Saturday, December 31, 2011

Cerita Boxing Day.. muehehehe

السلام عليكم....

Lama nya xupdate blog yer.. hehhe, seronoknya tahun ni kmi kesempatan g shopping time Boxing day dan seterusnya.. hehhe, sampe skang pon ada lagi sales, esok da New year, sales tahun baru plak..xabis2 sales, tp mmg bestt la sale akhir tahun ni, sampe 80%!! Seawal jam 4 pagi, da penuh berderet2 manusia line up kat luar shopping mall, kedai buka kol 6 pagi sempena boxing day, bayangkan sanggup tunggu sampe 2jam semata2 nak dpt brg2 murah, ada yg i tgk tu, sampe sekali dia bejalan, sekali tangan dia harung baju kiri kanan! Ishh.. saba jela, agak2 la, org len pon nak beli gak. Dorg bole wat cam tu, sbb klu xmuat/ besar ke kecil ke, dorg refund balik. Fitting room pun tutup, klu buka agak2 berebut sampe bole gaduh2 ni. Kecian tgk yg bawa anak2 kecil dlm stroller, still tido lagi, tunggu kat luar kedai pagi2 buta sejuk beku tu.. i relax jer, i bawa diri je so mmg relax  ... hahhaaa.

* Takut i nak turun level bawah ni, tgk la nak jalan pon ssh! *

* Berebut2 nak kutip baju, jenuh nak line up kat kaunter bayar..iskk *

* Parking penuh, jam 6am *

* Bekerumum manusia di luar outlet NEXT @ 5am  *

* Alhamdulillah.. ni je yg i rembat, lama da mama dok idam nak beli dungarees utk baby2 mama:)) *

Orait, utk next shopping tunggu next entry yer, nak cepat, byeeeee  

Thursday, December 22, 2011

Jalan-Jalan Cari Makan @ Nottingham

السلام عليكم....

Last weekend hubby bawa kami g Nottingham, nak jumpa member lama dia yg da lulus viva baru2 ni, member masa di UTM dulu.. sambil2 tu kmi menyinggah di warung roti canai dulu.. hehhee. Haaa jgn xtau, kat sini pun ada warung roti canai! Fresh, ditebar depan2 customer, makan panas2 gan teh tarik lagi.. hahaha.   Kena pulak chef roti canai ni lak org Perlis, asal Changlun, haaa ape lagi, meriah satu rumah, sembang cam xmo balik.. hahaaa, melepas rindu kami kat kampung halaman Malaysia negara tercinta! Abg Zul & K.nita ni actualy wat roti canai ni di rumah je, bukan ada kedai pun tp mendapat sambutan yg hangat termasuklah di kalangan mat/minah saleh ni, sampe menjilat jari makan roti canai cicah gan kuah dhal.. ehhehee, dorg siap wat delivery ke seluruh UK! Roti canai & murtabak akan dibuat bila ada tempahan & frozen utk kekal segar selama 3 bulan, tapi xsampe 3bln pun, seminggu da abis licin.. heheee. Ada roti canai telur/ sardin/ murtabak daging/ayam + kuah dhal + sambal :)).. Kami sampe je trus dorg hidang sepinggan penuh gan roti canai kosong & telur gan murtabak ayam & daging, sedapppp sgt! Setahun xmakan roti canai & murtabak, ha balun xhingat dunia.. wakakkaaa.  Aqil & aiman pon berselera.. itu la 1st time dorg makan roti canai & murtabak.. jakun kjap dorg tgk roti canai, Aqil ckp 'wat is tis mama, wat's inside?' * slalu tanya ada apa dlm makanan setiap kali nak mkn..iskk* i gtau dia, tis is 'roti canai' or flat bread.. owh tis bread is soooo yummy!.. hehhe, dia mmg xreti sebut ROTI CANAI.. hahaha. Nak tgk chef tebar roti canai fresh from UK.. hehhee, jom tgk pic dibawah ye..







