Monday, November 29, 2010

Ayam Goreng Rempah


Menu lunch arini, sedap makan gan nasi kosong panas, bertambah2 sedap makan panas2 di musim sejuk2 nih..haha

BAHAN :

Ayam peha @ dada (Cuci & tos)
Olive oil
Rempah kari @ Beriani 2sudu
Serbuk cili 1sudu
Serbuk kunyit
Kentang (potong dadu, rebus hingga empuk & goreng garing)
Bawang merah 1biji (hiris)
Halia + bawang putih (tumbuk halus & perap gan ayam)
Bunga lawang
Kulit kayu manis
Garam
Sedikit air
Daun bawang(additional)
Sedikit perasa

First, perap ayam gan bawang putih + halia yg ditumbuk halus selama 30 minit. Kemudian, goreng kentang yg telah direbus empuk. Setelah siap, tumis bawang merah + kulit kayu manis + bunga lawang hingga naik bau. Gaul ayam dgn serbuk kunyit + garam & masukkan ayam dlm bahan tumis tadi. Goreng hingga kekuningan. Then, masukkan serbuk cili + rempah kari dan gaul rata. Masukkan sedikit air, tambah perasa makanan jika perlu. Lastly masukkan kentang yg digoreng tadi dan gaul sekejap. Hidang dgn taburan daun bawang. Siap:)

Sunday, November 28, 2010

SNOW...the very 1st time

Tepat jam 7:30 am, 27 Nov 2010(Sabtu), snow da turun menyelimuti seluruh muka bumi area Firth Park dan seluruh South Yorkshire...suhu masa tu -3C, kami terpegun dgn keindahan snow yg putih gebu, sejuk mata memandang..anak2 i pun tergamam tengok keadaan diluar tingkap..semoga kami sefamili tabah menempuhi perubahan musim dan keadaan suhu yg rendah, moga2 kami semua sihat ex specially tis two kids:)..Amminnnn
Jom, belek2 pic yg i sempat snap di sekitar rumah(xbole nak kuar, terlalu sejukkk:))...


* View belakang rumah, jam 7:40 am *





* View yg sama pd jam 9:30 am, matahari da kuar so snow da stat cair tp suhu ttp rendah sekitar 1C:) *



* Kereta kami diselimuti oleh snow..hehe *


* View yg sama pd jam 10:00 am... *


* Laman belakang rumah *



* 'Aiman, look its snow...' , still pakai pajamas lagi, xnak tukar baju, nak tgk snow dulu..hehhe *


* Ada sesapa nak ABC? ..hehe *

Nasi Tomato & Ayam Ros


Suhu kat luar mencecah -10C, snow yg turun semalam pun da beku jd ais ketul..huhu td i nak buang sampah kat luar tu jenuh nak buka penutup tong sampah, da beku gan ais. Snow turun tengah malam nanti, siang2 xturun pun. So arini buka heater satu rumah, rasa warm so i pon cepat2 la g masak, klu xbuka nak jejak dapur pun takut, sejukkk tapak kaki, jari jemari ber'ais je..hehe. Menu sempena pertama kali melihat snow adalah nasi tomato...wallaaa, fav i nih! Kikiki..satu rumah bau wangiii je, ada org tu tgh study kat bilik atas pun bole turun bawah jenguk i kat dapur..haha

BAHAN :
(NASI TOMATO)

Beras Basmathi(5cawan) - cuci & tos
Air(5cawan)
Minyak + Butter 2sudu
Tomato 4biji(diced, i guna dlm tin)
Susu cair 1/2tin
Daun pandan
Garam
Bawang putih/merah/halia(hiris) + bunga lawang/kulit kayu manis/bunga cengkih (TUMIS)


First, tumis BAHAN YG HIGHLITE dgn minyak + butter hingga kuning dan naik bau (guna periuk rice cooker). Then, masukkan susu cair, diced tomato, garam dan gaul rata. Masukkan air(5cawan) dan biarkan mendidih. Masukkan beras & daun pandan dan alihkan periuk kedalam tempat rice cooker dan biarkan masak. Apabila nasi telah masak, kacau rata tapi jangan sampai hancur..Siap:)

