Thursday, September 29, 2011

Roti Jala + Gulai Ayam


السلام عليكم....

Rasa lama xmakan roti jala, so i wat utk bfast, mmm nyummmyyy lepas kempunan nak makan roti jala, cuma penat dok menjala je la.. hehhe tp seriously resepi ni mmg superbbb! Lembut sampe ke esok harinya, simple je bahan & cara nak wat tp sedap & yg penting lembut, xliat bila da sejuk.. klu xcaya sila try resepi ni, i copy dr Myr, thanks tuan empunya resepi:).. mmg berbaloi2, tp i xpandai nak kirai cantik2 cam kat kedai tu, nampak elok je jalanya.. huhu, xpe la yg penting sedap, & best part roti jala ni da jd fav si Aqil! Yeaaaaaa.. at last dpt gak benda baru dia suka, lps ni kena byk perkenalkan makanan2 Msia la, mamanye kna rajin la yerrr. Baru2 ni i wat kuih lopes, punya la sukaaa cuma dia kata dia xnak 'snow'.. erk, actualy dia xnak kelapa parut yg kita salut pd kuih lopes tu.. hehehe, dia kata snow, saba jela.. pastu i ajar dia sebut 'lopes'.. tis is lopes, then dia sebut 'lopezzz'.. hahaha, bole la. Lps ni klu dia nak senang dia minta kat i, br i faham.. ini kekdg dia nak makan itu ini tp bila i hidang semu xkena, he's a fussy eater.. huhu, da byk kali dia minta 'lopezzz' dia tu, senang je nak watnye, guna microwave je.. nnti i share resepi kuih lopes k:).. Skang jom semak resepi roti jala lembut ni..


BAHAN :

Tepung gandum 3cawan
Minyak masak 2 1/2 sudu
Garam 1 sudu teh
Sedikit pewarna kuning
Telur 1 biji
Air/santan/ susu segar 3 cawan

Blendkan semua bahan di atas hingga sebati. Kalau nak tahu adunan dah boleh jala ke belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala. Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung. Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah dal atau kari ayam. Sesuai untuk open house sebab walaupun sampai ke petang roti jala tu tetap lembut seperti baru dimasak. Cubalah.

Untuk resepi gulai ayam, ni resepi i sendiri, hehhee.. wangi & pekat kuah gulai ni *_^...

BAHAN :

Seekor ayam (cuci & tos)
Bawang merah 3 biji (besar) @ 8 biji (kecil)*
Bawang putih 3 ulas*
Halia - dititik
Bunga cengkih/ bunga lawang/ kulit kayu manis/ buah pelaga (serba sedikit)
Biji sawi 1 sudu teh
Rempah kari 1 pek kecil (bancuh gan air jadikan pes)
Serbuk kunyit 1 sudu
Santan 1 liter (tambah air jika hendak kuah lebih)
Asam keping 1
Garam & perasa secukupnya
Kentang secukupnya (belah 4 & cuci)
Cili merah
* Blend

Firstly, tumis bahan blend, halia & bunga cengkih/ lawang/ kulit kayu manis/ buah pelaga & biji sawi hingga naik bau. Then masukkan pes kari + serbuk kunyit & gaul hingga naik minyak. Then masukkan ayam, gaul mesra, biarkan sekejap. Then masukkan santan. Gunakan api yg perlahan & biar hingga mendidih, kemudian masukkan kentang & biar hingga empuk, last masukkan garam & perasa secukupnya & sebelum tutup api masukkan asam keping & cili merah & biar sekejap. Tutup api & bole dihidang:)...



Skang da musim Autumn.. minggu ni cerahhhh sepanjang hari, panas terik macam Summer & sama cam dok di Msia, br la rasa panas bebetul sbb spanjang minggu panas, klu de 2-3 ari hujan, alamatnya sejukkk balik la.. huhu.. layan la pic dibawah ni sekitar Firth Park, kmi xsempat lagi nak posing2 musim Autumn ni, hubby teramatlah sibuk 2-3 minggu ni.. huhu, klu jadi mybe tis weekend insyallah, nnti i update :)..



3 comments:

Unknown said...

salam winduu lyn!! huhu lama tak mai sini..sedap roti jala tu..akak pun lama tak buat.

mcm mana raya sana best la kot? dah nak luruh dah daunx2 sana yer.kat sini baru masuk autumn..tapi sejuk giler temp 7-10degree c...sabar jer la.

Lady of Leisure said...

cantiknya daun masa autumn.. nanti share lagi pic k dear..

uuhhh roti jala makan dengan kari pekat2 heaven kan hehe..

Mamma Olyn ♥ said...

Nieza : K.niezaaaaaaa... hheeehe, tringin nak mkn roti jala la plak, da terrbuat gulai ayam pekat, tu yg gagah wat gak.. heheh, 2 in 1. owh ms raya aritu best gak, xlarat nak p open house, dpt mkan pon best2, homemade gitue.. tp tuela still trasa sbb raya tanpa family, huhu..huish sejukkknya k.nieza, kmi klu cam tu pnya suhu da nak dekat winter da tu.. huhu, tp minggu ni panas sungguh, mgalahkan summer, bepeluh2 cam dok mesia..hehe, tp xlama ni, tunggu la 2 minggu g stat pakai baju tebal blk la..iskk

Lady of Leisure : hehe, insyallah dear, cantikkan tgk daun kuning tu, padahal daun kering ja, klu pgg reput abis.. hehe tp suasana jd cantik bla semu daun menguning & oren penuh atas pokok & luruh jd carpet daun...:) hmmm mmg ralik sungguh mkn gulai kuah pekat gan roti jala, mkn gan nasi pon lajuuu jaa.. heheh