Ni aktiviti two kiddo yg happpyyyy sgt main gan anak2 K.nita yg ramaiii tu, semunya 7 org:)).. meriah rumah gan budak2.. hehee. And salah sorang anak k.nita ni ada bakat main gitar & baru2 ni dia g audition utk Britian's Got Talent 2012 :)..


* Amboiii bkn main lagak main gitar, rock band..huhu *

Last skali, kmi kenyang dgn berbekalkan sekotak roti canai (60keping) & murtabak (30keping) + kuah dhal & sambal utk stok bg org2 kampung Sheffield ! Muehheeee.. skang ni da tinggal separuh, baru seminggu.. alhamdulillah sambutan menggalakkan. So skang i da jadi stokis roti canai & murtabak bagi cawangan Sheffield.. hehheee, jemput la mai umah klu nak rasa roti canai UK!



* Jemput makan :P *

Friday, December 16, 2011

Pan Roasted Salmon & Aqil's 1st Performance...


السلام عليكم....


Harini last day Aqil g nursery, pastu cuti Xmas sampe ke New year.. hehe. Rabu lepas di nursery ada Xmas Party, wahh seronok la Aqil, siap ada Santa Claus dtg bagi hadiah, snow flakes, pastu cete kat i dia makan macam2, pastu i tanya la Aqil makan apa?.. lot & lots of fruits!! oic, tp tu snack je kan, si Aqil ni suka mkn buah, i tanya cikgu dia, mmg byk buah buahan, dan Aqil mmg makan byk buah sampe kenyang pastu lasttt skali br nak makan kek, sandwich, coklat... hehe. Pastu ada acara hias pokok krismas, sampe senget i tgk pokok tu, xstabil sbb byk sgt gantung hiasan..hehee.


Xmas card dr cikgu & kawan2, handmade calendar 2012..

Color & tiny dinasour.. haha

Aqil nak gantung semua kat pintu, nak tunjuk kat abah dia :)



Kad dr cikgu.. :)

Pastu kemarin ada end of term performance dari nursery & foundation class, dorg semu berlatih selama 3 minggu utk wat persembahan depan parent ni, si Aqil ni, tetiap kali blk rumah, dok keja menghafal lagu yg dia kena nyanyi atas pentas la, bercakap gan i pun mcm bersyair je.. hihiiii. Dia jadi watak bintang dlm lagu Twinkle twinkle Xmas Star.. tp yg xbestnya xble nak amik video, amik pic aqil pun ms lepas persembahan:(.. xpela, yg penting i happy dpt tgk aqil dok atas pentas menyanyi & menari2 gan kengkawan dia atas pentas, mula2 malu2 kucing, si Aiman siap jerit2 lg.. Abgggg.. starrrr!! .. hehehe. Lawak pun ada, ye la, cikgu tu sibuk suruh berdiri sini, sana, angkat tgn, lambai tangan, sampe berlanggar2 antara satu sama lain sbb ralit tgk cikgu kat depan.. hahhaa, cute miut semua! 


Sayangggg adik Aiman !


Tiket utk ke 1st Aqil's performance !

Ni lak, present utk cikgu2 di nursery sbg tanda terima kasih & sempena Xmas, Aqil nak bagi bunga kat cikgu dia.. hehee, siap ada signature dia tu, Aqil mmg famous gan Thomas big fan kat nursery dia, tetiap ari bawa buku thomas, pensil thomas, beg thomas, mainan train thomas... semua lah thomas, cikgu tanya nak wat apa arini, nak lukis thomas.. huhuu, tetiap ari thomas! 



Berbalik pada dinner last nite, simple dimple, salad pun xde coz kehabisan stok, jadi ratah cam tu pun sedap salmon ni.. hehe.


