Saturday, September 24, 2011

Puding Marble


السلام عليكم....

Esok 25 Sept 2011 genap 1 tahun kami menetap di bumi England ni.. kejap je kan masa berlalu. Dan arini berlangsungnya majlis perkahwinan adik ipar i di Perlis.. frust sgt xdpt balik, apa kan daya, hubby tgh bertungkus lumus siapkan paperwork dlm masa yg sama. Semoga Awin & hubby bahagia hingga ke anak cucu:). Actualy puding ni da lama i wat, ni baru sempat nak share, da 2 kali i wat puding ni sbb two kidoo sukeeee sesgt, ada rasa coklat & susu, sedappp sgt! Thanks dear Little Parlour for tis recipe.. slalu dpt mkn time raya je, skang da leh wat sendiri, sronok tgk dorg makan sehingga menjilat jari.. hehehe, dorg ingat mama wat homemade chocolate kot:)... tp i xpandai la nak wat marble cam Lady wat, lawa gile belang zebra tu.. nnti kna try wat lagi, sgt sedapp!

BAHAN :

Bahan-bahan:
1 tahil agar-agar kering(satu bungkus)
8 cawan air
1 tin susu cair
2 cawan gula
8 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar tepung kastard
Setengah cawan serbuk koko/satu atau dua sudu chocolate emulco
2 sudu besar planta
essen vanila
2 biji telur ayam
Sedikit garam

Agar-agar dibasuh dan dimasak dengan 8 cawan air dalam periuk di atas api sampai hancur. Masukkan gula dan kacau sampai gula larut. Di dalam satu bekas, pukul telur, masukkan susu, tepung jagung, tepung kastard, dan masukkan garam. Kacau hingga sebati, masukkan/tuangkan ke dalam agar-agar yang di masak di atas api tadi dan kacau di atas api yang sederhana sehingga likat. Bila adunan sudah likat, tutup api dan masukkan 2 sudu planta dan esen vanila. Kemudian bahagi adunan kepada dua bahagian, satu adunan diletak serbuk koko dan satu adunan lagi dibiarkan warna asli(kuning). Kemudian lapiskan adunan yang berwarna koko dan kuning selang seli dengan menggunakan senduk. Sejukkan dalam peti ais. Siap.

Tips:
Kalau nak sedap, use branded cocoa powder like Van Houten(contoh). Lepas masukkan cocoa powder, kacau cecepat dan lelaju supaya adunan tidal berketul, kene cepat sebab adunan ni agak cepat mengeras. Tapi menurut Puan Azmiezas, kalau tak nak berketul, serbuk koko boleh digantikan dengan satu atau dua sudu chocolate emulco. Sila lihat blog beliau, pudingnya langsung tak berketul, cantik sangat. :-)




* Nyummmm... i like! *

2 comments:

Lady of Leisure said...

hi laling..

pejam celik pejam celik dah setahun olyn kat sana kan.. enjoy the moment dear..

huwaaa.. sedapnya.. posting atas nampak puding, posting bawah nampak banana cake.. hehe..
syok tengok aiman berselera makan..

kami now dok prepare basuh baju2 baby dah.. doakan kami ye dear.. :)

Mamma Olyn ♥ said...

hiiiii... eee bestnyaaa..klu kmi time sarat da xlarat sesgt jln, sibok basuh+lipat+pack baju baby je..hehe, insyallah kmi doakan semu dipermudahkan ya, dun worry:).. tue la sat ja ms berlalu, da nak msk thn baru lak ni, si aiman mmg kuat makan, hidang ja depan mata sat ja licin, tue yg mamanye pon laju je masak itu ini, huhuu