Amboiii nama bukan main.. hahaaaaa, pemilik resepi (DatinLulu) yg bg nama ni so i letak la nama nasi lemak ni, yg penting sedap:).. Ni menu simple last weekend, cuaca pun kejap cerah, tup.. tup mendung, sejuk balik la plak, ingat nak simpan da semu stokin2 & coat, Winter ni br guna balik, nampak gaya kna pakai juga stokin tu, iskk.. tetambah two kiddo ni i jaga betul2, xmo nnti da sakit demam br nak kelam kabut, stokin xpenah lekang, klu panas betul kat luar & dlm umah br buka, buah & air kena makan banyak, kebetulan dorg suka buah so senang letak dlm bowl sowang satu, kejap ja licin.. hehee, alhamdulillah two kiddo ni xpenah demam teruk, stakat selesema biasa ja:)...

* Aqil yg pantang nampak carrot, trus ngap!.. huhu *
Ok jom selak resepi sedap + wangi & menyelerakan ni.. nasi lemak + Ayam Goreng Serai Wangi + Sambal Sardin Special + Telur & Bilis goreng.. heheeee, nak makan nasi lemak skali skala ja, maunya rosak scale tu klu slalu makan... hahaaaaaa. Xpe yg penting anak2 mama makan dgn penuh selera sampe xtoleh kiri kanan, abah kata suka la da air tangan mama yg masak... ngheeeeeeee
BAHAN :
Beras 6 cawan - dicuci & tos
Santan cair 8 cawan @ secukupnya
Daun pandan 3-4 helai- carik kasar@simpul ~ i letak 1 helai je
Bawang besar 1 labu - dhiris nipis ~ i guna 2biji
Bawang merah 6ulas - dhiris nipis ~ i xletak
Bawang putih 3ulas - dhiris nipis
Halia 2inci - hiris (keping)
Serai 2btg - dititik ~ i letak 1btg je
Halba 1sudu
Garam halus 1 sudu (cukup rasa)
Gula 1 sudu
Pewarna hijau @ pandan paste 1 sudu teh ~ i letak
Butter @ Marjerin - 2 senduk
First, panaskn butter @ marjerin (agak2 dah separuh cair), tumiskn 3 jenis bawang brsama halia, serai & daun pandan... Apabila bahan tumis tadi sedikit layu, baru masukkan halba... ketika ni segala aroma akan keluar...godaan... Agak2 bahan tumis tadi 3/4 masak (x perlu garing), boleh masukkan santan cair, diikuti gula & garam. Apabila santan sudah mendidih, masukkan beras yg di sejat tadi& sedikit pandan pes-optional klu xde daun pandan tp i letak juga utk wangikan nasi selain letak sehelai daun pandan ( masak seperti nasi biasa). Agak2 nasi dah kering, boleh letak pewarna (percik sedikit kat atas nasi tu...*Jgn gaul... Tunggu sampai nasi betul2 masak, baru kaup balikkan nasi tu... Bolehlah dihidangkan nasi lemak tu bersama sambal kegemaran masing2...
Untuk resepi Ayam Goreng Serai Wangi ...
BAHAN :
Ayam 1 ekor (potong/ cuci&tos)
Serai 2btg (hiris nipis)
Serbuk kunyit secukupnya
Serbuk kari daging secukupnya
Garam secukupnya
First, lps cuci & tos ayam, gaul ayam dgn garam + serbuk kunyit + serbuk kari daging, then goreng ayam tadi dlm minyak yg panas... Semasa tgh mengoreng tadi, masukkan hirisan serai utk tambahkan aroma ayam... goreng ayam hingga masak sepenuhnya:)
Untuk resepi Sambal Sardin Special dr DatinLulu, special coz ada serai, k.kayu manis & kicap manis, yg mana i xpenah wat sambal letak 3 benda ni, sedappp sgt, nyummmm...
BAHAN :
Sotong 600g (cuci/potong/tos) ~ i guna sardin je
Bawang besar 1/2 @ 1 labu ~ i letak 1 labu*
Bawang merah 5 ulas ~ i xletak*
Bawang putih 3ulas*
Halia 1/2 inci*
Bahan* ditumbuk sedikit kasar
Cili kering kisar 1cawan
Gula 2-3 sudu - ikut kepedasan
Sos tomato 4-5 sudu
Kicap manis 2-3 sudu
Serai 1-2btg - dititik/ketuk
K.kayu manis 1btg
Garam cukup rasa
~kalo suka bleh letak 2@3 sudu besar kacang tanah yg digoreng/tumbuk sedikit kasar~
First, panaskan 1 senduk minyak, tumis serai, k.kayu manis & bhn * hingga naik bau & sedikit garing. Masukkan cili kisar, dikuti gula, kicap manis & sos tomato. Kacau selalu agar sebati & mesra - masak hingga garing & pekat. Sesuaikan rasa garam nya... akhir sekali masukkan kacang goreng tumbuk(kalo suka) diikuti sotong@sardin, gaul sebati & x perlu lama nanti sotong liat (1-2 minit cukup)
Selamat mencuba... mana tau nanti kwn2 akan jatuh cinta dgn aroma & rasa sambal tumis ni... :)