BAHAN :

Salmon fillet
Lada hitam
Garam
Oregano @ mix italian herb
Olive oil
********
2 sudu besar majerin atau mentega
1/2 biji bawang besar (dicincang)
1 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu kecil daun parsley kering (herb lain pun boleh)
1 cawan susu segar
Secubit garam
Secubit lada hitam
Mee @ spaghetti (rebus & tos)

Firstly, sediakan sos dulu: Panaskan majerin dlm periuk kecil, goreng bawang besar sehingga layu. Masukkan tepung gandum dan kacau sehigga tepung gandum melekat kat bawang. Masukkan bahan2 lain, masak sampai didih sambil tu kacau-kacaukan. Matikan api dan diketepikan.
Ikan disalut dgn garam dan lada hitam + oregano @ mix italian herb. Letakkan juga sedikit olive oil & biar sekata, masukkan dlm oven pd suhu 180C sehingga masak, lebih kurang 10-15 minit. Hidang bersama spaghetti @ mee yg telah dicelur



Friday, December 9, 2011

Happy 27th Birthday !!!

السلام عليكم....

Happy birthday to meeeee..happy birthday to meeee.. hehe, suruh Aqil nyanyi mmg dia nyanyi utk besday dia la, dia gak yg tiup lilin sampe berebut gan si Aiman.. iskk

Cukup la satu lilin, kek pun da tinggal setengah, xsempat nak susun 27 batang lilin...hahhaa


Errmmm.. ntah bape kali i pasang lilin ni, sampe tinggal setengah, tupon still gado nak tiup...grrrrr


At last.. baru nak ucap HAPPY BIRTHDAY MAMA !!.. WE LOVE U!!

Pepun, alhamdulillah bersyukur ke hadrat Nya coz masih bernyawa di atas muka bumi ini & sihat walafiat, happy with my life, cheeky two kiddos, lovely hubby & beloved family.. Semoga kita sentiasa di dalam lindungan Allah SWT... Aminnnn


Wednesday, December 7, 2011

Kek Marble Paling Simple !!!!

السلام عليكم....

Ni la kek yg paling i suka wat..hahha, sebab guna blender je, org yg xde mixer ble try resepi ni dulu ek. Tp klu nak ikutkan kegebuan kek ni, adunan yg dibuat menggunakan blender lebih gebu & moist berbanding mixer! Sebab kekadang tu kita mix terlalu lama adunan tu so kek boleh jadi bantat & keras, klu guna blender ni, kejap ja gula da hancur & adunan sebati, tp utk sesetengah jenis kek jela, bkn semua, klu gitu xyah ada mixer la, da blender ble wat semu keje..hahha. Resepi asal kek butter tp i marble kan.. hehe i amik dr MyR , jgn segan silu nak try ye, sbb terlalu mudah & sedap !


BAHAN :

2 1/2 cawan tepung naik sendiri - ayak
1 3/4 cawan gula halus (boleh kurangkan)
250 g mentega cair (guna yang berkualiti~ i guna Anchor)
1 1/4 cawan susu segar - (dari peti sejuk)
4 biji telur
1 sudu teh esen vanilla (atau esen perisa buah2an pilihan)
Serbuk koko 4 sudu

Masukkan kesemua bahan kecuali tepung dan esen ke dalam blender. Kisar hingga sebati dan gula larut.Tuangkan adunan ini ke dalam mangkuk. Masukkan tepung sedkit2 sambil dikacau rata.Masukkan pula esen dan kacau lagi hingga sebati. Bahagi adunan kepada 2 bekas, masukkan serbuk koko dlm salah satu adunan & gaul hingga sebati. Tuang adunan selang seli antara adunan koko & adunan asal ke dalam loyang yang dialas kertas dan disapu mentega, lorek menggunakan lidi @ hujung pisau. Bakar pada suhu 160C selama 50 min-1 jam atau hngga masak.

* Kek yang dah siap ni moist skali,sekiranya permukaan kek kelihatan melekit,boleh bakar dengan api atas utk menggaringkan lagi.