BAHAN :
(AYAM ROS)

Peha ayam @ any part (cuci & tos)
Serbuk kunyit
Serbuk cili + air (pes cili)
Bawang merah + Halia + Bawang putih + Serai (kisar)
Tomato diced (i guna dlm tin)
Sos tomato 4sudu
Tomato (hiris)
Garam
Gula

First, gaul ayam dgn serbuk kunyit + garam, goreng hingga kekuningan. Then, tumis bahan yg dikisar hingga naik bau, masukkan pes cili + tomato diced + sos tomato. Tambah garam & gula (tambah gula jika ingin kurangkan pedas). Kemudian, masukkan ayam yg digoreng tadi dan gaul, last skali masukkan tomato yg dihiris. Hidang bersama nasi tomato:)

Friday, November 26, 2010

GP + Pie + Snow's Story...


Pagi kemarin kami ada appointment wit GP(General Practitioner) @ Firth Park Surgery. Klinik tue xjauh dari rumah kami, so kmi berjalan sambil menikmati cuaca yg cantik & cerah..tp suhu rendah, dlm 8C, angin sepoi2 so lagi bertambah sejuk la. Merah hidung & pipi anak2 mama..:). Semuanya berjalan dgn lancar, orang pun xramai, dlm 5 minit da bole jumpa GP, semu basic medical test (blood pressure/urin test/height & weight measurement & some medical Q&A), everything goes well. Aqil & Aiman xkena cek pun, dorg cuma nak tgk vaccine report saja..mm ok la:).



Bila da selesai semu urusan, kmi ingat nak bawa tis 2 kids to park opposite the road, park ni cantik, ada playground, rumput hijau & fresh, klu cuaca cerah je, bergolek2 mat saleh atas rumput tue..hihi, klu kita xheran la, padahal cerah cam tu pun still sejukkk.. Tp once kami keluar dr klinik tu, tgk awan da tebal, da nak hujan la plak, da la rain cover utk stroller tu xbawa, nnti lencun anak2 i..so kmi xjadi la nak bw dorg g main di playground:(.


OTW balik, i sempat singgah di GREGGS Bakery..oowhh i juz love its pie at first bite! Tp onion & cheese pie sj yg vegetarian, yg lain xbole la, semu ada daging/ayam xhalal..Tis onion & cheese pie can melt anyone who taste it, i bet u! Hahaha..Masa i nak g beli pie ni, ada la sorang mamat Pakistan ni beli sampe 5 keping, abis satu tray! Uwwaaaa... muka i da semacam da, da abisss dia beli..skali sowang lady ni tanya i nak pe, kebetulan masa dia tanya, sowang lagi pekerja Greggs ni bw keluar satu tray dr oven penuh gan onion & cheese pie! Pe lagi, macam nak loncat i sukeeee...automatik i trus point da finger to the pie..hehe, 6 please..Hubby i order 2 ja, i 4 ONION & CHEESE PIE:)..(actualy Hubby order 2, i pun 2 je, tp da terkejut mamat Pakistan tu beli sampe abis, so i bagi BONUS utk diri sendiri 2 lagi extra pie..jgn marah yea syg, u order 2 cukup:)).


Then, sempat lagi i menyinggah di kedai groceries Pakistan, kebetulan stok buah abis di rumah, nampak plak Pakistan tu dok susun kotak2 buah fresh dr ladang (strawberi, blueberry, pisang, epal, oren, pear dll)..hehe, Hubby i kelam kabut nak balik...uuisshh da alang2 keluar i xsah klu xmenyinggah, lagipun bukan slalu keluar...sejjukkk, nak keluar kna pakai glove, scarf, baju 3/4 lapis + seluar 3 lapis + coat/jumper suit utk bdk2 ni, sock, winter hat, kasut tu tentunya lah..macam2 kna pakai, fuuhh penat! Tgh i dok syok membelek2 buah2 fresh tu, ada something yg menghairankan, i ask my Hubby, dia kata tu 'habuk rokok tu...' hrrmm yeke, tp i perasan semu org dok belek2 langit, apsal la hujan xturun g, lebat ni coz awan tebal.. guess wat ITS SNOWWWWW!!! bukan 'habuk rokok', tp mmg nampak cam debu2 halus dok melayang/terawang2 jatuh dari langit...its really beautiful:) I xble nak capture momment tu coz its very slightly snow & halus cam debu:). Tp i sempat snap masa butiran snow tu still ada atas stroller hood..



