday, April 1, 2011

Chocolate Chunk Cake


Cake ni betul2 rasa cam mkn coklat bar, very chocolaty.. asalnya ni resepi muffin tp i takut berebut xcukup coz cup muffin tinggal 6 case so upgrade jadi cake.. hahaaaa, resepi dr K.Nor, mmg mabeles! Lagi sedap bla makan panas2, chocolate chunk di dlm kek tu cair ala cheese je then ditambah lak almond chunk yg sgt2 crunchy tu... fuhh mmg kena sgt! I tabur je almond chunk tu atas kek, x letak ganache pun nnti telebih2 lak rasa chocolate tu, kek ni mcm Lava cake pun ada, cuma choc nye xcair di tgh sj, merata2 choc cair di dalam kek ni.. hoo hooooo i like! Two kiddo ni lagiii suka, dorg ingat i wat homemade chocolate, bukan kek coz slalu Aqil minta nak kek, tp kali ni dia minta nak 'chocolate crunchyyyy'.. hehehe

BAHAN :

Butter 6sudu
Bittersweet chocolate 112g - cincang
Tepung gandum 2cawan *
Serbuk koko 3/4cawan *
Baking powder 1sudu teh *
Baking soda 1sudu teh * (*diayak)
Garam 1/2 sudu teh
Gula castor 2/3cawan
Buttermilk/sour cream 11/4cawan
Telur A 1biji
Esen vanilla 1sudu teh
Coklat chips dan almond nibs secukupnya ~ utk taburan

First, dlm periuk kecil masukkan butter & 1/2 dr coklat, cairkan & ketepikan (i guna microwave 2minit/perhati hingga cair). Dlm mangkuk besar campurkan semua bahan kering, kemudian masukkan telur, sour cream atau buttermilk & vanilla kacau rata. Masukkan coklat cair & lebihan coklat yg dicincang td dan gaul hingga sebati (jgn overmix). Tak perlu risau kalau ada lump2 sikit. Masukkan dlm muffin/cake pan. Bakar dlm oven yg suhunya 180C selama 20-25 min @ sehingga masak bergantung pd oven masing2.

* Cara menghasilkan homemade buttermilk :
1 cawan susu segar + 1 sudu besar jus lemon/cuka
Kacau2 dan biarkan dlm 10 - 15 minit baru lah digunakan..
** buttermilk juga boleh disubkan kepada yogurt