Terasa ke'butteran & lemak susu .. two kiddo's fav! :))

Actualy tgh bosan tahap gaban da niiiii, 2 ari lepas i dapat cabinet tv baru..hehe dapatt u, bkn free yea, act i suka bid dlm Ebay, haaaa kali ni i dapat Oak venner tv cabinet, hmm harga xdapat dimana2 la, terbaik punya harga, klu harga pasaran mau cecah £300 tp i dapat bawah £10 je.. muehehee. Pastu bila da ubah tv gan segala wayar berbelit2 gan dvd, tv box, cabel broadband, skali ON tv..erkkkk, error! sampe ke arini kmi tengok dvd Thomas The Tank dari episod 1-10, Bob the Builder episod 1-15, Pingu, Magic English abis satu set tgk! Two kiddo xde masalah, depa lagi syiok, abis yg mak pak ni x ternganga2 ka tgk kartun dr pagi sampe malam.. iskk, nasib internet ada, klu internet pon xda, rasa cam kosong dunia..hahaha! Xsabar nak tunggu Virgin team mai rumah esok!


Btw, ni kek order utk ibu mengandung, dia mengidam nak makan kek tp takut nak beli yg di kedai sbb byk perasa tambahan, xelok utk ibu & baby.. i sesaja tambah variety choco chip/swirl utk dia:))

Monday, December 5, 2011

Hawaiian Chicken Pizza

السلام عليكم....


Grrrrr... suhu pagi tadi 0 Celcius, semua jadi ais ABC.. heheee, tp gagahkan juga bejalan g antar Aqil g sekolah..iskk, yg bestnya snow xturun2 lagi, nak tunggu suhu minus baru nak turun snow kot. So aktiviti2 luar mmg xbest arr, saja2 boring nak kuar pe kedai beli fries jgn harap ok, semu online & order kat en hubby i ...mueheheee, jadi dok rumah keja masak cepat2, express2, pastu makan dlm selimut! Btollll, kat living room ada dua helai ready utk selimut time kesejukaan, heater mmg la on, tp pakai timer la, klu xpakai timer hujung bulan xmakan nasi la kami, keje dok bayar bil gas..huhu, mahai tau! Oleh itu dinner yg express bagi i selain dr Maggi adalah home made pizza.. btw, sejuk2 cenggini hirup Maggi asam laksa + hirisan cili + bawang goreng, pergghhh besttt.. hehehe, resepi pizza ni mmg i guna resepi CMG je, yg len mmg out, keras la, xsedap & xmenjadi.. tp resepi CMG ni, mmg gebus & sedap cam di kedai, xcaya sila buat yea:)))



BAHAN :
(DOH PIZZA)

Tepung gandum 300g
Instant yeast 6g
Mentega 20g
Gula halus 10g
Bread improver 1sudu teh (optional)
Garam 1/4 sudu teh
Madu 11/2 sudu
Air 170ml
Sedikit tepung untuk ditabur

TOPPING utk Hawaiian Chicken Pizza :

Isi ayam 300g (potong kecil2 & gaul garam + lada hitam & goreng agak2 masak)
Jagung
Bawang besar (hiris bulat)
Nenas (potong kiub)
Mozzarella Cheese (topping)

Utk SOS PIZZA i guna Tomato Puree - readymade:)


UNTUK DOH PIZZA :- Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.

UNTUK PIZZA GEBU :- Panaskan oven pada suhu 190C, sediakan 2 dulang pizza berukuran 9 inci, sapu dengan sedikit mentega. Ketepikan. Keluarkan doh, bahagikan doh tadi kepada 2 bahagian sama besar. Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat. Alihkan ke dalam dulang pizza, tekan2 dengan hujung jari hingga memenuhi dulang tadi dan biarkan kelilingnya sedikit tebal. Ratakan sebahagian sos pizza tadi dan susun bahan untuk pizza atasnya (buat 2 bahagian) dan diakhiri dengan keju mozzarella. Bakar 20 - 25 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan hidangkan segera bersama sos kegemaran. Buat kaedah sama juga untuk yang selebihnya.

Nyummmmm :)


Ni plak hasil two kiddo last weekend.. main gunting2 buku Thomas & Friend then lekat sama2.. hehehe, siap wat surprise kat abah, abah pun wahh buat2 surprise la, terkejut & happy tgk two kiddo wat Thomas art.. muehehe....


Surprise!! * Apa tue Aiman ??