* Butiran halus snow... *

Actualy kebanyakan tempat da turun snow, org2 Sheffield ni dok tertunggu2 bila snow nak turun..hehe, kami di area South Yorkshire, di area lain semu da turun so kami cuma dapat biasan je. Mungkin suhu terlalu rendah so, yg nak turun hujan tp da jadi snow.. Sekejap ja, dlm 15 minit then cerah balik...huhu, cuaca harini lagi cerah, suhu luar pun ok, 11C, kebanyakan org keluar arini, yg nak shopping utk Krismas pun xlepaskan peluang utk bershopping:)

Wednesday, November 24, 2010

Strawberry Mini Muffin


Oopss.. baking lagi:). I tgk ada lagi baki strawberry, xbole tahan lama nnti rosak. I ingat nak wat plain vanilla muffin ja, tp terrr..cipta muffin strawberry la plak, semu tu bermula dari adunan yg basic tp boleh diolah kedalam pelbagai jenis bentuk, rasa mengikut citarasa masing2, wahhh, da pandai bagi hujah pasal baking yea mama nie..haha, mama baru belajar, so sedikit sebanyak i share la pe yg i tau k:).

BAHAN:

Butter Lurpak 150gram
Tepung gandum 1cawan
Baking powder 1sudu teh
Gula halus 1cawan
Telur gred A 2biji
Full cream milk 1cawan
Vanilla esen 1sudu teh
Strawberry emulco 1sudu
Fresh strawberry 1cawan (potong dadu kecil), beberapa biji utk hiasan
Coklat emulco (additional)

Firstly, masukkan tepung + baking powder, ayak sebanyak 2kali. Dgn menggunakan mixer, pukul butter dan gula hingga gebu. Kemudian, masukkan telur satu persatu dan masukkan vanilla essence + strawberry emulco. Seterusnya, masukkan tepung berselang seli dengan susu (tepung mesti last skali). Then, off mixer dan masukkan strawberry yg dipotong dadu, gaul rata. Masukkan adunan ke dalam acuan muffin yg digris dgn butter(i guna silicone mould). Masak dalam oven selama 30 minit pada suhu 170C (bergantung pada oven masing2). Gunakan kaedah mencucuk lidi di tengah kek/muffin, jika lidi bersih menandakan kek telah masak..MOIST & FRESH FROM OVEN, LETS TRY!

* Hanya masukkan adunan 1/2 ke dalam acuan muffin utk jadikan mini muffin yg cute:)



* 'Hehehee..tis is mine'.. *


* 'Mmmmm...its yummy mama'...he juz love it:) *


* Xsabar2 nak makan, tis 2 kid tunggu je dpn oven sampe muffin ni masak tau, i sempat sejukkan 15minit je atas tray, nangis2 nak makan muffin cute ni, mamanye sibuk nak hias2..haha *

Monday, November 22, 2010

Salmon wit Lemon Buttery sauce


Hrrmmm..i dok terpiki2 pe la i nak wat gan salmon fillet ni.. actualy i xberapa gemar sgt ikan salmon ni, rasa semacam pon ada, tp khasiatnye mmg xle dipertikai:). So, i decide nak wat simple dish like tis:). Klu nak makan ala2 Western, makan cam tue je la(klu i xcukup tue), tp da lumrah anak Melayu, jamah dgn nasi panas2 la br best..Tgk tajuk masakan cam sedap kan? Yea...mmg sedappp! 2thumbs up ! Yg xgemar salmon pon ble jadi favourite..haha, i la tue, so lps ni nak beli lagi la salmon..hihi

BAHAN :

Ikan salmon 2keping fillet(cuci & potong 3)
Olive oil
Tepung gandum
Garam
Black pepper
Butter 1sudu
Lemon jus 2sudu
Air 5sudu
Sayur (baby corn/carrot/peas etc)

Firstly, gaul ikan yg dicuci dgn tepung gandum dan goreng, masukkan sedikit garam & black pepper, balik balikkan ikan supaya masak sepenuhnya. Kemudian, angkat ikan/toskan, jgn padamkan api sebaliknya terus masukkan 1 sudu butter + lemon jus + air. Masak atas api yg perlahan, kacau hingga agak pekat. Siap. Hidangkan ikan bersama sos butter lemon tadi:)

p/s : sesuai untuk hidangan candle light dinner...hehe

Saturday, November 20, 2010

Rich Chocolate Cake


Resepi ni i amik dr Great Lydia... kek sangat lembap & chocolaty..hehe, tat y i bagi nama 'Rich Chocolate' coz i guna dark chocolate utk topping kek ni. Tak percaya? Try wat, sure jadi punye!

BAHAN :

Self raising flour 2cawan (3 kali ayak)
Butter Lurpak 160gram
Gula halus 1cawan
Telur gred A 2biji
Esen vanilla 11/2sudu teh
Serbuk koko 1cawan*
Nescafe 1sudu teh*
Gula halus 1/2cawan*
Air panas 1/2cawan*
Susu cair 1cawan*

(* : Disatukan hingga menjadi pes coklat)

Untuk Chocolate Topping :
Cooking chocolate 1 bar(Dark Chocolate)
Whipping Cream 100ml
Butter 1sudu
Strawberry & bubble chocolate (additional)

First, panaskan oven pada suhu 175C. Then, pukul butter + gula halus hingga putih. Masukkan esen vanilla dan telur satu persatu hingga adunan gebu. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan pes coklat hingga habis. Gaul hingga rata dan sebati. Tuangkan adunan tadi dalam tin kek. Bakar dalam oven selama 45 - 50 minit.

UNTUK TOPPING : Masukkan coklat masakan dan Whipping Cream dalam mangkuk tahan panas. Cairkan secara double-boiler, bila semua larut, matikan api dan masukkan butter dan gaul rata. Biarkan suam dan boleh tuang atas kek coklat yg sejuk tadi.

Thursday, November 18, 2010

Aidil Adha 2010


Selamat Hari Raya Haji! Ni 1st time kami beraya di bumi UK ni, teringat kat family tercinta di Malaysia..huhu,miss u all soooo much! Miss mama & abah! Miss my lovely house! Miss my friends! Miss my hometown, Perlisss c u next 3 years...uuwaaaaaaa...
Ok, cete bab sambutan raya disini, sederhana tp xkurang meriahnya, masing2 cuba untuk menyambut hari raya seperti biasa mengikut adat kita, kunjung mengunjung, rumah terbuka, masak lauk pauk raya.. cuma dlm suasana yg berbeza..sejjuuukkk! I xsanggup nak pakai baju kurung yg nipis bak sutera tu..haha. Jadi untuk pertama kali raya disini, i agak buntu untuk wat beberapa preparation utk raya, yela sebelum ni sronok g beraya rumah sedara, n setiap rumah kmi santap jamuan2 yg disediakan utk tetamu..hehe, so i xpenah g memasak untuk raya, even di rumah parent i skalipun, mama masak rendang daging pekat (family favourite) tp ketupat nenek di kampung yg wat,hehe.. selebihnya sibuk g makan di rumah terbuka:). Kali ni Kak Hanim jemput kami g makan jamuan di rumah dia, wahh..best2, dia masak sedap! So, disebabkan i xwat pe2 preparation di rumah, i wat sebiji kek Apple khas untuk family Kak Hanim:) ~resepi kek next entry k~.



* Jamuan rumah Kak Hanim, lemang UK pon ada, special & sedap sma cam lemang dibakar dlm buluh, tp sini mana nak cari buluh so kna la bakar dlm daun pisang...hehheh (ppsstt..nampak tak kek Apple i kat ujung tu..haha) *

Sebelum tu, jam 9.15 pagi kami bertolak ke PMC (Pakistan Muslim Centre)South Yorkshire di Woodbourn Road, Sheffield. Kebiasaanya, bila ada perayaan/sambutan komuniti Melayu di Sheffield, dorg akan sewa centre building ni, so semua warga Malaysia boleh berkumpul beramai2 untuk sama2 menyambut perayaan dan berkenalan antara satu sama lain. Solat raya mula pd jam 9.30 pagi, so kaum2 wanita ni sibuk la melayan kerenah anak masing2, susun hidangan makanan atas meja n berkenalan antara satu sama lain. Selebihnya solat raya berjemmaah di tingkat atas dewan.




Slalunya komuniti Melayu akan meeting dulu untuk bersepakat utk menu di hari raya (pot luck), yela sini mana de katering..semuaaa kna wat sendiri..yg xpandai masak pon akan teror tau! So, bahagi la ikut tempat masing2, cthnye area Darnall masak nasi lemak, area Firth Park(area i) masak rendang ayam dsbnye, so bla berkumpul, hidang pot luck masing2, n makan beramai2, kira rumah terbuka besar besaran la..hehe.



* PMC's car park *




* Si Aiman da xbole tahan keletihan akibat byk makan & main:) *


* Sronok sungguh Aqil dpt jumpa member baru..hehe *

Monday, November 15, 2010

Wild Berry Cheese Pie


Tis time i made the simplest pie in da world! Bukan pe, yg senang tu coz base pie tue, mmg da ready-made..hehe, klu nak wat sendiri ble gak, kna adun sendiri la. Pie ni i wat ms g jejalan aritu, biasanya cream cheese filling tu org letak lemon jus, tp i wat len ckit, i letak orange jus n orange zest:). Sepatutnya i nak letak raspberry tapi skali i tgk da abis! Lagipun, raspberry xble tahan lama, cepat berkulat. Tp i sukaaaa sgt raspberry yogurt, Yummmy delicious!


* Raspberry-Google source- *

BAHAN :

Flan base pie
Whipping cream 200ml
Soft cheese 250gram
Jus oren 1cawan
Parutan oren
Gula 90gram
Variety of wild berries (i letak blueberry & strawberry ja)


Firstly, pukul whipping cream hingga gebu. Then masukkan soft cheese + gula, pukul sekejap dan masukkan jus oren + parutan oren. Gaul rata. Masukkan adunan cheese tadi ke dalam flan base pie & susun buah berries ikut kreativiti anda. Masukkan ke dalam peti ais selama 2 jam. Sedap dihidang sejuk:) Enjoy it!

Surprise View, Peak District


-Google source-


* A sea of scented purple heather in August- Google source- *

Sambungan dari pejalanan dr Ladybower Dam, kmi terus bertolak ke Surprise View car park, Peak District, xjauh dari Ladybower. Tempat ni mmg popular dgn aktiviti2 spt walk-hiking & cycling along tracks. Di seberang jalan ada permandangan Millstone Edge dimana ada lorong pejalan kaki, rock formation sculpters & its one of the most popular climbing area!


* Rock formation sculpters-Google source- *


* Climbing area at Millstone Edge-Google source- *

I xsempat nak amik pic banyak2 coz lapar..haha, da penat berjalan di Ladybower Dam, sampe terlepas tempat picnic, at last kmi 'picnic' di car park ja, tp xkisah la, yg penting dpt tgk suasana & permandangan yg cantik pertama kali dlm hidup! Bab makan mana2 pon bole, orait ja, suhu makin sejuk bla duduk di Surprise View tu, mybe tempat berbukit bukau kot. Tengah kami dok makan sedap2, da nak masuk Maghrib, dlm kol 4.30pm..tetiba nampak ada paraglider, wahh menarik perhatian orang ramai:)


* Para-glider flying over the Millstone Edge view *





* Kopi RADIX untuk panaskan badan...:) *



* Jom..makan..makan..semu makanan cam br keluar dari freezer..haha *



Oppsss.. mana si kecik Aiman? Ha, dia tgh sedap beradu dalam car seat..hehe, klu x mesti nampak muka dia dulu, nak...nak..nak..